aku seorang wanita. bagi ku, aku tidak lah selembut wanita lain. tapi aku akui, aku harus jadi seorang wanita yang lemah lembut, sopan santun, dan segala ciri-ciri kewanitaan aku perlu ada. kenapa? kerana aku seorang bakal ustazah. kerana ustazah harus menjadi seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri wanita melayu terakhir.
itu fikir ku dulu.
sekarang, pada hemat ku, ku rasa, ustazah juga perlu rock. means, baru pelajar-pelajar senang untuk belajar dengan ku. tetapi rock ustazah adalah rock yang muslimah punya rock. selagi tidak melanggar batas-batas agama, islam tidak melarang.
siapa kata ustazah kena lemah lembut, pakai tudung labuh, senyum simpul, hanya tahu memberi ceramah, hanya tahu perkara-perkara teori, tidak tahu bersosial? siapa kata? ustazah sekarang, perlu tahu serba serbi.. selagi ia tidak melanggar hukum syarak, silalah kamu berbuat apa yang kamu mahu.
ustazah dulu, aku bercerita pada pandangan dan kaca mata aku.. bertudung labuh, berpakaian gelap, sama ada coklat, hitam, blue black, kelabu, dan warna-warna yang sama waktu dengannya. suka judge pelajar ikut suka hati dia. suka main hentam je. suka tengok sekali pandang. terus kata : budak ni tak ok ni.. (aku bercakap berdasarkan pengalaman yang ada. huhu.. sedih aku bila terkenang kan memori dulu..)
perlukah ustazah memakai warna-warna begini? coklat, hitam, blue black, kelabu, dan warna-warna yang sama waktu dengannya?? bagi ku baik itu tak bererti kamu memakai baju kaler yang macam tu. pelajar tengok pun nak lari. pelajar zaman sekarang laa.. aku pelajar zaman dulu pun lari tengok ustazah macam ni. aduhai...
bagi ku, ustazah tak perlu lah sampai begitu sekali. sampai rigid tak mengenal tempat. sampai nak judge pelajar sesuka suki hatinya. bagi aku ustazah kena adil. saksama. jujur.
betul tak???
kekadang ku fikir pelajar takut ingin mendekati insan bernama ustazah. kenapa? kerana ustazah sendiri yang mengadakan jurang pemisah antara dia dan pelajarnya. pernah juga perkara ini dibincangkan di dalam kelas KDO, kelas prof Megat. pernah diutarakan, disebuah sekolah, ada yang menempatkan bilik ustazah dan ustaz adalah bilik yang diasingkan daripada guru lain. dalam erti kata lain, bilik yang dikhususkan. ustazah dan ustaz mempunyai bilik yang istimewa iaitu tidak bercampur bilik dengan guru-guru lain.. apa kah itu mengatakan bahawa status kebaikan ustazah ustaz membezakan mereka dengan status kebaikan guru-guru lain?
padahal mereka adalah sama manusia seperti orang lain. sama ciptaan Allah. kenapa perlu disediakan bilik yang khusus kepada mereka? adakah mereka adalah orang VVIP sekolah? tidak sama sekali. apa motif nya aku tidak tahu. kerana yang mengutarakannya adalah bekas pelajar sekolah itu dulu. jawapannya kamu perlu tanya pada sekolah terbabit. hehe
tapi sebagai bakal ustazah, aku rasa ustazah mestilah bersifat terbuka. terbuka dari segi pemikiran. jangan terlalu sinis atau tertutup. seharusnya pelajar akan lebih selesa berbincang dengan ustazah berbanding guru-guru lain. kerana ustazah rock tetapi muslimah. dalam erti kata yang mendalam ialah ustazah mempunyai latar belakang agama dan juga berfikiran terbuka. itu adalah satu kelebihan yang patut ditonjolkan oleh ustazah-ustazah yang akan datang.
tapi tak semua ustazah baik. ade jugak yang nakal. yang jahat.... aku tak boleh kata. kerana aku masih tidak mempunyai pengalaman berdepan dengan ustazah jahat. so kepada sesiapa yang punyai pengalaman.. silalah bercerita kepada ku..
dan satu perkara yang paling penting yang aku rasa perlu ada pada seorang ustazah ialah dia tidak menghukum pelajar nya dengan tidak ada asal usul periksa. dia menghukum berdasarkan dalil-dalil atau bukti-bukti yang nyata. kerana dia bersifat adil dan saksama. =) (kerana aku pernah hampir-hampir dihukum oleh ustazah ku yang judge aku ikut suka hati dia. dan aku meminta pembelaan untuk diriku. setelah disoal siasat saksi-saksi yang ada. ternyata aku tidak bersalah. senyum bangga aku waktu itu.. hahaha)
aku sememangnya sudah rock. kerana tetiap hari emak ku mengatakan aku adalah seorang ustazah yang rock. di mana rock aku pun.. aku tak tahu. may be dari segi pemikiran ku yang sempoi dan tidak menyusahkan orang. perangai aku saja kekadang amat menyusahkan orang.. hahaha..
pssstt.. aku tidak pernah terniat untuk menjadi ustazah. tapi sekarang aku adalah bakal ustazah. aku tak kan ulang perangai ustazah ku yang dulu kepada pelajar-pelajar ku yang akan datang. itu janji ku.. =)
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
5 comments:
dlu ada ustzah sexy
plik x?
bukan ape2
tp sore sexy
;-)
purple xlyk jdi ustzh..haha purple jahat.....
ai darling..as usual laa kite sama sokmo dr dulu...
memang tak terniat nak jd ustzah memandgkan penampilan i begini kan..hahha geli gune ayat tuh...
n 1 more thing ha amik bidang ni PAKSE RELA...tp lama2 kelamaan ha suke gak...
like u said b4..ustzh tak semstinye ayu bertudung labuh..haha pemikiran kite sama..ha rase terkongkong satu masa dulu..tgk org pakai tumit tinggi, baju cantek..cutting2...kite??
akhirnye ha ubah pendirian, ha nak g2 gak, ustzh tak menghalang semua tuh, so here i am USTZAH ROCK tu...
dikalangan famly2 ha memang mendpt gelaran kermat tuh hakhak per2 pon kite tep jg batasan agama sbb kite berstatus USTZAH yeahh ha rase tu kelebihan kite ahaks...
waa pnjngnye story hehe...per2 pon KITE SERUPA!!! lalala~~~
bagus tu.. aku sokong..nanti org dok slh paham kat aku, aku nk cedok idea ni.. heheeheh
aku jugak bkal ustazah yg takmo lyn pelajar2 aku mcm ustazah2 aku dlu layan kami..
hahaha.. suara ustazah yang seksi di maafkan ye en.joe.. hehehe
laa.. mak kata.. kalu org tu ngaku dia jahat.. means.. dia tak jahat.. =)
ustazah rock tapi muslimah.. hehehe.. tapi ingat ye.. berlandaskan hukum syarak tau.. =)
Post a Comment