RSS

berbeza

setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing. pandangan dan pendapat yang berbeza itu tidak ada salah dan tidak ada betulnya. ia abstrak. bukan untuk disalahkan dan bukan untuk dibetulkan.

kita tak boleh menyalahkan mereka kerana mempunyai pandangan dan pendapat yang tidak menyerupai pendapat kita. kita juga tidak boleh mengatakan pendapat mereka salah. dalam hidup ini banyak perkara yang perlu kita kongsi. banyak perkara yang perlu kita tahu. banyak perkara yang perlu kita pilih.

kekadang apa yang kita kongsi itu tidak cukup untuk semua orang. kekadang perkongsian itu hanya memerlukan 2 individu. bila banyak orang, banyaklah ragamnya, maka banyaklah pendapat dan pandangan yang berbeza.

kekadang apa yang kita tak suka, itu yang perlu kita terima. kerana kekadang orang yang terdekat dengan kita menyukainya. belajar menyukai sesuatu yang kita tak suka adalah sesuatu yang amat istimewa bagi pandangan ku. itu aku. aku tidak tahu kamu. kerana kekadang dengan 1 perbezaan dalam membentuk 1 hubungan yang lebih manis dan baik. :)

aku kekadang tidak suka menerima pandangan yang berbeza dari ku. tapi bila difikirkan balik, memang sepatutnya aku menerima nya. kerana aku ada di dalam dunia yang bermasyarakat.

perlu aku ingat kan diri ku sendiri, jangan menyalahkan sesiapa sahaja.. huhu.. kerana setiap orang atau individu adalah tidak sama, berbeza sama sekali.. :p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mimpi indah.. :(

aku bangun tidur dengan badan ku yang sakit-sakit. aku ni pergi karate or taekwando siapa yang badan aku sakit dan lenguh-lenguh ni.. ke aku pergi latihan silat. huhu.. setahu dan seingat aku, sebelum tidur, aku tidak melakukan apa-apa aktiviti yang membuatkan badan aku sakit. huhu. aku pun tak tahu.

setelah berfikir untuk beberapa detik dan ketika, ingatan aku sedikit sebanyak kembali. hehehe.. macam orang hilang ingatan je gayanya.. hohoho. aku tergelak sendiri.

di kala aku tidur, aku mimpi aku menjadi seorang heroin. waaa.. tak de laa heroin filem. tapi heroin untuk diri sendiri. ade seseorang ingin meragut beg tangan yang aku bawak. aku melawannya dengan bersungguh-sungguh. dan datang lagi seorang peragut. dia juga berusaha untuk meragut segala barang kepunyaan ku. waaa, aku tidak merelakannya. aku bertungkus lumus melawannya.

waaaa, apa kaitan dengan badan ku yang sakit ini? hmm, may be aku berkungfu di dalam mimpi menyebabkan badan aku sakit-sakit sekarang. terasa macam lenguh semua nya dan demam akan muncul.. tapi aku harap ia akan bertambah ok selepas beberapa detik. hehehe..

aduhai, ade jugak ke mimpi menjadi kenyataan??? maksudnya, bila kita bekerja dalam mimpi, di alam nyata, badan kita akan sakit seperti yang kita mimpi kan? aku rasa ia tak de kaitan langsung. huhu.. ntahlaa.. :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hari rehat sedunia..

hari ni aku nak rehat. entah kenapa aku pun tak tahu. yang aku tahu, aku tidak mahu ke mana-mana. aku hanya mahu tinggal di bilik, melihat bilik ku yang agak comel, cantik, cute ini.. hahaha..

selaku ustazah yang brutal dan jugak rock, aku dengan berbesar hatinya, memberi cuti, iaitu cuti rehat sedunia. sesiapa yang ingin bercuti, sila lah kamu mengambil mc dengan PA aku, hohohoho. yang penting, aku memang tidak ke mana-mana hari ini. aku hanya berada di dalam bilik. entah angin apa yang telah menjangkiti aku kala ini.

aku kira ade angin kemalasan yang membawa virus malas yang telah melekat di badan aku. aaahh, banyak pulak alasan aku kalau aku malas. padahal aku memang pemalas. nasib laa bilik ku, aku dah kemas semalam masa aku rajin. kemas, empuk, nyaman.. hehehe..

jika sesiapa yang telah menular virus kemalasan seperti aku, kamu dinasihat pergi berjumpa dengan doktor sakit puan, sebelum ianya merebak dengan lebih dahsyat lagi. aku sudah makan ubat, jadi aku mahu rehat kan minda ku yang malas ni. mana tahu lepas rehat aku jadi rajin. rajin dalam segala segi..

selamat bercuti.. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

musim raya..

hari ni, aku dah ade kat kL.. semalam lagi sebenarnya.. hahaha.. aku datang pagi semalam.. kul 930am bas aku. dalam tiket laa.. tapi jem punya pasal.. bas sampai pukul1030am..

try kamu teka pukul berapa aku sampai kL? 8jam selepas itu? oh tidak.... 11 jam selepas itu.. adik aku, tie.. asyik sibuk menanya, "kak, bila kita nak sampai ni?" soalan yang sama dia ulang, entah berapa kali pun aku lupa nak kira. tapi memang soalan itu aje yang timbul. ye, memang!! naik boring. dah lah balik hari tu, kul2am aku bertolak and pukul 4pm esoknya baru aku sampai rumah. 14 jam.. waaa... lama tuuuuu.. naik pening otak aku ade dalam kereta. macam ibu pragnant pun ade rasanya, loye, pening, pusing, semua ade.. bercantum jadi 1. huhu

raya tahun ni, raya yang paling sakan aku raya. rumah aku dari hari raya pertama sampai laa hari khamis.. penuh, limpah, full, apa lagi perkataan eh yang aku nak gambar kan bahawa rumah aku memang penuh. hahaha..

orang datang beraya, ok laa tu, bawak rahmat, tapi penat tu memang aku tak nafikan. memang penat. masak, hidang air, basuh apa yang patut.. hmm, korang pun faham hari raya macam mana orang datang beraya. pening otak aku. nasib laa aku 4 beradik perempuan. sempat laa jugak nak sedia kan apa yang patut. kalau mak aku tak de anak perempuan, masak mak aku nak sedia kan semua persiapan.

tapi lelaki sekarang, mak kata dah ramai dah yang tahu buat kerja rumah. aku kira, kalau ade lelaki macam tu, aku tabik, sebab bagi aku dalam berumah tangga, bukan isteri je yang nak kena jaga rumah. suami pun kena main peranan. barulah rumah tangga pun rukun dan damai. hehehe.

tapi pengalaman raya tahun ni, aduhai, sangat penat. nak balik ganu, jem. nak balik kL, jem. memang dorang ni (especially orang pantai timur..) memang dah janji ke nak balik raya sama-sama.. jem tu, aku tak ley nak cakaplaa.. dari tol gombak sampai laa ke machang, jem nya.. lepas dari machang, baru laa terasa aku naik kereta dengan kelajuan 60-70.. kalau tak asyik bawak 20-30 je.. macam bawak kereta depan sekolah je gayanya.. huhu..

aku lenguh, pemandu aku tak tahu laa lenguh nya macam mana.. manual pulak tu kereta nya.. aduhai, terima kasih kepada pemandu yang menumpang kan aku balik dengan selamat. hehehe..

whatever pun, raya tahun ni, walaupun penat.. tapi sangat best.. aku akuinya.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JOM..

JOM BALIK..

NAK BALIK..

BALIK KAMPUNG..

RAYA-RAYA DENGAN FAMILY..

RINDUNYAAAAAAAAAAA...

HEHEHE.. :)

SIAPA NAK IKUT? ANGKAT JARI.. HEHEHE..

JEMPUTLAH KE RUMAH AKU KEPADA SESIAPA YANG ADE DI PANTAI TIMUR..

JANGAN LUPA BAWAK DUIT RAYA SEKALI.. HIHIHI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

salam lebaran..

di kesempatan ni.. sebelum aku balik ni.. hehehe.. aku nak ucapkan kepada "dia", semua member-member aku, sama ada member real atau member maya aku... kepada blogger-blogger semua..

selamat menyambut hari raya aidilfitri..
maaf zahir batin..
semoga kedatangan 1syawal akan memberi 1001 makna kepada kamu semua..
semoga dengan pemergian ramadhan ini akan memberi 2002 manafaat dan keberkatan kepada kamu semua..
aku mintak maaf andai ada yang terkasar bahasa.. tersilap bicara.. tersalah kata..
semoga lebaran yang bakal tiba di sambut dengan penuh kemeriahan..

salam lebaran.. maaf zahir batin... =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jom balik...

khamis.. kelas ade 1 je.. bapak aku boring. pepagi dah malas. kawan-kawan semua dah sampai rumah. aku sorang je terkebil-kebil nak pergi kelas. adoiiii..rabu 1 kelas. khamis 1 kelas. kenapa lah ustaz ni tak nak batalkan jelah kelas yang ade ni...

hmm.. ustaz yang ajar subjek ni ustaz dari jordhan.. so dia tak balik. so dia buatlah kelas.. semalam tutor.. 1 kelas 27orang.. yang datang 6 orang je. hahaha.. habis masak semua yang datang lah kena soal.. huhu..

hari ni, 19 perempuan 5 orang laki. ni kuliah plak. waaaa.. dari lebih kurang 80 orang tak sampai separuh pun yang ade. adoooiiii.. semua bersemangat nak balik. tu tak masuk budak-budak sabah sarawak lagi tu.. dorang dah balik 14.9.. bapak lama punya ponteng kelas.. pastu datang plak may be 30.9.. waaaa.. cuti seminggu je.. hentam sampai 3minggu.

aku? tetiap kali raya aku balik malam raya. budak baik laa katakan. datang semua kelas. tapi duk dalam kelas aku ingat kampung jugak. apa yang ustaz ajar dah tak masuk akal dan otak aku yang genius ni dah.. yang aku tahu, waaa... boringnya.. semua kawan-kawan dah balik.

aku balik hari sabtu pagi. may be laa.. huhu.. tak tahu lagi masa aku akan bertolak. tak pelaa yang penting.. aku sampai untuk beraya dengan family... dah habis mood nak duk kL ni.. aku fikir nak balik je ni... huhuhu =(

sesiapa yang tak balik lagi.. jom balik.. hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mood yang rajin.. ;p

20.9 dah raya..

hari ni dah 16.9.2009..

kad raya, dah hantar.. orang-orang tertentu je aku hantar..

malas nak hantar banyak-banyak.

may be sebab aku dah tua, kad raya pun aku malas nak hantar.

nasib baik baju raya aku dah siapkan.

kalau tak mesti aku malas jugak.

kuih raya, aku nak beli.. tapi raya-raya macam ni, kueh raya mahal wey..

tapi tengoklaa dulu. kalau aku rajin, aku beli.

raya-raya gini, sepatutnya aku rajinkan diri..

so rajin-rajinlah aku berkemas untuk balik kampung.

sekarang, aku nak rajinkan mood aku yang memang malas ni..

mood yang rajin akan membuatkan aku awet muda.

so kenala aku selalu rajin-rajin, jangan malas-malas..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jom bermalasan..

bangun pagi dengan malas.

sahur dan makan pun aku malas.

nak pergi kelas, aku malas. tapi aku tetap pergi.

nak buat kerja.. malasnya...

nak kemas barang untuk balik rumah pun aku malas.

semua malas-malas..

apa yang aku rajin?

entah apa yang aku rajin.

macam semua malas-malas je ni..

mungkin ni di namakan dengan hari yang malas..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

selamat hari lahir..

sempena 25 ramadhan tahun ni.. aku ingin mengucapkan...

Selamat Hari Lahir..
Semoga Panjang Umur..
Murah Rezki..
Semoga Allah selalu melindungi dan merahmati hidup kamu..
Semoga bertambah keimanan..
semoga segalanya akan berjalan lancar dalam hidup kamu..
senyum lah kamu tatkala kamu sedih dan gembira..

:) senyum sokmo deh..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

presentation punye pasal..

esok kena present. hmm.. takutnya tak usah aku gambarkan lah.. aku tak biasa berperasaan macam ni. bila di fikir-fikir balik, terasa pelik. tapi entah apa yang aku takutkan aku pun tak tahu huhu..

aku dah bangun seawal 4.30am.. pastu asyik fikirkan presentation pukul9.30am. hmm, padahal aku bukan tak biasa berdiri di depan. hehe. sengaL jugak. tapi kali ni, ade sedikit kelainan. takutnya dan debaran nya berbeza dari kebiasaan. aku positifkan minda. may be aku nak dapat A kot dalam subjek ni.. hahaha.. positifkan minda sendiri. okey!!

tapi kata wani, bila dah ade kat depan, automatik perasaan takut tu akan hilang. memang aku sudah ketahuinya. dan aku juga tidak menafikannya. haha. aku bukan tak biasa berdepan dengan orang ramai. tapi semakin usia ku meningkat semakin aku berdebar. itu aku sangat pelik. hehe. aku harap presentation nya akan berjalan dengan lancar.. kamu mesti doakan aku tau.. okey!.. ;p

tapi, sebagai seorang guru yang baik dan berkaliber, aku patut mempunyai semangat juang yang tinggi. sikap ini memang seharusnya ade di dalam diri seorang pendidik. waaa.. macam terasa hangat dan dekat aje dengan sekolah.. ;p

dengan presentation banyak mengajar aku erti sebuah keberanian. keberanian dalam pelbagai segi. alaa.. kat kusza dulu aku kan dah present.. siap dalam BA lagi tu.. boleh je. walaupun hakikatnya tersengguk-sengguk aku menelan peritnya. hahaha.. lupakan saje.

aku cuma berharap, aku akan dapat jadi guru yang baik.. ;p.. bukan setakat mengajar bahkan mendidik dengan baik.. :) waaa.. terasa insaf.. (insaf kejap je tuuu.. hehehe..)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

huwaaaa.. nak balik...

semua member2 balik awal.. syoknya.. dapat berbuka dengan family.. aku? aku berbuka dengan family hanya pada hari pertama berpuasa.. huhu.. yang selebihnya aku berbuka dengan asma, menerima jemputan, dekat DM (dewan makan) bersama Ezza.. tapi kebanyakan nya bersama Asma. hehe..

sahur? boleh di bilang dengan jari aku bersahur. kekadang aku hanya bangun, tapi tak sahur, just minum air masak, malas nak makan. ade jugak ke orang malas nak makan macam aku? ade. itu sudah tentu aku. hihi. pagi2 mood untuk makan adalah sedikit berbanding malam atau siang. hehe.. disebabkan itulah kekadang aku hanya bangun tanpa makan sesuatu dan hanya minum sebotol air. kekadang aku tidur lewat menyebabkan aku makan sebelum tidur. tak takut gemuk ke? tak de istilah diet dalam kamus hidup aku buat masa sekarang. akan datang, aku akan fikirkan kemudian..

puasa tahun ni, memang lain. tapi aku je yang sama. entah puasa aku diterima entah tidak. aku pun tak tahu. kemeriahan puasa aku rasa macam biasa je. kalau dulu.. puasa meriah. may be aku sudah tua. hehe..

aku balik 19. lewatnya. esoknya raya baru nak balik? entah. tiket tak de. dah habis. ni pun nasib baik sepupu aku tu baik. dia kasik aku tumpang. kalau tak, alamatnya aku balik lepas raya laa.. huhu.. alhamdullillah. tiap2 tahun balik dengan dia. hehe. menyemak je aku ni. tak kesah lah semak ke tak, janji aku dapat balik rumah emak aku.

rindu pada Amin.. Kak Mah.. Kak Nur.. Kak Cik.. hehe.. especially mak dengan ayah.. eiii.. rindunya.. :) macam budak2.. hehe.. tak sabar nak balik.. ade 1minggu je lagi... ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

asignment..

hehe.. malam ni riuh rendah bilik.. semua orang datang buat prinsip tekno.. waa.. hari isnin ni nak kena present.. huhu.. terasa seram sejuk.. (macamlaa ni 1st time aku present.. tapi present kali ni lain dari present yang sebelum2 ni.. apa yang berbeza? entahlaa..)

kerja berkumpulan kekadang memerlukan banyak kerja yang patut disiapkan.. komunikasi yang baik sudah tentunya diperlukan..agar kelancaran kerja dapat dijalankan dengan baik.. kekadang asignment group adalah lebih rumit berbanding dengan asignment individu. kekadang aje laa.. tapi ia memang lebih baik jika di buat berkumpulan. kerana menjimatkan masa dan juga kos (yang penting sekali.. hehe..)

aku harap aku dapat buat yang terbaik pada hari isnin ni.. GOD BLESS ME.. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku lega..

masalah yang datang tu kadang2 hanya mahu menguatkan keteguhan dan ketabahan hati kita. aku kekadang tidak dapat menanggung segala yang datang itu. kekadang aku biarkan masa menentukan nya. tapi membiarkan masa berlalu adalah 1 perkara yang sangat pahit. kerana aku hanya membiarkan masa yang menyelesaikannya.

kekadang masa dapat menyelesaikan segala masalah yang datang. kekadang masa tidak langsung membantu. tapi masa adalah penolong utama setiap masalah yang hadir. bagi aku, berilah masa untuk diri sendiri, untuk dia berfikir yang mana jalan yang terbaik yang harus diambil.

kekadang 1 masalah memerlukan masa yang panjang untuk menyelesaikannya. kekadang sebaliknya. bergantung kepada rumitnya masalah dan si penyelesai masalah tu laa.. tapi kata orang, masalah lah yang mendewasakan kita.

aku akui.. masalah yang datang banyak mengajar aku mengenal erti kehidupan. dan menjadikan aku seorang yang matang. walaupun ade member kata aku ni macam budak2.. aku tak kesah. janji aku tahu dan aku tanggung apa yang aku buat..

sesiapa yang tak setuju dengan ku, aku sunatkan bangkang. dan aku sesekali tidak akan memarahi siapa yang membangkang. sebab semua pendapat adalah betul. ambil lah apa yang kamu rasa betul dari ku. kalau kamu rasa salah, tinggalkanlah. hehe..

selesai 1 masalah. lega hatiku.. kini aku boleh tersenyum dalam keadaan demam, lemah dan gemalai ini.. hihi ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ya Allah, bantulah aku..

kenapa semua ni harus terjadi? kenapa? ya Allah.. bantulah hamba mu ini.. aku menjadi buntu. aku menjadi blur. semua kerja macam tak kena. tunjukilah aku jalannya ya Allah..

tak ku minta jadi begini juga begitu. tapi aku harus tahu, meniti layar kehidupan memerlukan semangat yang kuat dan perlukan ketabahan yang jitu.. adakah aku mempunyai semua tu?

ya Allah.. kurniakan aku semangat umpama semangat orang2 soleh yang berjuang.. aku merasakan aku tidak mampu melawan ujian mu ini.. aku merasakan aku akan kalah. rebah. jatuh. ya Allah.. kuatkan aku..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Allah itu ada bersama orang yang sabar

tak sedap badan. pastu seram sejuk. terasa ingin demam lagaknya. kepala pun makin sakit ni. berdenyut2. dah lama aku tak demam. biasanya aku akan demam bila sesuatu yang membuat kan aku runsing terjadi.. adakah aku sangat runsing dan berdukacita sekarang???

asma kata, wajah aku hilang seri. kenapa? tak de apa lah yang berlaku. may be aku terlalu penat sebab aku puasa. macam la orang lain ak puasa, detik hati ku. hujan tak turun pun. panas adalah. biasanya, kalau bermandikan hujan, aku jugak akan demam.

tapi kali ni, hujan tak de. may be ada sesuatu yang membuatkan aku resah. apa itu? entah. aku rasa hidup ku makin rumit. apa yang merumitkan aku? aku pun tak tahu. ya Allah.. macam blur je otak aku ni..

kata orang, time2 gini kena ikut nasihat mak. aku kasik tahu masalah kat mak pun jarang. ini kan pula mintak nasihat mak. malu aku pada mak ingin menyusahkannya. sudah lah kecik2 dulu sudah banyak memeningkan otaknya. besar2 begini mahu lagi aku memeningkan kepala nya. tidak mahu aku.

tapi siapa lagi yang aku ade selain mak? kawan2? nak diceritakan pada kawan2.. itu lagi terlebih tidak. lastnya, aku selesaikan sendiri. dan penyelesaian aku dengan berdiam diri. biar masa yang menentukan masalah ini. ku serah hanya pada Allah ya Rabbul 'Izzati.. :) sabar lah wahai diri ku ini.. tegar lah menunggu waktu yang sesuai.. may be ia memakan masa yang agak lama. kerana itu aku perlu sabarkan diri...

Allah itu ada bersama orang yang sabar.. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

maafkan daku..

sedih di hati tiada siapa yang tahu.. aku bukan meminta begini dan begitu.. cuma terkadang, ku juga mahu apa yang diri mu mahu kan itu.. aku menyayangi mu setulus hatiku.. tak terdetik di hati ku ingin mencari ganti tempat mu. kerana sekali ku letak singgahsana itu milikmu.. 1000 kali aku tak kan berganjak dari posisi ku..

aku menyayangimu sejujur naluriku.. tidak pernah ku nodai kasih itu.. dan selamanya ia tetap begitu.. aku tak kan mengurangi cinta yang terlahir buat mu.. bahkan setiap detik ia terus mekar dan berkembang sehingga ke hujung waktu..

maaf kan daku, andai itu salah ku.. tapi ketahuilah.. cinta ku hanya milikmu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hepy bezday tie..

..tie..
hepi bezday..
semoga panjang umur.. murah rezki..
semoga apa yang dihajati akan termakbul..
semoga ditambah keimanan..
semoga nampak muda selalu..
dan selamat menempuhi hari tua mu adik ku..
hehehe ;p
kak sayang tie.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

good luck AMIN.. ;p

hari ni adik aku exam. exam UPSR. patutlah aku rasa macam berdebar semacam je. aku baru teringat bila aku masuk blog nur.. terima kasih pada nur kerana mengembalikan ingatan separa sedar ku kembali.

hmm.. aku wish adik aku yang bongsu tu dapat jawab dengan baik. aku harap sangat dia tak main2 macam aku dulu2. cikgu kata aku pandai. kalau aku tak pandai, math aku tak kan dapat A. hahaha.. itu cerita dulu2. yang aku tengah hangat bermain. cerita sekarang, aku tak nak adik2 aku jadi macam aku. aku nak adik2 aku jadi lebih baik dari aku. aku selalu je pesan. tengok aku boleh. tiru aku jangan. hehe. sebab aku mahu mereka lebih baik dari aku.

adik2 aku memang adik2 yang terbaik yang pernah aku ade. tak de orang yang dapat gantikan mereka. hehehe. aku sangat bertuah. walaupun kekadang kitorang bergaduh sakan. hehehe.

kat sini, nak wish utk Amin...

jawab elok2 dalam exam. jangan lupa baca doa sebelum jawab exam. dan lepas Amin usaha, jangan lupa mintak dengan Allah bagi murah kan rezeki Amin.. good luck..

Amin dah dapat 5A dalam percubaan. aku harap dia kekalkan resultnya.. sebab mak harap sangat anak lelaki mak yang ni dapat jadi seorang tahfiz.. moga doa mak dimakbulkan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

gatal tangan.. waa.. ;p

waa.. malam ni.. hari ni.. aku rasa macam nak menulis je kerja nya. tak tahu kenapa. entah ape2. tapi kekadang banyak gak kelebihan kalau kita banyak menulis.

aku hanya nak mencoret apa yang aku rasa dalam hidup aku. apa yang aku lalui. kalau sesiapa mahu membangkangnya, silakan. aku tidak sesekali memarahi kamu jika kamu tidak bersetuju dengan pendapat aku. haha. dalam erti kata lain, aku tak kesah. kalau kamu tidak bersetuju sekali pun, aku tetap tidak berganjak. aku tetap dengan diri ku.

dalam hidup ini, banyak yang aku lalui. banyak yang aku tempuhi. manis. masam. masin. kelat. tawar. ade gula. tak de gula. ade garam. tak de garam. pelbagai jenis. tapi kata orang, walaupun pelbagai jenis orang yang kita tempuhi, banyak lagi yang datang yang pelik2 lagi dari tu. haha. memang sukar nak percaya. tapi percayalah itu lah hakikatnya.

masalah yang datang, bukan semudah yang disangka untuk aku selesaikan. tapi masalah itulah yang membuatkan seseorang itu makin matang dengan hidup dia. kekadang aku di puji. kekadang aku dicemuh. tapi aku tetap tidak berganjak dari tempat ku. kerana ini adalah life aku. aku yang tentukannya.

apabila melihat life orang lain, ade jugak terdetik dalam hati aku, waa.. bestnya dia. kadang2 itu hanyalah hayalan kita saje. tidak ade orang pun atas dunia ni yang tidak ade masalah. mustahil ade orang yang tak de masalah. cuma masalahnya berbeza. cara untuk dia menyelesaikan masalah juga akan berbeza.. kenapa? kerana setiap orang tak sama.

cuma yang penting jangan lah kita lari dari masalah. tapi kekadang masalah yang ade mengambil masa. dan kekadang masa yang tentukan dan selesaikannya.. entahlah. tapi hidup ini indah sebenarnya untuk dilalui.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

muhasabah minda..

petang ni.. petang yang baik.. biasanya aku tak tidur di siang hari. kerana aku mengamalkan diet atau lebih spesifik nya lagi petua yang cikgu aku ajar untuk mengelakkan gemuk. hehe. aku walaupun tidak diet makanan, tapi kalau bab tidur kenalah diet. sebab bila aku tidur, memang aku mengambil masa yang sangat lama. hehe.. kalau tak cukup 4 jam atau lebih, comfirm aku tak bangun. untuk mengelakkannya, aku terpaksa diet tidur. huhu..

lepas bangun dari tidur, aku terfikir.. masalah aku tadi. haha. bangun2 terus ingat masalah. waaa.. bagus sungguh. masalahnya sekarang, aku rasa tak de lah masalah sangat. perkara kecik je sebenarnya. so aku putuskan untuk mengabaikannya. biasalah. dengan kawan2 aku malas sangat nak berkira atau nak berbolak balik. nanti makin panjang jadinya. baik didiamkan saje.

tapi yang aku akui (berfikir dan termenung dengan muka yang tak basuh.. eiii.. teruk bebenor pompuan ni..) aku akui, aku kasar dan garang. cakap2 aku jugak agak kasar. di sini aku akui itu adalah kesilapan ku. may be itu adalah cara aku. kerana aku bukan lah selembut yang dilihat. biar semua orang tahu memang aku salah.

so.. pada kawan ku yang tegar dengan sikap ku yang agak kasar ni.. AKU POHON MAAF ATAS KEKASARAN AKU.. aku memang bukan sengaja. kerana itulah sikap aku. cepat aje naik angin.

bila lepas tidur.. hehe.. mimpi2 dulu, aku muhasabah diri.. memang itu silap aku. tapi itu tidak bermakna.. hanya aku yang silap.

bila dinilai, difikirkan, di analisis, muhasabah diri, aku dan kawan aku, 2 2 silap. jika aku salah perbetul kan aku. kenapa aku kata 2 2 silap?

  1. aku berkasar dengannya.. itu memang silap aku.
  2. dia pulak diam membisu dan merajuk (itu istilah aku laa.. may be orang lain kata dia bukan merajuk.. tapi terasa. tapi bagi aku, ia adalah sama. sebab 2 2 bermakna jauh hati.)
  3. aku pulak, malas nak panjangkan cerita, so aku diam. (sebab aku tahu, bila aku bersuara, mulut aku ni lazer, tak nak berhenti. nanti makin laa panjang cerita. makin banyak dia terasa plak nanti.)
  4. dia pulak, aku tak tahu status macam mana.
so di sini, aku harap biar settle secara kawan. aku tak jaja cerita aku, aku hanya luahkan dalam blog. tapi aku tak tujukan kepada sesiapa pun. tapi tuan nya mesti tahu aku tujukan padanya. kenapa aku buat macam ni? sebab bila aku bercakap, aku kasar, lazer. aku tak boleh berlembut. aku takut nanti ade orang yang menangis.

aku memanglah tak nangis. tapi aku tak nak orang lain nangis. aku akui, aku silap sebab berkasar. tapi aku rasa kawan2 aku dah tahu memang aku kasar orangnya. dan memang cara aku macam ni. aku memang tak boleh nak ubah dah walaupun aku try sedaya upaya. tapi sikit2 tu ada lah. tak macam dulu yang sangat baran. sekarang kurang. tapi tempias nya masih lagi melekat. itulah orang tua.. kan. kan. kan..

so dengan hati yang terbuka, KU POHON MAAF KERANA BERKASAR..

aku tak tahu dia "ter"baca atau tidak blog aku. tapi kalau dia baca.. AKU MINTAK MAAF. kalau dia tak baca pun, AKU MINTAK MAAF jugak. sebab berkasar. tapi macam aku cakap, usah lah merajuk dengan orang tua.

walaupun kesnya tak de lah seteruk mana, dan tidak memberi effect pun pada aku. tapi ustaz Shaharuddin kata, kalau salah dengan orang kita kena mintak maaf. so aku mintak laa maaf. aku tak pernah ganggu privacy orang. so aku tak nak orang ganggu privacy aku. salah tetap aku salah. aku dah mintak maaf. untuk memaafkan terpulang pada dia. aku tak kesah.

kesimpulannya di sini, banyak orang, banyak ragamnya. kita kenalah terima sikap kawan2 kita. walaupun dia tu teruk. haha. sebab aku memang seorang kawan yang teruk. hehe.

dan aku nak pesan pada diri aku dan kawan2 aku, kalau nak guna mulut tu, gunalah elok2. (terutamanya aku yang garang ni..) aku tak cari simpati dari orang lain dengan bercerita di belakang kawan aku. aku diamkan saje. aku tak citer dekat orang lain cerita ni. kalau orang tanya, jawapan aku senang je. tak tahu. aku harap, kawan2 aku jugak macam tu. tak bercerita dan menjaja nama ku. itu senang je kan. aku tak cerita, dia pun kenalah sama tak bercerita. sangat simple konsepnya.

so.. bila aku salah, tegurlah aku. bila kawan aku salah, aku tegur. tapi aku tegur sekali jela. kalau tak nak dengar jugak, itu hal kamu. aku dah pesan. hehe..

selamat beramal.. waa... tak de dalam topik..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kawan tetap kawan

hari ni tetibe rasa nak melawa je.. hehehe.. entah angin ape yang merasuk badan aku ni. aku sendiri pun tak tahu dan tak faham. hehe.

tapi hari ni datang satu masalah. aku ke yang cari masalah ni? setahu aku, aku tak cari masalah ni. tapi entah lah. telah berkali-kali aku pesan pada semua kawan aku. jangan merajuk dengan aku. aku tak kan pujuk. dan aku tak kan hirau kan orang merajuk. merajuk laa kamu sampai mati, aku tetap dengan pendirian aku. aku tak kan memujuk kamu.

seandainya kawan2 aku.. yang ade rasa teringin mahu merajuk dengan aku, baik kamu fikir 1juta kali. kenapa? kerana kamu akan penat merajuk dan aku tidak melayan rajuk mu. hati ku kering. sebabnya aku tak pernah nak merajuk dengan kawan2. so kawan2 aku tak boleh nak merajuk dengan aku.

aku ade 1 sikap buruk.. aku jadi meluat pada siapa yang merajuk dengan ku. aku jadi naik loya.. ish3.. entah kenapa aku rasa sampai macam ni sekali. so sesiapa yang dah merajuk.. ingin merajuk.. akan merajuk.. terfikir untuk merajuk, di nasihatkan dengan budi bicara yang baik, baik kamu berfikir berjuta2 lemon kali.. :)

dalam berkawan, biasalah kalau kamu terasa. semua orang tak kan dapat memuaskan hati orang lain. tapi rasa itu tak yah lah sampai merajuk. orang2 tua merajuk, buruk. aku bukan lah muda. aku adalah orang tua antara yang tua. tapi sekurang2 nya yang sedikit muda dari ku itu pun tak usah lah merajuk.

merajuk hanyalah dikhususkan untuk budak2 sekolah rendah bagi ku. lumrah kat dunia ni, dalam berkawan kita kena kawan dengan semua orang. pastu kita tak boleh laa terikat dengan sorang kawan je. kita ade life kita sendiri. kawan kita pun ade life dia sendiri. biarlah dia nak buat apa yang dia nak. biar lah dia pergi yang mana dia nak pergi.

aku cukup pantang kalau apa yang aku tak buat kat orang tu.. orang tu buat kat aku. aku tak hirau apa yang orang nak buat. so kenapa orang nak hiraukan apa yang aku nak buat?

aku adalah seorang wanita yang agak garang. cepat panas. tapi aku tak kan meletup kalau tak de orang usik. aku sedaya upaya tak nak marah orang. tak nak pedas2 kat orang. tapi.. aduhai.. ade aje yang membuatkan pedas aku ni meletup. aku dah cuba untuk tidak memarahi sesiapa. tapi.. ish3... inilah sikap aku yang paling aku tak suka. paling aku benci. marah3..

kadang2 kemarahan yang ada, aku simpan. kadang2 kemarahan yang ada, aku tangguh. tapi bila ia jadi cair.. time tu laa aku tak dapat nak tolong kamu. huhu..

dalam berkawan, konsepnya senang je. jangan lah kamu terikat sangat dengan kawan kamu. berlebih kurang itu adalah 1 sikap yang baik. faham kah kamu dengan makna "berlebih kurang"? hehehe.. ni istilah yang mak aku gunakan..

ia bermaksud.. ala.. sikit2 tu ade yang lebih ade yang kurang.. halal kan jela.. jangan terlalu syadid sangat. tak kesah lah kamu buat ape.. kawan kamu buat ape.. kamu di sana.. kawan kamu di sini.. yang penting, kawan tetap kawan..

so jangan lah kamu merajuk, buruk!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

waspada!!

pernah kamu dengar tentang lelaki yang ingin membalas dendam dengan semua perempuan kerana seorang perempuan. atau seorang perempuan berubah menjadi tomboy kerana berdendam dengan seorang lelaki?

mesti pernah.. dan jawapannya YA.

mak aku selalu pesan, kalau nak, cakap je nak, kalau tak nak, cakap tak nak. jangan melayan semua lelaki dengan layanan yang sama dengan lelaki yang kita suka. hidup ni kata orang jangan terlalu melampau.

aku datangkan kesah. kesah rekaan aku. contohnya, siti dalam mencari jodohnya, dia bertemu ramai lelaki. lelaki yang diketemuinya ada yang baik, dan ada juga yang kurang berhemah. tapi siti melayan semua lelaki sama rata. semua di bahasakan dengan abg, dan panggilan manje siti adalah Anje.. dengan semua lelaki siti bersikap begitu.

pada pendapat kamu, adakah wajar siti bersikap demikian?

ni pendapat aku, jika kamu tidak setuju, kamu disunatkan bangkang. aku tidak akan makan kamu jika kamu bangkang pendapat ku yang tak seberapa ini.

pendapat aku, siti tidak wajar begitu, kerana sifat lelaki lain dengan perempuan. lelaki sangat suka akan perempuan yang berlemah lembut dengan mereka. jika lelaki itu adalah kawan kamu, mestikah kamu memanggilnya dengan abg dan membahasakan diri kamu dengan Anje? adakah patut kamu bahasa kan diri kamu dengan kawan begitu?

aku tak pernah plak jumpa kawan yang panggil kawan dia sayang atau manje atau ape2 panggilan manje yang agak gedik dengan kawan2 sendiri. hmm.. may be aku sudah tua dan tidak tahu perkembangan budak2 zaman sekarang. jika aku salah, betul kan lah aku.

tapi mak aku selalu pesan, dengan lelaki jangan main2. jangan lukakan hati atau guriskan hati mereka. kalau kamu ingin menolak sekali pun, tolak lah dengan cara yang baik. sebab aku perempuan adalah kaum yang lemah dan tidak dapat melawan lelaki dengan kekuatan. maka berhemah lah dengan lelaki.

mak selalu kata, kalau hantu kacau, kita boleh baca quran. kalau lelaki kacau dan buat perkara yang tak senonoh.. siapa nak bantu? memang tuhan ada. ALLAH itu maha melihat. tapi kita jangan cari pasal dengan golongan adam. sebab padah yang akan datang sangat teruk bila lelaki marah.

betul ke lelaki macam ni? kalau dia marah seperti gunung berapi melepaskan larvanya? confuse jugak aku. tapi aku kira betul lah.. ini hanya untuk langkah berjaga2. kerana kata orang jangan kamu bermain dengan api. kelak kamu yang terluka. so ambil lah pengajaran.

kalau kamu suka, kata kan saje kamu suka. kalau kamu tak suka, tolak lah secara baik. itu adalah lebih elok kerana kamu hanyalah seorang perempuan. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hidup ini..

subjek KDO telah memperkenalkan aku dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan. tak kira laa ilmu apa.. yang penting, aku sangat seronok mempelajarinya. cuma aku saje yang masih tidak lagi bersuara di dalam bilik kuliah yang sebesar itu. entah. aku pun tidak tahu mengapa. biasa nya aku lah yang selalu bersuara apabila aku tidak berpuas hati dengan idea2 yang disumbangkan.

tapi mugkin aku sedikit segan atau pun aku sedikit gelabah. haha. atau aku telah terkesima dengan ilmu2 dan pengetahuan2 prof Megat. dia memang seorang Prof yang sangat banyak pengalaman dan juga pengetahuan. terima kasih untuk prof Megat atas segala ilmu dan pengetahuan yang telah dikongsi.

minggu lalu, aku belajar analisis SWOT. aku tak sangka pada minggu ni, dalam kelas pengurusan dan pentadbiran pendidikan aku dikehendaki menyiapkan analisis SWOT. agak pening. tapi aku seronok. kenapa?

sekarang, hidup aku kembali terurus seperti sedia kala. jadual yang tersusun. aturan yang terpaksa aku ikut. disiplin yang patut aku jaga. semua menjadi seperti sedia kala.

aku kira, diri ku patut dianalisis terlebih dahulu. supaya segala kerja dapat ku jalankan dengan baik dan betul. kalau tak, naik haru hidup aku ni. hmm, hidup ini, sebenarnya selalu kena muhasabah diri, selalu fikir akan kelemahan diri, dan selalu lah insaf diri. barulah semua keadaan akan berjalan dengan tenang dan harmoni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

study..

kerja semua kebanyakkan nya dah ku settle kan.. tinggal sikit2 lagi.. ade kerja. tapi tak banyak sampai aku pun naik pening. sekarang, tahap kepeningan ku turun menjadi 20% sahaja. hehe. aku sangat lega.

kini sedang memikirkan nak siap kan asigment teknologi pengajaran.. aku kena present rabu ni. ni last presentation aku. waa.. sangat lega. aku suka group awal2. sebab akhir2 aku tak semak otak nak fikir tentang asigment dah.

aku suka keadaan dan suasana belajar. kalau boleh, aku nak sambung sampai PhD.. tapi tengoklah mak or suami kasik ke tak.. hehehe.. dan tertakluk pada diri ku jugak.. sebab aku yang nak belajar kan..

kenapa aku suka suasana belajar? aku pun tak tahu kenapa. dalam hidup aku ni, banyak yang aku tak tahu mengenai diri ku. aku entah faham entah tidak dengan diri ku ini.. waaa.. ade jugak orang macam ni.

tapi belajar lebih seronok dari kerja, itu lah yang ku rasakan saat aku menjadi cikgu dulu. dan sekarang, aku sambung belajar. belajar untuk mengajar yang lebih mantap. hehe. jadi cikgu seronok. dikelilingi dengan student yang macam2 jenis perangai. tapi buat masa sekarang, kalau di beri pilihan, pilihan utama aku adalah ingin sambung pengajian aku ke peringkat yang lebih tinggi. :)

tapi tak semua impian tu, akan jadi kenyataan. aku hanya mengimpikan saje. kalau tak dapat, tak kesah lah. kalau dapat, alhamdullillah.. hehehe..but macam yang kita tahu la, setiap orang nak impian dia tercapai.. so tolong lah sesiapa yang baik hati mendoakan aku. :)

2tahun lagi aku akan posting, macam tak percaya pun ade. dah 2 tahun kat sini, hoho. tapi alam belajar memang best.. sesiapa yang dah bekerja je yang tahu perasaan ni, dan merindui saat belajar dulu.. hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sedey kah aku?

asma ikut qilah hari ni. pergi rumah makcik qilah. bila aku free aku habis kan masa bersama asma. bila tak de kerja, mesti cari asma jugak. itu aku pun tak tahu kenapa. may be sebab aku selesa ade dengan asma.

hari ni, asma tak de. macam sunyi je. tak tahu nak buat ape. pada hal aku memang aim dah lama dah mahu tidur sepuas2nya bila aku dah habis siapkan semua kerja. tapi mata tak boleh lelap. teringat kat asma. aduhai, macam aku je angau dengan asma.. hahaha

bila kita ade kawan, yang rapat, yang sebulu, sehaluan, kita akan banyak habiskan masa dengan dia. bila dia tak de, memang rasa sangat sunyi. tak de member nak gelak sama2, ketawa sama2, berborak, bercerita.. aduhai asma..

balik laa cepat. sunyi sepi ni. tak tahu nak buat apa. kalau asma ade, boleh usik2 asma. hehe. itu yang penting sebenarnya. nak usik. kacau. tak nak kasik hidup asma senang. hahaha. kerja orang boring memang macam ni..

:(( sedih. sebab sekarang duk sorang2 dalam bilik. huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

give n take..

manusia ni banyak ragam. banyak jugak gayanya. dalam erti kata lain, banyak orang, banyaklah ragamnnya.. tapi hidup dalam masyarakat tak boleh laa terlalu banyak ragam. tapi ade jugak manusia yang banyak ragam macam ni. tapi biasa lah orang kata, hidup bermasyarakat memang macam ni. pening dengan ragam sendiri, apatah lagi ragam orang lain. :)

aku ada sorang member. dia memang banyak ragam. sampai aku sendiri pun pening dengan dia. tapi aku akan bertambah pening bila ade sesuatu isu yang nak dibincangkan bersama dia. siapa dia? aku kenalkan dirinya sebagai miss univers. sebab dia kan suka fomous2 gitu.. hehehe.. entah. aku pun tak nak cakap banyak pasal dia. tapi yang penting, dia di kenali ramai. dan aku makin sakit kepala dengan sikapnya yang acuh tak acuh. ish3..

kerja yang terbengkalai menyakitkan hati orang. berlagak tak tentu tempat menyakitkan mata. banyak bersoal jugak gayanya. tapi kenapa dengan ku dia tak begitu menjawab. may be sikap ku yang terlalu berterus terang dan jujur dengan setiap tutur kata. hehe. pedas jugak ada kala nya..

tapi, itu dulu. semasa aku tidak faham dengan sikapnya yang telah banyak menyusahkan hidup aku. kini, orang lain menjadi mangsa..

kenapa jadi begini? itu kita kena tanya diri sendiri.

kekadang, sebagai manusia kita mesti ada tolak ansur. jangan penting kan diri sendiri. aduhai.. susah kalau kita tak dapat nak bertimbang rasa dengan orang. kelak orang tak kan bertolak ansur dan bertimbang rasa dengan kita.

tapi bertimbang rasa tu ada had nya. dan ada masa nya. tak boleh lah melampau. kata orang biarlah berpada. hehe. betul tak? kalau salah tolong betul kan aku. tapi aku rasa dah betul dah. sebab dalam hidup ni kita perlu ada give and take.. kan.. kan.. kan..

hehe.. kalau nak orang buat baik pada kita, kita kena buat baik pada orang. kalau nak orang bertimbang rasa dengan kita, kita kena bertimbang rasa dengan orang.. kalau nak terima, kita kena memberi terlebih dahulu, baru boleh menerima.. senang je konsep nya..

siapa yang tak setuju, sila bangkang aku. aku tak kan marah.. setuju dengan konsep tu??? jawapan ade pada kamu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

lappy oh lappy..

hari yang sangat kelam kabut.. ke sana.. dan ke mari.. macam dah tak de kaki rasanya.. haha..

pastu lappy kesayangan tetibe rosak dan tak boleh bukak.. tapi aku tak rasa lappy aku rosak.. dia just demam je kejap.. nanti dia ok laa 2.. aku nak nagis pun ade.. tapi aku positif thinking.. tak rosak.. nanti dia baik.. kena pujuk dan cakap elok2 kat dia yang aku nak buat kerja yang menimbun ni.. tolong laa faham wahai lappy kesayangan ku..

aku kekadang pun tak tahu kenapa. dan tak tahu kat mana silap nya. yang aku tahu, lappy aku tak boleh nak bukak. ni pun aku patut berterima kasih pada asma. kerana dia sudi meminjam kan lappy nya buat ku. kalau tak. haru biru hidup aku.

tak dapat on9 adalah 1 perkara yang sukar untuk aku terima. memang aku dah ade virus blog memblog.. waaa.. dah jangkit dengan siapa pun aku tak tahu.

tapi aku di sini selalu berdoa, lappy jangan lah kau susahkan aku. tolonglah aku. aku sangat banyak kerja. tolong lah kau menyala.. terbukak.. dan boleh digunakan.. aku mintak maaf kalau aku kasar2 sama kau.. waaa... rasa sedih laa pulak. entah kenapa.. huhu

aku harap lappy aku sembuh dengan cepat. kerana aku sayang dia. dan aku sangat banyak kerja. itu yang utama sebenarnya.. hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bergaduh? aduhai..

pepagi lagi hujan dah turun.. renyai2.. renyai2 ke? macam lebat je.. huhu.. macam mana nak pergi kuliah ni? dah lah hari ni ade presentation. mati lah aku. asigment pun 2 sekali gus kena hantar, itu lagi masak.

2 3 minggu ni hidup aku agak kelam kabut. bukan agak lah. memang kelam kabut pun. hidup yang aku tak dapat nikmati dengan sepenuhnya. huhu. kenapa dan mengapa. itu aku pun tak tahu, may be kerja yang tak pernah ade penghujungnya.

kena hujan pepagi bukanlah 1 perkara yang biasa bagi aku. sebab? sebab bila kena hujan, aku selalunya akan lembik, demam, sakit kepala dan macam2 lagi penyakit yang timbul. ish3.. memang aku seorang yang lemah antibodi nya. aduhai...

itu aku tak kesah pun. nak demam, demam lah. nak sakit kepala, sakit lah. nak lembik, lembiklah.. tapi perkara yang memang mengganggu otak dan jiwa sanubari aku ialah apabila aku ni bergaduh dengan dia. aduhai.. sakit otak aku. tak boleh nak fikir ape dah. blur. jem. semua ade. cukup lengkap tuuuu... huhu

aku sekarang dah meningkat usia. kalau nak gaduh tu, aku tak nak lah. aku penat. aku tak larat. dan aku pun dah tak de minat nak cari gaduh. tapi kalau orang cari gaduh dengan aku, boleh je aku nak layan. hehe. aku tak kesah pun nak layan2 benda macam ni.. waaaa....

tapi aku tak suka gaduh dengan dia. sebab bila gaduh, semua kerja aku terbengkalai. termasuk kerja2 yang penting sekali. kenapa eh jadi gini? aku pun tak tahu, tak de jawapan.

tapi lepas ni aku harap, aku tak gaduh2, tegang2 leher, selisih pendapat dan apa2 yang sama waktu dengannya laa.. aku tak larat nak fikir.. tak larat nak lalui nya.

sebab nya hanya 1.. aku penat bergaduh dengan orang yang aku sayang.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS