RSS

Keberangkatan pulang.

Sekarang, boarding time.
Saya memandang tiket Jeddah-Colombo dengan pandangan sepi. Saya rindukan Kaabah. Saya juga rindukan masjid Nabawi. Baru beberapa jam saya tinggalkannya, saya sudah mula merindukannya. Oh, inikah rasa yang selalu diperkatakan oleh setiap orang selepas pulang dari rumah Allah yang Maha Agong dan setelah bertemu Rasulullah?
Mungkin.

Takpe. Jangan sedih dan risau. Insya Allah, saya datang lagi. Setelah ziarah widak, hati menjadi sayu. Tapi digagahkan juga kerana saya bersama kawan-kawan. Malu pula nanti.

Bila kapal dah start berjalan, saya mula rindukan Faqihah Husna dan Naurah Nabihah. Ya .Allah. Saya rasa hari inilah saya baru begitu rindu yang tidak tertahan kepada mereka berdua. Tak mampu diluahkan. Saya seka air mata. Tempoh tiga minggu bukan waktu yang sekejap. Apa khabar mereka berdua? Saya tertanya-tanya, walhal setiap hari gambar di beri kepada saya melalui talian whats app.

Ntah kenapa hati menjadi seperti meronta-meronta mahu segera pulang. Mahu segera memeluk angel kesayangan hati. Naurah dari semalam lagi menangis meminta agar saya segera pulang. Oh anak, jika Madinah-Malaysia itu umpama Gemencheh-Air Keroh umi akan memecut laju supaya umi cepat sampai.

Sabar sikit lagi kakak yer. Umi akan segera pulang.
Umi sayang kakak.
Umi sayang adik.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Madinah, hari terakhir.

Hari ni hari terakhir di Madinah. Untuk perjalanan kali ini. Akan datang, saya tidak tahu lagi. Saya berdoa dengan penuh pengharapan, saya akan dijemput lagi ke sini untuk menjadi duyufurrahman. Saya berharap kali ini bukan kali terakahir. Allahuakbar. Insya Allah, Amin..

Berada di sini saya rasa agak rileks berbanding dengan mekah. Di mekah, saya sibuk untuk umrah. Untuk tawaf sunat. Untuk ibadat lain. Datang ke sini suasana berbeza dari Mekah. Di sini ia lebih teratur. Lebih sistematik. Wanita di sini lebih sopan berbanding di al-Haram.

Tapi sayang.... Semua seolah-oleh terleka dan hanyut dengan kesempurnaan Madinah. (Termasuk saya la tu.) Shopping sampai terbabas untuk pergi ke masjid Nabawi. Ziarah sehingga tidak sempat untuk berimam dengan imam masjid Nabawi. Ya Allah, ampunilah dosa saya.

Pernah satu trip ziarah, saya tak sempat untuk masuk ke dalam masjid. Hanya berada di perkarangan masjid. Ya Allah ya Rahman. Begini kah rasa solat di luar masjid.? Saya tidak sanggup untuk merasainya sekali lagi. Selepas itu, Alhamdulillah. Sentiasa ada tempat untuk saya. Alhamdulillah, syukur...

Saya cadangkan kawan-kawan, sentiasa lah masuk ke dalam masjid. Insya Allah, akan ada tempatnya. Kecuali polis wanita dah tak bagi masuk. So terpaksalah di mana saja kita berada. Kalau boleh, iktiar lah sampai masuk ke dalam masjid. Pahalanya lebih besar daripada luar masjid.. dan iktiar lah supaya kita dapat pergi awal untuk berjumpa dengan Rasulullah yang berada di sana sebelum solat.

Sudah pun tertera dalam hadis, satu solat di Masjid Nabawi lebih baik dari 1000 solat di masjid lain Kecuali Masjid al-Haram.

Saya masih tak faham kenapa ramai yang memilih berada di luar masjid daripada di dalam masjid. Bukankah berada di dalam masjid itu lebih banyak pahalanya? Terutamanya jika berada di saf hadapan. Jika kita nampak pahalanya berada di bawah sejadah, barangkali semua orang memilih berada di dalam masjid dan berebut memilih saf hadapan. Kerana makin ke belakang bermakna makin sikit apa yang ada di bawah sejadah.
Hm. Sama-sama lah kita fikirkannya.

Nukilan,
Azura
Madinah
28.12.2016 - 930am


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengalaman di Raudah, Taman-Taman Syurga

Malam ni jam 9malam, saya dan kawan-kawan ingin masuk ke Raudah.
Saya sudah excited. Tak sabar mahu berjumpa dengan Rasulullah.

Di Madinah, terasa sangat dekat dengan Rasulullah.
Nak marah suami, saya ngadu pada Allah dan pada Rasulullah. Kalau pelik dengan perangai orang, ngadu ngan Rasulullah. Bila orang bersesak-sesak tolak-tolak, saya tanya Rasulullah. Walaupun saya tahu, Rasulullah tak dapat jawab. Tapi saya yakin Allah dan Rasulullah dengar apa yang saya katakan.

Yang hairannya, saya akan dapat bertenang dengan cepat bila saya mengadu. Bila saya menangis dan marah, saya akan tenang dan saya boleh mengawal kemarahan itu dengan baik. Allah, nikmatnya terasa bila kita mengadu dengan Allah dan Rasulullah. Sungguh!

Dan sekarang saya dah balik dari Raudah.
Kata kawan, muka saya kelihatan pucat bila keluar dari sana.. Ya. Saya kepenatan di tolak, dihimpit, ditindih. Tetiba saya rasa, inilah kelebihan menjadi orang yang tidak mempunyai berat badan yang stabil. Saya gelakkan diri sendiri. (Siapa suruh kau diet?!!)

Semasa ingin memasuki Raudah, saya tidak dapat membayangkan bahawa saya akan dapat solat disana. Tapi fikiran saya tetap positif, Allah akan bagi saya kesempatan itu. Saya percaya.

Keadaan sebelum memasuki Raudah sangat membuatkan saya membuka mulut dan mata seluasnya.

Saya membuka mulut melopong kerana terkejut melihat keterujaan Muslimat untuk bertemu Rasulullah. Dah macam budak-budak histeria bila berjumpa artis k-pop. Terjerit-jerit dan menyerbu dengan rakus tanpa menghiraukan orang lain. Allahuakbar. Dalam fikiran saya tertanya, Adakah masjid Nabawi ini tidak dapat mendidik jiwa mereka dengan bersikap toleransi sesama manusia? Bukankah orang yang kamu hendak jumpa itu adalah utusan agong yang sangat bersifat lemah lembut? Bukankah Rasulullah sangat menjaga hati dan perasaan orang.? Tidak kamu mengambil contoh dari akhlak Rasulullah?

Wallahua'lam. Saya tidak pasti kenapa kah perkara seperti ini boleh terjadi. Padahal papan tanda sudah ditampal dan peringatan dari polis-polis perempuan yang menjaga sudah ada. Tapi kenapa kita masih mementingkan diri sendiri? Bukankah sifat ihsan sesama islam itu patut di amalkan untuk kemaslahatan umum?

Orang yang kita tolak-tolak itu bukan orang lain. Saudara seislam kita. Tidakkah kita mengambil pengajaran dari kisah persaudaraan Muhajirin dan Ansar? Yang saling ingin berkorban terhadap saudara mereka walhal mereka tidak mengenali satu sama lain..

Banyak persoalan yang saya tanya diri sendiri semenjak saya berada di Masjid al-Haram dan sekarang di Masjid Nabawi. Dan persoalan itu tinggal persoalan sahaja. Saya selalu berdoa mudahan Allah memberi saya peluang dengan menghantar sesiapa sahaja kepada saya untuk memberi jawapan kepada pertanyaan saya yang tidak pernah ada penghujungnya.

Insya Allah. Allah pasti menghantar mereka yang lebih arif untuk menjawab semua soalan saya. Saya percaya.

Gambar kenangan setelah kepenatan di Raudah. Sangat indah perasaan ini. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Senyum.

Nukilan,
Azura
Madinah
26.12.2016 - 516pm


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Madinah di hari pertama.

Hari pertama di Madinah.
Hari ni mutawif bawak ke pasar kurma. Ya Allah. Di sini kurmanya murah dan berjenis-jenis. Pilihannya terlalu banyak. Sehinggakan saya sudah rambang mata untuk memilih. Hampir atau lebih 150 buah kedai menurut mutawif.

Tips yang diberikan oleh mutawif untuk memilih kurma ajwa.

1. Kurma Ajwa terbahagi kepada 3 bahagian.
Satu, kurma Ajwa ori yang pokoknya adalah pokok benih yang Rasulullah s.a.w tanam di Madinah tanah Haram.
Kedua, kurma Ajwa yang ditanam di Madinah juga tapi luar dari tanah Haram. Maksudnya ditanam di tanah halal.
Ketiga, kurma Ajwa yang ditanam di luar Madinah.

2. Kurma Ajwa yang original adalah berharga 60 riyal dan ke atas. Yang kurang harganya itu harus berhati-hati.

3. Kurma Ajwa yang ditanam dari pokok benih Rasulullah perlu ditanya tauke. Sebab dia simpan di tempat penyimpanan yang asing. Jika orang bertanya, baru dikeluarkan.

4. Biasanya kurma Ajwa yang datangnya dari Madinah tanah halal berharga 30 riyal - 60 riyal per kg. Kalau lebih, jangan beli.

5. Bila ditanya macam mana kita ingin bezakan kurma original atau tidak, kata mutawif, hanya penjual atau tauke sahaja yang boleh menjawabnya. So, perlu tanya tauke terlebih dahulu, baru buat keputusan untuk membelinya. Ini untuk yang berminat dengan kurma Ajwa original sahaja.

Allahuakbar. Dapat satu ilmu.
Terungkai persoalan saya selama ini.
Kes di tutup. Hehe.

Jadi, sesiapa yang datang ke Madinah, boleh la berkunjung ke sini.
Selamat bershopping.
Tapi jangan plak lupa, zohor di Masjid Nabawi pahalanya 1000 kali ganda. So perlu beringat, jangan shopping sampai lupa solat berjemaah. Hehe. Rugi datang jauh-jauh.
Sambil menyelam minum air lah..

Nukilan,
Azura
Madinah
25.12.2016 - 234pm


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masjid Nabawi

Alhamdulillah. Saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah yang Maha Berkuasa seluruh alam. Akhirnya, Allah memberi rezeki saya menjejakkan kaki ke sini. Alhamdulillah, jemputan Allah saya sambut dengan penuh rasa kesyukuran yang tidakk terhingga.

Suasana di Masjid Nabawi langsung tidak sama dengan Masjid al-Haram. Di sini keadaan nya teratur. Ada pintu untuk perempuan dan ada pintu untuk lelaki. Untuk ke Raudah pun ada masa yang telah ditetapkan. Lebih berdisiplin jika begitu. Ini semua orang tahu. Betul kan? Sama ada berpengalaman atau tidak saje. Kita semua pernah mendengar cerita-cerita yang meniti di bibir-bibir para jemaah jika pulang ke tanah tumpah darah.

Saya pernah juga mengutarakan kenapa Masjid al-Haram tidak mengasingkan lelaki dan perempuan pada seorang ustaz. Saya bukan mahu melawan hukum Allah. Cuma sekadar ingin tahu hikmahnya dari mata seorang ustaz.

Katanya, Masjid al-Haram mempunyai Kaabah. Punyai tempat saie juga. Jika pihak pengurusan membuat pintu nisa' dan pintu rijal, tawaf dan saie amat susah untuk dilaksanakan. Sebab masing-masing ada mahram. Jadi...ia dikekalkan seperti begini.

Hm.. saya akuinya. Dalam ramai-ramai manusia disini, susah mahu dicari mahram kita jika kita berseorangan. Sebenarnya ia sukar dijelaskan. Ya. Sangat sukar. Hanya dengan merasainya sendiri barulah kita faham.

Dulu saya selalu tertanya-tanya.
Sekarang, saya sudah mendapatkan jawapannya.
Terkadang, ada sesetengah perkara tak dapat kita rungkaikan dengan kata-kata.

Marilah sama-sama kita merasai pengalaman rohani ini. Saya doakan semua.

Nukilan,
Azura
Madinah
25.12.2016 - 751am


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tawaf Wida'.

Tawaf wida'.
Setiap orang yang datang ke Tanah Haram, menziarahi masjid paling agong di dunia, akan bertemu tawaf wida'.

Dan masa ini, air mata saya bercucuran. Demi Allah, perasaan galau begini tidak pernah saya rasakan sebelum ini. Saya berjalan dengan laju. Mengingatkan diri, jangan menoleh ke belakang dan berdoa dengan penuh pengharapan, agar Allah menjemput saya kembali. Tidak hanya saya, tapi Saya, keluarga, sanak saudara, dan seluruh zuriat keturunan saya serta kawan-kawan juga.

Saya menangis semahunya.

Sesungguhnya, dijemput ke Masjid al-Haram adalah satu perjalanan rohani yang memerlukan kekuatan semua aspek.

Kekuatan jasmani melawan rasa penat yang melampau.
Kekuatan hati melawan nafsu yang sentiasa berbolak balik.
Kekuatan jiwa yang kita penuhi nya dengan keredaan dan kebergantungan kepada Allah.
Kekuatan akal untuk berfikir bahawa di mana sahaja ade satu bisikan yang telah dijanjikan hingga ke hari kiamat. Iaitu syaitan. Maka berhati-hatilah dan mohonlah perlindungan dari yang Maha Berkuasa.

Teringat kata seorang Ustaz saya, Ustaz Shafiee. Katanya, "Semakin tinggi keimanan seseorang, semakin kuat godaannya. Semakin kuat godaannya, itu bermakna semakin berpangkat syaitan yang datang."

Orang yang hebat keimanan nya akan datang kepada nya ujian yang hebat juga. Ujian itu datang dalam pelbagai bentuk. Cuba bersabar dengan ujian adalah baik, bukan?

Di al-Haram, saya rasa sangat terdidik. Di sini saya merasakan Allah melatih umatnya menjadi seorang manusia. Bukan manusia biasa. Tetapi manusia luar biasa. Manusia yang lengkap dengan semua sifat mahmudah. Yang jika kita amalkan selepas kembali ke bumi tanah tumpah darah, akan mendapat ganjaran yang lumayan.

Bukan kah berbuat baik dan jahat itu sama susahnya? Yang mana, keduanya mendapat ganjaran dari Allah. Bezanya adalah ganjaran syurga atau neraka.

Jika sama, kenapa kita tidak sahaja memilih untuk bersifat dengan sifat mahmudah?
Sebenarnya, kita yang mencoraknya. Ke syurga kah kita atau ke neraka kah kita?
Janji Allah itu pasti.

Saya semakin risau memikirkannya.
Dimanakah tempat selayaknya untuk saya. (Bagus soalan ni untuk tanya diri sendiri.)

Nukilan,
Azura
Madinah
24.12.2016 - 819pm


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari terakhir di Masjidil Haram buat kali ini.

Mendongak dengan penuh pengharapan.
Pada Mu penguasa alam, tuhan yang Maha Agung.

Mengharapkan Mu ya Allah, menerima segala amal ibadatku.
Mengharapkan Mu ya Rahman, mengampunkan dosa ku.
Mengharapkan Mu ya Rahim, menerima semua taubatku. 

Bantulah aku ya Allah, untuk berubah ke arah yang lebih baik. Ya. Lebih baik dari sekarang. Dan terus istiqamah berada dalam kebaikan.

Hantarlah kepada ku rahmat Mu yang Maha luas. Mudahan hidup ku sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Mu. Sentiasa.

Nukilan,
Azura,
Mecca,
24.12.2016 - 10.37am


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku Doa...

Hari ketiga di Masjidil Haram.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Allah mengurniakan nikmat terbesar dalam hidup saya. Saya rasa, sangat menenangkan diri di sini. Itulah impian semua orang bila hadir ke sini kan. Mahu beribadat dan menenangkan hati ikhlas kerana Allah.

Natijahnya, akan beroleh haji atau umrah yang mabrur.

Sebelum ke sini, saya tulis doa di dalam buku. Saya menulis doa kursus untuk semua orang yang saya mahu doakan. Ade yang mahu saya doakan, saya doakan. Ade juga yang tidak diminta untuk didoakan. Tapi dengan rela hati saya doakan. Mungkin doa khusus dari seorang sahabat.

Saya harap semua doa yang kawan-kawan kirimkan dimakbulkan..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ya Allah, kuatkan aku sekuat hajar.

Ya Allah.
Bagaimana kah aku ingin sekuat hajar? jika hajar berlari berbumbungkan langit. Dan aku pula berlari berbumbungkan kipas.

Ya Rahman.
Bagaimana kah aku ingin sekental hajar? Jika hajar berlari berlantaikan pasir, aku pula berlantaikan marmar indah.

Ya Rahim.
Bagaimana kah aku ingin setabah Hajar? Jika Hajar diselimuti teriknya matahari tetapi aku diselimuti penghawa dingin di kiri dan kanan.

Ya Aziz.
Bagaimana kah aku ingin seteguh Hajar? Jika Hajar sedia mentaati Ibrahim yang menghantarnya ke padang tandus. Tapi aku datang ke sini dengan semua kelengkapan yang ade.

Ya Allah Ya Razzaq.
Aku memang tidak akan sekuat Hajar, aku memang tidak akan sekental Hajar, aku memang tidak akan setabah Hajar, aku memang tidak seteguh Hajar.

Tapi ya Allah, berilah aku peluang untuk merasakan satu perjalanan rohani yang aku juga boleh merasakan bahawa aku juga perlu teguh seperti Hajar. Aku juga mesti kuat seperti Hajar. Aku juga harus tabah seperti Hajar. Dan aku juga perlu kental seperti Hajar.

Perjalanan rohani ini tidak akan hadir dengan keizinan mu ya Allah. Jadi ya Rahman, jemputlah aku dan keluarga ku serta seluruh keturunan ku ke sini lagi. Menemui mu. Merasai perjalanan rohani yang indah dan menenangkan ini. Merasai pengorbanan Hajar sepenuhnya.

Kabulkanlah doa ku ya Allah ya Rahman ya Rahim..

Nukilan,
Azura,
Mecca,
23.12.2016 12.03pm


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Welcome to Jeddah

Alhamdulillah. Dengan izin Allah, saya sudah sampai Jeddah. Welcome to Jeddah International Airport. I like!

Ya Allah, kau permudahkanlah perjalanan kami ke masjidil haram. Sekarang, baru berkumandang azan isyak. Tapi kat Malaysia dah jam 11.30 malam. Saya ni kaki tidur awal. Tapi kemungkinan disebabkan terlalu excited nak ke rumah Allah, jadi saya tidak dapat melelapkan mata. Hehe.

Psstt. Sebenarnya saya dah tidur dalam flight tadi. Sebab target mesti sampai jam 12 pagi di tanah haram dan nak tawaf lagi. Jam berapa baru tidur. Tapi excited punya pasal, takpelah.

Saya datang sejauh 7000km takkan saya mahu tidur. Ya Allah. Rindunya saya ingin melihat Kaabah. Rindu orang yang tak pernah lihat Kaabah dan orang yang pernah lihat Kaabah lain rasanya. Itu menurut mak la.

Saya bakal melalui semua pengalaman yang setiap masa meniti di bibir mak. Ya Allah ya Rahman. Besarnya nikmat kebahagiaan yang kau berikan kepada ku ini.

Alhamdulillah syukur...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Boarding time to Jeddah

Now, its time to Jeddah.
Saya sangat berdebar. Hati saya tidak terkata gembira. Saya akan melihat kaabah sendiri dengan mata. Live!

Allahuakbar.
Nikmat apakah yang patut didustakan lagi?


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Colombo, Sri Lankar. Kita transit di sini.

Transit sini jap.
Tak tahu nak describe macam mana. Bertolak tadi jam 8.50 pagi. Sampai jam 12.15 tengah hari. Tetiba kat sini masih jam 10.10 pagi. Wah. Masa mengundur.

Jam hp set waktu dunia. Tinggallah jam tangan set waktu Malaysia. Kalau nak ubah, kena ubah manual lah. Bagus jugak ade dua jam. Hehe.

Hati semakin berdebar.
Teruja. Sayu. Takut. Gemuruh. Semua ada. Tak tahu nak gambarkan. Korang kena rasa sendiri. Mesti perasaan buat haji di usia muda lagi lunak rasanya.

Oklah. Nak sambung tulis doa.
Nanti boleh lah shopping doa banyak-banyak di masjidil haram. Insya Allah.

Doakan perjalanan kami.
Pasti pasni korang akan menyusul plak.
Insya Allah.
Senyum dengan hati yang gembira.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saat yang dinantikan..

17 Dec 2016
Tiba hari yang ditunggu-tunggu. Saya memang berdebar. Tapi saya juga teruja. Takut. Risau. Bimbang. Dah macam-macam rasa bercampur ni. Saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat.

Alhamdulillah, saya panjatkan rasa kesyukuran ini kepada Allah atas nikmat perasaan bahagia ini yang saya tidak pernah rasa sebelum ni. Sungguh luar biasa rasanya. Terima kasih Allah.

Ya Allah yang maha penyayang.
Kau jaga lah anak-anak ku. Kau jaga lah keluarga ku. Kau lindungilah mereka dari segala mara bahaya sama ada dari manusia atau syaitan yang direjam. Sesungguhnya aku berserah segalanya pada mu.

Selamat tinggal Malaysia.
Jumpa lagi 2minggu.
Senyum. Bahagia di hati.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perasaan penuh debaran.

Selamat tinggal maktab. Jumpa lagi 2 minggu.

Hati saya tidak berhenti berdebar. Jantung mengepam dengan laju. Saya tak tahu saya takutkan apa. Atau mungkin saya sangat teruja sehingga sesak nafas.

Persiapan terakhir sudah dibuat.
Saya harap semuanya berjalan lancar. Mudahan Allah merahmati, memberkati perjalanan kami semua. Mudahan selamat pergi dan pulang. Insya Allah. Amin.

Umi dan Abi, tinggalkan Naurah ngan Faqihah dengan nenek sekejap yer. Naurah jaga adik baik-baik yer. Jangan nakal dengan nenek, dengar cakap atuk, jangan kacau buli aunty dan dengar nasihat mami. Ahli syurga tak boleh garang-garang. Kena cakap elok-elok.

Jumpa kakak dan adik 29hb ni..
Umi tak sabar.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkara pelik berlaku di sini.

Biasanya saya sangat malas untuk memasak. Tapi tetiba rajin la plak. Tak tahu kenapa. Mungkin boring. Kalau terlalu boring, macam-macam perkara pelik boleh terjadi. Hihi.

Jemput makan. Maggie je pun. Haha


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Barang keperluan umrah.

Persiapan barang.
Saya sedang menyiapkan barang-barang untuk ke rumah Allah. Terbang sejauh 7000 km, tempat yang selalu saya impi-impikan untuk sampai dan saya mengambil masa agak lama untuk ke sini kerana kekangan kewangan yang selalu tidak mencukupi. Akhirnya, Alhamdulillah diucapkan dan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi saya panjatkan kerana memberi saya merasai sendiri perasaan yang sebegini istimewa.

Ini saja kah barang yang saya akan bawa.? Soalan ini hanya berlegar di hati. Saya mencongak-congak. Saya pergi tidak lama. Hanya 2 minggu. Jadi, tidak perlulah saya membawa terlalu banyak pakaian. Bukankah saya ke sana hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah dan bukan semata untuk bercantik-cantik.

Saya adalah peminat tegar warna oren, merah dan pink. Saya kekang nafsu saya untuk membawa pakaian yang berwarna terang. Kata en. Hati, warna 'ang.. Hehe. Saya fikir tidak elok kerana uruf disana kebanyakan wanita hanya memakai pakaian berwarna putih dan hitam. Lagipun sewaktu tawaf kita disunatkan memakai pakaian berwarna putih. Bukan?

Persedian untuk ke rumah Allah yang paling agung ini adalah persedian untuk bersabar dan pengurusan nafsu. Saya fikir, jika dilatih sini, nafsu akan terkawal di sana. Mudahan saya tidak diberi ujian nafsu amarah disana. Insya Allah. Amin.

Hmm. Sekarang waktu untuk melihat list barang yang perlu dibawa. Senarai semak terakhir. Harap semua barang yang diperlukan ada. Insya Allah. Mudahan Allah membantu saya.

Garu kepala.
Termenung.
Bye!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mee Udon.

Mee Udon.
Hari ni saya cuba memasak Mee Udon, mengikut resipi yang diberi oleh Adinda Comel. Alhamdulillah ada adik yang pandai masak. Boleh kongsi resipi. Hihi.

Semenjak tinggal berdua ngan en. Hati ni, saya banyak memasak. Boleh dikatakan setiap hari. Saya suka di kala berdua dengan dia. Dia sungguh romantik dan saya tidak dapat menahan untuk sentiasa tersenyum kerana kecomelannya. Oh suami kurniaan Allah. Alhamdulillah, syukur dipanjatkan pada Mu Ilahi.

Tapi bila en. Hati dah start busy, aktiviti bersama pun dikurangkan. Itu menjadikan saya sedih. Tapi tak salah bersabar sehingga cuti sekolah, kan? Kerana sewaktu cuti sekolah, saya terasa seperti pengantin. Hehe.

Sabar itu kan indah.

Berbalik kepada memasak tadi.
Oleh kerana saya tersangatlah selalu masak, jadi saya memerlukan waktu yang lama untuk memasak sesuatu. Penyediaan bahan pun dah berjam-jam. Saya tidak faham kenapa saya mengambil masa yang lama untuk menyediakan bahan untuk memasak. Mungkin kecekapan saya adelah tahap paling success. Menyebabkan ia mengambil masa yang lama.

Walau apa pun, ia dah siap. Dan...
Selamat menjamu selera.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Allahu. Alhamdulillah, syukur.

Alhamdulillah. Pagi-pagi ada berita gembira yang menyapa. Berkat kesabaran yang dilalui.

Saya dah dapat detail penerbangan. Walaupun ke sana tak dapat berlama-lama sebagaimana visa yang telah diluluskan selama sebulan. Tapi Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. Dapat jugak tiket walau dalam keadaan yang sukar dan dalam tempoh menunggu selama 2 minggu.
Itu kan ujian. Redha.

Sekarang, saya macam terketar lutut.
Tak tahu sama ada terketar kerana gembira atau terketar kerana rindu atau terketar kerana takut.. Saya tak pasti.
Beginikah perasaan orang yang nak ziarah antara rumah teragung Allah?

Saya tak dapat describe perasaan apakah ini. Inikah perasaan yang sering diceritakan oleh Kebanyakkan orang yang mendapat jemputan Allah?
Mungkin.
Kerana saya tidak pernah merasai perasaan sebegini lunak sebelum ini.

Allahuakbar. Nikmat Tuhan mu yang manakah yang kau dustakan?

Saya berdoa, perjalanan ini diberkati oleh Allah dan dipayungi oleh sayap-sayap para malaikat. Saya harap, semua jemaah yang pergi diselamatkan didunia dan akhirat. Selamat pergi dan selamat balik. Insya Allah.

Tetiba saya rasa excited.
Sekarang masa untuk mengemas.
Senyum. Bahagia dihati.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My BFF sudah pulang.

Ini kisah semalam.
Selamat kembali ke Malaya, Farhatul Hakimah.
Semoga menjadi seorang cikgu yang berwibawa. Semoga dapat mendidik anak bangsa dengan berjaya dan bergaya. Semoga dipermudahkan segala urusan ha di mana-mana.

Nanti kita outing bersama. Tinggal anak kat suami yer. Haha.

Saya is excited bila awak dah balik.
Hehe

Pstt. Abaikan muka yang berserabai itu. Baru sudah masak dan berminyak serta tanpa olehan bedak dan lipstick. Muka natural I macam ni lah. Hikhik.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tempoh yang sukar

Faqihah Husna.
Masih menyusu dan sekarang dalam tempoh ceraikan susu. Insya Allah, lepas ke Mekah, umi niat nak sambung menyusu. Umi tak ready lagi nak ceraikan susu Faqihah Husna.

Bila tempoh begini,sakitnya tiada siapa tahu.
Bila umi kesakitan, umi sangat rindukan Faqihah Husna. Terkadang Umi tak tahu nak buat apa. Terkadang Umi tak dapat nak buat apa pun. Terkadang Umi stress.

Faqihah Husna.
Umi harap, Allah berikan umi Kekuatan untuk melalui tempoh ni.

Umi sayang kamu anak...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa untuk mak ayah..

Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, ya Zuljalaa li wal ikram..

Aku mohon pada mu ya Allah. Kau ampunkanlah dosa ibu dan ayah ku. Kau rahmatilah mereka. Kau jadikanlah hidup mereka sentiasa diberkati. Kau lindungilah mereka dari segala ancaman dan bahaya. Kau lindungilah mereka dari mara bahaya.

Ya Allah, ya rahim..
Aku dengan rendah hati memohon, kau jagalah ibu dan ayah ku walau dimana mereka berada. Kaui kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu kecilku.

Ya Allah, ya Rahman..
Kau lindungilah ibu ayah ku di dunia dan akhirat. Kau berkati hidup mereka dengan rahmat dan kasih sayang mu..

Amin.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tak tahu

Kenapa 2 3 hari ni terasa macam kelu lidah...Hmm..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS