RSS

nur..

adik aku ni dah pun besar panjang. hihi.. dah masuk U pun semalam. pergi UiTM.. hehe.. eh hari tu katanya nak masuk maktab untuk jadi cikgu cikgi.. :) Tapi permohonan untuk maktab adik nur aku tu di tolak. siannya.. may be bukan rezeki nur untuk jadi cikgu. huuhu

nur nangis. masa tahu result maktab tak dapat. hehe. kata mak, kalau tak nangis tu bukan nur laa.. nur memang kuat nangis. sensitif. hehe. agaknya jangkit virus sensitif dengan aku kakaknya kot. memang laa.. aku lagi sensitif. hobby aku nangis 5 minit. haha.

untuk nur, sabar laa ye. ada hikmah nya Allah menolak permohonan nur untuk jadi cikgu. kata mak, kerja guru adalah kerja mulia. tapi tak semua orang dapat untuk memikul kerja mulia ini. may be nur tak sesuai. alaaa.. kan nur dah masuk UiTM.. ok laa 2.. hehehe..

tabah itu makanan naluri. sabar itu santapan hati. moga nur tabah dan sabar serta kuat semangat..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tahniah zawani..

tahniah untuk kamu, zawani..

sebagai seorang kawan, aku amat bangga dengan kamu. kenapa?

sebab aku pun belum ambik master, baru je degree, tapi ko dah lepas degree dah pun.. dan 30 ni dah nak daftar untuk master dah pun.. huhu.. kekadang rasa macam kecik je diri aku ni, nak banding dengan ko. tapi, ini je kemampuan aku.. hehe.. ayat sedih yang tak boleh blah.. haha

whatever pun, kemampuan seorang dengan seorang yang lain, tak sama.

dan tahniah untuk kamu kerana telah berjaya mengharungi degree dengan jayanya.. dan akan mengharungi dunia pelajaran yang lebih mencabar lagi.

aku tahu, kamu adalah kawan aku yang kuat semangat, berjiwa tekad. hehe..

BEST OF LUCK.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

selamat hari bapa

:) selamat hari bapa kepada semua bapa2 yang dah jadi bapa.. :)

yang belum jadi bapa pun dan yang bakal jadi bapa, selamat hari bapa.

selamat hari bapa untuk ayah tersayang,
semoga ayah bertambah keimanan, keredhaan Ilahi bersama ayah selamanya
dan semoga ayah panjang umur, murah rezeki..
sayang ayah selalu.

ayah, bapa, pak, baba, papa, daddy, dan apa saja yang korang panggil ayah korang, ketahuilah bapa adalah lelaki yang terulang yang pernah hadir dalam dunia ini. kenapa?

kerana tanpanya kita tak de dan tanpa nya yang menjaga kita, kita tak kan sebesar dan sesenang sekarang. pengorbanan seorang lelaki yang bergelar bapa amat besar dan tak terhingga. itulah ayah, bapa, pak, baba, papa, daddy, dan apa saja yang seumpamanya..

aku sayang kamu ayah.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

rinduilah aku.. ;p

tepat pukul 5.30pm. aku siapkan semua kerja aku. hehe. aku ingatkan tak sempat nak siap. siap 1 buku rampaian agama islam tahun 3. aku lega. buku bahasa arab pun dah siap 2 biji.

so sekarang apa yang tinggal hanyalah design untuk buku cenderamata yang memang sah aku kena designkan. malam esok nak kena submit. sebab lusa ketua aku nak present. agak berat tugasnya. tapi ok laa.. aku boleh belajar pelan2 tentang colour dan banyak lagi.

so, blog aku akan tinggal kan selama 2 minggu. kenapa?

aku duduk dengan mak, mana nak sempat ingat benda lain. hehe. anak manje mak kan. dah lama tak jumpa mak. padahal baru 3 minggu. haha. hampeh betul.

so, sesiapa yang merindui aku, sila lah bagitahu aku. kamu boleh pos rindu kamu melalui angin lalu. jika ia menyapa ku, aku tahu, itulah kiriman rindu kamu. hehe. waa.. main jiwang2 pulak.

masa untuk bersiap, make up, make over, kemas barang, dan mandi wangi2. hehe. jumpa kamu 2 minggu lagi. pasti aku merindui semua blog yang ade.. huhu.

:) waa.. balik kampung.. ooo balik kampung.. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kampung laman..

hari ni 16. hari yang indah. pagi yang tenang. suasana yang damai. hehe. aku mahu pulang. rindu mak. rindu ayah. rindu adik2. hehe. semua aku rindu. rindu kat family, lain rasanya. ia lebih menyeksa jiwa, haha. betul ke? entah. kamu rindu dulu, baru tahu.

apa ye aku nak bawak balik? hadiah dah semestinya. dah janji dengan adik2. hm, aku kan kakak yang baik. dan akan ku baik selamanya. haha, perasaan yang terleih sudah.. hehe

sesi mengemas, aku tak buat. sesi memikirkan barang aku nak bawak balik, aku hanya membawa hadiah. penuh 1 bag. so lepas ni, aku hanya memikirkan sesi menyiapkan kerja yang terbengkalai. dan aku harap aku dapat siapkan hari ni.

jom kita mulakan kerja dengan bismillah. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

no play-play..

status: merasa tak sabar, esok nak balik kampung. nak holiday. nak jumpa mak. hehe

status ke2: rasa gelabah. sebab? kerja aku semua lom disiapkan lagi. matilaa aku kali ni. :(

kesimpulannya, buatlah kerja cepat2. jangan main2. kena rajin2. hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

temaninya.. :)

hari yang banyak kerja. ketua aku emel. adik aku msg. itu laa.. ini laa.. macam2 hal. aku kena siapkan semua kerja before aku balik. kalau tak, mesti aku tak dapat nak holiday dengan hati yang senang.

sempena birthday DIA, aku temankan dia shopping. aku shopping ke? tak. aku tak shopping. dan tak pernah menyukai shopping.

kawan aku kata, memang laa aku tak suka shopping sebab aku tak de duit. aku kan masih belajar lagi. no!! kamu salah. walaupun aku ade duit. tak de duit. pokai. baru dapat gaji. or apa2 laa, aku tak pernah suka shopping.

kenapa aku tak suka?? kerana.. di shopping Mall, dengan ramai orang bersesak2. dengan kena berjalan untuk memilih sesuatu. dengan kena beratur panjang untuk membayar dan lain2 laa.. aku tak pernah menyukainya.

bila aku perlukan sesuatu.. aku pergi, aku beli, aku bayar. aku balik. no pilih2. no jalan2. no singgah2 tempat yang tak sepatutnya. kecuali KEDAI EMAS. hehe. itu pun kalau aku rasa ia menarik.

tapi tadi, dengan rasa hairan dan sedikit bangga, aku boleh dengan sabar menemani orang yang menyambut hari lahir nya hari ni dan dengan sangat bertahan aku melayani semua dan pelbagai kerenahnya. aduhai. kalau lelaki shopping lebih teruk dari wanita.

betul ke? aku rasa ia memang betul. sesi memilih. sesi mencuba. dan banyak lagi sesi2 yang lain. tapi aku juga tersenyum melihat pelbagai aksinya yang comel. haha.

apa hadiah aku padanya? aku tak tahu nak kasik apa. tapi bila aku tanya dia tak de apa, dia cakap tali pinggang. aku suruh dia pilih, aku bayar. senang cerita. tak yah bungkus. tak yah bukak kotak dan pembalut hadiah dan tak yah meremehkan diri dengan apa2 yang kecil2 gitu.

kan senang kalau semua orang macam aku. kasik hadiah dengan tidak berbalut. haha. aku suka membuat begitu. hatta kepada emak ku juga. haha. teruknya wanita macam aku. tapi, yang penting, ingatan. bukannya balutan hadiah tu.

siapa setuju, undian untuk aku...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

happy birthday..

entry ni ditujukan khas kepada.. DIA..

happy birthday..
semoga panjang umur..
murah rezeki..
semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan..
semoga bertambah matang..
dan bertambah keimanan..
semoga ALLAH selalu melindungi dan meredhai setiap apa yang dilakukan..
semoga hubungan yang terbina akan terus kekal berpanjangan..
senyum sokmo.. :)

alotofluv,
-zura-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

interesting.. :)

sesuatu yang menarik dan tertarik dan aku pun di tarik untuk memikirkannya.. aku berjalan.. berjalan... berjalan... berjalan... berjalan... aku bertemu..

eh betul ke ni kJ? confuse aku. kJ berpendapatan.. korang baca laa sendiri entry ni.. kang nanti kata ku riyak pulak. hehe.

tapi aku ade memikirkannya. betul ke? hm, aku berpendapat.. ini opinion aku jelaa kan.. tak de laa semua orang ganu macam tu. just ade sikit2 je yang macam tu. negeri lain pun ade jugak. cuma tidak dihebahkan je.

tapi kenapa ganu ade je berita2 sensasi yang akan dihebahkan. contohnya, entry cik farha ini.. huhu.. confuse aku.. semua story yang gempak2 aje terlintas. hm, sebagai rakyat ganu, aku sedikit confuse..

kenapa semua ini harus terjadi.. huhu..

tapi yang paling menarik ialah.. betul ke orang ganu setia? kalau kamu mahu tahu, kamu "acu cuba try test" laa couple dengan awek ganu. hehe. comfirm kamu akan tahu jawapannya. hehe.

untuk pengetahuan semua, salah seorang daripada mereka ialah DIA.. haha.. ;P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SILVER..

setelah berpenat lelah, akhirnya design buku cenderahati untuk hari pembukaan Feskum, aku design kan. dengan berbekal sedikit idea yang cetek. dengan sakit nya kepala aku nak fikir mana yang nak di buat kelainan dan macam2 lagi, suddenly.. waaa.. "omputeh wey"..

tetibe, pihak atasan, terkecuali BOS aku laa.. dia kata, pihak atasan nak colour silver semua page.. eeeiiii.. geram nya aku...

alasan yang munasabah diberikan oleh pihak atasan ialah, silver ialah colour korporat.. adeh laa.. banyak laa pulak alasannya.. aku jugak yang sakit. tapi tak pe. aku tak kesah. diorang nak bagi cabaran, kita sahut jelah cabarannya. tengok nanti buku cenderahati yang aku buat...

waaa.. adakah aku berangan atau sekadar hanya ingin membalas dendam? tidak! aku tidak berangan. atau pun ingin membalas dendam. tapi aku ingin buktikan yang aku juga boleh seperti orang lain.

ni lah colour permulaan yang aku pilih. cantik atau tidak? kamu komen. aku dengar. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

green in colour..

kata orang, hijau adalah lambang keamanan. hijau sinonim dengan alam semula jadi. khususnya dengan pokok2 dan tumbuh2an. kadangkala juga hijau dikatakan membawa makna kesihatan, kesuburan, kemakmuran.

ade juga aku dengar hijau dikatakan mempunyai unsur2 cemburu, licik.. sesiapa yang meminati hijau, bermakna dia kuat cemburu.. kesimpulan yang aku buat. hehe. apakah sebenarnya makna disebalik warna hijau? aku pun kurang pasti..

yang pasti, aku tidak lah seorang yang obses kepada colour hijau. kenapa ye? hijau kekadang lawa di mata ku. tapi aku tidak langsung ingin meminati colour tu.

bagi aku, setiap orang mempunyai aura colour di dalam diri mereka. ade yang boleh dekati hijau, ade yang tak. contohnya aku. aku langsung tidak sesuai memakai baju yang berwarna hijau. kenapa dan mengapa?

salah 1 alasannya ialah, aku tidak meminati colour itu. aku pun tak tahu kenapa. yang pasti, aku tak menyukainya. janganlah kamu persalahkan hijau kerana dia tidak ku minati. hijau warna cantik. lembut. tapi ia tidak menarik di mataku ini.

alasan ke2, kata mak, bila aku memakai baju yang ber'colour' hijau, aku akan nampak lebih tua dari usia ku yang sepatutnya. jika usia ku sekarang 250 tahun. may be, aku akan nmpak lebih tua 30 atau 50 tahun menjadikan usia ku 280 atau 300 tahun..

aku tidak mahu mengaku yang diri ku telah tua. aku ingin selalu nampak muda. di sebabkan itu, aku suka kan colour pink. kerana ia menampakkan aku tetap seorang gadis yang selalu berumur 19 tahun. haha.

betul kah begitu? kamu boleh la cuba teori yang aku berikan ini. jika kamu lelaki yang berumur, pakai lah baju colour pink, mesti kamu nampak muda. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

blog lagi..

sekali lagi aku pening2 lalat dengan blog Feskum. huhu.

kali ni tukar lay out lain lagi. nampaknya ketua aku memang seorang yang prefectionist.. aku agak laa.. sebab aku tengok ade je yang tak kena. hm, follow je laa.. malas nak bertekak.

di sebabkan mak aku and adik2 aku dah tak sabar nak tunggu aku balik, aku akan siapkan dengan kadar segera semua kerja2 aku. (sebenarnya aku yang tak sabar nak balik. haha. sengaL.)

tiap kali tukar lay out lain. tiap kali tu laa aku pening. blog begini memerlukan aku mengeluarkan semua ke'skemma'an aku yang tak berapa skemma ni.. aduhai. sungguh mencabar mental, emosi dan fizikal.. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

seronoknya cuti..

mood pagi..

pagi yang indah. matahari yang cantik.

tapi hari ni banyak keje. aduhai.. malam plak meting.

hm, mak suruh balik sebelum 18. means, 17 ke? hehe. tapi baik balik 16. nanti kalau sampai umah 18. haru plak. hm, serba salah jadinya. so sebelum balik, settlekan semua kerja. buat yang patut di buat. dan yang patut disudahkan.

20, abg sepupu kahwin. kalau tak pergi, ni masuk kali ke 4 anak bapak saudara aku kahwin. tapi aku tak pergi. busy nya aku kalahkan menteri je. hmm, itu yang buat aku confuse.

kalau tak pergi, kemungkinan untuk bapak saudara aku merajuk tu, tinggi. hehe. tapi ade jugak kemungkinan dia tak merajuk. tapi agak rendah. huhu. kalau lah aku boleh tahu masa depan. hehe.

15 plak, dah start daftar subjek. kena stand by awal2. hm.. setiap hari memang di penuhi dengan gerak kerja. busy nya seorang aku. haha.

bila aku nak cuti dan bermalas-malasan di rumah. tidur yang panjang sampai sakit badan. makan banyak2. tengok tv semua channel. macam2 lagi nak buat kalau aku cuti. tapi itu kalau aku cuti.. seronoknya cuti... mood akan selalu baik bila cuti.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sudah ketentuanNya..

beruntung aku masih mempunyai ibu dan ayah yang amat menyayangi ku. dan hanya aku yang selalu degil dengan mak.. huhu

so selagi mana ade ibu, ade ayah, ade family, berbuat baik dan berbaktilah pada mereka.

diolah dari cerita asal yang benar dan di tokok tambahkan. :)

******

"awak nak balik mana?"
"penang."
"penang kat mana?"
"gelugor?"
"umur, berapa?"
"13."
ish budak ni, 1 aku tanya. 1 dia jawab.
"oh, school holiday kat sini ke?"
"tak, saya tak sekolah."
"tak sekolah? kenapa ayah tak antar sekolah?"
"ayah dah meninggal." nadanya sedikit lemah.
"mak?"
"mak pun sama."
"habis tu sekarang duk dengan siapa?"
"jiran."
"oh, awak keje?"
"a,a.. basuh pinggan."
aku senyum. aduhai, siannya.
"datang kL cari keje atau buat ape kat sini?"
"cari abang."
"abang tinggal kat mana?"
"kat titiwangsa."
"tadi abang eh?"
"tak, tak kenal pun."
"habis tu jumpa kat mana?"
"jumpa tadi. tiket hilang. mintak tolong abang tu."

aduhai. macam mana pulak laa tiket dia boleh hilang. tapi baik jugak mamat tadi. huhu. entah ke mana dia hilang.

"habis tu, kenapa tak call abang awak?"
"no pone pun hilang."

adoi.. ni payah jugak ni.

"dah pergi alamat abang awak kasik?"
"dah. tapi dia dah pindah."

ya ampun. pulak. susahnya budak ni. 13 tahun dah berkeliaran kat bandar kL. buat aku teringatkan adik2 aku kat rumah.

umur 13 tahun, mak aku tak lepas pergi mana2 pun lagi. nak pergi bandar jerteh yang ala2 besar tu pun, mak aku temankan. ni kan pulak bandar kL. tapi budak ni tak de mak, tak de ayah. abang pulak, ke mana laa dia hilang. kenapa laa dia tinggalkan adik dia terkapai2 cari dia. tak bertanggungjawab sungguh lelaki itu.

eh, sejak bila pulak mamat ni ada kat sini.
"dik, balik elok2. jaga diri baik2. kat sini, bukan semua orang baik. ramai orang jahat. tengah tunggu mangsa je."
waa.. bagus betul mamat ni. confuse aku. hehe.

******

kesimpulannya, tak semua orang jahat kat bandar kL ni. ade jugak yang baik. dan juga untung nasib adalah ketentuan Allah.

aku ada family. adik tu tak de family. dia kena jalani kehidupan yang tak de sesiapa, tak de family dan tak bersekolah di waktu usianya 13tahun. kalau aku begitu, mampukah aku menjalaninya? mampukah aku redho dengan segala ketentuanNya?

semua orang, rezeki tak sama, yang penting, kita usaha untuk menjalani hidup yang baik di sisi ajaran agama. ade musibah, kita sabar. tak de musibah, kita bersyukur.

ah, insaf nya aku melihat keadaan dirinya. eh, lupa aku nak tanya nama dia. aduhai... ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HOMESICK

3 4 hari sudah, aku tak de selera nak makan. hm, ade sesuatu yang pelik yang aku rasakan..

mood 3 4 hari lalu : HOMESICK.

hm, sejak bila pulak aku ni homesick. tak pernah2 aku tak de selera nak makan, tak de selera nak minum or something tentang makan, aku tak pernah tak de selera.

2 3 hari lepas, borak dengan Asma. dia cakap may be aku rindukan rumah, rindukan mak, rindu kan family. pelik je bunyik nya. confuse aku.

selepas aku duk asrama selepas sewaktu umur ku 12tahun, aku tak pernah ade pulak homesick. tapi sekarang, dah tua bangka, setelah umurku mencecah 250 tahun sudaa.. aku homesick??? sesuatu yang sukar untuk aku percaya.

ke"confuse"san melamda diri ku saat ini. tapi.. aku memang tak nafikan, aku rindukan mak, and family sampai tak de selera nak makan. itu adalah 1 kejadian yang pelik yang pernah aku rasa.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PAKSA MEMAKSA..

tajuk ni menarik minat aku. isteri paksa suami kahwin??? agak2 kenapa ye? aku tak pulak sangka ade kes macam ni. hmm.. kalau ye pun, jangan laa sampai paksa2. aku pun tak suka orang paksa2 aku.

seriously, 1 kesah yang menarik.. ;p

bagi ku dan diriku, kalau ade orang paksa aku buat kerja, grenti aku malas nak buat. kalau buat, mesti tak ikhlas. hehe. tapi ade ke kes lelaki yang menolak tuah macam ni? ade orang kata, lelaki kalau tak rasa nak kahwin 2 or poligami, dia mesti lelaki yang tak normal. hehe. atau dalam erti kata jahat, kucing mana yang tolak ikan segar?

aku boleh je terima kalau lelaki nak berpoligami. tapi biarlah kena pada syarat2 yang islam tetapkan.

ade banyak faktor kenapa lelaki menolak kahwin lain. faktor2 ini juga lah yang membuatkan lelaki berfikir panjang. dari segi mata kasar aku seorang perempuan.. hehe

may be dalam kes ini, si suami macam aku jugak sikapnya, tak suka di paksa, and kalau di paksa, dia akan kahwin secara tak ikhlas.

kedua, boleh jadi faktor tak nak pening dek kerena bila poligami, kerenah isteri automatik akan jadi banyak kerenah.

may be juga kerana memikirkan tanggungjawab yang berat yang tak dapat di pikul dan di akhirat kelak akan di soal oleh Allah.

atau... aku rasa, dia memang sayang giler kat isteri dia dan tak sanggup menduakan nya. ni alasan paling suka di dengar oleh orang perempuan or isteri2 di luar sana. hehe. tul ke? tepuk dada tanya hati..

tapi whatever pun, kalau ade masalah, share and discuss lah elok3. jangan jadi macam ni. setiap masalah ade jalan penyelesaiannya. so jangan lari dari masalah tapi kejar masalah.. means, selesaikan masalah. sesiapa yang nak poligami or mahukan 4 orang isteri, sila cari perempuan macam dalam kes ni. kerana aku pasti, perempuan dalam kes ni adalah 1 dalam sejuta..

selamat mencari ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mentaliti ke realiti?

adakah perempuan diciptakan untuk berada di dapur? hmm.. tidak! realiti sekarang yang menjadikan perempuan berada di dapur. pada hal itu bukan kerja perempuan. dan ianya hanya akan menjadi wajib setelah suami menyuruh dan menyediakan setiap bahan, peralatan untuk memasak.

adeh laa.. kenapa dan mengapa aku emo sangat ni? aku pun tak tahu.. yang aku tahu, aku tak suka orang kata, memasak memang tugas perempuan. aku tak setuju!!!

kenapa? ini bukan berkaitan dengan aku tak pandai memasak atau pun tidak. ini adalah kerana mentaliti masyarakat sekarang yang tak pernah memandang yang perempuan bukan diciptakan untuk duduk di dapur. huhu

emo lagi!... dah laa.. kita discuss topik lain laa.. hehe.. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

suri rumah..

macam mana rasa nye menjadi suri rumah tangga ye? aku dalam mood membayangkan cara suri rumah tangga sepenuh masa.

tapi pada masa kini, aku rasa tak semua orang yang jadi suri rumah tangga sepenuh masa. kebanyakan dan majoriti semua perempuan or wanita bekerja. dan menjadi suri rumah tangga separuh masa sahaja. adakah mereka ni sempat nak jadi suri rumah tangga separuh masa? dengan rumah lagi nak urus. dengan anak lagi. (bagi yang ada anak lah.) dengan bebanan kerja yang tak pernah surut lagi.

kadang kala aku rasa kaum wanita sangat hebat. bagi yang hebat lah. bagi yang tak hebat pun ada jugak. bagi kaum wanita yang sangat hebat, mereka bekerja, mereka juga yang menjaga rumah, menjaga makan pakai suami. menjaga kebajikan anak-anak. hm.. wanita oh wanita..

tapi, apakah semua itu harus diselesaikan oleh wanita?? lelaki sang suami tidak menolong kah? atau dibiarkan saje sang isteri menyempurnakan semua itu dengan hanya memandang sebelah mata.

jawapannya adalah terletak pada kamu yang mencorak rumah tangga kamu. hehe..

kenapa rumah tangga? sebab setiap rumah mesti ada tangga. hehe.. selamat beramal ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TAHNIAH ASMA..

result dah keluar tempoh hari. aku tanya Asma. dah tengok result. haha. padahal aku jugak yang tengokkan result dia. tahniah dari aku buat Asma... dapat pun dia buktikan yang dia memang seorang mahasiswa yang boleh macam orang lain.

sebagai seorang kakak, aku kena naikkan semangat adik aku. hehe. aku janji, kalau dia dapat penuhi target yang aku buat, dia akan menerima sesuatu yang special dari aku. hehe. sebenarnya aku tak fikir lagi nak kasik ape. tapi aku rasa nak kasik sesuatu yang special laa.. aku ni tak tahu laa perempuan suka apa. sebab aku ni simple. main bantai je apa2 yang ada. apa yang ade semua boleh jalan lah..

adakah aku ni kakak yang tak tahu apa2 tentang adik ku. asma bukan adik aku. aku anggap je dia macam adik. sebab dia memang adik lagi. hehe. anak bongsu pulak tu. hehe..

so sesiapa yang ade cadangan tentang hadiah untuk asma, boleh laa kasik tahu aku. hehe. aku bukan macam perempuan dan wanita lain yang pandai memilih. yang terlalu perempuan lah. aku hanya gadis biasa yang ala2 lelaki nalurinya. haha. nampak je ayu semacam. haha. tapi mak selalu kata aku berhati kering.

so, asma.. tahniah. semoga sem depan akan dapat lagi tinggi dari sem ni. semoga impian asma akan tercapai.. tahniah. kerana saya tahu asma boleh lakukan yang terbaik. dan jangan lupa buangkan sifat malas dalam diri tu. hehe. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

happy birthday mah..

happy birthday mah..
semoga panjang umur..
murah rezeki..
semoga yang diinginkan akan termakbul..
semoga berjaya dalam PMR nanti..
semoga bertambah keimanan..
senyum sokmo :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

seri muka... ;p

bila di tanya apa hobi kamu. kebanyakkan member aku cakap, mereka suka tidur. kenapa tidur boleh dijadikan hobi? aku pun tak tahu. tapi kenapa tidak kita cari hobi lain selain tidur? atau hobi yang sedikit berfaedah dari tidur-tidur-tidur?

mak aku selalu marah bila tidur pagi. mak kata, rezeki susah nak masuk kalau tidur pagi. itu pepatah orang tua-tua. pada fikiran aku, kenapa orang tua-tua cakap macam tu, kerana bila kita tidur pagi, kita tak kan keluar cari rezeki, sepatutnya pagi-pagi lagi kita keluar cari rezeki, ni tak, tidur aje kerjanya.. apabila kita tidur, kita akan jadi malas. jadi malas lah punca nya susah rezeki nak masuk.

kesimpulannya, siapa yang tidur pagi, dia seorang pemalas. haha. jangan marah, jangan terasa. ;p

tidur pagi atau tidur laa time mana-mana pun. memang best. aku tak dapat cakap, macam mana bestnya tidur. tapi kenapa aku tak suka tidur walau pun apabila aku tidur, aku akan ambil masa yang lama? hehe

aku tak suka tidur siang. malam aku tak de masalah. kul 1030 aku dah ada atas katil dah. haha. kalau tak, awal lagi pun tak pe. aku tak suka tidur siang, sebab :

  1. bila aku tidur, aku ambil masa yang lama untuk aku tidur. tak kurang dari 4jam.
  2. bila tidur lama, aku macam orang mamai, blur tak tahu nak buat apa.
  3. bila aku blur, aku suka marah orang, sebab aku serabut. dan ramailah jadi mangsanya.
  4. badan aku pun jadi lenguh-lenguh dek terlalu lama memejam kan mata.
  5. kalau tidur siang, mesti lah aku pilih tidur dari makan. so berat badan ku tak kan naik. aku mahu sedikit chubby. kerana ia kelihatan aku menawan. haha.
dulu, aku ada seorang guru tusyen, kata nya,tidur siang menggemukkan. hehe. siapa takut gemuk jangan tidur siang. :p

kesimpulannya, sebagai seorang wanita, tak elok kalau banyak tidur. muka tak berseri, ni petua aku. nak tahu kenapa tidur siang buatkan muka tak berseri? sebab.. kalau tidur mana ada orang senyum. kalau kamu tak tidur, kamu boleh senyum memanjang untuk menambahkan seri muka kamu. hehe. sekali lagi aku ingatkan. ini petua aku. kalau kamu mahu ikut, ikutlah. kalau kamu tak mahu ikut, simpanlah sebagai kenangan.

selamat beramal ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

from miss farha


thanks ha..

kad yang comel. datangnya dari my best friend.. hehehe.. tak percaya? klik pada gambar.. hehe..

tengok betul3.. :) kuruskan? ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tagged

aku terbaca blog ni secara tak sengaja.

oh ya! sekarang baru ingat. tagged3 yang dulu2. yang di berikan oleh cik eyena, miss farha, cik syariniey dan sesiapa lagi yang pernah bagi tagged kat aku. aku tak jawab pun lagi. bukan tak nak jawab. tapi aku masih dalam mood yang tidak mahu menjawab sebarang tagged. haha.

so aku kena cari mood yang betul2 bluesss untuk menjawab sebarang tagged. harap mangsa2 yang terlibat tak memarahi aku kerana tidak menjawab tagged yang kamu berikan. huhu. tunggulah masa aku kurang moody. hehe. tapi bila tuuu? hmm, ntah bila..

maafkan aku. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mimpi yang paling menggemparkan

semalam aku mimpi. mimpi yang paling menggemparkan. aku tak pernah mimpi pelik2 dan dalam mimpi biasanya aku akan jumpa orang yang aku kenal rapat. tapi kali ini aku mimpi lelaki ini. pelik aku. confuse pun ada. kelakar lagi la. may be sebelum tidur semalam aku baca entry nya yang ala2 mimpi itu.

biasanya kalau aku mimpi pelik2 aku mimpi hantu. itu je mimpi yang sehabis pelik. tapi... hm ntahlah. no komen.

yang membuatkan aku tefikir sampai sekarang ialah apa yang dia katakan.. haha. nak tergelak aku. apa yang dia kata? itu adalah rahsia peribadi aku. kata orang, biarlah rahsia.... kalau kamu ingin tahu, jumpa malam ni dalam mimpi aku. kamu boleh tanya apa yang kamu suka time tu. kalau kamu jumpa. kalau tak jumpa, try lah jadi nujum anak belalang.. hihi.

hm.. may be aku sangat letih semalam. sebab kerja sangat banyak. kata orang, mimpi mainan tidur. baik aku lupakan. nanti aku gelak sorang2 macam laa penghuni tanjung durian.. huhu.. haru aku nanti..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tua? oh no!!

wanita.. memang sensitif, nak3 aku. waaa.. tapi aku sensitif time2 datang angin monsun barat daya je. hehe. kalau tak de angin monsun tu, aku ok.

mak kata, aku macam sarang tebuan. jangan jolok. nanti tahu lah akibatnya. tapi aku? entahlah. macam ni lah. tak jugak ubah2. dari kecik, sampai dewasa, sekarang dah pun tua bangka, tetap macam ni. tapi aku perasan, semenjak 2 menjak 3 menjak ni, aku kurang marah. may be dah tua kot.

adik aku, yang bongsu selalu kata aku harimau. aku memang tak kira orang kalau aku nak marah. aku juga tak bias. anak sesiapa pun aku akan marah kalau aku tak puas hati dengan dia. adakah aku terlalu berterus terang? haha. memang! tidak dapat dinafikan lagi. sesak nafas ku kalau tak lepaskan nya.. :)

tapi kan, ada je orang yang tak kena marah dengan aku. orang yang tak kacau hidup aku. tak usik barang aku. waaa.. macam takut jek bunyiknya.. hehehe

takde laa.. aku perasan 1 je sekarang. aku tak marah. tapi aku makin sensitif. makin hari, makin sensitif. adakah itu 1 petanda yang aku makin tua dan mencapai peringkat untuk berkaki 3?

aku kena fikirkannya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

result..

result dah pun keluar. ada sedikit kepelikan kemelandaan kat UM. biasanya lambat je result nak keluar. nak kena tunggu berzaman baru nak keluar. ni tak. tak mintak pun dah keluar. confuse sungguh aku saat ini.

aku dah tengok result. tadi takut jugak. tapi sekarang macam frust pun ade. tapi seperti kata blog ni.. bersyukurlah apa yang ada.. may be ada hikmah di sebalik nya. siapa tahu kan.. hehe (ayat nak menyedapkan hati je tu.. huhu)..

tapi.. aku tak kesah. sebab aku dah usaha setakat tu, setakat tu lah aku dapat. aku boleh kelabukan mata orang, tapi aku tak boleh kelabukan mata ku sendiri. kerana aku tahu. aku dah usaha yang dah kira ok laa tu.. haha.. aku puas hati.. :)

result korang macam mana? tahniah kepada siapa yang berjaya.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

alergic!!!

aku baru balik dari klinik. sakit? aku tidak lah terlalu sakit. tapi kali ni sakit seperti biasalah. hm, banyak sungguh penyakit ku. doc juga berpesan supaya aku memakan vitamin c.. tapi sebelum tu, doc tanya adakah aku alergic pada vitamin c? aku ketawa. menggeleng. ade ke orang alergic dengan vitamin c? kalau ada, itu juga aku. aku ingin sekali makan apa yang aku suka, tapi sayangnya aku harus menjaga nya. huhu.

tapi kata Ust Ismail, kalau kita boleh makan semua makanan yang kita suka, makanan yang kita makan tak kan terasa nikmatnya. betul ke? aku rasa, dia hanya menyedapkan hati aku.

seperti kebiasaan yang terjadi kepada aku. kalau aku salah makan, mata aku akan bengkak. tapi semalam setelah aku bangun tidur pada pukul 11 pm. kerana terjaga dek deringan msg hp aku. aku seolah-olah tidak dapat membuka mata. apa kena lah dengan mata aku ni? aduhai..

aku ingat ia adalah hanya ciuman semut semasa aku tidur. akan tetapi, pagi ni aku bangun, mata aku.... waaaaa.... kedua-duamya bengkak. hmm, doc kata, alergic. aku sememangnya ada alergic. tapi semalam aku tak makan apa-apa. kerana aku tidak berselera untuk menjamah sebarang makanan. tapi aku hanya memakan sedikit buah duku dan watermelon. hm.. apa alergicnya.

alergic aku akan terjadi jika aku memakan buah rambutan dan juga nangka. kesiannya aku. musim rambutan akan tibe. aku hanya berputeh mata melihat adik2 dan orang makan rambutan. dah lah rambutan adalah buah kegemaran ku. huhu. terasa sedih mengingatkan rambutan.

tak kan lah aku alergic dengan buah duku? aduhai.. macam2 hal. hari ni aku tak mahu ke mana2. kerana aku malu. mata ku tidak boleh di buka. bila ingin melihat orang, aku mendongak kan kepala. juga ketika aku menulis sekarang. terasa seksa. tapi inilah yang dikatakan ujian Allah.

kamu boleh bayangkan macam mana cara aku menulis saat ini. dengan mata yang sepet, bengkak dan mendongak ke atas kerana mata ku bengkak sudah mahu tertutup kedua2 belahnya. tapi jangan ketawa. ketawa aku haramkan. haha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

anak mak..

kerja banyak. macam tak tahu nak buat yang mana 1 je. hm, betul cakap mak, aku memang kurang pandai dalam bab membahagikan masa ku. mak selalu betul. memanglah. mak lebih kenal aku daripada orang lain. aku kan anak manje mak. haha. tua2 masih nak manja2 dengan mak. itu lah anak perempuan. kalau aku ada anak nanti, aku nak 3 orang anak perempuan. anak lelaki, tak kesah. seorang pun dah cukup. hehe.

tapi kan, kata orang, sampai bila kita nak bergantung pada mak. suatu masa nanti, kita akan jadi mak. akan ada anak. tak kan masa tu pun kita nak bergantung pada mak lagi? aduhai. memanglah mak adalah segalanya. hehe. tapi tak kan nak bawak mak pergi mana-mana. bawak2 lah belajar berdikari.

aku tak kata orang. kerana akulah anak mak yang paling manja. mengapa aku manje? aku pun tak tahu kenapa aku amat manje. may be aku ni banyak penyakit dan aku juga seorang yang penyedih. aku tak boleh sakit, nanti mesti sedih dan ingat mak. hehe. teruk betul ada anak macam aku ni. haha.

tapi mak dengan sabarnya melayan semua kerenah aku. aku pulak dapat ke layan kerenah mak masa mak tua nanti. aku harap aku akan dapat bersabar melayan kerenah mak masa mak berusia nanti. sebab aku sangat sayangkan mak. rindula pulak kat mak.. huhu

eh, memanglah aku anak mak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS