RSS

Mengandung kali ke-4.

Dah lama saya tak mencoret isi hati. Mungkin terlalu busy dengan kerja sekolah, kerja rumah dan macam-macam kerja lagi.

Sekarang lagi terhad untuk buat kerja. Memandangkan ada penghuni di dalam perut yang akan membuatkan saya gembira kelak.

Alhamdulillah, atas kurniaan tak ternilai ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Bonda permaisuri cakap, saya kena sujud syukur kerana jarang orang diberi kurniaan yang indah ini. Ada orang bertahun-tahun menunggu tapi sampai ke sudah tetap jugak tidak ada rezeki. Ada orang menunggu lama, ada rezeki hanya seorang. Ada orang rezeki anak hanya 2. Tetapi bila nak mengandung lagi, tak dapat-dapat.

Antara kata semangat buat diri.

Saya tak tahu apa yang saya rasa. Saya tak dapat gambarkan sepenuhnya perasaan saya sekarang. Banyak masa saya berdiam dan tidak tahu apa yang hendak dikata. Dengan en. Hati saya diam. Dengan adik-adik saya diam. Dengan kawan-kawan saya lagilah tidak bercerita. Hanya sahabat-sahabat terdekat sahaja mengetahuinya.

Teruja. Takut. Berdebar.
Dengan kurniaan twin baby ni, saya sangat teruja sebenarnya. Tapi dalam masa yang sama, saya sangat takut. Saya tidak tahu apa yang saya takutkan. Bila bercerita dengan bonda permaisuri, katanya jangan jadi bodoh. Semua orang berharap mahu twin. Tapi saya takut plak.

Apakah rasa ini biasa?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hobi si kakak Naurah.

Naurah si pencinta buku.
Alhamdulillah. Saya panjatkan segala rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan anak seperti Naurah yang sangat menyukai buku.

Sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana. Kekadang terasa sangat susah untuk diuruskan memandangkan Naurah ni bila mahu tidur kena bedtime story. Bangun tidur plak kena baca buku untuk nya sebelum pergi rumah pengasuh. Jika tidak dibacakan buku, sampai rumah pengasuh dia akan nangis tak henti sampai tengah hari. (Mahu tak pening pengasuh?) Dan balik kerja, wajib bacakannya buku.

Maknanya paling kurang saya kena bacakannya buku sebanyak 3 kali. Kekadang saya sampai terhafal apa yang saya ceritakan kerana kerap diulang-ulang. Sehingga satu tahap dia sendiri menghafalnya. Saya rasa itu sangat comel bagi budak 2 tahun. Haha.

Dulu Naurah masih menyukai buku-buku ringkas. Seperti buku A B C.. Sekarang dah makin susah buku pilihannya. Umi plak kena pandai bercerita. Terkadang pening umi baca dan dengan giat umi menelaah dan mencari vocabulary supaya difahami oleh si anak.

Ada kebaikan dan keburukan. Di mata saya, benda yang pertama saya tak dapat handle adalah membacakan buku untuk Naurah sebelum menghantarnya ke rumah pengasuh. Perkara paling susah dan kelam kabut saya dibuatnya. Sebab saya mesti masuk kerja, paling lewat jam 7.25am. Tapi disebabkan saya membuat rutin ni setiap hari, jadi terbabaslah saya dari datang awal ke Sekolah.

Penyelesaiannya, pernah menyuruh suami membaca kan buku untuk Naurah, tapi berguling-guling menangis nak baca buku ngan umi. Jadi, nak ke taknak, saya terpaksa bacakan untuk nya.

Saya agak. Mungkin. Naurah tidak menyukai cara penceritaan abi. Tak de bunyi dan mendatar. Mengantuk juga saya yang mendengarnya. Inikan pula Naurah. Hihi. (Sorry abi. Umi main teka jer.)

Tak rugi saya melatih Naurah dari kecil untuk sukakan buku. Dan sekarang, satu habit telah melekat.. iaitu bedtime story. Alhamdulillah. Allah mudahkan urusan saya. TQ Allah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rindu pada Haramain!

kaabah dan Masjidil Haram.
Selalu saya dengar orang bercakap, sekali kaki kita menjejak ke rumah agong ini, kita akan merinduinya dan terus merinduinya. Ya. Saya rindukan Masjidil Haram. Saya rindukan saat saya tidak sibuk mengenai hal-hal dunia. Saya rindukan saat saya hanya berfikir hanya untuk beribadat pada-Nya sahaja.

Bila bercerita mengenai Masjidil Haram pun saya sudah bergenang air mata, inikan pula saya mengingati detik-detik saya di sana. Sangat-sangat membahagiakan. Perasaan yang susah ingin digambarkan. Dan hanya orang yang pernah melaluinya sahaja dapat berkongsi perasaan yang sama.

Saya sangat-sangat cadangkan, jika punyai kelebihan dari segi kewangan, usahlah melancong ke sana sini dahulu. Tahan nafsu itu dan jejakkanlah kaki ke Haramain dulu. Mudahan urusan lain, Allah permudahkan.

Kerana di Haramain, perjalanan nya sangat mengujakan dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bahkan ia akan mengubah sempadan iman seseorang.

Percayalah.!

Jangan sesekali takut untuk ke Haramain. Kerana di sana mempunyai seribu satu rahmat dari Allah penguasa alam buana ini. Jadi, tanamkan azam, tekadkan hati, tadahkan tangan memohon doa dan teruskan berusaha. Insya Allah, Allah akan menjemput.

Walaupun hanya memikirkan Haramain, hati saya sudah terasa bahagia. Saya harap,Allah akan menjemput saya lagi ke sana. Insya Allah. Amin.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS