RSS

Isu posting bagi warga PQ.. Kecewa atau gembira?

Setelah semua orang gembira kerana mengetahui penempatan masing-masing, aku masih berteleku di depan Awliya'. Bermonolog dengan diri.
"Awliya' rasa mama akan dipostingkan bila?" Bertanya pada anak sulong kesayangan ku.. Tiada jawapan darinya. Ya. Kerana Awliya' hanya pendengar yang setia. Dia bukan pengomen yang tegar. Senyum memandang Awliya' yang setia menemani ku lebih dari 2 tahun..

Rasa sekarang.
Sebenarnya, aku tak tahu apa yang aku rasa. Yang aku tahu, aku masih boleh bertahan sambil tersenyum sabar.

Semua orang cakap "Janganlah sedih tak dapat posting lagi. Nanti keluarlah tu."

Diri menjawab ;  
"Aku percaya, Allah sentiasa akan melindungi dan merahmati aku. Jika aku tidak dipostingkan lagi kerana kebaikan yang tidak aku ketahui, itu adalah 1 rahmat bagiku. Kerana aku selalu percaya, Allah selalu Adil dengan diri ku.. Dan Allah tak kan menetapkan sesuatu keburukan untuk ku melainkan semuanya adalah ujian untuk menambah keimanan dan mendekatkan diri ku dengan Nya."
Jadi hati semakin tenang. Dan senyum masih mekar di bibir.

Sekelumit marah atau geram pun tidak berbekas kepada TPM dan pegawai-pegawainya. Sebab hati selalu berkata, jangan buat apa yang kamu tak suka orang buat pada kamu. Lantas, hati ini berikan mereka waktu. Lantas aku berkata pada kawan-kawan yang menekan..  
"Sabar kawan-kawan. TPM kan selalu menepati janji.. Kita mesti percaya pada TPM.. Berilah pegawai tu sikit masa. Dia kan manusia macam kita jugak. Positif itu penting. Baru awet muda."

Persoalannya sekarang..
Dari mana datangnya kekebalan jiwa ini?
Kenapa aku menjadi terlalu sabar sekarang?
Kenapa aku tidak marah bila sesuatu yang dijanjikan tidak ditepati seperti yang telah diwarwarkan?

Hairan.
Aku tidak pernah punya tahap kesabaran yang sebegini tinggi dulu. Aku juga tidak pernah terdetik bahawa aku akan menjadi sesabar ini. Terasa ingin ketawa kuat-kuat pada diri sendiri. Dari mana aku belajar menahan sabar ni?

Pelik. Tapi itulah kebenarannya.
Aku tidak lagi cepat melenting bila ada keadaan yang menyukarkan di depan mata. Aku rasa ini adalah kali pertama aku bertindak begini sabar. Ucapkanlah tahniah untuk diri sendiri. Sambil menepuk bahu kanan. Haha.

Oh. Aku terlupa sesuatu.
Usia juga memainkan peranan bukan? Haha. Rupanya, dalam menangani awet muda, aku terlupa bahawa diri sudah tua. Syabas untuk diri yang tua ini kerana akhirnya berjaya juga menahan marah dan bersabar dengan segala kerenah yang timbul.

Aku harap sifat ini akan kekal dalam diri ku. Simpan jauh dilubuk perasaan supaya ia tidak akan keluar merayau lagi. Haha.






Nota Pinky ;
"Kata orang, kesabaran seseorang ada batasannya. Macam mana kalau kesabaran aku sudah habis dan tidak berbatas lagi? Apa yang akan terjadi? Aku tidak dapat bayangkannya lagi (buat masa sekarang).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Demam.

Minggu lepas sudah demam.
Minggu ni demam lagi. Hmm, Banyak dugaan. semoga cepat sembuh harapnya.





Nota Pinky ;
"Dengan keadaan yang masih tak larat, kuatkan diri mengira kawan-kawan yang tak posting lagi. Harap dapat bersabar. Susah kalau aku hilang sabar. Haha."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sarawak or Sabah atau Semenanjung?

Tepat jam 8 malam. Channel TV3 jugak ku tekan.
Walaupun kekadang hakikatnya sangat menyakitkan hati bila melihat berita yang ntah apa-apa. Tapi nak tengok jugak. Pelik.

Isu posting rupanya tak habis lagi.
Bila mahu habis ni? Alamatnya bila semua Mahasiswa dah posting laa, kan?
Tapi tak boleh salahkan mahasiswa jugak kenapa mereka memberontak. Tak boleh salahkan kerajaan jugak. Kita semua punyai tugas dan fungsi masing2. Jadi bersyukurlah kalau kerajaan bagi posting. Dan pihak kerajaan yang terlibat, buatlah tugas masing-masing.
Wah! Mengarah nampak. Haha.

Surat posting Sarawak dah pun sampai.
Baik. Minggu berikutnya semestinya surat posting dari Sabah. Dan berikutnya dari Semenanjung. Kan? Bukankah begitu turutannya? Sebab Sarawak jauh dari Sabah.
Betul ke? Betul laa tu..
Harapan, dapat posting.
Penempatan posting, aku tak kesah mana-mana pun. Asalkan dapat. Nak dapat pun susah, ni kan nak request bagai.. Hehe. Allah, murahkan rezeki ku dan kawan-kawan ku.. Amin.

Isu hari Ibu.
Esok hari ibu. Tapi sesetengah ada mengatakan tak boleh sambut. Ada sesetengah lagi membenarkannya. Mana 1 perkara yang patut di ikut. Aku pun sudah confused.
Pendapat sendiri.
Tiap-tiap hari hari ibu. Tak yah nak tunggu hari ibu baru nak bagi hadiah. Hari biasa pun boleh bagi. Tanda mengenang jasa pengorbanan ibu kita..Nanti, ibu/mak/ummi/mama atau sewaktu dengannya mesti suka bila kita sebagai anak ingat kat ibu.. Kan?

Sekarang, sedang fikir hadiah apa yang paling sesuai untuk mak..

Bercakap tentang hadiah.
Aku hampir terlupa, aku kena sediakan 7hadiah untuk ahli keluarga. Dah lama tak balik, hadiah birthday bertambah-tambah. Ish3. Dan sampai sekarang masih berfikir-fikir lagi. adeh!

Nak rehat jap. Penat.
2 3 4 Hari ni aku asik penat je. Buat keje apa ntah. Huhu.






Nota Pinky ;
"Sedang tunggu en. Hati. Dia ada BBQ malam ni bersama budak kadet polis.. Hmm. Suka sangat dia ngan pelajar dia.. Aku pun naik tak faham kenapa dia suka sangat berada di sekolah bersama-sama pelajar. Ish3."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Isu posting yang tak habis-habis lagi.

Ya. Setiap kali membuka FB, setiap kali tu aku terasa seperti mahu muntah.
Ketawa besar-besar. Mana tak nya, isu posting yang hangat dibincangkan di mana-mana page pun. Otak kata, jangan baca, nanti kamu pening. Hati kata, baca sebab kamu mahu tahu. Ya. Desakan hati dan naluri, mungkin boleh dikategorikan dengan nafsu sangat mendesak jiwa. Hingga aku tewas dan terus membaca nya.

Dan sekarang.
Aku terasa pening dan mahu muntah kerana terlalu banyak perbincangan dan permasalahan yang di baca sambil mengangguk tanda dapat ilmu.

Masalah MARA.
Bila tanya pendapat aku.
Jawapannya ; Ini satu masalah (bagi orang yang confused. Terasa mahu hempuk sahaja kepala kamu biar hilang pening). Bagi aku, kamu dapat tawaran MARA dah cukup baik, tahu? Pastu masih pening lagi. So istikarah. Kalau pening lagi. Istikarah lagi. Kalau pening lagi, buat lagi. Bukankah Allah dah janji kan 1 perkara bila kamu memohon pada-Nya? Iaitu dia akan tunjukkan apa yang kamu tak nampak. Biar pun istikarah kamu tu, kamu terpaksa buat sampai kamu puas hati dan sudah lupa bilangan istikarah yang dibuat, yang penting, buat sampai puas hati.

Pada pendapat aku, istikarah bukan hanya mimpi datang dan tunjukkan bangunan MARA dekat kamu tapi bila hati kamu cenderung. Bila hati sudah cenderung, doa banyak-banyak dan buat keputusan lepas tu tawakal. Susah ke, Sayang? Allah itu ada bersama kamu.. Sama ada kamu nampak atau tidak. ;)

So apa pun masalah, rujukan  kita adalah Allah.
DIA akan selalu ada untuk membantu. Pegang itu satu perkara.

Bagi rezeki yang masih tertangguh lagi.
Jangan kamu mengeluh. Lihat orang yang ada di bawah kamu. Jangan lihat orang yang ada di atas kamu. Lihat kekurangan orang. Bandingkan dengan kelebihan kita. Mesti kita akan rasa sangat-sangat bersyukur. Rezeki yang tertangguh tu sebenarnya Allah nak tengok, tahap kesabaran dan keimanan kita terhadap-Nya. Kalau kita berjaya mengharunginya, means, tahap kesabaran kita bertambah. Bukan ke bagus kalau kekebalan sabar itu makin tebal? Hehe.

Aku sendiri, terkadang terasa mahu mengeluh.
Tapi ku kuatkan hati. Ku kuatkan jiwa. Ku kuatkan semangat. Agar aku dapat terus bersabar. Mulut, sila kunci rapat daripada membebel tak tentu hala. Bagus.

Pada suami.
Keputusan bakal diketahui lusa. Aku sangat berharap, kamu dapat menerimanya dengan penuh redha. Kuatkan aku tatkala aku tidak kuat menghadapi ujian. Dan aku kuatkan kamu tatkala kita di beri 1001 ujian.. Sama-samalah kita kuat menguatkan, ye Sayang...






Nota Pinky ;
"Hati terasa tidak sabar, tapi akal berkata, sabarlah wahai hati.. Sabar itu seindah mahligai di dalam syurga jika kamu mengetahui balasannya.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Katanya 10 Mei..

Katanya 10 Mei akan muncul.
Ya. Ia muncul sebagaimana di nanti. Tapi khabar yang dinanti tak muncul datang. Biarkan. Sebab hati ini masih bersabar. Tapi adakah semua kawan-kawan dapat bersabar? Entah. Kamu sendiri yang faham dengan diri sendiri.

Kenapa sehingga kini aku masih bersabar?
Entah. Aku pun kurang pasti kenapa sehingga kini aku masih dapat bertahan dan bersabar dengan semua isu posting yang datang. Tidak ada apa yang merisaukan aku. relex dan terus relex. Tapi ade orang yang tak boleh menerima orang yang relex macam aku. Haha. Mungkin setiap orang tak sama.

Hari ni, belalu lagi tanpa sebarang berita.
Ya, katanya 10 Mei keputusan bakal dikeluarkan. Yes! Kata hati juga akhirnya betul. Ketawa pada diri sendiri yang tertipu. Tapi tak pe. Pasti ada hikmahnya.

Kata orang, hidup ini hanya boleh diteruskan jika ada harapan.
Betul ke? Mungkin. Dan aku masih bersabar kerana masih ade sekelumit harapan dalam hati. Senyum. Hanya sekelumit ke? Mungkin. Kerana di sudut hati sudah merasa sedih kerana banyak perkara yang perlu dilalui untuk berjaya.

Pada kawan-kawan.
Sabarlah menanti. Pasti semuanya punya hikmah. Allah kan Maha Adil..  Dia tahu segalanya..





Nota Pinky ;
"Mahu gagal, hidup perlu di isi dengan penuh ranjau..
Mahu berjaya, hidup perlu di lengkapi dengan penuh dugaan.
Ya, kesimpulannya, mahu gagal atau berjaya, semua ada halangan."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Posting. Betul ke tak lama lagi?

Isu posting.
Ramai betul yang bercakap. Bukak FB penuh ngan komen-komen pasal posting. Bukak group, sama. Buka halaman utama, ya. Juga tentang posting.

Posting dan Aku.
Tak nak komen tentang posting ke?
Hmm.. Aku sebenarnya malas mahu mengomen tentang posting. Eh! Bukan sebab aku dah jadi guru interim ya. Mungkin sebab sekarang ni aku bukannya jenis komen itu ini. (Ye ke? Aku rasalah.)  Tapi aku pegang 1 sahaja. Rezeki kita, kalau Allah tangguhkan tu mesti ada sebab. Mesti ada hikmah yang Allah akan berikan.

Kekadang rasa sangat mementingkan diri. Seperti tidak ada perasaan pun ada. Tambah dengan blur yang memanjang menyebabkan aku menjadi manusia yang tak kesah tentang apa-apa. Malas mahu berfikir.Berfikir dengan banyak. Sudah semestinya aku tak punya masa yang banyak untuk fikirkan benda yang tak sepatutnya. Banyak berfikir akan menambah rumitkan keadaan. Kekadang sesuatu keadaan perlu masa supaya ia berlalu. Biar masa yang selesaikannya. (Biar awet muda menguasai diri. ngeee..)

Adakah itu di namakan sabar?
Entahlah. Aku pun kurang pasti.

Kekadang ade juga perasaan geram. Tapi ia akan cepat berlalu dengan keletihan bekerja dan kepenatan memikirkan tentang perangai pelajar yang semua pelik-pelik. Oh! Allah. Tolong lah hamba mu ini..

Ok. Sekarang masa untuk rehatkan minda. Tak mahu situasi / perangai pelajar yang macam-macam berlegar dalam otak ni sampai mahu pecah. Peace. No war. :)





Nota Pinky ;
"Hari ni dah 7hb. Tak sabar menunggu 22hb untuk menghabiskan sisa-sisa masa di sini. Sudah penat. ;p"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Oh. Terasa lega.

Sudah lebih 1 bulan aku tidak menziarahi ke sini. Bukan tidak mahu ke sini, tapi bila aku ke sini pasti aku tak dapat nak masuk. Membuatkan aku boring kerana berulang kali terpaksa terpaksa refresh. Tapi di hadapan ku hanya timbul skrin kosong. Dan aku biarkan ia berlalu begitu sahaja. Sehingga 2 3 menjak ini aku amat merinduinya. Akhirnya dapat jugak ke sini.

Masalah.
Ye, masalahnya telah ku kenal pasti kenapa jadi macam tu. Google Chrome aku yang bermasalah sebenarnya. Ea? Kot. Bukan kerana internet atau Awliya'.. Senyum. Lega.

Hati sedang berdebar-debar.
Kerana sedang menunggu 10 Mei. Yup. Penempatan posting yang bakal di ketahui tak lama lagi. Dah lama menunggu. Hampir setahun. Oh! Tipu. Aku grade bulan 10. Haha. Baru 7 bulan. Hihi.Tapi ade kawan-kawan yang grade bulan 7 yang paling awal tu macam mana? Dah 10 bulan kan? Sabar lah yer, kawan-kawan. Nak buat macam mana. Jangan sedih jika rezeki kamu tertangguh. Kan?

Menghitung hari la ni?
Yes! Ade 4 hari lagi untuk ke 10 Mei. Sabar diri. Sabar hati. Sabar.

Hmm, 1 perkara lagi. Surat penamatan interim telah ku terima 3hb Mei tempoh hari. Akan tamat pada 22hb Mei. Ya. 23hb Mei posting. Bagus. Tidak sempat cuti atau apa-apa. Tak pe. Allah dah tetapkan mana yang terbaik. InsyAllah dapat sekolah berdekatan dengan en. Hati.

Bila dekat dengan en. Hati.
Aku akan menjadi guru ala-ala Chef. Kerana tiap-tiap hari pasti ada masakan yang direquest oleh suami manja ku itu.. Masakan tak mahu sama. ISh3.

Bersedialah, kawan-kawan.
Tahniah kepada semua yang lulus interview. Semoga kamu akan menjadi guru yang baik. Senyum. Peringatan untuk diri sendiri jugak tu...





Nota Pinky ;
"Sudah masuk 2 minggu berturut-turut suami kursus. Kali ni lebih lama. Sampai hari Rabu. Huhu. Terpaksa berseorangan di rumah."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS