RSS

Kuala Lipis, Pahang..

hehehe.. malam ni nak pegi Kuala Lipis.. mula-mulanya, Fahdin ngan As nak ikut jugak. tapi alih-alih 2 2 tak jadi.

buat As..
tak pelaa As.. may be ade hikmah awak tak dapat pegi. jangan sedih-sedih tau. jaga mak awak elok-elok dan kasik sihat-sihat.. kami semua doakan mak awak sembuh dengan sesembuh-sembuhnya..

buat Fahdin..
keje elok-elok.. jangan curi tulang tau... haha

yang tinggal hanya aku, nad, nab, azaharah, dan azhar.. serta sukarelawan-sukarelawan yang lain. harap perjalanan ni seronok.. mencabar dan aku peroleh sesuatu yang baru..

macam excited je ni.. hehe

hmm.. packing keperluan yang nak dibawa, pija yang packing kan.. makanan? packing makanan dah siap. haha. makanan tu penting. lalala~ aku ni kan kuat makan. siapa yang packing makanan? nad yang packing. aku tak packing pun. haha. semua orang yang tolong packing kan.. pemalas punya ustazah! haha

terima kasih buat nad sebab packing makanan untuk saya.. lap u.. =D

hmm.. aku akan merindui blog selama beberapa hari ni.. blog kan umpama twin aku.. =) huhu.. huwaaa.. terasa macam tak nak tinggal blog aku yang suram ni.. huhu..

p/s: asma rindu sy tak? hehehe.. nanti sy balik tau.. jumpa asma isnin ni.. tak boleh tinggal kan asma lama-lama.. haha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pagi-pagi dah bahagia...

pagi ni rasa macam ceria.. gembira.. tak de duka-duka.. tak de sedih-sedih.. tak de lara-lara.. hehehe.. ntah. rasa macam berbubga-bunga je perasaan ni.

mungkin sebab ade kenangan yang terimbas.. ade kisah yang tersingkap.. datang menerpa ke dalam ruang minda ku saat ini.. haha

kenapa? mengapa? dan pada siapa?

hahaha. aku tengah senyum simpul. malu-malu sendiri. sengaL pun ade.. aduh...

perasaan ni macam mula-mula jatuh cinta je.. hmm.. aku kan tiap-tiap hari jatuh cinta.. hehe.. sebab tu rasa bahagia tiap-tiap hari, walau pun kekadang ade masalah. abaikan lah. kerana aku tengah bahagia. lalalala~

******************

jam11am..
ade meeting. hmm.. dah mula dah kerja nak berjalan. hehe.. so kenalaa hadiri meeting jap lagi.

lepas meting ingat nak pergi cari ubat nyamuk or ubat agas.. agas tu ape? aku pun tak tahu. aku pandai sebut je. sebab member aku cakap kena cari ubat agas kalau nak masuk hutan. sebab nanti kena gigit agas, tahan ke asyik nak menggaru je. huhu. dan kena cari jugak barang-barang yang berkaitan.. huhu..

terima kasih untuk Pija a.k.a FIZAH. haha. sebab tolong aku mengemas barang-barang yang nak di bawak untuk malam ni. kalau dia tak tolong, mahu nya penuh bag aku bawak baju. haha. aku bukan pernah masuk hutan jauh-jauh dari rumah aku pun.

kalau setakat hutan kat belakang rumah tu, tak heran sangat laa.. sebab tak yah bawak baju kalau nak masuk ke dalam nya. sebab kat tepi tu je rumah aku. lalala~

jam10pm..
nak bertolak ke Kuala Lipis untuk pergi ke perkampungan orang asli kat sana. kampung apa, aku tak tahu. huhu. tapi aku pergi sampai hari Ahad.. petang Ahad dah ade kat hostel. hehe. sebab Isnin nya kan ade kuliah. hehe.

mak dah kasik. ayah dah kasik. en.peguam pun kata yes. haha. perlu ke tanya semua orang-orang ni? PERLU!!

sebab?

mereka semua adalah orang-orang yang penting dalam hidup aku. so kena laa tanya. kang kalau jadi apa-apa diorang tahu nak buat ape. hehe.

hmm.. aku nak siapkan asigment sikit. sebelum pergi ke sana. nanti balik, tak de laa kelam kelibut. hehehe.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..SALAM MAULID AL-RASUL..

..Salam Maulid Al-Rasul..
untuk semua..
semoga dengan kedatangan hari yang bersejarah ini,
akan membuatkan kita lebih mengenali dan mendalami ajaran yang dibawa oleh rasullullah s.a.w.
semoga dengan kedatangan hari ini juga memberi 1001 rahmat kepada kita..
DAN
semoga kehidupan kamu semua dirahmati oleh Allah Taala selalu..

..SALAM MAULID AL-RASUL..

salam sayang,
-Ustazah Pinky-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

macam-macam hal laa plak..

dah balik kL pun aku.. semalam sangat banyak kerja yang perlu aku siapkan.. tak sempat nak menjenguk ke sini.. huhu.. padahal aku asyik tertanya-tanya.. macam mana laa keadaan semua blogger.. dan dalam minda aku, aku asyik ingat kawan-kawan maya aku je. nampaknya kawan-kawan maya aku lebih memberi impak daripada kawan-kawan aku yang ade di depan mata..

kesian semua kawan-kawan aku yang ade di depan mata ni.. lalala.. tapi tak pe.. aku tetap sayangkan kamu semua.. =) hehehe... touching tak? lalala~

hmm.. kerja amat banyak dan menimbun. asigment yang tak sudah-sudah membuatkan aku sedikit pening-pening lalat.. ditekankan hanya sedikit.. bukan pening yang banyak.. hehe.. so tak de muntah-muntah or loye-loye tekak.. hahaha

hmm.. kekadang hidup yang busy membuatkan aku lupakan segala masalah yang ade. tapi tak boleh laa lupakan terus. sebab masalah diciptakan bukan untuk kita lari darinya or membiarkan masalah yang ade terbengkalai.. tapi ia perlu diselesaikan.. supaya apabila datang masalah yang lain, kita tak lah rasa makin pening dan bertambah pening.. betul tak?

so... pada sesiapa yang ade masalah.. sila selesaikan cepat-cepat.. jangan biarkan diri anda diselubungi masalah.. ngeh..ngeh..ngeh..

hari ni.. kelam kabut sikit dibuatnya.. mana tak nya.. nak settle kan rencana lagi.. nak buat company lagi.. nak bahagikan dan siapkan asigment lagi.. nak settle kan semua secepat mungkin yang boleh. sebab.. awal mac ni, aku dah mula menjadi seorang pekerja.. so kerja sambil belajar ni, memakan banyak pengorbanan.. so faham-faham aje laaa wahai diri..

tapi, yang canggihnya.. aku tetap ke mari walau pun diri aku kelam kabut sekarang.. hmm.. nampaknya.. dunia blog telah menjadi sebahagian daripada hidup aku.. dan tak dapat dipisahkan lagi.. nak ke tak nak.. aku tak dapat lari lagi..

api rindu pada blog menyebabkan aku menjadi seorang pencinta yang seumpama laila dan majnun.. dan persoalannya, kalau aku menjadi laila...siapakah yang menjadi majnun nya?

hmm.. means.. kegilaan terhadap blog makin hari, makin membesar.. siapakah yang harus dipersalahkan saat aku busy macam ni?

hmm... (diam,bisu) sambil menongkah dagu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jam 10pm.. di hentian jerteh

aku akan bertolak balik ke kL malam ni. rasa macam tak puas lagi kat rumah. huhu. nak berkepit ngan mak pun tak habis lagi. huwaaa.. dah nak kena balik kL...

kalau tak balik kL, macam mana yer agaknya? haha

nak mati??? hahaha.. tu dia.... haha

aku masuk sebab nak hantar rencana ni.. kalau tak, tak de aku nak masuk ke sini.. sebab...

aku masih tak berkemas lagi untuk balik ke kL malam ni.. macam tak nak balik je ni.. adeh laaa.. hmm.. kerja yang banyak dah tunggu aku kat kL sana.. so kena laa balik..

lagi pun 1 mac ni aku dah mula audition..

audition???

audition ape? nanti-nantilaa aku kasik tahu.. huhu.. lagi pun ramai tu orang rindu aku kat kL..

p/s : buat asma bucuk.. asma rindu tak kat saya?? hehehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

indahnya cuti..

2jam dari sekarang aku dah nak bertolak dari kolej ke putra. hehe.. berdebar-debar plak aku rasa. macam nak balik jumpa mertua pun ade. haha.

kenapa aku rasa macam ni? entah. tapi yang pasti, ketidaksabaran aku mahu pulang ke kampung memang jelas terasa.. hehe..

mungkin semua orang dah balik dan tinggal aku sorang-sorang di sini. membuta dan menghadap serta berkomunikasi dengan lappy saje..

aku sudah boring. tapi aku kuatkan hati jugak menahan. tahan. tahan. tahan. aku sudah mahu pulang bentar aje lagi.. hohohoho..

indah nya cuti sebab kebanyakan kerja sudah aku siapkan. tinggal sikit je lagi. so aku dapat bercuti ngan baik laa.. hehehe.. aku suka..

indahnya cuti. rambut, adik-adik sikat. lenguh, adik-adik urut. bercerita. bergurau senda. waaa.. tak sabar mau balik.. hehehe

aku sudah membayangkan SPA yang direka khas untuk ku di rumah. hahahaa

kampung ku yang mendamaikan.. tunggu laa aku pulang...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

happy. senyum. ceria.

aku lega.. yang mendung sudah menampakkan sinarnya.. yang kelabu sudah kembali ceria.. ku harapkan sebuah pelangi indah di kaki langit yang bisa membuatkan aku terus tersenyum dengan keindahannya...

*****************

hehehe.. happy laa plak.. aku senyum. gembira. ceria. adeh.. semalam bukan main aku nangis. hahaha..

patutlaa lelaki selalu kata.. perempuan makhluk yang pelik. boleh happy. bahagia. gembira. ceria. senyum dalam sekelip mata je. hehehe

contohnya sekarang aku. hihihi..

tapi.. happy aku bertambah bila aku sms ngan adik aku. sebab aku sms mak aku, mak tak jawab..

aku : "weyh.. nak makan nasi kerabu ngan ikan kering.. sedia kan untuk kak boleh?haha"
tie : "mak kata, balik laa buat sendiri. ;p mak kata bila lagi nak buat.."
aku : "hahahaha.. ala.. nak makan yang mak masak.. hehehe.."
tie : "mak kata, balik masak sama-sama laa.. boleh belajar terus. kalau tak, asyik makan yang dah siap je.. bila nak pandai.."
aku : "yela3..huhu.. ikan kering ade tak kat rumah?"
tie : "stok ikan kering kat rumah tak pernah habis. jangan risau ~"

aku senyum.. balik rumah, benda pertama yang aku cari ialah nasi ngan ikan kering serta sedikit sambal.. hehehe.. perggghh.. selera.. hihi.. memang aku suka betul ngan ikan kering.

ala.... biasalaa aku kan orang yang duduk kat pedalaman.. selalu jumpa ikan kering. tetibe datang kL susah betul nak jumpa ikan kering kegemaran aku. adeh.. terpaksa laa aku berpantang ikan kering selama berbulan-bulan lamanya.. huhu.. macam pantang lepas bersalin je gayanya.. huhu..

tapi tak pe.. nasi kerabu ngan ikan kering.. sedang menanti. membuatkan aku tak sabar nak balik. lagi-lagi kalau kerabu daun kunyit.. waaaa.. best nya... aku suka....

ei.. ni yang tak sabar nak balik ni..

mak.. tunggulah kepulangan anak mu ini... hehehe.. rindu mak. rindu ikan kering.. lalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

air mata, tolong berhenti..

sakitnya hati ini tak tahu nak cakap.. aku menaip sambil menangis.. aku tak suka situasi macam ni.. hati aku sangat sakit. macam kena cucuk-cucuk.. macam ade orang cucuk ngan jarum.. aku tak suka rasa macam ni..

tapi kenapa aku perlu menangis? kenapa harus air mata ni jatuh?

saat ni yang aku tahu, hati ku sangat sakit. sakit. sakit dan sangat sakit.tak tahu nak describe macam mana sakitnya.

macam mana nak buat ni...

air mata tak nak berhenti menangis.. esok nak jumpa mak, mesti mata ku bengkak. nanti mak mesti tanya. bergaduh ke? apa aku nak jawab?

aku tak suka. aku benci!!!

mak, apa perlu kak buat.. hati ni sangat sakit.. nak peluk mak..

air mata, tolong lah kamu berhenti.. berhenti mengalir... aku tak terdaya lagi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sunyi sepi.

kolej dah sunyi sepi sekarang. tinggal aku je yang belum balik. huhu..

terasa macam kat rumah plak.. kat rumah, suasana nya macam ni laa.. sunyi. sepi. tak de gangguan bunyi or pencemaran bunyi.

perut dah mula menyanyi. tapi aku malas nak makan. haha. ni lebih kepada malas nak cari makan sebenarnya.. lalala~

teringat plak kata-kata mak.. aku memang macam ni.. kalau bab-bab makan.. aku malas sikit. sebab tu aku tak pandai masak.. haha. tapi sekali aku makan.. banyak. sebab bila dah kenyang.. aku tak yah makan lagi. haha

hmm.. rindu nya masakan mak.. 2 2 adik aku yang UiTM and UPSI dah ade kat rumah dah. aduhai.. rindu nya nak tengok dorang. gemuk ke kurus? hehe..

tapi aku rasa dalam family aku, tak de istilah gemuk. semua kering je. huhu..

waa... nak balik jugakkkk.. huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kenangan di ASDAF

welcome.. meh ramai-ramai kita berkebun.. hehehe...

kenapa macam rajin sangat je ni nak upload photo ni.. haha.. ntah laa.. ade sesuatu kenangan yang ingin aku kongsi bersama kamu.
dan aku ingin kata, mereka semua macam kita jugak. so gunakan pendekatan yang baik untuk mendekati mereka.. lalalala~

dah ade gaya cikgu plak aku hari ni.. haha..

ni hari pertama di ASDAF... tolong-tolong laa sikit ummi ngan kak Timah memasak. ala... bukan payah pun.. tolong potong bawang sudaaa... hihihi
Ya Allah.. ni kenapa ngan gunting-gunting ni.. hehehe.. As ngah potong sayur laa ni.. sayur kangkung.. nyum3.. lapo........

adehlaa... ni main pisau laa plak.. haha.. ngah potong bawang tu... bawang puteh.. aku bukan pandai masak pun.. sebab tu tolong potong bawang hehe.. nampak tak muka ku yang penat tu.. huhu

haa... ni baik sikit.. tak de pisau.. tak de gunting.. selamat sikit.. ni laa nad ngan nab.. walaupun penat, bergambar adalah wajib.. haha

tengok aku tu.. semangat sungguh.. tak pernah aku tengok aku sesemangat ni..hahahaha..
adehlaa.. ni acara potong watermelon plak.. haa cincang sampai lumat naa...

itu kat dapur.. sekarang jom kita tengok stor plak.. sessi mengemas stor. hehehehe

waaaa.. rajin sungguh wanita berdua ni.. lalala~ sapu-sapu.. jangan tak sapu.. hehehe

eh3.. main nak kiss-kiss plak dia.. siapa nak? hehehe.. boleh ngorat aku terlebih dahulu.. hahaha.. (kalau kamu berani.. aku ni garang orangnya.. h0h0h0h0h0)

Ni plak masa sesi bermesra ngan anak-anak ASDAF.. semangatnya aku bercerita.. haha..

macam cuci-cuci gurl laa plak.. ngan penyapu dan penyodok.. ni dah tak de keje ni..
orang dah habis bekerja. so sesi bergambar laa plak. hihi..

aku suka gambar ni.. tapi semua orang mesti tertanya-tanya.. tak berat ke cangkul tu? hehehe.. jom angkat sesame.. =D

terasa aku sangat rajin laa plak.. hahaha

ni laa geng-geng nasyid anak-anak ASDAF.. best wooo suara dorang.. kalau korang tak caya.. dengar laa dulu.. hihihi

ya ALLAH Miyana.. apa dah jadi ni.. ni laa gelagat budak-budak yang ngah seronok main tiup gula-gula dalam tepung.. hehe

apa yang dorang pandang tu... korang rasa ape? hehehe

ni plak gelagat budak-budak lelaki bila main tiup gula-gula dalam tepung.. hehehee. hmm.. indahnya waktu ni.. huhu

tengok siapa paling cantik? haha.. mesti laa aku.. lalalalala~

ni adalah acara penutup dan pembahagian hadiah. yang baju kaler coklat ni laa pengetua ASDAF.. yang lelaki kat tengah tu.. sukarelawan.. kalau korang nak jadi sukarelawan.. korang contact laa pengetua.. namanya pak Abu.. sesuai tak nama tu ngan dia? hehe

hmm.. 2 hari kat sana.. memang penat. tapi aku sangat seronok. tapi ade satu perkara yang aku perasan. hari pertama aku pakai baju kaler pink. hari kedua pun ala-ala pink jugak.. adehlaa.. memang laa aku Ustazah Pinky.. lalalala~

p/s : pink itu akan mewarnai diri ku setiap masa.. hihihi
kerana pink selalu membuatkan aku sentiasa tersenyum.. :) awet muda tu....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kenangan di RUMAH TITIAN KASIH..

hmm.. malas makin terasa bila semua orang dah balik.. nak upload photo je laa.. hehehehe

ni masa kat "Rumah Titian Kasih" yang aku pergi hari tu.. hehehe. aku ngah rajin nak upload photo ni.. lalalala~

depan Rumah Titian Kasih..

ni masa study, buat homework, ade cikgu kat depan tu ajar apa yang dorang tak faham tu.. tengok.. kat hujung depan sekali..

dari kiri, HaziQ dan Boy.. aku ngah ajar macam mana peace.. hehehe.. tengok Haziq sampai 4 jari sekali gus.. haha

ni icha.. apa ntah nama dia.. panjang sangat.. aku lupa.. comey je icha ni.. hehehe

ni laa HaziQ sebelum mandi.. adoi.. tak nampak rupa comey pun.. hmm.. yang aku terkejutnya dia suruh aku yang mandikan dia. huhu. dahlaa tak pernah mandi kan budak-budak. habis member gelakkan. buat malu je. umur dah 260tahun. tapi apa pun aku tak tahu pasal budak-budak.. hmm.. nampaknya aku bukan seorang ibu yang baik.. haha

haa.. ni laa HaziQ selepas dimandikan oleh ku. dan dipakaikan baju serta bedak. hehe. ok jugak aku ni jadi mak.. ngeh3..

hmm.. tapi yang aku masih musykil sampai sekarang ialah...
kenapa HaziQ pilih aku untuk memandikan dia?
apakah aku ni ber'AURA' pink yang menjadikan aku nampak cantik dan ayu di mata HaziQ.. hehehe..

musykil3..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

terasa diri disayangi..

antara 2 pilihan yang diberi.. mana kah aku nak pilih? baik kah? atau buruk kah?

aku bukanlah seorang wanita yang pandai dalam bab pilih memilih ni.. kekadang aku tersalah pilih pun ade.. huhu.. sebab tu jugak laa mak selalu je bimbangkan aku.. hihi..

aku kekadang bertegas mahukan yang ini.. walaupun aku tahu, ia tak baik untuk kehidupan aku. kekadang aku terdesak. tapi aku mahu teruskan juga keputusan ku. aku tekad. kekadang aku tak gentar lagi. kerana apa yang aku buat.. pasti aku yang menanggung nya.. itu kata mak..

dan semalam keputusan telah ku buat.. tapi.. dengan kuasa Allah.. Allah menunjukkan pada ku. bahawa apa yang aku putuskan adalah salah. aku sangat terasa yang Dia selalu ada disisi ku. menemani setiap langkah ku.. aku terasa Dia sangat sayang kan aku. dan Dia selalu melindungi aku. ahhh.. indahnya perasaan ni..

tetibe berkumandang lagu... UKAY'S..

################

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

################

dan hari ini.. aku bersyukur.. kerana Nya lah aku tidak melangkah ke jalan yang salah. dan kerana Nya jugak laa aku menggunakan otak ku dengan waras dan memilih untuk berada di landasan yang betul..

hahaha.. betapa aku insan yang dhoif.. yang selalu melakukan kesalahan.. dan kesalahan yang ku lakukan adalah kesalahan aku.. kerana aku yang memilih untuk melangkah ke arahnya..

hmm.. tapi pesan mak.. walau apa pun yang berlaku.. fikir dulu sebelum melangkah.. kerana langkah yang tersasar, jalan pulangnya susah dicari dan dijumpai.. dan ia memerlukan banyak kekuatan untuk mendepani semua yang ade..

dan yang penting.. berani buat, berani tanggung...

dan itulah prinsip ku sekarang.. walaupun kekadang aku tak kuat untuk menanggung satu-satu ujian yang datang..

tapi aku selalu berdoa.. semoga aku selalu kuat untuk mendepani semua kerenah dan cubaan dalam hidup ku.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hepi besday mak and amin..

9 Feb 2010

selamat hari lahir mak..
semoga panjang umur.. murah rezeki..
semoga dilimpahi dengan rahmat Allah dan dilindungi selalu..
semoga bertambah keimanan..
sayang mak sokmo =)

10 Feb 2010

hepi Besday Amin..
semoga panjang umur dan murah rezeki..
semoga apa yang Amin hajati akan termakbul..
semoga Amin menjadi anak yang mentaati kedua-dua ibu bapa..
kak sayang Amin sokmo..
:)

#########

hadiah kat mak aku dah beli.. ia sebuah buku.. tahun lepas aku kasik gelang... tahun ni.. aku kasik buku laa plak.. lagipun mak suka baca buku.. hehehe..

tapi.....

aku tak tahu nak beli apa hadiah kat amin.. ngah fikir lagi.. sebab Amin dah besar.. dah 13tahun pun.. aku fikir Amin dah matang sikit.. hehehe..

sebagai lelaki yang berumur 13tahun.. agak-agak apa eh dia nak? hehehe.

sesiapa ade idea?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

masa yang menghambat.

hmm.. tinggal minggu ni je nak siapkan semua kerja dan nak balik bercuti tanpa bebenan keje yang ade di kepala.. huhu..

tapi dapat ke aku siapkan semua keje.. macam banyak je keje aku ni.. huhu..

tak pe2.. pelan-pelan laa.. nanti siap laa tu.. hehehe

jom pegi discusion.. ade discusion ni.. curi untuk jenguk blog.. hahaha.. (giler blog ni..)

antara FB dan BLOG.. akan ku pilih blog.. ntah kenapa aku pun tak tahu.. :D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hari kedua di ASDAF

pagi ni aku tak larat langsung nak buka mata.. waa.. sangat penat seharian di ASDAF semalam.. tapi ku kuatkan jugak semangat untuk bangun dan membuka mata.. banyak lagi yang perlu di siapkan di sana.. 20jam perlu disiapkan oleh group kami yang membolehkan kami lulus dalam Ko-K.. dan sekarang, kami hanya perlu menghabiskan 10jam lagi untuk mencukupkan 20jam lagi.. hehehe.. nampaknya, hari ni siap laa keje aku.. lalala~ insya Allah, hari ni selesai 20jam.. tak sabar nak habiskan 20jam.. hehehe

berbunga riang hati ku ini..

jam900am..
aku ngan Nad sampai kat ASDAF, manakala Nab dan As dah sampai sejam yang lalu.. ini gara-gara melawa laa ni.. perempuan laa katakan.. hahaha.. dush3.. As dah mengamuk tu.. hehe.. walaupun As tak cakap, tapi aku tahu.. ampun As.. huhu

sampai-sampai terus aku kemas bilik budak-budak perempuan.. asyik perempuan je ni.. bias betul aku ni.. huhu.. bukan tak nak mendekati pelajar lelaki.. tapi tak kan aku nak masuk bilik lelaki.. agak-agak laa... hehe.. aku kan wanita yang baik.. lalala~

jam1130pm..
setelah siap mengemas.. mengelap.. menyapu.. bergotong-royong ngan girls kat bilik diorang, kami mengajak diorang main plak.. lets play.. kita enjoy.. main dalam dorm je.. malas nak turun panas-panas macam ni.. hitam plak aku yang sedia hitam ni kang.. huhu..

kitorang main music box je.. tapi seronok.. hehe.. ade yang kena menari.. menyanyi.. shuffle.. wow.. dorang pandai shuffle laa.. aku pun amik kesempatan untuk belajar.. tapi sayangnya.. kaki aku tak bergerak.. aku tak pandai dan nyaris-nyaris aku terjatuh.. so.. kesimpulannya.. ko ustazah pinky.. tak yah laa belajar shuffle.. hehehe.. berangan je nak belajar.. tapi tak salah kan?

masa bermain.. siapa yang menjawab soalan dengan baik or membuat seperti arahan yang diberikan.. akan diberikan sebotol vitegen. walaupun ia nampak simple.. tapi dorang nak jugak masuk untuk mendapatkan ganjaran yang kami sedia..

kelakar pun ade.. ;)

jam100pm..
menemani kanak-kanak ASDAF ke kenduri..hmm.. ari ni ade jemputan untuk ke kenduri kawin kat stadium cheras.. hmm, baik jugak orang yang menjemput ni.. semoga Allah memberkati perkahwinan mereka berdua.. ramai ni yang nak pegi ni.. boleh ke kami nak jaga semua budak dalam satu masa?

semua yang pergi dekat-dekat 40 orang jugak termasuk kami dan pemandu bas.. kita tengok jelaa nanti..

jam200pm..
sampai ke tempat kenduri... besar kendurinya.. deretan kereta penuh kat stadium tu.. hmm.. orang senang-senang jugak ni.. pengantin nya pun sama cantik.. sama padan.. As kata dia suka tengok pengantin macam tu.. hehe

nak jaga anak-anak kat kenduri yang besar gini.. aduhai.. penat.. mana tak nya.. ramai-ramai macam tu.. bukan semua besar-besar.. ade yang kecik jugak.. walaupun penat.. tapi yang penting kami seronok..

sebab tu pentingnya niat yang ikhlas.. hehe

waaa.. makanannya sangat sedap.. dan membuatkan aku nak tumbang selepas makan. gara-gara makan banyak. haha.. itu pun aku nak tambah lagi.. tapi malu kat waiter yang kat situ je.. sebab? sebab dia tanya aku.. "nak tambah lagi ke?" terus aku cancle.. sebab malu yang amat..

nad kata sambil ketawa.. "eh.. dia faham laa.. malunya saya.." aku sengih je memandang waiter tu. malu sey...

jam300pm..
setelah setengah jam dalam perjalanan ablik dari kenduri.. akhirnya kami semua sampai ke ASDAF.. hehe.. semua anak-anak nak masuk tidur kata diorang.. penat sebab makan banyak.. tapi sebelum tu.. kena solat dulu... hehe

jam 400pm..
aku dah ngantuk tahap dewa ni.. aku cakap kat As ngan Nab.. aku nak tidur.. Nad pun ikut sama.. As ngan Nab tak nak tidur.. so diorang ajar gurls buat homework.. waa.. diorang sangat bagus.. huhu

aku ngan Nad pun bagus jugak.. hehehe.. sebab aku tidur ngan gurls yang nak tidur.. tidur bersama-sama juga mengeratkan silaturrahim.. hahaha.. yela tu.. ayat cover!!!

jam500pm
kami turun ke kitchen garden.. tengok apa yang dorang tanam.. dan apa yang perlu kitorang siram.. kot-kot laa ade.. hehe..

pastu selebihnya sesi mengambil gambar laa.. terutamanya aku.. hantu dalam bab-bab gambar ni.... hahahahaha

jam530pm..
selepas solat asar.. kami semua plan nak buat sukaneka.. macam mana belon air.. tiup belon.. tiup tepung.. main straw ngan getah..

kami bahagikan kepada 5 group.. eh.. tetibe hitung-hitung ade 4group.. eh.. mana satu group lagi.. ajaib.. pastu dalam 5 minit kemudian.. dah tinggal 3 group.. adehlaa.. pelik sungguh.. tapi itu no hal.. biarlah diorang.. asalkan diorang suka.. hepi dan ceria.. aku tak kesah.. sebab nak main ni pun.. untuk suka-suki jugakkan.. hehe

jam630pm..
selepas acara pembahagian hadiah.. kami yang penat ni bertolak balik.. semua gurls and boys tanya.. kak.. tak nak datang lagi ke?

kami tak janji.. tapi insyAllah.. kami akan datang..

sebab aku, Nad, As, Nab, bercadang nak kasik baju-baju yang kitorang dah tak guna untuk kegunaan diorang.. sian laa kat gurls tu yang tak de baju.. huhu..

hmmm.. yang pastinya 2 hari di ASDAF sangat seronok.. tak macam cakap-cakap group yang pergi sebelum ni.. budak-budak kat ASDAF susah laa.. degil laa.. tak pun.. diorang sangat baik.. dan aku rasa korang yang salah mendekati dorang.. sama-sama laa fikir.. hehehe

sebab ape? sebab aku sempat belajar bahasa semai ngan gurls yang ade kat situ.. terutamanya ngan Miyana..

bahasa yang aku sempat aku ingat.. "eng kahial.. amat biat waa kacauu.." entah ejaan nya betul atau tidak.. aku pun tak tahu. tapi itulaa sebutannya.. hehehe..

p/s : SESIAPA YANG NAK DERMA KAN BARANGAN TERPAKAI MACAM BAJU KE.. SELUAR KE.. TUDUNG KE.. BOLEH LAA CAKAP KAT AKU.. huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kini giliran ASDAF pula

semalam aku berempat ke Rumah Titian Kasih.. hari ni, aku kepenatan lagi.. huhu

jam820am..
Hari ni kami ke ASDAF.. Asrama Darul Falah.. 15minit kemudian kami sampai.. perjalanannya tidak lah mengambil masa yang lama berbanding ke Rumah Titian Kasih semalam.. kerana kami hanya merempit untuk sampai ke Asdaf. hehehe

kalau kamu nak tahu pasal ASDAF.. kamu boleh klik link yang aku kasik. hahaha.. aku malas nak establish tempatnya.. so kalau kamu berminat ingin mengetahui dan mahu buat program amal or mahu jadi sukarelawan.. sila klik link yang telah diberikan.. hehee.. rajinkan aku establish tempatnya? lalala~ di Asdaf, udaranya sangat nyaman.. aku sukakannya.. dengan suasana disekeliling dipenuhi dengan hutan.. dan bunyi unggas serta kicauan burung, membuatkan hati aku tenang.. aku tegaskan.. aku betul-betul sukakan suasana nya..

hmm.. tentu ade yang tertanya-tanya kenapa aku tetiap hari pergi umah kebajikan masyarakat or anak yatim ni.. sebenarnya aku pergi kerana memenuhi syarat Ko-K yang telah ku ambil di UM.. subjek Khidmat Masyarakat.. so ia memerlukan aku pergi ke rumah anak yatim or kebajikan masyarakat untuk berkhidmat selama 20jam..

kalau nak berkhidmat lebih pun tak pe.. sukarelawan kan.. tak salah..

jam930am..
temubual bersama orang tertinggi Asdaf tamat. kami di bawa ke dewan makan untuk jamuan ringan (a.k.a sarapan pagi aku.. haha) dan selepas itu kami membuat lawatan sekitar Asdaf untuk menyenangkan kerja kami akan datang. hmm.. ia adalah sebuah bungalow lama. tapi tetap tersergam indah.

cantik tak aku nye jerawat? hahaha.. tetibe je..

jam1000am..
aku, as, nad, nab masuk dapur.. mengemas di dapur dan menolong akak-akak tukang masak memasak..

aku nak masak ke? tak lah.. aku hanya menolong kupas bawang, kupas kentang, potong sayur, mayang bawang, potong cili, kacau apa-apa yang patut.. hehe. seronok jugak. sebab aku tak pernah berpengalaman membuat semua ni.. sebab? aku selalu larikan diri semasa kenduri di kampung, hahaha.

nakal kan aku? hehehe.

jam1230pm..
siap pun memasak. fussshh,.. apa lauk nye? gulai ayam.. atau dikenali jugak dengan kari ayam.. waa.. aku suka.. kata ibu, budak-budak kaum orang asli suka sangat makan ayam. sebab kat tempat diorang susah nak jumpa ayam. asyik makan ikan je.. hehe..

kata aku dalam hati.." memang la.. dorang tangkap sendiri ikannya.." hehe

jom makan.. nyum..nyum..nyum.. best.. sehingga aku mahu menambah nasi.. tapi aku malu.. MALU TAPI MAHU..hahaha.. last-last aku tak tambah pun.. sebab aku memang sangat malu kepada semua orang yang ade.. huhu.. lagi pun diet laa sikit weyh.. gemuk susah nanti..

jam130pm..
sesi mengemas dapur dan dewan makan. kan dah makan dengan kenyang dengan lauk yang sedap-sedap dan best-best.. hehehe.. so kemas laa kami berempat dengan sekemas-kemasnya. tetibe As, Nad, dan Nab semua menjadi anak dara yang rajin.. hahahaha..

tapi korang tak boleh ganggu.. hihihi..semua dah berpunya.. lalalala~

jam300pm..
sesi mendekati budak-budak asdaf.. wooo.. group yang sebelum ni kata, susah giler-giler nak dekati budak-budak ni.. takut jugak.. tapi budak-budaknya sangat baik.. aku suka kan mereka. Syafina, Yati, Miyana, Catherina, Nurul, Mona, tak larat laa nak sebut ramai-ramai..hehehe.. pada hal aku tak ingat semua orang.. lalalala~

tapi yang paling tak boleh dilupakan.. sesi pendekatan ini dirakamkan oleh RTM untuk dokumentari dorang. aku ingat orang-orang RTM memain je.. rupa-rupanya betul.. adehlaa..

jam 430pm..
sesi kemas stor yang kotor dan berhabuk.. ;) aku beberapa kali bersin.. aku kan mana boleh terkena habuk.. huhu.. tapi hasilnya stor nya habis di kemas dan tiada habuk.. hehehe..

rajinnya kitorang.... tul tak? hehehe

kul600pm..
kami bertolak balik. waaaa.. sangat penat seharian di sini.. tapi seronok.. banyak jugak gambar-gambar yang aku abadikan.. tapi.. aku malas lagi nak upload.. ade masa+rajin.. aku upload masuk..

esok nak kena datang lagi ke sini..

kalau korang senang-senang boleh pegi sana.. sangat mendamaikan tempatnya.. hehehe.. aku suka kawasan hutan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

rumah titian kasih..

tepat jam 215pm..
aku kelam kabut. As dah mengamuk dah tu kat Stesyen U sana.. hihi.. sempat lagi aku bersolek. tapi aku bukan sengaja. Nad habis kelas lambat tadi. dan motor plak tetibe tersepit dicelah-celah motor orang yang datang solat Jumaat tadi. so, lambat laa sikit.. bukan sikit tu. banyak. hehehe..

sorry yer As.. Nab.. tak sengaja..

jam 300pm.
kami berempat meredah hujan di Masjid Jamek. Hujan sangat lebat. aku pun tak pasti bila hujan akan berhenti. huhu. so keputusan meredah hujan sampai basah lencun adalah keputusan paling seronok ku buat beramai-ramai. kerana tak de orang pun buat macam tu... hahaha..

jam330pm.
sampai di titiwangsa. lokasi Rumah Titian Kasih.

sebenarnya apa tu Rumah Titian Kasih? hehehe.. kamu boleh klik link yang aku berikan di atas. aku malas nak terangkan panjang lebar kepada sesiapa yang tak tahu.. :D (pemalas punya ustazah!! hahahaha.. biarlah. ~sambil membuat muka comel)

rumah nya sangat besar dan cantik. tapi penghuninya juga besar. rumah yang kami sampai ni adalah rumah lelaki. kami menunggu mak Pah untuk melawat kawasan sekitarnya..

jam430pm..
kami di bawah ke rumah perempuan Titian Kasih. rumahnya tak jauh dari rumah lelaki. kenapa di asingkan? ala.. maklumlaa semua yang ade dalam rumah tu, bukan semua adik beradik.. so faham-faham laa hukumnya.. huhu

dan disini aku kenal dengan sorang budak yang ade parents.. HAZIQ.. dia telah ditinggalkan oleh parents nya kat sini sewaktu dia masih kecil.. sekarang umur nya dah mencecah 3tahun. tapi parents nya tetap tak datang untuk mengambil nya.. kesian kan?

aku sebak dan hampir menitiskan air mata bila diceritakan tentang kisahnya.. dan aku fikir, aku lah budak yang beruntung. sewaktu ku kecil, parents ku ada di sisi untuk mengisi kedewasaan ku hingga lah aku sekarang berumur 26tahun..

kenapa lah ade jugak parents macam tu.. sampainya hati mereka... huhu

hmm.. perkara yang aku tak boleh nak lupakan.. aku memandikan Haziq.. padahal sebelum ni, aku tak pernah memandikan budak-budak. teruk kan aku ni? Haziq dengan penuh ketakrelaan aku menarik tangan ku untuk menemaninya mandi.

kenapa dia memilih aku? aku cantik sangat kot.. haha

tapi nasib baik nad, as dan zainab ade.. kalau tak, aku tak tahu ape nak buat. terkial-kial jugak aku. haha. memang aku bukan calon ibu yang baik.. hehe.. tapi akhirnya aku berjaya memandikan Haziq, menyabunkannya, menyampookannya.. hehehe. seronok Haziq main buih sabun.. sama naik ngan aku.. hahaha..

aku jugak sempat mengajar Haziq membaca ABC.. sebelum aku ajar, dia dah tunjuk.. katanya..

"ni huruf O.."
"pandai Haziq.."

aku hanya mengajar Haziq beberapa kali dan Haziq dapat menyebutnya dengan baik.. Haziq adalah budak pandai.. detik hati ku.. tapi sayang.. parents nya membuang nya di rumah ini.. hmmm... kenapa ini harus terjadi dalam masyarakat sekarang?

dan perkara yang paling sedih yang tak kan aku lupakan ialah sewaktu jam 530pm.. kami semua ingin berangkat pulang.. tapi Haziq masam mencuka. mencebik mahu ikut.. aku tak terkata... tapi sempat aku pesan pada Haziq..

"aunty nak balik dulu. nanti lain kali aunty datang lagi. Haziq jangan nakal-nakal, mesti jadi budak baik tau.."

Haziq masih menarik muncung 14.. tanda protes mahu ikut aku balik.. huhu.. tapi aku terpaksa jugak balik tanpa Haziq. aku kan masih belajar. mana boleh ambik budak-budak untuk dijaga.. huhu..

harapan aku, aku harap Haziq dapat hidup dengan baik.. :) seperti kanak-kanak lain..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

gelap itu romantik?

huh! aku tak suka gelap.. tapi malam ni, aku duduk dalam gelap. kepala ku tak sakit. terbukti! kata-kata doc Mint Mint bukan omongan kosong.. kenapa? kerana dia adalah seorang doc.. hehehe

hmm.. tapi macam tak boleh nak bernafas dalam gelap-gelap macam ni.. aduhai..

so lepas ni, cermin mata mesti kanta gelap. haha. pastu selalu duduk dalam keadaan gelap. macam en.Peguam kata.. gelap itu romantik.. aku membalas. tak romantik langsung. sebab aku tak dapat nak bernafas. huhu

aku tetap mempertahankan hujjah ku dengan mengatakan tidak!.. kenapa? sebab aku tak nampak apa-apa jika berada dalam gelap.. hehehehe

hmmm.. setujukah anda bahawa keadaan gelap itu romantik?

jawapan aku : tak!!!

jawapan kamu : ...?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kelam kabut dibuatnya..

masuk ni, dah masuk minggu ke-4 lena ku diganggu oleh migrain yang tak sudah-sudah.. semalam..setelah aku menghabiskan nasi yang ku tapau dari dewan makan, (padahal tak habis pun, tak de selera.) aku telan ubat 2 biji daripada 2 jenis ubat yang diberikan pada ku.. insyAllah, aku lena malam ni. bisik hati ku riang. lalala. tapi........ aduhai.. mata tak dapat tutup sebab migrain tak jugak hilang selepas ku telan ubat.

en.Peguam cakap.. baca laa quran.. nanti mesti ngantuk... ye, aku membaca nya. ini atas nasihat en.Peguam. kalau tak, aku zikir je sikit. (pemalas punya ustazah!!! hahaha.. lantak laa. hehe.)

baca quran tak jalan jugak.. makin cerah mata ku.. macam biji guli jadinya. en.Peguam pesan suruh baca buku plak. aduhai.. aku mengambil buku "siapa itu nabi-nabi?" ku selak helaian pertama. kedua. ketiga. keempat. dan masuk helaian kelima, aku tak dapat menahannya lagi. kepala ku makin sakit. bukan mata ku makin mengantuk ni.

aku tutup buku. ku bangun dan mundar-mandir. sampai ke pukul 3 pagi. aku duduk dikerusi. termenung sambil memeluk bantal. dan yang pastinya, kepala ku masih jugak berdenyut-denyut. aku tidak menghiraukan lagi nasihat doctor. ku telan lagi 2 biji lagi ubat yang diberi.

setengah jam kemudian, mata mula layu. tapi kepala masih berdenyut. ni memang tak boleh jadi. aik, makan ubat pun tak jalan. dengar-dengar orang dah azan subuh. hmm, tak tidur lagi aku malam ni. aku semalam dapat ku habiskan semua asigment yang ade kan syok. ni tak, aku tak dapat nak fikir apa-apa. dan pertimbangan rasional ku diganggu oleh kamu, wahai kepala ku yang sangat bertuah.

aku mula terfikir, sebenarnya apa yang ada di dalam kepala ku hingga aku sakit sampai begini? dan aku tak de jawapan tu. kerana aku bukanlah seorang doctor. huhu

ku biarkannya tanpa jawapan dan tergantung tanpa tali.

en.Peguam call jam 630am. bertanya kan adakah aku lena semalam? aku jawab tak. dan sekarang baru sakit kepala beransur hilang dan aku mahu tidur. usah diganggu. semua pertanyaan nya aku iya kan je. sebab mata dah mula tak tahan untuk tidur.

pesannya sebelum mematikan perbualan, "sembahyang subuh dulu tau, pastu baca mathurat dan quran. pastu baru boleh tidur." ku turutkan semua pesanan nya yang memang rasioanal dan baik tu. sebab itu jugaklah rutinku setiap pagi. (kalau tak, mahu ke aku ikut senang-senang? hahaha. degil sungguh kau ye ustazah!)

lepas tu aku tidur. tapi sebelum tu ku perlu menggelapkan dulu bilik ku. itu pesan doctor semalam. aku mesti berada dalam keadaan gelap. supaya migrain ku cepat hilang. (dah laa aku ni takut gelap. dia suruh plak aku tidur dalam gelap. aduhai....)

boleh ke aku jadikan masa 24jam yang berputar itu selalu siang dan tanpa ade malamnya. supaya malam ku tidak lagi diganggu oleh migrain ku yang tak tertahan sakitnya.. huhu..

atau pada sesiapa yang boleh memutarkan masa untuk menjadikan alam ini selalu siang untuk ku, boleh lah dia menghubungi aku. aku akan sanggup dating dengan nya dan menghadiahkan dia xoxo milik ku ini. hahahaha.

kerana aku tak tahan lagi kalau migrain datang menziarahi aku. tolong laa aku... :S

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

migrain?

dah 3 minggu tak dapat tidur ngan lena. dan 3 minggu ini jugak lah mimpi-mimpi aneh bertandang ke dalam lena ku, menggantikan mimpi-mimpi indah yang aku hasilkan sendiri.

hmm.. kekadang mimpi-mimpi aneh tu, menggugat kestabilan hidup aku. kekadang aku seolah-olah kuat untuk menghadapi nya. aku kekadang tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku di dalam saraf otak ku..

sakit kepalanya hanya disebelah kanan. waktu sakit adalah antara pukul 2am-6am. dan ia memang mengganggu tidur lena ku yang telah hilang selama 3 minggu kebelakangan ini. dan ia menjadikan mataku yang cantik menjadi semakin nampak lebam.. huhu. dan menjadi kan aku daripada seorang yang tak cantik semakin tak cantik.. huhu

kata as.. aku kena balik jumpa mak. baru laa sakit kepala akan hilang. betul ke? fakta atau auta? entahlaa...

9am. aku ke klinik. ingin berjumpa doctor untuk memastikan aku ni stabil atau pun tidak. doctor tak mengulas panjang. kata nya aku mengalami migrain tahap serius jugak.. dan aku harus menjaga kesihatan ku.. huhu.. dan doctor cuma menasihatkan aku tentang beberapa perkara :

  1. minum air masak banyak-banyak. (memang dah minum banyak pun)
  2. makan buah banyak-banyak.. (aku dah tibai buah orange kat dewan makan kolej 7biji semalam. dan telah ku habis kan sebanyak 6biji sekali gus. haha. hari ni ku ambil 2 biji saje buah epal untuk ku makan. kerana aku sudah tidak berselera untuk menibai buah banyak-banyak.. huhu)
  3. pegi check aku punya power cermin mata.. adakah kurang atau lebih.. (hmm.. lebih tak kot.. may be kurang.. huhu)
  4. buang air besar kena acap kali. baru sakit kepala akan beransur hilang.. huhu.. (benda biasa yang dipesan oleh doctor pada pesakitnya.. huhu)
ubat yang di kasik plak.. aduhai... sebesar duit syiling 10sen untuk ku telan.. waaahh.. tak de ubat yang lebih besar sikit lagi ke? lalalala~

aku tak makan lagi. nasi pun lom makan jugak ni.. jap lagi laa.. aku nak mandi dulu. sebab baru je balik dari kelas. huhu. penat.

apa yang penat? haha.. penat berebut mouse rm1 pagi tadi.. tak de laa sampai berebut. tapi aku yang bertuah hari ni.. alhamdullillah. mouse yang aku guna kan sudah rosak. so aku memerlukan mouse yang baru. jadi hari ni pembukaan PC FAIR di UM.. so aku mengambil kesempatan untuk mencuba nasib. adakah aku bertuah?

so aku memang orang yang bertuah hari ni.. sebab dapat membeli mouse dengan harga rm1 kerana ku menang lucky draw.. alhamdullillah.

hmm.. mata dah mula layu.. badan pun penat. aku nak pejam mata sambil membayangkan aku di SPA dan sedang diurut manje orang tukang urut profesional.. hehehe.. wahhh.. alangkah bahagianya...

:D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

saat merindui..

semua kerja yang aku buat, ku rasakan salah. semua kerja yang aku set kan, ku rasakan semuanya tak betul..

pernahkah kamu rasa, yang rindu amat menyeksakan hidup? aku seolah-olah tidak lagi kuat untuk meneruskan hidup.

tapi aku harus bertabah hati, kuat kan semangat, cekalkan minda deminya..

kerana ku tahu, aku tak kan tertahan jika air matanya mengalir kerana ku..

rindunya diri ini pada mu ibu.. entah mengapa.. sampai kan tak de selera nak makan.. nak balik... nak balik... nak balik...

huhu :S

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mimpi aneh..

3 4 hari ni, aku asyik mimpi pelik-pelik je. ntah kenapa pun aku tak tahu. mimpikan orang yang sama. cara yang sama. tapi tempat yang berbeza.

mimpi aku seolah-olah bersambung-sambung. seolah-olah kami menuju ke satu destinasi yang tak pernah kami ketahui.

aku jadi pelik. kenapa aku mimpikan dia? kenapa dia, tidak orang lain?

hmm.. dalam mimpi tu, aku seolah-olah sangat gembira bersamanya. padahal, sebelum tidur tak pernah plak aku terlintas tentang nya. namanya or perangainya or orangnya or apa-apa tentangnya tak pernah ku ingat atau terlintas sebelum aku tidur. malahan, aku memikirkan orang lain berbanding dia!

kenapa? kerana dia bukanlah siapa-siapa dalam hidup ku..

hari pertama mimpikan dia, aku tak de laa rasa sepelik hari kedua dan seterusnya hari ketiga dan keempat.

dan hari ni, aku makin pelik. huhu

adakah ini satu petanda? tapi apakah petanda tu? baik kah ia? atau burukkah ia?

perjalanan mimpi ni, boleh buat satu cerita. hehehe.. tapi patut ke aku abadikannya didalam bentuk penulisan? padahal dia bukanlah siapa-siapa dalam hidup ku. huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS