betul ke lelaki suka perempuan memanggilnya dengan panggilan abang.. aku pun tak pasti. tapi ni adalah kata-kata seorang kawan ku. dia kata lelaki memang suka. aku no komen. sebab aku perempuan.
so kepada lelaki-lelaki, apakah jawapan kamu.? suka atau tidak?
kata mak aku, lelaki tak boleh dikasari. kenapa? sebab apa? aku masih menggaru otak ku ini. sepatutnya perempuan yang tak boleh dikasari kerana hati nya lembut. tapi pesan mak, lelaki ni kalau kita nak tolak sesuatu, kena tolak secara elok. kena cakap elok-elok. jangan kasari nya. ish3.. adakah ini satu petanda yang dunia sudah terbalik..???
itu fikir ku pada 5 tahun yang lalu.
sekarang, baru ku tahu. baru ku faham. baru ku belajar. bila pengalaman mengatasi pengetahuan yang ada. bila garam lebih banyak ku rasai di dalam hidup ini. jika kita ingin menolak, tolak lah baik-baik. tak kira lah lelaki atau perempuan. kerana manusia adalah sama. punyai perasaan yang serupa. punyai perasaan yang halus. punyai rasa bahagia, kecewa, suka, derita.. cuma lelaki lebih tegar berdiri daripada perempuan yang cepat terjelepok ke bawah.
tapi kata mak, lelaki jika marah, kuasanya adalah berlipat kali ganda daripada perempuan marah. so jangan buat lelaki marah. itu kesimpulan yang terdekat yang dapat ku buat.
berbalik pada tajuk asal yang aku terpesong tadi. hahaha.. aku memang suka terpesong dari tajuk asal.
kenapa lelaki suka di panggil abang? pernah aku tanya pada seorang lelaki. aku tak pasti siapa dia. aku lupa. usia membataskan aku untuk mengingati siapa yang aku tanya itu. logikkah alasanku ini? :D jawapannya.. abang adalah tanda dan rasa hormat perempuan pada lelaki. terutamanya rasa hormat isteri kepada suami. rasa hormat tunang kepada tunangnya.. rasa hormat adik kepada abangnya.. dan lain-lain yang kamu kira termasuk dalam kategori halal laa.. hehehe
rasa hormat isteri kepada suami dengan memanggil abang itu adalah bercampur dengan rasa kasih sayang dan cinta yang mendalam yang ada di dalam hati seorang isteri. kerana bagi ku yang penting sekali, abang adalah panggilan romantik isteri kepada suami.
dan pernah juga aku terbaca, perkataan 'abang' itu sendiri ada nilai sensitivitinya sendiri. ia mampu mencairkan jiwa si lelaki yang mendengarnya. mampu memadam kan api amarah lelaki yang sedang marah. dan mampu menggoda sanubari lelaki yang kering.
jadi... perlukah ku nyatakan betapa pentingnya nilai abang kepada seorang suami??? walaupun si suami kekadang tidak meminta atau memohon untuk memanggilnya dengan perkataan begitu, tapi percayalah... dalam hatinya ada satu perasaan yang mengatakan ia mahukan isterinya memanggilnya begitu.
waaaa... pandainya aku... hehehe
lelaki ego nya tinggi. itu apa yang aku baca. so mereka lebih suka dihormati. betul kan? aku cuma meneka. kerana aku berjantinakan perempuan. hehe. betul atau tidak. itu hanyalah pendapat aku. hehe. siapa yang ingin membangkangnya.. aku persilakan.. tiada perang yang akan meletus. itu janji ku. hohohoho..
so tiada kesimpulan yang dapat aku buat. kerana hanya pada lelaki ade jawapan yang tepat. kerana ia terlalu abstrack untuk di gambarkan.. betul ke betul? hahaha..
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
11 comments:
tu ler jangan panggil sebarangan org sebagai abang... kang terperasa plak
bf jeles gak
xyah panggil dengan gelaran yg menimbul syak
aaa.. gelaran yang menimbulkan syak perlu dijauhi.. aku setuju ngn joe..
hahaha.. bf jeles.. itu semestinya.. 5 bintang utk ah fatt.. hohoho
heheheee,
aku plak suka panggil si dia dgn panggilan "abg"
lam hst tlis nama "abg syg"
mst dia lagi cair..hahahaa
betuah suami aku..hihih
if dia tua dr kte ape salah nye.
cuma tonasi nye kena betul.. yg penting kte tau abg yg syg dgn abg yg lbh tua dr kte. huhu..
kalau tua saaaangat tu layak di panggil pakcik je.. hehehe..
kalau tak tua sagt.. ley je kot. janji nada nya jangan nada menggoda jiwa sudah.. hoho.. kan lanz?
lalalalala.. miss eyena pggil aslam abg syg.. caiiiiiiirrr... hoho
tgk keadaan gak nak panggil lelaki tu abg...
kalo die tua pd kite bleh la...
tp lea suke panggil lelaki yg lebih tua abg..but kena ade bersama ngan nama die..cm abg syafiq...
tp kalo ngan abg tersyg...
panggil abg dh..hehe
ley diterima.. tapi ia sebg tanda dan rs hormat kita kan pd dia yang lebey tua.. bukan tnda ingin gedikssss.. hehehe
zaman skrg kdg2 org yg da berumur x suke d panggil pakcik..
abg maybe nmpk muda skit kut.
sape2 pun if ada yg pangil abg syg mesti cairrr nye. pak imam kt masjid pun akn cair jgk huhu..
pada sy normal pngilan abg zaman skrg ni.
pinky da ada abg syg lom..
abg...hemm ha panggil abg sulung ha 'abg' gok hekhek...
tp sepanjng ha kenal mana2 lelaki memang g2 laa...ada yg memang gatal n ngader...
tp yg ha betul2 siyess ok je kite panggil die abg sbb hormat die...
means.. kena tgk lelaki laa untuk kita paggil dia dgn pggilan abg tu ye.. kalau dia gatal ngn ngader2.. di tegah sama2 sekali.. tul tak ha? hehe..
itu pada pndangan seorag lelaki. sy tak ley nafikan.. hehe.. normal bg awk.. normal laa bg sy... haha.. jangan pggil dengan intonasi yang pelik2 sudahh... kan.. kan.. kan..
Post a Comment