RSS

Kelahiran nya dinantikan..

13 Ogos 2014.
Rabu.
Jam 11.19am.

Alhamdulillah. Aku panjatkan 1001 kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpahan kurniaan Nya, aku telah pun melahirkan seorang puteri.

Kelahiran cahaya mata yang telah lama kami tunggu.
3 tahun bukan waktu yang sekejap. Tapi berkat kesabaran dan dengan usaha yang tak pernah berkurang, Allah anugerahkan seorang puteri untuk ku. Aku sangat-sangat bersyukur kerana Allah memakbulkan semua doaku. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran aku ucapkan kepada Allah Ya Rabbul Izzati.

Harapan.
Aku berharap, dengan kelahiran ini akan mengeratkan lagi kasih sayang yang terbina antara kami, suami isteri.

Aku juga berharap, agar cahaya mata ini dapat menjadi seorang muslimah yang solehah, di mata Allah, Rasul, agama dan di mata kami berdua.. Insya Allah.

Rupanya, inilah kebahagiaan yang akan dirasai setelah ada anak. Alhamdulillah. Kebahagiaan ini aku kecapi.

Mahu berehat. =)















Nota Pinky;
"Sedang memutuskan nama apa yang harus diberikan pada si kain puteh ini. Harap Allah membantu aku dengan nama-nama yang baik. Insya Allah."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita di Labour Room.

12.8.2014
Selasa.
0200 am.
Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Sebelum ke HUSM.
Alhamdulillah. Setelah sampai rumah jam 11 malam. Peluk mak. Peluk ayah. Dan. Makan nasi + ikan kering + bayam praksi. Alhamdulillah. Kenyang. Puas hati sebab bila balik rumah, dapat makan ikan kering mak goreng. Suami cakap, ni tabiat pelik aku. Sebab bila balik je Jerteh, ikan kering yang aku cari untuk di makan. Haisshh. Hehe. Ntahla. Aku pun xfaham kenapa aku macam ni. Lalala~~

Jam 1230 am.
Bertolak ke HUSM.
Hati Sangat-sangat berdebar. Debaran ni buatkan jantung aku terasa nak terkeluar. Oh. Tarik nafas.

Sekarang jam 200 am.
Ya. Sekarang aku kat Labour room. Nurse ngan garangnya bertanya. Kamu kenapa datang pagi-pagi ni? Sihat je nampak. Uihhhh.. Garangnya pagi-pagi ni.. Ngantuk ke penat nurse oiii.. Dalam hati je tu. Aku senyum kelat. Dan terangkan apa yang patut. Dia mengangguk.

Pengalaman dalam Labour Room.
Macam-macam aku boleh tengok. Berkerut-kerut sorang-sorang menahan kesakitan barangkali. Ya Allah. Kesakitan ini kau ringankan lah. Mungkin sebab ini lah dikatakan - Syurga dibawah telapak kaki ibu - Kan?

Memandangkan hanya aku je yang sihat wal afiat. Alhamdulillah. Hanya aku yang mampu tersenyum. Ibu-ibu lain, berkerut muka. Tapi mengikut pembacaan aku, semakin kita nak bersalin, semakin kita kena senyum. (Weyh! Ingat senang ke nak senyum kala sakit yang bersangatan tu..? Cakap memang senang. Nak buat?....) Hah! Boleh ke aku praktikkan ketika aku sakit nanti? Insya Allah. Akan aku cuba sedaya upaya ku..

Rupanya cara nak bersalin pun banyak jenis. Ada yang air ketuban terlalu awal pecah menyebabkan ia kering dan bayi lemas. Ade yang air ketuban nya sangat banyak seperti air paip. Ade yang ketuban darah. Ada yang datang-datang terus nak bersalin. Ada yang bersalin normal tak perlu di jahit pun.
Ya Allah. Golongan mana kah ku?.

Aku menunggu giliran dengan penuh debaran.
Selawat dan ayat-ayat Quran yang aku ingat, aku baca berulang-ulang kali. Supaya semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Sungguh diri ini sangat bimbang. Macam mana pula dengan Bonda Permaisuri dan Ayahanda Raja serta My Hati diluar? Harap mereka boleh menunggu dengan sabar. Dari jam 200 am hingga jam 600 am, barulah selesai semua jenis pemeriksaan mengikut prosuder hospital. Cucuk sana dan sini. Sakitnya usah diceritakan lagi. Tabah sikit yer..

Berehat sekejap. Penat melayan doktor dan nurse yang banyak menyoal. Umpama wartawan.


1000 am.
Wad menunggu untuk bersalin, HUSM.

Alhamdulillah. Doktor decide nak bersalinkan aku pada hari Ahad. Iaitu genap 37 minggu. Lepas ni aku boleh tidur ngan baik lah. Dah lega sikit rasa. =)














Nota Pinky ;
"Kadang doa kita Allah kabulkan. Kadang doa kita Allah mungkin belum kabulkan sekarang. Mungkin akan datang. Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah itu Maha Adil. Kan?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Debaran penuh kebimbangan.

11.8.2014
Isnin.
0930 am.
Hospital Tengku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Hari ni, Dr Ernita dah tetapkan aku jumpa doktor pakar.. Yes. Pagi-pagi lagi aku dan my Hati dah bertolak. Memandangkan Gemencheh ke Kuala Pilah memakan masa satu jam lebih,  kenalah bertolak awal.. Kan..

Hati berasa gusar. Jiwa mula tertanya-tanya.
Pemeriksaan dibuat. Lama. Aku mula bimbang. My Hati berada di kepala. Mengusap lembut ubun-ubun ku. Walaupun itu memberikan aku sedikit ketenangan, tapi hati ini tetap berasa gusar. Aku mendongak.  Memandangkannya, mencari sedikit kekuatan. Mencari tempat untuk berpaut supaya semangat yang semakin merudum menjadi kental.. Alhamdulillah, aku punya suami seperti dia. Berada di sisi tatkala aku sangat memerlukan semangat. Meminjamkan bahu dan dada tatkala air mata ingin jatuh. Alhamdulillah, atas kebahagiaan ini.

Penerangan doktor yang menyebabkan hati galau.
Aku tahu. Doktor terpaksa menerangkan satu per satu supaya kami berdua memahami nya dengan lebih terperinci. Aku sangat faham. Tapi kebimbangan ini menyebabkan air mata tumpah seperti hujan yang membasahi bumi. Aku menangis semahunya. Seolah-olah aku tidak pernah menangis. Oh. Ya Allah. Hantarkan sedikit kekuatan untuk ku terus bertahan dengan ujian ini. Ku usap lembut perut. Sayang. Bertahan yer sayang. Umi mahu sayang keluar dengan selamat.

Doktor seolah-olah memahami. Dia meninggalkan kami berdua. Selepas berbincang, aku minta di transfer ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk ku buat masa sekarang. Alhamdulillah. Diluluskan.

Sekarang. Aku sangat takut. Sungguh.

Ya Allah.
Berikan aku sedikit kekuatan untuk terus bertahan dengan ujian Mu ini. Kuatkan semangat ku ya Allah. Semoga ujian ini mengajar aku erti kehidupan. Memberi ku pengalaman yang berharga. Menjadikan keimanan ku bertambah dari semasa ke semasa.

Pada My Hati.
Terima kasih sayang, kerana selalu berada di sisi tatkala aku sangat lemah. Sangat memerlukan semangat. Terima kasih kerana meminjamkan jari jemari untuk ku genggam erat. Meminjamkan bahu untuk ku bersandar tatkala aku lelah dengan semua ini. Aku sangat menghargainya. Sangat-sangat.













Nota Pinky ;
"Sayang anak Umi. Teruslah bertahan. Umi dan Abi sangat sayang pada kamu."

My Hati memecut laju menuju ke Jerteh. Dan destinasi seterusnya adalah HUSM, Kubang Kerian. Insya Allah selamat semuanya. Amin. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS