RSS

Lebih kepada motivasi diri sendiri.

Aku sedang menongkat dagu.
Berfikir.
Kata seorang kawan.
'Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan, akan tetapi untuk menggapainya memerlukan seribu macam pengorbanan'

Mungkin sebab ini jugaklah aku sedang bersabar.
Kekadang aku rasa (lebih kepada perasan. Haha.), aku sangat hebat.
Mungkin.
Kekadang aku rasa sangat down.
Terkadang.

Tapi aku tahu kemanisan itu memerlukan aku bekorban.
Jadi. Teruskan usaha, diri!
Tiada orang yang boleh menghalang bila aku sudah putuskan.
Hanya pada Allah segala ketetapan yang ada di sisi ku.
Senyum.
Manis. Masam. Masin. Bercampur aduk.

Aku sedang memberi semangat dan motivasi kepada diri sendiri. Supaya tidak terus hanyut di bawa ombak yang menghempas. Bahaya. Musim tengkujuh sekarang ada bulan Jan - Mac.
Tengok. Dah melalut. Baiklah.

Selamat malam. Semua.










Nota Pinky ;
"I love U more than everything Sayang.. I harap U cepat sihat. Jangan buat I risau tahu? I jauh sekarang. - Sedih betul bila suami demam, aku plak tak dapat nak menjaga makan pakai dia. KPM, Please lah..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Air Di tubir mata.

Assalamualaikum. Salam Jumaat.

Teka aku Di mana.. ;)
Aku Di airport Kuching sekarang.
Ngah lapar. Tapi takde selera nak makan. Dah nama pun sorang-sorang kan.

Bulan February.
Aku balik 2x. Ini kali kedua. Kalau ikutkan hati+nafsu yang giler meroyan kat en.Hati, mahu saja aku balik tetiap minggu.
Memandangkan kewangan tidak membenarkannya, terpaksa ku bersabar.

Akal yang waras telah menampung keperluan Hati yang sangat sakit sekarang. Jadi diri pun masih kuat lagi bersabar. Senyum sorang-sorang dalam surau..

Sebenarnya tadi aku berlegar-legar diluar. Kerana di sini, aku umpamakan seperti berada dibawah takat beku yang melampau. Tapi tak kesahlah. Janji aku tidak melihat si kecil yang meraung itu.

Oh.
Sangat sayu.
Mungkin dia masih tidak puas bergurau senda dan menghabiskan masa bersama papanya lagi. Meraung dia bila papanya masuk ke balai berlepas. Puas mamanya memujuk. Akhirnya dia terpaksa Di dukung kerana seolah-olah dia mahu berlari juga mengikut si papa.

"Nak Papa.. Nak papa.." permintaan itu menyinggah Di gegendang telinga ku tajam. Aku pejam mata. Cepat-cepat berlalu.
Apalah budak seumur itu tahu tentang kehidupan.

Fuhh. Hembus nafas perlahan.
Aku memandang dari arah belakang dengan penuh sayu tangisan itu. Aku tak dapat bayangkan jika si kecil ku meraung Dan menggelupur mahukan ayahnya seperti itu. Sedangkan aku sendiri bila berpisah dengan en. Hati, pasti air mata ku jatuh. Seolah-olah mahu meraung. Inikan pula anak kecil.

Tarik nafas sebak.
Tekad untuk pindah dan tinggal bersama semakin tinggi. Seiring itu, semakin tinggi dan dalam juga hati aku di negeri sembilan. Bukan jatuh cinta pada nogori. Tapi pada orang yang berada Di sana.

Masa.
Cepatlah berlalu. Aku sangat rindu.Walaupun baru 5 hari kami berpisah sempadan. Tapi rindu ini seolah-olah semakin menggunung.

Sapu air di tubir mata.
Setitik.
Senyum.
Kuat semangat wahai diri. Ingat cita mu. Senyum kelat Dan telan liur perlahan.

Termenung. Ucapan Syukur keluar dari mulut.
Allah tahu hikmahnya kenapa sampai sekarang aku masih tidak dikurniakan penyeri untuk kami berdua. Melihat sahaja sudah membuatkan aku tidak kuat, inikan pula menanggungnya.

100% aku tidak sanggup.

Titik. Noktah.






Nota Pinky;
"Rambut kembali kusam dan tidak terurus. Runsing. Aku mahu kelihatan cantik luar dan dalam untuk suami. Mesti fikirkan sesuatu ni. Tidak sabar mahu menatap wajah si pencuri Hati. =)"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Desperate Cuti. Aku ke?

Hari ni, hari last cuti.

Bunyi macam nak cuti lagi je.
Yer. Memang hati meronta mahu sambung cuti. Cuti selama 9hari seolah-olah tak cukup. Padahal setiap hari aku habiskan bersama en. Hati kesayangan.

Pejam mata. Tarik nafas dalam-dalam. Hembus perlahan-lahan.

Cuti. Memang tak cukup setiap masa pun. Walaupun setahun pun masih tak cukup kalau selagi masih berjauhan dengan en. Hati kesayangan. Kan.

Semasa mengajar di Rembau, aku tak de lah desperate cuti. Cuti ada ke takde ke, kekadang aku tak ambil peduli pun. Bila dah datang Kuching, aku rasa sangat-sangat desperate cuti. Geleng kepala sambil picit. Supaya hilang sedikit denyutan yang ada Di kepala.

Hairan.? Hmm. Tak Hairan jugak.
Aku jauh dengan en. Hati. Tengok dia pun jarang-jarang sekali. Memang jadi macam tulah. Aku harap sangat tahun ni bawak sinar. Senyum.

Kena ada perbaharuan jugak dekat diri sendiri yang selalu terdesak nak cuti Dan asyik fikir cuti macam aku ni. Nampak macam teruk sangat je.

Ya. Memang aku jadi teruk kalau berjauhan dengan en. Hati. Ini masih teruk dalam kawalan lagi. Jangan teruk luar kawalan sudah. Kalau teruk luar kawalan, itu maknanya aku dah sediakan surat. Amboiii.

Ok. Sekarang. Masih boleh dikawal lagi. Senyum.

Jadual perjalanan balik.
Bulan January, 1x.
Bulan Februari, 2x.
Bulan Mac, 2x.
Bulan April, 1x.
Bulan Mei, 2x.
Bulan Jun dan seterusnya, belum difikirkan lagi.

Aku tak percaya ngan diri aku.
Serius. Inikah aku.?
Pengangkutan awam aku 2x sebulan adalah airasia. Haha.

Mesti ada yang cakap aku giler. Dan jugak banyak duit.

Tak. Aku tak banyak duit. Duit gaji banyak ku habiskan dengan tiket bas airasia aku tu. Hoho.

Kalau banyak duit, kalau simpan duit pun, hati aku tak bahagia, Tak guna jugak. Kan?
Lantaklah apa nak dikata. Aku tak boleh berdiam diri kalau tak tengok en. Hati lebih dari 2minggu.

Jumpa bonda permaisuri pun sama. Hehe.
Bulan 1 & 2. Dah tengok bonda permaisuri. Jumpa bonda bulan 3 plak. Hehe.

Aku memang desperate cuti. Pertama nak jumpa en. Hati. Kedua nak jumpa bonda.

Sekarang segalanya dah berubah. Senyum.







Nota Pinky;
"Fikirlah apa semahu mu. Janji aku bahagia begini. Lagipun sementara tunggu pindah je ni. Hehe"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ketawa, hilangkan stress.

Dalam beberapa hari ni, aku banyak ketawa.

Ye. Aku akui. Berada disisi en. Hati membuatkan aku hilang semua stress.

Walaupun selsema tak beransur hilang pun, aku tetap senyum sampai telinga. Dah lama tak senyum seikhlas ni. (Nampak sangat senyuman aku sebelum ni semuanya plastik. Eh.)

Terima kasih Sayang untuk kebahagiaan ini.
I Love U.









Nota Pinky;
"Alhamdulillah, ucapan syukur ini hanya untuk mu, ya Allah.;) Tapi sekarang rasa nak cuti je dari kerja. Walaupun kat rumah aku dah siapkan Rph aku untuk diobserve 22.2 ni. Hihi. Dah berjangkit ngan en. Hati ni."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Tahun Baru Cina. 2013.

Bila cuti perayaan macam ni mesti ramai yang ambik kesempatan untuk bercuti. Sebab tu semua jalan-jalan utama kebanyakkannya sesak.

Perancangan cuti kali ni.
Memandangkan en. Hati pengarang jantung tak cuti lama, kami buat keputusan untuk melawat mak mertua aku yang tak sihat.

Tapi rancangan itu dibatalkan pada saat akhir. Memandangkan jem yang tidak dapat dielakkan, jadi en. Hati membatalkan hasrat untuk balik ke kedah.
Aku lah orang yang paling bahagia. Eh.(Bukan sebab aku taknak jumpa mak mertua yer.)
Mungkin sebab terfikir, nanti kami akan duduk berdua selama seminggu tanpa gangguan dari sesiapa. Dah Senyum sampai telinga ni.

Setelah hampir 8bulan aku tidak memasak untuk en. Hati, aku akan mengambil kesempatan ini untuk mempraktikkan kecekapan aku. Hoho. Ketawa jahat. Dapat ke aku memasak sedap-sedap ni. Bukan aku pandai sangat dalam bidang masakan ni. Hihi.

Oh. Taksabar rasanya mahu membina bahagia walaupun sekejap cuma. Tapi takpe. Target tahun ni kan nak pindah dan berada disisi en. Hati. Sabar sikit je lagi. Hihi.

Selamat tahun baru cina.
Gong xi fa Cai. ;)







Nota Pinky;
"Hm. Agak-agaknya apalah en. Hati cakap bila aku memasak. Tetiba aku rasa macam isteri solehah plak. Walaupun hakikatnya aku selalu degil. Hihi."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jadual waktu. Padat betul.

Rutin sebelum tidur. Tengok tiket flight.
Rutin orang yang takde anak dan suami di sisi yer. Yang ada anak, sila abaikan rutin ini. Yang ada suami, suami didahulukan yer. =)
Eh. Jangan marah plak yer.

Jadual waktu tahun ni.
Balik rumah tadi, terbongkang atas tilam. Mana taknya, dah penat seharian kat sekolah ngan pelajar kelas hujung. Lalala~ Terasa mahu menari.
Oh jadual. Sangat padat. Sekolah kekurangan guru. Memang sudah sedia maklum. Guru yang ada inilah yang menjadi mangsa.
Tadah tangan. Berdoa. Mudah-mudahan ada guru praktikal yang datang seperti sekolah Asma.
Amin.

Dan. Mudah-mudah PPD atau JPN ada menghantar guru ke sini untuk mengisi kekosongan yang ada. Penat wey.....

Adakah aku tidak ikhlas?
Tak. Aku bukan tidak ikhlas ingin mendidik anak bangsa.
Tapi jika anak bangsa pun ala kadar nak belajar, aku plak asyik terjerit sana sini, mahu terkeluar anak tekak ni. Dan mahu pengsan aku dengan 8 masa sehari itu. Apa aku nak buat lagi dengan anak bangsa. Aku hanya usahakan untuk menjadi guru yang terbaik sahaja. Mudah-mudah Allah membuka pintu hati murid-murid ku. Amin.

Tak pe.
Kuat semangat. Minggu ni nak balik Gemencheh. Nak jumpa en. Hati yang dicintai. Menghitung hari, detik demi detik. Senyum sampai telinga.

Sebelum balik, sedang buat research tentang cara mahu jadi lebih romantik.
Hehehe. Mahu menyemarakkan lagi hubungan yang ada. Lambatnya balik. Nak buat praktikal ngan en. Hati ni. Eh.

Aku harap, hubungan jarak jauh ni akan terus mekar dan romantik sampai bila-bila.
Dan Doaku. Moga Allah pindahkan aku cepat-cepat ke sisi en. Hati. Amin. =)









Nota Pinky;
"Sebenarnya baru sehari aku di Kuching. Tapi terasa seolah-olah seperti sudah lama berpisah dengan en. Hati. Aku sangat rindukan dia. Terasa pandangan mata ini masih ada rupanya yang membuatkan aku terus tergoda. Sayu hati. Menghitung hari sambil tersenyum sendiri. I tak sabar nak jumpa u, Sayang."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sweet

Hari ni aku belajar satu perkara.

Jika kamu mahu orang ber'sweet-sweet'an dengan kamu, kamu patut belajar meny'uweet'kan diri kamu terlebih dahulu.
Sekian.

Noktah.








Pesanan buat Asma, adik kesayangan.
Terima kasih kerana menghantar kakak mu ini. Baru teringat kamu yang kejauhan. Tiba-tiba sudah ada di depan mata. Wah. Terasa ajaib. Kimia kita sangat kuat.
Menari.

Pesanan buat Qilah.
Selamat ber'honey' madu bersama Is tercinta.
Jangan nakal-nakal sangat. Asma ada dalam rumah. Hihi.














Nota Pinky ;
"Dah sampai Kuching jam 4 pm. Perut langsung tidak meminta makanan. Oh. Ini padahnya jika hati tertinggal di semenanjung. Otak tidak dapat berfungsi dengan baik jika tiada gabungan hati. Aku rindu kan kamu en. Hati walaupun baru terpisah beberapa jam."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS