Jumaat. 29 Jun 2012.
Terasa perit bila 2 kali Jumaat perlu aku lalui dengan kelam kabut. hari Jumaat adalah waktu yang pendek untuk persekolahan. Di sekolah ku, kami hanya memperuntukkan 4 masa sahaja. Dan ke-empat-empat masa itulah jadual ku penuh. Terasa seperti robot.
Makan pun tak sempat nak beli dikantin.
Jadi hari ni, hanya makan maggi setelah sampai di rumah. Sadisnya!
Sekarang, berada di rumah Asma.
Menemani Asma kerana kedua-dua housemate nya pulang ke kampung. Itulah kelebihan menjadi orang sini. Hujung minggu pasti aktiviti di isi bersama keluarga. Berehat dan bersantai bersama-sama.
Jauh di sudut hati berkata, Alangkah baiknya jika aku juga begitu..Huhu
Berjumpa Asma membuatkan stress aku sedikit hilang.
Yalah. Boleh gelak dan berbual bicara tentang semua benda dan perkara. Hilang sedikit sedih hati ini. Tapi nama en. Hati sudah lebih 100x meniti di bibir aku. Oh! En. Hati, sesungguhnya aku sudah meroyan kerana kamu. Senyum sipu-sipu.
Esok, kata Asma mahu membawa aku dan Qilah meronda-ronda.
Alhamdulillah. Minggu ni terisi sedikit kekosongan hati ini. Harap hati ku semakin tabah menerima Sarawak. Haha. Macam teruk benor Sarawak ni.. Huhu.
Soalan.
Mahu ke mana esok?
Jawapan.
Saya tak tahu apa-apa tentang Sarawak. So tak tahu ke mana harus di tuju.
Ok. Jawapan yang bagus. Esok, ikut jela ke mana orang bawak. Kita tengoklah nanti.
Nota Pinky ;
"Mahu tidur. Tapi bila pejamkan mata, nampak en. Hati.. Ish3. Kronik jugak aku ni meroyan. adeh!"
Destinasi esok buat aku berdebar. Haha.
Posted by
piNky LuCiA
|
Read User's Comments(0)
Nasihat yang berguna kepada orang yang hampir giler macam aku.
Posted by
piNky LuCiA
|
28 Jun
2012. Oh! Setiap hari aku menghitung hari.
Ya. mana
tak dihitungnya. Setiap hari aku rasa sangat berat untuk dilalui. Tapi aku
rasakan hanya hati ini sahaja yang tabah. Jika tidak, mahu saja aku lari.
Teringat
pesan kak Hanan.
”Walau
sampai ke peringkat dewa pun kamu tak tahan untuk berada di Sarawak. Jangan
lari. Sebab bila kamu buat sesuatu yang tak masuk dek akal, masa depan kamu
yang susah.”
Yes. Aku
setuju. Jadi, sebab itu sahaja lah aku bertahan. Kerana cita-cita yang ada
dalam diri, ku kuatkan semangat di dalam hati. Jika tidak ingatkan impian yang
aku bina sejak di sekolah menengah lagi, mahu saja aku turutkan hati ini. Tapi
impian itu lebih besar dari segala-galanya. Walau dengan apa juga caranya, aku
akan gapainya hingga ke akhir.
Impian aku
hanya satu.
Dan kalau
dengan aku berada di sini, impian aku akan terlaksana. Aku akan bertahan.
Walaupun saat ini, aku rasa sangat berat untuk ku galas amanah ini. Walaupun
saat ini, aku rasa bahu ini tidak tertahan lagi rasa rindu. Dan seluruh jiwa
ini rindu nya sudah tertumpah pada suami, tapi aku harus kuatkan semangat juga.
Pagi tadi,
sewaktu berbincang PBS dengan Ustazah Dewi.
Pesannya, “Kamu
kena kuatkan semangat. Saya faham situasi kamu. Kalau saya di tempat kamu, saya
akan menjadi giler. Tapi kamu kuat semangat dan tak seperti saya. Satu saja
saya pesan, kamu harus berfikiran positif. Selalu pastikan fikiran kamu
positif. Jangan satu pun anasir negetif masuk dalam fikiran. Nanti rosak.” Dia
senyum sambil menepuk-nepuk bahu ku lembut memberi semangat.
Aku
membalas senyum. Tapi sedikit kelat. Aku tidak faham apa yang dia maksudkan
dengan anasir negetif.
Mungkin
sekarang aku masih tidak faham. Tapi aku tidak mahu memikirkannya. Kelak, akan
aku fikirkan apakah maksud disebaliknya.
Terima
kasih, kawan, atas nasihat yang berguna.
Kata orang,
untuk memahami situasi seseorang, harus berada di tempat orang itu.
Tidak.
Sekarang aku tidak mahu sesiapa berada di tempat ku. Aku tak mahu sesiapa pun
merasa apa yang aku rasa. Mungkin ianya terlalu pahit untuk diharungi. Hmm, aku
rasa bukan pahit. Tapi ia pedih sehingga mencucuk ke ulu hati. Jangan kamu wish
untuk berada ditempatku.
Baiklah.
Apa yang aku buat petang ni?
Aku sedang
meneliti portfolio yang harus aku jayakan secara individu ini. Telitilah sampai
lebam yer. Haha. Tapi tetiba kesunyian hati itu terasa mencucuk ke lubuk
jantung. Arrgghh. Aku tidak suka bila hati menjadi kosong. Sudah di sibukkan
diri. Tapi ini juga yang dapat. Mahu ke manakah aku selepas sekolah bila aku
merasa boring?
Jawapan
biasa. Balik rumah. Pandang syiling. Pandang dinding. Ok.
Tidak akan
ade jawapan yang selain itu jika aku tidak keluar dari sini. Oh Tuhan.
Mudahkanlah segala urusan ku. Amin. Aku harap kegilaan ini akan cepat tamat.
Sangat berharap pada Mu, Ya Allah. Kerana aku sangat takut bila hati ini sudah
tidak dapat bertahan lagi.
Nota
Pinky ;
“Cuba
menyelesaikan portfolio yang diarahkan oleh KPM. Tetiba terasa mahu marah
dengan PK1 sekolah ku. Semua benda yang aku Tanya pasal pengurusan sekolah dia
jawab tak tahu. Boleh tak buat ayat kurang ajar sikit? (Habis tu, semua tak
tahu, kamu buat apa kat sekolah? Berhenti jelah senang. Bagi pangkat tu pada
orang yang tahu!) Aku takut juga bila hati sudah tidak tahan, perkataan kurang
ajar yang keluar dari mulut ku. Ya Allah, jagalah mulut lazer ku ini. Amin.”
Boleh darah tinggi kalau macam ni selalu.
Posted by
piNky LuCiA
|
26 Jun
2012.
Bahang
panas terasa hingga tekak menjadi kering dan mood pun kurang baik kerana
terlalu mengantuk. Tidak tahu kenapa dan mengapa hari ni sangat mengantuk. Pagi
tadi juga sudah terbabas bangun. Jam 5.40am baru aku terjaga dari tidur. Alhamdulillah
jugak terjaga. Kalau tak terjaga, macam mana?
Oh! Petang
yang suram.
With no TV. No internet. No friend. Dan hanya aku berseorangan di
bilik.
Rakan sekolah sudah menyelinap masuk ke dalam bilik mereka setelah jam
3.30 petang kami sampai.
Mungkin masing-masing penat kerana selepas mengajar,
kami satu sekolah kena belajar plak. Al-maklumlah, sekolah amanah. Terimalah
dengan hati yang redha. Kan?
Memandang
syiling dengan mata yang sayu.
Teringat di
kelas tadi. Sakit hati bukan main aku. Tapi aku rasa, aku tak delah sakit
sangat pun. Geram tu, biasa sahaja. Yang lebihnya aku marah. Kerana aku
sememangnya tidak ada mood. Hahaha. Padan muka kena marah.
Kesnya.
Yang mohon
ke toilet, hanya seorang. Yang keluarnya 6 orang. Aku pun tidak sedar bila diorang
keluar dari kelas. Kelas 38 orang. Mana sempat aku nak kawal. Kelas last plak
tu. Pantang aku pandang ke lain. Panjang aje kaki melangkah keluar. Dan lepas
tu, mereka beramai-ramai boleh plak pergi main bola dengan jayanya dan bersuka
ria. Tahulah sekarang musim bola. Tapi tak yahlah main bola time Pendidikan
Islam. Main waktu PJ sudah laa.. Faham?
Itu ragam
yang lelaki. Perempuannya?
Ya.
perempuannya pun sama. Pantang cikgu alpa. Mulalah kaki mereka melangkah keluar
dengan seronoknya. Kalau time masa pengajaran, ok lagi. Bila tiba time latihan
dalam kelas, mulalah semua orang hilang. Rasa aje aku nak buat dek dan tidak
mahu menghiraukan mereka. Tapi nanti, naik lemak plak. Lagi parah. Sebelum
parah, baik cegah dulu. Kan?
Kita masuk
plak bab cara pelajar duduk plak.
Wah3. Bukan
main. Kaki atas kerusi. Ada yang kaki atas meja. Duduk atas meja dan kaki atas
kerusi waktu cikgu mengajar dan subjek yang diajar adalah agama. Tak boleh
duduk cara sopan sikit ke duhai pelajar-pelajar sekalian.?
Bila di tegur, mukanya
selamba je. Pandang cikgu plak ngan ekor mata. Terasa sangat nak cakap (Hello!
Kau rasa kau tu class sangat ke duduk macam tu. Dan pandang orang jeling-jeling
saja? Macam ada orang yang nak kena sepak je nanti. Kang kalau sepak kang
terburai plak gigi. Kuang3.)
Itu cerita
pelajar hilang waktu PNP. Pelajar tidak hormat guru waktu PNP.
Belum masuk
lagi cerita pelajar makan dalam kelas.
Kalau mereka hanya mengunyah gula-gula
atau coklat atau keropok serta jajan, aku kira itu boleh dimaafkan lagi. Bagaimana
kalau pelajar makan tembikai dalam kelas? Oh! Peliknya. Itu tak masuk dengan
pelajar yang makan buah mempelam berulamkan belacan dan cili padi yang telah
dipatahkan.
Oh! Kamu
ingat waktu PNP ni adalah waktu santai? Seolah-olah kamu berada di tepi pantai
sambil menikmati angin pantai, kamu makan mempelam putik berulamkan belacan dan
sebiji tembikai?
Pelik.
Pelik. Pelik.
Tak larat
nak cerita semua perangai pelajar.
Aku rasa,
dulu aku juga seorang pelajar. Tapi tidak seteruk zaman sekarang. Jadi tugas
guru semakin lama semakin mencabar. Bila teringatkan hal tadi, ingin sahaja aku
berhenti jadi seorang guru. Tapi sabarlah dulu. Harap ada ganjarannya. Amin.
Menjadi
guru pada zaman moden ini, mencabar hati, emosi dan perasaan. Kalau tak sabar,
dah lama mati budak tu aku kerjakan!..
Nota
Pinky ;
“Belum
tengok aku mengamuk lagi. Kalau dah meletup, baru lah kamu tahu, siapa itu
ustazah Pinky! Tengoklah nanti!”
Tambah energi. Terima kasih, Sayang..
Posted by
piNky LuCiA
|
26 Jun
2012. Selasa.
Hari ni,
pakai baju colour biru. Siapa pakai sama? Angkat tangan. Berjodoh kita. Hehehe.
Bangun
tidur ngan mata yang bengkak. Tapi senyuman meleret. Sah! Tak waras. Senyum
lagi.
Ada berita
baik laa tu. Senyum lagi. Hmm, sebenarnya En. Hati cakap, ade 22 hari lagi kami
akan jumpa. Yeah! Sedikit bertenaga diri ini. Senyum pun jadi meleret-leret.
Tiket
penerbangan ke sini sudah di beli, katanya. Semakin menambah keterujaan aku.
Aku bertanya, adakah dia menghitung hari untuk kami berjumpa. Katanya, ya. Oh!
Jawapan itu sangat membuatkan aku terharu dan terasa en. Hati sangat sweet..
hehehe. TQ, Sayang. Aku sayang kamu berlipat kali ganda. Hehe.
Nampaknya,
cik Pinky sudah beransur baik hari ni.
Perasaan
hari ini.
Masuk kelas
dengan senyuman. Terima jadual relief dengan hati yang riang. Masuk relief tadi
pun, aku jawab semua soalan pelajar dengan senyum dan sabar je. Tak pernah lagi
aku macam ni setelah 2 minggu berada di sini. Terasa mahu gelakkan diri
sendiri.
Dan
sekarang. Terasa macam baru bercinta plak. Sah! Angau tahap dewa + 203% ni kat
en. Hati. Sambil menaip ni pun aku senyum. Bahagianya hari ni. Wah! Kalau lah
en. Hati selalu berada di samping ku, hidup aku pasti kembali normal (+ agaknya
cepat jadi guru cemerlang aku ni haa..)
Tengah hari
tadi.
Terbaca
surat cinta dari my BFF. Sangat terharu dan menitiskan air mata. (Eii, tak malu
menangis dalam bilik guru! Tapi dah lumrah aku. Kalau aku nak nangis, aku hentam
saje. Bukan kira tempat dan masa. Nangis je aku tahu.)
Kepada my
BFF.
Terima
kasih kerana memahami gelora hati aku. Terima kasih juga kerana support aku
walaupun dari jauh. Dan terima kasih sekali lagi kerana sudi mengirimkan doa
supaya aku tabah dan kuat untuk menghadapi situasi yang sukar dan semakin
menggila ini.
Terima
kasih yang tidak terhingga aku utuskan dari Bandar Kuching ini.
Kamu jangan
bimbang, sahabat.
Aku petik
kata mak ku. Katanya, aku ni jenis yang kuat semangat, walaupun lahiriah aku ni
sangat manja+lembik. Walaupun kali ni, aku rasa kata-kata mak ada sedikit terbabas.
Tapi aku tahu, diri ni pasti ada jalan penyelesaian kepada kemurungan yang
timbul.
Ya, aku
tahu. Keperitan yang kamu tanggung adalah lebih daripada ku. Meninggalkan anak
dan suami sekali gus menyebabkan kamu berpura-pura kuat. Tapi aku tidak pandai
berpura-pura, sahabatku. Aku sesekali tidak pandai. Seandainya akal ini sudah
tidak dapat dikawal, mahu sahaja aku terbang lari ke semenanjung.
Tapi
pertimbangan akal masih lagi waras kala ini. Aku masih mampu bertahan. Aku
menghitung hari. Setiap hari. Setiap kali aku berbaring sepi. Berseorangan. Memandang
dinding dan syiling nan kosong yang tidak bersuara, aku berfikir tentang
semuanya.
Terfikir
tentang kesusahan hidup orang lain. Terfikir tentang kamu yang meninggalkan
anak dan suami. Terfikir tentang kawan-kawan yang terpaksa bersusah payah
membawa anak bersama. Terpaksa menguruskan itu ini sendiri tanpa suami. Dan aku
juga terfikir, kesusahan hati yang aku tanggung, hanyalah secebis rasa yang tak
membawa apa-apa pada mereka yang menggunung menanggung cubaan hidup.
Dan bila
aku makin memikirkannya, ia membuatkan aku selalu mendekatkan diri kepada Nya.
Hanya Dia tempat ku mengadu. Setiap kali rasa sedih ini bertandang, setiap kali
itu tikar sejadah ku cari. Aku bermunajat sambil menceritakan segalanya pada
yang Esa. Menceritakan tentang cerita yang Dia sudah tahu hujung pangkalnya.
Aku tahu,
Dia mendengar keluhan ku. Dan aku tahu sahabatku, kamu juga merasa apa yang aku
rasa. Dan aku juga tahu, kamu menangis atas kesengsaraan yang aku tanggung. Aku
tidak mahu berbohong lagi, sahabatku. Aku Cuma mahu kamu tahu, kami tidak
pernah jauh sebegini selama hampir 8 tahun. Tempoh 8 tahun itu bukan jangka
waktu yang sekejap. Kerana itu, ia telah membuatkan aku separuh giler
memikirkan dia insan yang aku cintai jauh dari pandangan.
Dan aku
juga mahu kamu tahu, sahabatku.
Selama aku
di sini, aku cuba untuk mengatasi semua kedukaan yang ada. Mungkin belum
masanya kedukaan itu diganti dengan rasa hati yang gembira. Mungkin bila lebih
banyak kedukaan di hati ini, lebih dekat aku dengan pencipta kita.
Jangan
bimbang, sahabatku. Dia selalu ada bersama ku. Dia juga selalu mendengar segala
rintihan hati ku. Dia selalu menemani aku kala gelap dan cerah aku di sini.
Walaupun, aku tahu kamu jauh untuk mendengar segala rintihan hati ini, tapi aku
yakin, rasa yang kita kongsi adalah sama. Dan setiap doa yang aku titipkan pada
Nya, aku tidak lupa mendoakan kamu juga akan tabah mengharungi hidup
berseorangan tanpa anak dan suami.
Oh, Ya
Allah. Kuatkan aku dan hatiku untuk meniti hari-hari di bilik yang kosong tanpa
di hiasi hijaunya pohonan dan birunya langit. Mungkin aku lebih menghargai
keindahan awan gemawan yang berarak riang tatkala mataku singgah di kaki langit
nanti.
Hanya Allah
sahaja yang tahu hikmah yang tersembunyi. Semua yang terjadi, pasti ada
baiknya. Senyum penuh tawar di bilik yang kosong tanpa teman.
Nota
Pinky ;
“Susah
juga mencari rumah di sini. Ingin menyewa bilik, tapi kebanyakkannya tidak mahu
serumah dengan orang yang sudah bertukar status. Kenapa agaknya ya? Harap masih
ada rezeki untuk aku nanti. InsyAllah. Usaha tangga kejayaan, bukan? Amin.”
Apa nak buat ni..?
Posted by
piNky LuCiA
|
Hari ni
hari isnin. 25 Jun 2012.
Dan hari ni
genap 14 hari (2 minggu) aku di sini. Kata orang 2 minggu sudah cukup untuk
tempoh menyesuaikan diri. Kata orang, 2 minggu sudah cukup untuk buatkan diri
rasa suka dengan tempat yang didiami. Aku?
Ya Allah.
Allahu Akhbar. Subhanallah. Astaghfirullahal ‘Azim..
Sedaya
upaya aku melawan kemurungan dalam diri. Ya. Aku akui. Kata-kata Farha memang
betul. Jangan dilayan rasa sedih itu. Cuba sesuaikan diri. Jangan fikir sangat.
Orang lain masalah lagi besar.
Aku setuju.
Selama 2
minggu aku di sini. Selama itu juga lah aku mencuba untuk membawa hati ku yang
berada di semenanjung ke mari. Tapi selama 2 minggu juga lah aku gagal.
Macam-macam
perkara aku buat. Aku sibukkan diri dengan kerja sekolah. Aku bawa semua
kerja-kerja di sekolah balik ke rumah. Aku buat PBS. Aku buat nota untuk
pelajar. Untuk hilangkan kemurungan ini lagi, aku baca buku. Aku main game.
Kekadang bila terasa sedih yang bersangatan, aku bangun mandi dan mengambil
wuduk. Sembahyang dan membaca quran kuat-kuat sambil diselangi air mata yang
berjurai-jurai tanpa henti menuruni tubir mata ini.
Selama 2
minggu aku menyibukkan diri, tak pernah pun 1 hari aku tidak bersedih dan
bertanya kenapa aku jadi begini. Apa yang perlu aku lakukan. Ke mana hilang
diri ku yang ceria dulu. Aku berusaha menyelesaikannya. Hingga ke hari ini.
Dan.
Hari
ini aku sedar, aku akan kuat jika orang yang aku sayang berada berhampiran ku..
Jika dulu,
bila sangat rindukan mak, aku akan ke rumah makcik Laila dan menangis di
ribanya. Bila puas menangis, aku akan kembali tersenyum dan kembali kuat. =)
Tapi sekarang, aku tiada siapa-siapa. Menyebabkan aku sedikit (betul ke sikit?)
tidak boleh terima kenyataan.
Oh! Putus
fius sudah otak aku memikirkannya.
Sebenarnya
aku baru sudah bercakap dengan Asma.
Terpaksa
bercakap dengan kawannya yang bertanya jalan ke rumah ku.
Kata Asma,
aku seolah-olah kehilangan sesuatu. Ya. Memang aku kehilangan sesuatu ketika
datang ke mari. Aku hilang hati. Kerana hati itu telah ku serahkan pada en.
Hati tercinta. Bila berjauhan begini, hati itu tidak dapat memberi cahaya yang
cukup buat ku. Menyebabkan seluruh pekerjaan yang aku lakukan menjadi gelap.
Tiada cahaya.
Kata Man
pula, aku seolah-olah “mati laki”. Bukan. Bukan. Bukan. Aku “hilang jejak
laki”. Kerana dia berada sangat jauh dengan ku.
Cara
penyelesaian kepada kemurungan ini.
Aku sedang
fikir macam mana untuk mengatasi kemurungan yang ada dalam diri. Kalau harap
aku nak pindah ‘NOW’, memanglah tak boleh. Jadi inisiatif lain adalah dengan
mengatasi masalah ini supaya ia tidak akan parah dan menyebabkan aku ke
hospital bahagia.
Aku rasa,
perkara pertama aku perlu lakukan adalah mencari rumah sendiri. Tidak
menumpang. Kerana di sini, aku hanya duduk dan memandang syiling yang kosong
tiada erti yang menyebabkan aku semakin hari semakin giler dengan keadaan ini.
Itu sahaja yang aku sedang fikirkan sekarang.
Siapa
setuju? Sila angkat tangan.
Cara
penyelesaian yang kedua, nantilah kita fikirkan. Mata ku terasa penat kerana
air mata ini baru selesai mengalir. Kepala ku juga pening. Mahu merehatkan mata
dan mengosongkan minda. Tata.
Nota
Pinky ;
“Bagaimana
aku nak rehat kalau pejam mata, Nampak kamu. Tutup mata, Nampak kamu. Pandang
kanan, Nampak kamu. Pandang kiri, Nampak kamu. Pandang depan, Nampak kamu.
Pandang atas, Nampak kamu. Oh! Seluruh pemandangan mata ku, hanya Nampak kamu.
Sesaknya rindukan kamu…”
Allah, tunjukkan daku jalan.
Posted by
piNky LuCiA
|
Ahad. 24
Jun 2012.
Hari minggu
yang kosong.
Setiap hari
minggu aku lalui dengan penuh kosong. Puteh tanpa corak. Terasa macam hidup ni
penuh dengan warna-warna yang pudar. Tak pernah lagi dalam hidup aku, aku
terasa sangat sayu dan kosong. Terasa tidak diisi. Oh Ya Allah. Tolonglah hamba
mu ini.
Mahu pindah
balik semenanjung. Hati memberontak.
Sudah
hampir 1 minggu aku membuat solat istikarah dan solat hajat. Aku memohon
petunjuk pada Ilahi agar aku dan en. Hati di tunjukkan jalan. Sama ada aku baik
di sini atau pulang ke semenanjung. Jika baik di sini, mudahkan aku dan en.
Hati untuk mengharunginya. Jika aku baik di semenanjung, mudahkan lah urusan
penukaran aku ke semenanjung. Lembutkan hati semua orang yang terlibat dengan
urusan penukaran aku. Amin.
Aku sangat
berharap Allah memberi petunjuk untuk ku dan suami membuat keputusan yang
betul. Sebab sekarang, aku terasa seolah-olah sedikit tidak betul otak ini.
Warasnya berkurangan agaknya. Mungkin sangat merindui kamu, en. Hati…
Sebenarnya,
dugaan ini aku rasakan tersangatlah berat. Walaupun orang lain dapat
memikulnya, tapi aku rasa sangat terbeban. Bebannya seakan-akan menghantui
seluruh hidup ku. Dan setiap penjuru pemandangan, hanya ku lihat kamu, Sayang..
sangat rindukan kamu.
Menghembus
nafas perlahan-lahan menerusi mulut.
Aku harap
situasi ini segera tamat. Dan ia tak kan berulang lagi.
Ya Allah,
tunjukkan lah hamba mu ini jalan.. Moga hati ini akan lega dengan kehendak dan
takdirMu. Amin…
Nota
Pinky ;
“Perasaan
aku kala ini. Berjauhan dengan en. Hati menjadikan aku manusia separuh giler!
Aku harap, masih ade lagi daya pertimbangan akal yang normal dalam diri.
Sayang. Adakah kamu merindui aku?”
Subscribe to:
Posts (Atom)





