kenapa 2 3 hari ni aku asyik rasa nak makan meggi? meggi.. meggi.. meggi..
status : aku rasa pelik dengan diri ku. kenapa tak mahu makan nasi? adakah aku diet? h0h0h0
meggi
best of luck en.peguam..
satu perkara yang menggemparkan hati ku. aku tidaklah pandai untuk mengomen. tapi aku hanya tersenyum. tersenyum dan terus tersenyum. sekarang pun aku masih senyum. aduhai. apa yang menyebabkan aku senyum. entahlah.. en.peguam ni telah mengatakan pada ku.. dia nak berbahasa english dengan ku. untuk masa depan. aku ia kan sahaja.
memang! aku tak menafikan yang english aku broken. tapi aku sebenarnya agak terkejut. tetibe je. aku fikir dia dreaming. tapi katanya tak. tapi aku support apa yang dia nak. tak pe2. teruskan perjuangan. aku akan belajar pelan-pelan. sebab teringat kata prof Megat.. bila ustazah berbahasa arab.. itu tidak menghairankan.. tapi bila ustazah berbahasa english.. itu satu perkara yang menakjubkan..
sama-samlaah kita belajar 'english comunication'.. speaking3.. hihi
nampaknya lepas ni ustazah kenalaa rajin baca buku in english. sebab nak cakap english dengan en.peguam ni. adoi... penat ustazah suka... hihihi..
whatever pun.. aku support bukan 100%.. bahkan 203%.. best of luck en.peguam sebab lepas ni mesti pening layan kerenah ustazah dalam bi.. hohoho.. and untuk ustazah jugak.. sebab lepas ni nak belajar speaking ni.. :D
layout yang terpilih..
lepas boring study tahap gaban.. dengan nota yang kepeningan. dengan bA yang balaghahnya tinggi tahap maxima.. aku pun menukar layout blog ku.. haha.. tapi sebenarnya bukan aku yang tukar pun. aku yang pilih je. aku suruh miss farha tukar.. hehe.. discuss bab layout yang mana sesuai pun dah makan masa 2 jam. giler.. opss.. mak tak kasik sebut ayat tu.. hehe
aku tak tahu aku pilih yang macam mana. mula-mula aku berkenan dengan pink guitar.. hehe.. aku kan suka guitar. aku juga pernah belajar main guitar. walaupun aku ni bakal ustazah. haha.. tapi miss farha kata.. tak lawa.. aku pun.. tukar lagi.. eh3.. pilih lagi.. pilih.. pilih.. pilih.. tak tahu banyak mana pilih dah.. aku rasa lebih dari 10 kan miss farha? hehe.. so akhirnya... yang ni jadi pilihan aku ngan miss farha tembam tu.. hehe..
kat sini.. aku dengan touching nya mengucapkan ribu-ribu lemon terima kasih pada miss farha yang sudi menukarkan layout untuk aku. haha.. nampak nya cuti sem depan laa plak aku tukar layout. hahaha... sengaL..
time kasih yang tidak terhingga ku ucapkan.. aku hadiahkan xoxo untuk mu. kerana buat masa sekarang, aku tidak mempunyai kewangan yang stabil untuk ku hadiahkan apa-apa. hehe.
i lep u.. hehehe
penulis..
aku ingin menjadi seorang pengarang or penulis. tapi aku tak tahu bagaimana harus aku mulakannya. aku ingin sekali menerbitkan apa yang aku karang. karya-karya seumpama novel or cerpen pendek.. ingin sekali ku persembahkan. tapi aku tak tahu bagaimana.
aku hanya penulis blog yang hanya menulis main-main.. tak pernah bersungguh-sungguh. pernah aku mengarang satu cerita. aku hanya sudahkan sampai bab yang ke tujuh. padahal bab nya ade 10. tapi ke mana lagi 3 bab berikutnya? entah. aku pun tak tahu. huhu.
bila sesiapa ingin membacanya aku tidak memberi. aku malu dengan hasil tulisan ku yang tidak seberapa. malu ku itu sebenarnya tidak bertempat. aku tahu itu. tapi aku masih jugak tidak mahu mempamerkannya. huhu
bagaimana harus ku mulakannya? aku buntu..... =(
present 8 minit..
aku lega jua akhirnya sebab selesai jugak aku present.. hehe.. aku semalam dengan bersusah payahnya membuat slide.. untuk prepairation aku.. lagipun dr.Zul kata tak boleh lebih 8 minit.. 5 minit hingga 8 minit sahaja presentationnya. kalau lebih.. potong markah.. tengok kertas pun potong markah..
aku semalam naik pecah otak jugak nak fikir nak buat macam mana. semua isi-isi yang banyak di dalam asigment ku.. aku nak simpulkan dalam presentation yang hanya mengambil masa 8minit??? entah apa-apa.. naik pecah gak otak ni nak fikir.
tapi hari ini.. aku sangat berpuas hati. rasa ingin tersenyum puas. bila ku submit slide presentation kepada dr.Zul.. dia kata.. ini slide untuk 1jam tak habis ni... aku tahu dia main-main.. hehe..
aku dengan confident nya.. berkata.. "dont worry ustaz.. saya janji.. kejap je.. percayalah.."
hahaha.. confident giler... kenapa aku rasa aku sebegitu confident.. sebab aku duk prepair whole nite untuk slide presentation ni.. kalau ia tak berjalan mengikut apa yang aku rancang.. memang aku frust laa...
tapi.. aku boleh tersenyum bangga.. kerana semua yang aku rancangkan menjadi kenyataan.. aku had kan masa ku dalam perancangan selama 5 minit. tapi aku present hanya 4 minit.. tersangat lega hatiku.. sangat3 lega.. lepas ni aku boleh laa baca buku.. hehehe..
jom baca buku plak.. hehehe..
ustazah rock
aku seorang wanita. bagi ku, aku tidak lah selembut wanita lain. tapi aku akui, aku harus jadi seorang wanita yang lemah lembut, sopan santun, dan segala ciri-ciri kewanitaan aku perlu ada. kenapa? kerana aku seorang bakal ustazah. kerana ustazah harus menjadi seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri wanita melayu terakhir.
itu fikir ku dulu.
sekarang, pada hemat ku, ku rasa, ustazah juga perlu rock. means, baru pelajar-pelajar senang untuk belajar dengan ku. tetapi rock ustazah adalah rock yang muslimah punya rock. selagi tidak melanggar batas-batas agama, islam tidak melarang.
siapa kata ustazah kena lemah lembut, pakai tudung labuh, senyum simpul, hanya tahu memberi ceramah, hanya tahu perkara-perkara teori, tidak tahu bersosial? siapa kata? ustazah sekarang, perlu tahu serba serbi.. selagi ia tidak melanggar hukum syarak, silalah kamu berbuat apa yang kamu mahu.
ustazah dulu, aku bercerita pada pandangan dan kaca mata aku.. bertudung labuh, berpakaian gelap, sama ada coklat, hitam, blue black, kelabu, dan warna-warna yang sama waktu dengannya. suka judge pelajar ikut suka hati dia. suka main hentam je. suka tengok sekali pandang. terus kata : budak ni tak ok ni.. (aku bercakap berdasarkan pengalaman yang ada. huhu.. sedih aku bila terkenang kan memori dulu..)
perlukah ustazah memakai warna-warna begini? coklat, hitam, blue black, kelabu, dan warna-warna yang sama waktu dengannya?? bagi ku baik itu tak bererti kamu memakai baju kaler yang macam tu. pelajar tengok pun nak lari. pelajar zaman sekarang laa.. aku pelajar zaman dulu pun lari tengok ustazah macam ni. aduhai...
bagi ku, ustazah tak perlu lah sampai begitu sekali. sampai rigid tak mengenal tempat. sampai nak judge pelajar sesuka suki hatinya. bagi aku ustazah kena adil. saksama. jujur.
betul tak???
kekadang ku fikir pelajar takut ingin mendekati insan bernama ustazah. kenapa? kerana ustazah sendiri yang mengadakan jurang pemisah antara dia dan pelajarnya. pernah juga perkara ini dibincangkan di dalam kelas KDO, kelas prof Megat. pernah diutarakan, disebuah sekolah, ada yang menempatkan bilik ustazah dan ustaz adalah bilik yang diasingkan daripada guru lain. dalam erti kata lain, bilik yang dikhususkan. ustazah dan ustaz mempunyai bilik yang istimewa iaitu tidak bercampur bilik dengan guru-guru lain.. apa kah itu mengatakan bahawa status kebaikan ustazah ustaz membezakan mereka dengan status kebaikan guru-guru lain?
padahal mereka adalah sama manusia seperti orang lain. sama ciptaan Allah. kenapa perlu disediakan bilik yang khusus kepada mereka? adakah mereka adalah orang VVIP sekolah? tidak sama sekali. apa motif nya aku tidak tahu. kerana yang mengutarakannya adalah bekas pelajar sekolah itu dulu. jawapannya kamu perlu tanya pada sekolah terbabit. hehe
tapi sebagai bakal ustazah, aku rasa ustazah mestilah bersifat terbuka. terbuka dari segi pemikiran. jangan terlalu sinis atau tertutup. seharusnya pelajar akan lebih selesa berbincang dengan ustazah berbanding guru-guru lain. kerana ustazah rock tetapi muslimah. dalam erti kata yang mendalam ialah ustazah mempunyai latar belakang agama dan juga berfikiran terbuka. itu adalah satu kelebihan yang patut ditonjolkan oleh ustazah-ustazah yang akan datang.
tapi tak semua ustazah baik. ade jugak yang nakal. yang jahat.... aku tak boleh kata. kerana aku masih tidak mempunyai pengalaman berdepan dengan ustazah jahat. so kepada sesiapa yang punyai pengalaman.. silalah bercerita kepada ku..
dan satu perkara yang paling penting yang aku rasa perlu ada pada seorang ustazah ialah dia tidak menghukum pelajar nya dengan tidak ada asal usul periksa. dia menghukum berdasarkan dalil-dalil atau bukti-bukti yang nyata. kerana dia bersifat adil dan saksama. =) (kerana aku pernah hampir-hampir dihukum oleh ustazah ku yang judge aku ikut suka hati dia. dan aku meminta pembelaan untuk diriku. setelah disoal siasat saksi-saksi yang ada. ternyata aku tidak bersalah. senyum bangga aku waktu itu.. hahaha)
aku sememangnya sudah rock. kerana tetiap hari emak ku mengatakan aku adalah seorang ustazah yang rock. di mana rock aku pun.. aku tak tahu. may be dari segi pemikiran ku yang sempoi dan tidak menyusahkan orang. perangai aku saja kekadang amat menyusahkan orang.. hahaha..
pssstt.. aku tidak pernah terniat untuk menjadi ustazah. tapi sekarang aku adalah bakal ustazah. aku tak kan ulang perangai ustazah ku yang dulu kepada pelajar-pelajar ku yang akan datang. itu janji ku.. =)
ILOVEU..
pernah kah kamu mendengar perkataan ILOVEU? mestila kan? kalau tak pernah tu melampau laa.. kenapa iloveu? kenapa tidak imissu.. ada orang luahkan rasa hatinya pada aku ke? hehe..
tapi iloveu kali ni lain sikit.. ia bukanlah satu luahan rasa hati.. atau luahan rasa rindu.. atau luahan sayang seseorang kepada aku.. ia adalah sejenis air yang diberi nama.. iloveu...
aku dah lama dengar lama dah dari k.dila.. kata nya dekat murni ss2.. aku pun ingat-ingat lupa nama tempatnya.. kata k.dila air nya sedap.. hehe..
suatu hari yang indah selepas kelas qiraat.. k.dila membawa aku ke sana untuk mencubanya..
pernahkah kamu dengar dan minum airnya? aku tak pernah sebelum ni.. dan sekarang dah rasa. jika ditanya aku.. untuk kali kedua adakah aku mahu merasainya lagi? aku akan menjawab tak laa kot.. bukan kerana rasa nya tak sedap.. atau kerana air nya kurang menarik.. jangan kamu salahkan air itu.
kenapa aku tak mahu merasainya lagi? ini kerana aku tak suka minum air yang manis-manis. atau air yang bergas. walaupun kamu mengatakan airnya tidaklah manis. aku tetap akan mengatakannya manis. kenapa? kerana tahap kemanisan lidah ku adalah tinggi daripada kamu. kerana itu.. semua benda yang aku 'rasa' manis aku tidak minum.. ia ku spesifik kan kepada air.. kerana aku hanya menyukai air masak atau air suam.. =)
sebab kata orang.. kurang kan manis dalam minuman.. tambahkan manis dalam senyuman.. manis kah aku jika aku tersenyum.. macam tawar je senyuman aku.. hanya kamu yang ade jawapannya.. =)
mood geram
demam memang menguji kesabaran ku.. menguji minda dan fizikal ku.. fizikal memang wajib di uji time demam.. seluruh tubuh ku sakit. dari kepala hingga ke kaki.. kepala sakit.. denyut-denyut lak tu.. kaki plak lenguh.. alangkah seronoknya jika aku ada anak.. yang boleh memanjakan aku.. mengurut.. memicit.. melayan kerenah ku.. hahaha
mood : geram dengan latihan dikir barat kat tepi bilik aku. dorang ni tak reti malam siang kalau nak buat latihan. haru jiwa aku. kalau aku sihat walafiat.. tak sakit atau ceria-ceria selalu.. tak pelaa.. sekarang aku tengah tak larat.. boleh tak tolong henti kan dikir barat tu sekejap.
mood geram mencecah 360 darjah c ketinggian nya.. harap korang memahaminya.. time sakit demam gini dan penyakit perempuan datang melawat, garang nya bertambah menjadi 460 darjah.. so salah kan emosi aku jika aku memarahi kamu.. hehehe
tahu kenapa?
kekadang Allah tak bagi apa yang kita mahu.. tahu kenapa? kerana kita tak perlukannya..
kekadang kita rasa ia sangat perlu.. tapi Allah tak kasik jugak.. tahu kenapa? kerana Allah itu lebih tahu waktu mana kah yang sesuai untuk keperluan itu..
kekadang kita rasa waktu ni dah sesuai.. tapi Allah masih tak kasik jugak.. kenapa? kerana Allah itu tahu segalanya..
ilmu Nya tak terbatas.. dan seluas lautan yang jauh mata memandang.. bahkan lebih dari itu..
jadi.. segalanya penuh dengan hikmah Allah.. percayalah Allah itu maha adil. Allah tak kan menzalimi hambaNya.. kerana Allah itu maha tahu apa keperluan kita saat ini..
sebenarnya Allah menjadikan kehidupan ini sangat indah untuk di lalui.. percayalah.. =)
perasan hodoh..
adik aku kata aku ade satu penyakit. iaitu perasan hodoh. tapi aku rasa, mana ade istilah perasan hodoh kat dunia ni. melainkan istilah itu dibuat khas daripada adik ku untuk aku yang memang selalu perasan hodoh katanya.
aku selalu mengatakan pada diri setiap kali aku melihat cermin. cantik nya aku. haha. tapi setiap kali tu jugak lah kata-kata mak terkeluar dari memori otak ku ini. "hmm.. ni lah anak mak yang paling hodoh. nasib baik hodoh. kalau cantik mesti tak jadi ustazah." haha. ustazah yang hodoh.
aku tak kesah kamu ingin mengatakan aku seorang yang buruk atau hodoh. aku sudah biasa dengan perkataan itu. aku memang sudah tidak akan merasakan apa-apa perubahan jika kamu mengatakan aku buruk sekali pun. apa yang aku kata kepada kamu ialah.. ade aku peduli kamu rasa aku hodoh atau tidak. haha. jawapan yang kasar.
jawapan yang agak baik ku kira ialah.. tak kesah laa orang kata aku hodoh atau tidak.. yang penting aku rasa.. aku sangat cantik. dan bagi aku, cantik atau hodohnya seseorang tidak bernilai jika tidak mempunyai perangai yang baik. bukankah begitu?
kalau kamu cantik.. tapi kamu tidak bersikap dengan elok.. pasti ade yang kata.. harap muka je cantik.. perangai macam lanun.. huhu.. tidak ade guna nya jugak kan..
tapi kata-kata mak aku tahu bukan bermaksud aku adalah seorang anak yang hodoh. mungkin mak ingin mengatakan begitu kerana jika di katakan aku cantik.. lawa.. ayu.. aku mungkin akan menjadi seorang yang sombong.. manusia yang bongkak.. siapa tahu kan..
tapi setiap apa yang mak lakukan adalah untuk kebaikan anaknya.. bukan untuk mencederakan hati dan naluri seorang anak..
jadi.. hodoh atau cantik kah aku? haha.. tak kesah lah.. asal kan 'dia' ade di sisi, menemaniku yang hodoh ini.. hehe..
tetapi jika kamu mengatakan aku seorang wanita yang cantik.. aku nasihatkan kamu melihat aku untuk kali kedua.. may be kamu tersilap orang dan ada kala nya may be cermin mata mu sudah kekurangan power. means.. rabun mu bertambah. jadi aku sarankan kamu menambah power cermin mata mu dan melihat aku dengan lebih terperinci.. di mana kah cantiknya aku? hahaha..
mungkin alasan yang munasabah aku akan terima. selamat mencuba.. hahaha
demam musim exam..
status : entah kenapa tetibe badan ni macam tak larat semacam je. ade yang tak kena ku rasa. seram sejuk pun ade. malam ni se awal 8malam. selepas solat magrib dan baca quran sikit, aku melelapkan mata.
bangun-bangun dah pukul 11pm. pija kata, 'saya dah berpuluh-puluh kali ketuk bilik akak. nak bincang qiraat'. alamak. aku test qiraat esok hari jam 5.30pm. tapi aku sangat penat dan tak larat. terasa mata ku tak dapat di angkat.
hm.. tetibe ku terfikir sesuatu. exam dah dekat. patutlaa... badan oh badan. kau tetap tak berubah dari dulu sampai lah kau dah tua bangka. hehe.
percaya atau tidak, setiap kali musim exam pasti aku demam. sama ada demam sebelum exam.. atau selepas exam.. atau pun semasa exam.. itu memang mesti.. seolah-olah wajib. walaupun kekadang ku berdoa supaya menjauhkan demam dari ku di musim exam-exam begini.. huhu
tapi kalau tak demam.. cirit birit satu lagi gejala yang akan melanda. tapi aku prefer untuk demam. haha. cirit birit amat menyeksakan aku.. huhu.. tapi itu semua ujian tuhan.. hehe
moga aku dapat lalui semua ni dengan tabah di musim peperiksaan yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal ini.. hehe.. kamu doalah untuk ku sekali.. hehe.. aku akan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kamu..
terima kasih.. =)
rezeki itu terletak di tangan Allah..
rezeki memang terletak kat tangan Allah untuk memberi atau menyempitkan. tapi rezeki tak kan datang bergolek sendiri. rezeki tak kan berjalan dan dengan penuh sopan dan lenggang kangkung datang ke arah kita..
rezeki perlu di cari. perlu di tinjau. perlu di gali. kerana rezeki yang Allah kurniakan atas muka bumi ni amatlah luas. kat mana kamu nak cari. sila kan.. di darat. di air. di laut. di bukit. di sungai. semua nya penuh dengan rezeki Allah.
tetapi sayang sekali.. ade orang tak tahu menilai bahawa kurniaan Allah itu amat luas untuk dicari gali.. kalau kita malas.. means.. tak de laa rezeki dan habuan kita dapat...
sebab tu lah orang tua-tua selalu bagitau.. pagi-pagi tak boleh tidur. siapa yang tidur pagi, rezeki tak masuk.. percaya atau tidak.. itu hak kamu. tapi kata-kata tu ade benarnya pada fikiran aku. kenapa? sebab bagi aku, orang yang tidur pagi adalah orang yang malas. malas untuk mencari rezeki. pada hal pagi-pagi lah punca rezeki melimpah ruah. huhu
so jangan malas-malas. no tidur pagi-pagi. ingatan untuk diri sendiri. walhal nya aku pun kekadang tidur pagi. nanti rezeki tak dapat nak masuk dengan baik. tapi kalau yang malas tu.. dorang tetap cakap, rezeki tu adalah anugerah Allah.. so ikut suka laa Allah nak kasik ke tak. kalau tidur sekali pun.. kalau rezeki nak datang.. datang jugak..
jangan sesekali kamu menggunakan alasan ini untuk menjadi seorang yang malas. rajin lah kamu untuk menacri rezeki. kerana Allah suka orang-orang yang rajin berusaha.. =)
famous aku.. eiii..
menjadi seorang yang terkenal atau dikenali ramai adalah susah berbanding kita tidak dikenali sesiapa.. kenapa aku berpendapat begitu? jika kamu, mahukah kamu menjadi seorang yang terkenal gaya selebriti??
jawapan aku mudah. aku harap, aku tidak dikenali orang sesiapa saja. kerana aku tak suka untuk dikenali oleh ramai orang.
tapi sayangnya.. impian itu tidak menjadi kenyataan. dan hanya tinggal impian.. kerana aku hidup bermasyarakat dan semestinya masyarakat memerlukan hidup yang ramai orang. mahu tidak mahu.. kita tetap kena hidup bermasyarakat.
dikenali atau terkenal dengan sengaja atau tidak.. adalah suatu yang rumit. kerana ia akan membuat kan hidup kita rimas. ke mana saje kita pergi, pasti ade orang yang ingin mengambil tahu pasal kita. susah-susah.. tapi lumrah manusia laa katakan.. makin kita tak nak orang tahu pasal kita.. makin banyak orang tahu. kenapa eh? aku pun tak tahu kenapa..
tapi sebenarnya ia terpulang pada diri kita. dan juga terpulang pada siapa yang kita jumpa. kalau dia tidak bercerita tentang diri kita. maka tak de lah sesiapa yang akan tahu. kalau orang yang kita jumpa itu mulut nya agak tak terbatas sikit.. maka habis lah story morry sensasi di jaja ke sana ke mari.
mulut aku? entah. aku pun tak tahu. tapi aku berusaha untuk menjaga mulut dengan sebaiknya. tak baik wey kata kat orang. hehehe.. nanti berbalik pada diri kita sendiri.. sebab Allah tu Maha Adil tau.. hehehe
so apa yang aku nak kata ialah.. aku tak suka hidup famous.. aku tak suka hidup ku dikenali. hehe. tapi apa kan daya ku.. mereka dan mereka semua mengenali aku. hahaha. masyarakat. nak ke tak nak, aku terima kenyataan..
famous kah aku? hahaha. tak delaa.. saje mem'vote'kan diri suapya famous..
abang..
betul ke lelaki suka perempuan memanggilnya dengan panggilan abang.. aku pun tak pasti. tapi ni adalah kata-kata seorang kawan ku. dia kata lelaki memang suka. aku no komen. sebab aku perempuan.
so kepada lelaki-lelaki, apakah jawapan kamu.? suka atau tidak?
kata mak aku, lelaki tak boleh dikasari. kenapa? sebab apa? aku masih menggaru otak ku ini. sepatutnya perempuan yang tak boleh dikasari kerana hati nya lembut. tapi pesan mak, lelaki ni kalau kita nak tolak sesuatu, kena tolak secara elok. kena cakap elok-elok. jangan kasari nya. ish3.. adakah ini satu petanda yang dunia sudah terbalik..???
itu fikir ku pada 5 tahun yang lalu.
sekarang, baru ku tahu. baru ku faham. baru ku belajar. bila pengalaman mengatasi pengetahuan yang ada. bila garam lebih banyak ku rasai di dalam hidup ini. jika kita ingin menolak, tolak lah baik-baik. tak kira lah lelaki atau perempuan. kerana manusia adalah sama. punyai perasaan yang serupa. punyai perasaan yang halus. punyai rasa bahagia, kecewa, suka, derita.. cuma lelaki lebih tegar berdiri daripada perempuan yang cepat terjelepok ke bawah.
tapi kata mak, lelaki jika marah, kuasanya adalah berlipat kali ganda daripada perempuan marah. so jangan buat lelaki marah. itu kesimpulan yang terdekat yang dapat ku buat.
berbalik pada tajuk asal yang aku terpesong tadi. hahaha.. aku memang suka terpesong dari tajuk asal.
kenapa lelaki suka di panggil abang? pernah aku tanya pada seorang lelaki. aku tak pasti siapa dia. aku lupa. usia membataskan aku untuk mengingati siapa yang aku tanya itu. logikkah alasanku ini? :D jawapannya.. abang adalah tanda dan rasa hormat perempuan pada lelaki. terutamanya rasa hormat isteri kepada suami. rasa hormat tunang kepada tunangnya.. rasa hormat adik kepada abangnya.. dan lain-lain yang kamu kira termasuk dalam kategori halal laa.. hehehe
rasa hormat isteri kepada suami dengan memanggil abang itu adalah bercampur dengan rasa kasih sayang dan cinta yang mendalam yang ada di dalam hati seorang isteri. kerana bagi ku yang penting sekali, abang adalah panggilan romantik isteri kepada suami.
dan pernah juga aku terbaca, perkataan 'abang' itu sendiri ada nilai sensitivitinya sendiri. ia mampu mencairkan jiwa si lelaki yang mendengarnya. mampu memadam kan api amarah lelaki yang sedang marah. dan mampu menggoda sanubari lelaki yang kering.
jadi... perlukah ku nyatakan betapa pentingnya nilai abang kepada seorang suami??? walaupun si suami kekadang tidak meminta atau memohon untuk memanggilnya dengan perkataan begitu, tapi percayalah... dalam hatinya ada satu perasaan yang mengatakan ia mahukan isterinya memanggilnya begitu.
waaaa... pandainya aku... hehehe
lelaki ego nya tinggi. itu apa yang aku baca. so mereka lebih suka dihormati. betul kan? aku cuma meneka. kerana aku berjantinakan perempuan. hehe. betul atau tidak. itu hanyalah pendapat aku. hehe. siapa yang ingin membangkangnya.. aku persilakan.. tiada perang yang akan meletus. itu janji ku. hohohoho..
so tiada kesimpulan yang dapat aku buat. kerana hanya pada lelaki ade jawapan yang tepat. kerana ia terlalu abstrack untuk di gambarkan.. betul ke betul? hahaha..
Allah itu Maha Adil..
aku terjaga dari tidur. entah apa yang mengganggu ku, aku tak tahu. tapi yang pastinya tidur ku diganggu. may be cuaca malam ni sedikit panas berbanding malam-malam yang lalu. hujan mungkin akan turun. jangka ku. =P
seawal 2pagi.. aku terbaca pasal dara.. dari blog yang aku telah link kan tu.. perkara ni telah pun aku pelajarinya sewaktu aku di KUSZA dulu. ditegaskan eh. aku pelajari. definisi yang ah Fatt berikan menjadi perselisihan antara ulama'.. pendapatnya juga telah digunapakai oleh sebahagian besar lelaki-lelaki yang baik ku kira.
tapi persoalannya yang aku masih sangsi sekarang.. masih tertanam kuat di kepala otak aku ni.. kenapa lelaki selalu menginginkan atau mengimpikan wanita yang akan dikahwininya atau yang telah dikahwininya itu dara? padahal kekadang lelaki itu sendiri juga tidak lah teruna seperti wanita yang diimpikan itu?
kenapa lelaki selalu mendambakan yang indah dan yang baik-baik saje.. sedangkan dia bukanlah sebaik yang dia dambakan.
aku berpegang pada firman Allah.. "lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.."
selepas itu, terserah pada Allah yang tentukan segalanya. kenapa? Allah itu maha Adil. Allah tak kan menzalimi makhluknya. makhluknya saje yang memilih untuk menzalimi diri sendiri. Al-Quran adalah mukjizat yang unggul untuk di terokai. untuk di amalkan. tapi kita saje yang membiarkan nya.
aku juga pernah belajar. jika kamu mahukan seseorang yang baik. kamu terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. jika kamu mahukan perempuan yang suci. kamu terlebih dahulu kena suci. kamu dulu yang kena jadi baik.. baru dapat isteri yang baik macam kamu yang baik. means???? faham-faham lah sendiri. kenapa?
kerana dunia yang Allah ciptakan adalah adil. semua perkara yang berlaku ade hikmahnya. hanya kita tak tahu apa hikmah disebaliknya. betul tak?
dan kepada lelaki yang menginginkan perempuan yang suci.. pastikan diri kamu adalah lelaki yang suci dan tidak tercemar seperti definisi yang ah fatt berikan.. ah fatt kau setuju atau tidak???
Allah tak kan menzalimi kamu. jika kamu memilih untuk tidak menzalimi diri sendiri. kerana Allah itu maha adil dan maha tahu atas segala sesuatu.. =)
penat tapi seronok..
thanks kawan2.. penat tapi seronok.. geng2 PQ memang syok.. 5 bintang aku kasik..
hari ni ade jemputan rumah terbuka kat bandar baru bangi. rumah ust Rahman. ust Qiraat aku tu laa.. yang selalu buat kelas tak tentu masa. hehehe.. rumahnya kat syeksyen 15, bandar baru bangi.. hehehe..
pergi dengan geng2 PQ memang sempoi.. aduhai.. aku gelak sakan. balik kang, mesti terbongkang atas katil kepenatan gelak yang bersangatan.. hehehe..
memori dengan budak2 nakal PQ ni aku simpan.. tak delete. haha.. penat. letih. tired. and terhibur. =)
memori simpan. save. done! hehehe =)
hari yang hujan
hari hujan. lebat. tidur best ni.. tapi kata orang, masa itu amat berharga. so tak boleh tidur. study or siapkan asigment yang terbengkalai lagi bagus. sebab itu lagi bermanafaat.
sebenarnya aku takut gemuk. sebab cikgu aku cakap, tidur siang gemukkan badan.. macam lah aku ni gemuk sangat sampai takut berat badan naik. huhu..
mood : tak boleh bercakap. sebab mask tengah melekat kat muka. cantik dan lawa laa aku lepas ni. hehe
good luck..
good luck untuk 'dia' yang akan menempuhi exam pada esok hari.. waaa.. macam berdebar-debar je aku nak exam.. dia dah exam.. aku lamabt lagi.. kalau mula lambat.. habis pun lambat.. huhu..
whatever pun, buat yang terbaik untuk diri kamu. semoga kamu mendapat kejayaan. aku doakan nya. tapi sebelum tu.. no malas-malas.. no tidur-tidur.. no main-main eh.. baca buku mesti.. hehe
selamat menempuh exam esok dan akan datang.. :)
bahasa Arab
subjek bahasa arab adalah subjek yang memeningkan aku sekarang. masa kat UDM dulu, tak de plak aku pening.. dah laa semua subjek Bahasa Arab. sekarang, 2 subjek je bahasa Arab. aku sudah pening sampai ke awan, hahaha.
kenapa dan mengapa?
jawapan ni aku kena tanya diri sendiri dulu dan muhasabah kenapa aku macam ni sekarang. may be sebab dah lama aku tak berkecimpung dalam subjek ni menyebabkan aku menjadi kacang lupakan kulit. hehehe :D
kata Prof Megat, guru agama yang tak tahu menggunakan bahasa arab perlu diletakkan question mark pada guru tersebut.. macam ni haa... " ?????? ".. huhu.. perlu ke question mark tu?
tak kesah la perlu ke tidak. yang penting, sekarang aku perlu memastikan bahasa arab aku semakin meningkat bukan merudum. faham? huhu
sebab apa yang aku nak ajar pada pelajar aku kelak kalau aku pun tak pandai. persoalan yang aku patut muhasabah dari sekarang.. 2 tahun akan datang aku akan kembali ke sekolah. dulu ke sekolah sebagai guru permulihan. akan datang ke sekolah sebagai guru agama atau lebih vote "ustazah".. hihihi..
so persiapan rapi perlu aku buat. sebab nak didik anak orang, sama laa macam nak didik anak sendiri. kan.. kan.. kan..
selamat belajar... ;p
malang tidak berbau..
kata orang malang itu tidak berbau. macam mana nak bau apa yang malang. sebab dah memang malang tu tak de bau. huhu.
malang.. aku rasa tak berapa sesuai guna perkataan malang. sebab aku kira tidak ade orang yang malang di dunia ni. sebab kita hidup berlandaskan ujian yang diberi oleh Allah. setiap ujian tu memang sudah diciptakan untuk kehidupan kita. kata orang, ujian adalah rencah kehidupan dan warna-warna pelangi dalam kehidupan kita.
tapi kenapa harus disebut perkataan malang?
entah. aku tak tahu. bagi aku, perkataan tidak ade rezeki adalah lebih sopan. hehehe. mana tahu kan, Allah memang nak tarik rezeki kita dan Allah nak uji kita, sejauh mana kita larat untuk tanggung ujian yang diberi. kan?
tapi Allah tak kan uji kita kalau Allah tahu, kita memang tak larat untuk menempuh ujian yang ada. Allah kan Maha Adil. mana dia boleh buat tidak adil ke atas manusia. semua yang Allah tentukan semua nya ade hikmah di sebaliknya. cuma kita je kekadang tidak tahu apa hikmah yang ade disebalik kejadian demi kejadian yang berlaku.
ade kawan aku kata, perkataan malang ni memang tak boleh sebut. kalau sebut. memang datang lah dia pada kita. sebab? sebab katanya kata-kata itu 1 doa. kalau asyik duk kata, malang.. malang.. malang.. kalau dah lebih 40 kali, memang malang laa agaknya.. betul atau tidak?
jawapannya aku tak tahu. nak percaya? entah. aku tak de laa percaya. tak nak percaya? entah. itu pendapat kamu sendiri yang menilai nya dalam kehidupan.
semoga Allah selalu melindungi kamu semua :)
rabu yang penat..
hm.. rabu memang hari yang sangat memenatkan. kelas sangat penuh. kepala aku dah naik panas. rasa macam demam pun ade. tapi nak buat macam mana. dah rezeki belajar dengan pensyarah luar.
hmm.. hari ni dah masuk 3 hari dah aku puasa. hehe. lega plak rasa nya dah habis 3 hari. ade 3 hari lagi. cukup kan puasa 6. hehehe..
terasa penat plak. jom rehat. rehat sama-sama sambil merenung masa depan. hehehe
selamat berbahagia.. :P
jika ditanya pada kamu, kenapa kamu jatuh cinta dengan seorang lelaki? adakah kamu mampu menjawab nya? adakah kamu jatuh cinta kerana kehenseman nya, atau kerana baiknya dia, atau kerana banyak nya duit nya, atau kerana romantiknya dia, atau kerana apakah kamu jatuh cinta? aku pernah disoal dengan soalan yang sebegini pelik, bagi aku laa..
kenapa kamu menyukai dia?
jika ditanya pada aku, jawapan yang tipu akan aku susun. tetapi jawapan yang benarnya, aku tak mampu menggambarkan kenapa dan mengapa aku menyukainya dan terus jatuh cinta padanya. ia adalah suatu yang sangat abstrak bagi ku. aku tak mampu menggambarkannya dengan lisan ku, dan tak mampu menggambarkan nya dengan apa juga sekali pun.
kerana yang hanya aku tahu, aku menyayangi nya dengan tulus, dan aku menerimanya seada nya. walaupun ada yang mengutuk nya, tapi aku terima seadanya.
apakah punca kamu putus cinta?
aku bukan lah seorang pakar cinta, tapi pendapat aku, cinta itu memerlukan kesabaran, cinta itu memerlukan masa, memerlukan kesungguhan, memerlukan pengorbanan (bukan korban body eh), memerlukan segalanya. duit terutamanya. hehehe.. kerana duit bukanlah segalanya, tapi segalanya memerlukan duit. begitu juga dengan cinta.
bagi aku, orang yang putus cinta itu hanya sebab dia tidak sabar mengharungi susah bersama. tapi time senang, boleh plak janji-janji nak bersusah bersenang bersama. tapi time susah, aduhai..
tapi antara salah satu punca nya ialah kita terlalu ingin kan kesempurnaan, tanpa memandang sedikit pun keburukan. pada hal keburukan yang ada sebenarnya lebih banyak hikmah berbanding kesempurnaan yang didambakan itu.
bila kamu bergaduh atau tidak puas hati dengan pasangan kamu, berbincang lah kamu elok-elok. jangan kamu bergaduh dengan hal yang remeh temeh. setelah berbincang, kata orang kamu perlu berlapang dada. ubah mana yang tak kena. renovate apa yang rosak. tampal mana yang tembus. dan perbaiki mana yang perlu.
sebab bila kita bercinta, kita bukan hidup berseorangan. tapi hidup berdua yang perlu berkongsi pahit dan maung nya.. jadi jangan lah kamu selalu inginkan si dia hanya mengikut kata mu. kadang-kadang tolak ansur itu ada baik nya..
selamat berbahagia.. :P
terasa insaf...
exam yang makin dekat membuatkan aku sedikit tertekan. mana tak nya aku sem ni tak tahu apa yang aku belajar. entah kenapa aku blur semacam je sem ni. aduhai..
tapi setelah aku berjanji dan support dari dia.. dan aku juga ingat mak ayah aku bersusah payah membesar kan aku, apa salahnya kalau aku bangga kan diorang. apa lagi yang aku ada kecuali pelajaran ku untuk ku bangga kan diorang. nak bangga sebab aku baik.. itu jauh sekali. sebab aku bukanlah seorang anak yang baik. bahkan degil.
tapi sementara parents kita masih kat dunia ni, sekurang-kurangnya aku boleh buat diorang bangga walaupun sekali mempunyai anak macam aku yang dah tumbuh tanduk cabang 4 ni.. hohoho..
setelah aku study yang tak berapa banyak.. sebab aku tak boleh di ganggu waktu study ku. aku faham laa apa yang aku belajar. itu pun puas aku memerah otak dan keringat sampai berpeluh-peluh dan lapar. dah laa aku puasa.. opsss.. hehehe.. aku sedikit lega.. sebab sebenarnya semua subjek yang aku pelajari sem ni bukan lah sesusah yang aku sangka. may be aku kena sedikit rajin untuk mentelaah.. eh3.. banyak mentelaah laa.. :D
aku harap segalanya berjalan dengan lancar. sebab aku selalu tahu.. Allah selalu bersama ku. dan itu perkara yang aku yakin. DIA tak pernah mengecewakan aku. hanya aku saje yang selalu mengecewakan DIA.. ya Allah.. ampun kan dosa aku.. terasa insaf hari ni..
malam ni ade jamuan raya.. jom ramai2 kita makan.. hehehe..
exam datang lagi..
exam makin dekat. kelas makin banyak. ade kelas yang tertunggak jugak. apa laa aku nak buat. aku pun sudah sakit otak. huhu.
persiapan perlu aku buat. untuk dapat result yang gempak. janji boleh bangga kan mak bapak.
hmm, pada semua kawan-kawan. selamat menyudahkan asigment yang ade. sebab minggu ni minggu yang penuh dengan asigment yang perlu di hantar.
good luck :)
kelas? entah..
hari ni ade kelas. aku dengan semangat nya meng'iron'kan baju ku yang ala-ala cinderella tu, untuk ku pakai ke walk for charity dan terus pergi ke kelas. tapi tetibe pepagi lagi aku dapat msg dari asma, "kak, kelas kak batal hari ni. ustaz banyak open house."
adehlaaa.. ade plak batalkan kelas sebab open house. adoi... mesti kelas makin bersusun banyak nya lepas ni. huhu. susahnya kalau belajar dengan lecturer luar. lecturer sambilan gini. kan senang kalau UM ade lecturer betul untuk mengajar subjek qiraat. tak de laa aku susah-susah pening-pening macam ni. huhu.
geram pun ade. happy pun ade. geram sebab aku fikir, kelas lepas ni bersusun. grenti qiraat tetiap hari aku belajar. happy sebab aku boleh kemas bilik aku yang dah pening aku tengok. dah nak naik muntah dan loye dah tengok bilik. aduhai...
tapi lega jugak hati aku setelah barang ku habis diangkut. kalau nak harapkan aku sorang, alamatnya patah laa semua tulang-tulang ku yang ade. pastu esok nya dah tak boleh nak bangun. sebab tulang temulang aku yang lembut lagi lembik ni telah pun patah. hahaha. aku umpamakan saje. bukan betul pun. :D
ohya! aku nak pergi walk for charity jap. nak kutip merit untuk stay kolej. hehe. itu je kerja aku kat kolej ni. hahaha. tak kesah lah. semua orang macam tu.. jom..
p/s : hmm, kepada 'dia' good luck untuk test hari ni.. harap buat dapat buat yang terbaik untuk kali ni. aku selalu doakan dia berjaya dan terus berjaya. insyAllah.. :)
angkut jangan tak angkut.. :D
pindah bilik rini berjalan dengan lancar.. dengan bantuan nad, yana, dan ezza.. huhu. sangat terharu. diorang sanggup datang jauh-jauh untuk tolong aku. ezza plak, pepagi buta dah terbongkang bilik aku. hahaha. kejutkan aku bangun untuk kemas bilik baru. tapi mata aku ngantuk giler. semalam tidur lambat. entah apa yang aku buat pun aku tak tahu. hehehe.
tapi nampaknya aku memang kena tambahkan sesuatu di dalam bilik aku supaya baju-baju yang aku tak dapat kemaskan tu boleh tersusun rapi. adoi. semua masih kemas di dalam bag. 1st sebab memang tak cukup ruang almarinya. 2nd memang baju aku banyak pun. kini baru ku sedar. (sebenarnya dah lama sedar. cuma tak nak ngaku je. hehehe.) so nak ke tak nak, aku kena cari inisiatif lain utk aku selesaikan masalah yang melanda. huhu
bila ade masalah, aku suka termenung, termenung dan termenung memikirkan macam mana harus ku selesaikan masalah yang ade. tak ke sengaL? huhu. semalam pun sama. aku termenung. haha. nasib ade nad ngan yana yang marah-marah kat aku sebab aku termenung. hehe. so tak lama laa aku termenung. sebenarnya apa yang aku menung kan pun aku tak tahu. may be memikirkan masa depan. hahaha.. yerk3 je aku ni.. :D
tapi barang masih ade lagi kat bilik lama. kotak-kotak buku sikit lagi. dan ade rak buku. lepas angkut buku-buku yang tak banyak sedikit tu.. habislaa kerja aku. pasni nak buat asigment plak.
kepada kawan-kawan semua, thanks to all.. aku sangat terharu.. :D meh sini xoxo sikit dari aku. haha
sakit otak..
sakit kepala aku kalau aku bergaduh dengan dia. ish3.. bila time aku geram, terasa sesak semua nafas ku.. terasa macam kekurangan oksigen pun ade. tapi hakikatnya, adoi.... kenapa aku selalu geram dengan dia semenjak 2 menjak ni? may be sebab ke"bz"an nya yang melanda. yang menyebabkan aku rindu. hehehe. terasa merah kedua-dua pipi ku ini.
tapi sakit hati, geram, merajuk, adalah perkara yang sangat menyeksakan dan membuatkan muka aku berkerut dan bukan awek muda lagi. huhu.. adehlaaa...
terasa, geram, marah, merajuk, adalah lumrah dalam kehidupan. ia adalah 1 pelangi yang mewarnai hidup kita sebenarnya.. tanpa warna-warni pelangi tu, hidup ni tak kan seindah yang kita lalui sekarang.. aku memang akui nya.. dan aku setuju dengan statement sendiri. hahaha. nampak sangat aku syok sendiri. kekeke.
pesan aku untuk diri ku. kawal perasaan kamu. kerana kamu mempunyai perasaan yang lebih. hahaha. terlebih emosi kata orang. susah tu wooo.. hehehe. kawal emosi adalah perkara yang paling susah. selamat mencuba.. :D
pindah bilik.. :D
kolej aku ni, kolej lama.. duduk plak tepi hutan. tapi aku suka jugak duk kolej ni. balik-balik kolej ni jugak yang aku pilih. aku tak nak langsung apply kolej lain. yang aku tahu, aku nak duk kolej ni. aduhai. nampak bebenor aku pencinta kolej yang setia. hahahaha..
duk kolej banyak kelebihan. tapi kalau nak kelebihannya, mesti kita kena sumbangkan. bak kata orang, give and take kan.. heehehe.. so kalau kamu ingin mendiami kolej tercinta, kamu mestilah bergiat aktif syaratnya. hmm.. syarat yang agak susah jugak lah untuk dipenuhi.
aku suka kolej. suka duk kolej. tapi kali ni, ade sesuatu perkara yang menyebabkan aku tidak menyukai nya. aduhai.. pening otak aku nak fikir. asma kata jangan banyak fikir. sebab kalau aku banyak fikir, makin kepala aku sakit. tetiap hari kepala aku ni duk denyut-denyut. tapi aku tak boleh kalau tak fikir. jem dan beku otak nanti. hahaha
problemnya sekarang ialah, blok yang aku diami sekarang harus di wiring dan dibaiki mana yang perlu. so, kami 1 blok harus berpindah randah ke blok D. hmm, dah macam kaum nomad dah.. huhu.. ikut jela.. persoalannya sekarang, mampukah almari bilik baru menampung barang-barang aku yang banyak seperti almari bilik lama menampung nya? jika kamu menanya aku soalan ni, jawapan yang tipu untuk menyedapkan hati ialah..... "boleh laa kot.." kalau jawapan sejujurnya, "memang tak boleh.."
hmm.. aku perlu segera mencari jalan penyelesaian.. hohoho.. macam masalah besar je ni.. huhu. esok aku terpaksa berpindah. kepada kawan-kawan ku yang baik hati.. especially untuk dia dan dia.. datang laa tolong aku kalau kamu rajin... hehehe.. upahnya ialah xoxo.. hehehe.. aku kesempitan wang untuk membeli hadiah untuk kamu. cukuplah sekadar xoxo menjadi menawar kamu berdua.. hahaha
pada sesiapa yang ingin menolong aku, aku alu-alukan kedatangan nya.. ezza ke.. k.dila ke.. as ke.. hehehe.. dan yang lain-lain. waaaa........ hohohohoho
:D datanglah kamu.. aku menunggu kamu semua.. hehehe
minda celaru yang rehat.. =p
hari ni minda aku bercelaru.. entah apa yang aku fikir kan aku pun tak tahu. tapi sekarang aku ngah rehat di rumah bos aku.. merangkap sebagai kakak aku jugak laa.. she is k.la.. k.la baik. dia layan aku lebih dari seorang bos. may be k.la anggap aku ni macam adik dia.. hehehe
aku tak buat ape-ape sekarang. just layan blog yang ade. banyak blog yang aku dah jelajah. ade yang aku tinggalkan komen. ade yang tak. tinggalkan komen menjadi 1 kemestian bagi aku. kalau aku tak de masa sangat, aku akan baca je. tapi kalau blog yang panjang entry nya.. macam blog joe.. hehehe.. aku just baca je.. entahlah.. entry joe selalu nya panjang. sampai ke hujung cerita, aku dah penat. so aku tak komen. kalau entry nya pendek. haa.. aku komen. hahaha.. sorry untuk joe yang hensem.. hehehe.. nanti aku datang or ziarah blog kamu dan tinggal kan komen.. hehehe.. aku doakan mak kamu baik-baik dan cepat sihat ye joe.. tabah kan hati mu..
hmm.. best jugak rehat-rehat macam ni.. terasa lapang dada.. setelah aku penat seharian menghadap nota dan apa-apa yang ade dalam bilik kuliah. jugak penat menghadap apa yang aku tak nak hadapi.. huhu..
hmm.. malam yang agak baik. aku hanya discuss-discuss and brain storm dengan k.la tentang nak letak batu or manik apa kat baju na sempena majlis perkahwinannya nanti. aku just tolong-tolong je.. hehe.. lagipun bukan salah pun kalau aku menolong. =)
kan best kalau lah saat ni ade orang urut dan aku dapat rawatan mengurut 1 badan dari spa or sesiapa yang sudi memberi survice tanpa bayaran kepada ku. hehehe.. tapi ade orang telah berjanji nak urut bahu aku. sampai sekarang tak urut-urut lagi.. nak kena "pok pale" dengan aku ni.. hohohoho
hmm.. aku nak rehat laa jap.. lagipun dah kira lewat dah ni.. hehehe.. malam rehat sedunia ni.. jom rehat beramai-ramai.. hehehe
merindui vs mengingati
kata orang.. rindu itu satu penyeksaan.. tapi kata aku.. rindu itu satu kebahagiaan..
siapa tak setuju dengan statement aku? sila bangkang.. hehehe
siapa yang aku rindu? siapa yang aku ingat? entahlaa.. sekarang otak aku kosong. tak tahu siapa yang aku rindu dan tak tahu siapa yang aku ingat. siapa nak isi kekosongan yang ade.. sila angkat tangan. hehehe
mengingati adakah ia bermakna kamu merindui? dan merindui semestinya kamu mengingati. betul tak? entah. aku pun tak tahu. tapi bagi aku ia tak sama.
kalau aku ingat, aku bukan selalu ingat. tapi kalau aku rindu, dada aku akan jadi sebak dan aku terasa ingin menangis. dan kebiasaan air mata memang menang walaupun aku cuba berkeras tidak mahu membenarkannya keluar. degilnya dia..
percaya atau tidak itu hak kamu. tapi pernah kah kamu merasa rindu sampai terasa mencengkam jiwa.. cecececececececececee.. hehe.. jiwang gitu..
kalau ingat, perasaan tu...... ku rasa biasa. tidaklah terlalu meronta. kan.. kan.. kan..
hmm, adakah kamu merindui seseorang wahai diri? ye.. aku rindukan blog dia.. entry ni khas utk blog dia.. kenapa dia mendelete blog nya dan juga blog nya.... aku rindu........ bangat, sampai mengcengkam jiwa dan sanubari.. hehehe..
aduhai.. tak tahu nak kata pe.. rindu ke ingat.. ingatlaa.. minda celaru.. hehehe
kLcc
melihat bangunan kLcc.. aku jadi sedih laa plak.. selama aku menetap kat kL ni.. kLcc pun aku tak pernah jejak. betul ke ni aku? selalu nya semua tempat aku nak jelajah. entah. aku pun tak tahu betul ke tak aku ni.
tapi bila aku fikir logik, apa aku nak buat kalau aku pergi kLcc? tak kan aku nak pergi sana just kerana hanya nak tengok bangunan nya aje? aduhai.. tak berbaloi.. tapi kalau aku nak pergi, aku dah lama dah pergi. tapi aku tak nak lagi laa kot. may be belum sampai masa nya lagi.
lagipun aku nak pergi sana buat ape eh? apa yang ade kat sana? entah. aku pun tak tahu. tak teruja ke aku nak tahu ape yang ade kat sana? entah. tak kot. kalau teruja, dah lama dah sampai. sebab sekarang dah nak masuk 3 tahun dah duk kL ni.. bukan masa yang sekejap tu, kalau nak pergi kLcc, dah lama dah sampai. 3 tahun dulu lagi. hahahaha.
hmm., aku percaya, suatu hari nanti, hati aku akan terbuka untuk ke sana. hahahaha.
jamuan raya lagi..
jamuan raya or rumah terbuka memang sudah sinonim kot dengan masyarakat yang ada kat kL ni.. kalau aku kat kampung.. raya may be hanya 1hari atau paling lama pun 1minggu... tak de istilah raya 1bulan.. huhu
tapi aku lebih selesa macam tu.. 1hari atau paling lama 1minggu.. kalau laa tetiap hari ade orang datang rumah.. penat mak aku tu.. sian plak nanti.. tapi macam biasalaa.. ayat untuk menyedapkan hati.. tetamu datang bawak 1001 rahmat.. hihihihi..
hari ni 2 jamuan raya.. open house laa 2.. rumah azhar dengan rumah makcik kawan aku, nad.. 2 2 aku dijemput. kalau tak pergi kang, apa plak kata orang kan.. so, aku penuhi keduanya.. makan? aku tak makan pun kat kolej. aku nak makan rumah azhar. hahaha.. aku suka masakan mak azhar. sedap.. mak azhar selalu kata aku ni kuat mengampu. tapi aku bukan mengampu. dah memang masakan mak dia sedap. jujur laa aku cakap.. hehehe
aku plak jenis yang makan banyak. tapi depan 'dia', aku selalu jadi kenyang. tak tahu kenapa. sebab dah tenguk muka dia, terus kenyang kot. hahahaha.
pergi rumah azhar, adoi.. lapar giler.. sebab sebelum tu masuk program koh tsu koon dulu.. dia rasmi program ape entah.. tapi aku faham laa program "go green".. sengaL.. so smpai kul1130 gak laa.. adoi.. perut dah nyanyi ni.. macam-macam lagu semua ade.. sampai umah azhar.. aku tak boleh nak makan. may be terlalu lapar. aku makan tembikai je dulu. termenung sana. termenung sini. hehehe.. aku sebenarnya takut aku gastrik je.
pastu perut dah macam ok sikit.. sihat je ni.. hmm.. apa lagi.. aku makan 2 mangkuk laksa.. memang sedap laa.. aku kata gak dalam hati.. aku ni makan tak baca bismillah ke.. padahal aku siap baca doa makan lagi.. hehe.. tapi macam mana ni tak kenyang lagi ni.. adoi...
ish3.. aku makan nasi plak.. rendangnya.. adoi.. sangat sedap.. masak merah sambal sotong pun sedap.. huhu... kengkawan tengok je aku makan.. diorang dah tahu aku memang makan banyak.. hehe..
sekarang kat rumah makcik nad. hehe. tapi aku dah kenyang makan kat rumah azhar tadi. so aku memang tak makan. datang tolong basuh kan pinggan. and layan blog kat sini. hahaha.. kemas-kemas rumah sikit. sian makcik sorang-sorang kan..
kat umah makcik aku makan sikit je. 1ketul tat nenas. 1ketul tempeyek. sedikit air. n sedikit asam. ambik hati makcik dengan pakcik. nanti apa plak dia kata.. hehehe.. sebab perut aku dah tak boleh nak terima apa dah.. nanti kalau makan jugak, takut plak muntah. tak ke haru..
yang syok nya.. pakcik kasik duit raya.. waaaa.. rm10. dah tua-tua gini dapat duit raya. malu jugak. tapi dah rezeki aku, aku tak tolak. hahahaha. thanks pakcik. nad pun dapat jugak. dia siap cium lagi duit tu. hahaha..
rezeki hari ni, banyak. alhamdullillah.. nanti nak pergi beraya rumah bos plak.. hehehe
selamat bercinta... ;p
jatuh cinta memang perkara yang lumrah.. kalau kamu tidak pernah jatuh cinta atau pun bahasa kanak-kanak.. tidak pernah menyukai seseorang.. aku kata itu mustahil.. kerana sejak kanak-kanak lagi seseorang itu akan menyukai seseorang. walaupun apabila dia menginjak usia tua, dia langsung tidak ingat apa yang terjadi pada zaman kanak-kanak dulu..
tapi bagi aku, cinta memang lumrah. tapi yang jadi masalah nya ialah kita jatuh cinta pada orang yang salah. sakitnya hati bila tersalah menyintai. sakit nya jiwa jika tersalah jatuh cinta..
kenapa hati terlalu degil untuk mendengar kata bibir yang berbicara? aduhai.. sering kali di dengar, cinta 3 segi atau 4 5 segi.. segitiga, segiempat, heksagon, apa-apa yang gon-gon lagi laa.. memang mengundang kedukaan.
aku? aku jatuh cinta? tak tahu banyak kali ke tak. suka kan seseorang? hmm, mak kata banyak kali. hehehe.. sebab aku jenis yang cepat suka kan seseorang. tapi bila aku fikir, suka kan seseorang, selesa bersama seseorang, itu bukan jatuh cinta.. :) itu cuma rasa atau perasaan menyukai sebagai seorang kawan.. kan.. kan.. kan..
hmm.. kalau boleh.. cinta yang aku bina biar lah subur, mekar, berpanjangan.. kalau aku suka kan seseorang.. ia bukan bererti aku jatuh cinta padanya.. jika aku jatuh cinta, ia semestinya bererti aku menyukai nya.. hehehe.. betul tak?
cinta sebenarnya adalah kurniaan yang paling berharga dalam hidup. jangan sesekali nodainya.. aku harap.. aku tak kan nodainya.. kalau nak noda-noda pun, cukuplah sekadar hati yang merasa.. hahahaha.. sengaL namanya tu.. ;p
selamat bercinta kepada semua yang jatuh cinta.. dan selamat berbahagia.. kepada semua yang bahagia atau pun tak.. peace no war... waaaa... tak de kaitan langsung.. ;p
jamuan raya PQ..
hari ni aku ade 2 jamuan raya.. waa.. jamuan kelas PQ and jamuan kelab drama. bila memikirkan jamuan ni, perut aku terasa penuh.. huhu. rasa kenyang yang amat. aduhai.. rasa malas nak pergi pun ade. tapi, membayangkan keseronokan yang ada, aku terasa happy, jauh di sudut hati laa.. hehehe..
kawan-kawan yang ceria dan spoting, itu may be membuatkan hidup aku lengkap. :D
jamuan pQ, memang seronok, sesi menukar hadiah, riuh rendah, penuh dengan gelak tawa semua orang. nampaknya semua orang gembira. tapi ketiadaan su dan syah, agak suram jugak kelas. tapi tak pe. may be tahun depan diorang boleh join. :)
su, moga cepat sembuh.. untuk syah pulak, cepat laa wey balik kL.. orang dah belajar nak habis silibus ni haa.. hehehe
jamuan kelab drama malam ni. perut aku masih lagi full.. masih tiada space untuk ku isi satay malam ni.. ade orang kata makan satay malam ni.. betul atau tidak.. aku tidak tahu.. aku hanya teruja untuk bergambar.. hehehe.. dah lama aku tak bergambar sakan. kerana sibuk memanjang.. tadi gambar ku mencecah 114keping.. aduhai.. jap lagi entah berapa keping pun aku tak tahu.. hehehe..
aku dapat hadiah.. hehehe.. from k.dila.. thanks to k.dila.. suka sangat.. comel.. siap ukir nama aku lagi.. i like.. :)
teka apa dia? hehehe.. hari ni aku rajin nak meng'upload' gambar.. hehehe.. tapi setakat 4 keping je rajinnya.. hehehe.. tersangat rajin laa tu.. 4 keping banyak tu.. hohoho
oleh kerana keseronokan yang ada.. aku lupa nak betul kan tarikh camera.. sangat sengal.. aduhai.. ni laa hadiahnya...
cantik tak.. siap terukir nama ku.. waaaa.. sangat terharu.. orang yang pakai baju kaler purple tu laa k.dila.. tuan yang kasik hadiah.. hehehe.. :P
aku pulak kena kasik hadiah kat org ni.. haa.. ni dia pegang hadiah yang aku kasik laa ni.. huhu.. no controvesi or apa-apa eh.. sebab dia dah ade orang nak.. kalau korang berkenan dengan ustaz ni.. korang boleh tanya aku apa emailnya.. hehehe
gambar yang paling aku suka pulak ialah gambar ni.. huhu.. entah kenapa aku suka sangat dengan gambar ni.. may be sebab aku comel kot.. hahahaha.. perasan!!! jom tengok gambar nya.. jeng.. jeng.. jeng..
oklaa.. nak sambung pergi jamuan raya kelab drama pulak..
status : perut masih kenyang... full.. penuh.. waaa.. :P
pssstt... semua mesti tertanya-tanya apa itu PQ.. ia adalah budak-budak pendidikan quran.. yang sangat rock.. adoilaaa... :D
tuanya aku... :P
terasa semalam baru je hadir.. tapi hari ni, dah pun timbul.. hmm, sebentar nya masa berlalu..
usia aku pun makin meningkat. dari sehari ke sehari. rupanya bila usia kita meningkat, kita akan cepat letih.. tak boleh sangat nak buat kerja-kerja berat. kekadang belajar seharian pun letih. kalau dulu, aku cergas je.. sekarang, terasa perubahan bila menginjak umur-umur begini..
k.dila kata, bila dah menjangkau usia tua gini, kita perlu ambik suplement atau pun vitamin, minum susu. means, kena ambik makanan tambahan laa.. hehehe.. aku ade jugak ambik. tapi bila tak makan.. atau terlupa makan.. atau malas makan.. terasa letih dan penat lain macam je..
so, bila dah tua-tua gini, sedar lah diri ku dah tua.. huhu..
tua nya aku.. :D