aku baru balik dari klinik. sakit? aku tidak lah terlalu sakit. tapi kali ni sakit seperti biasalah. hm, banyak sungguh penyakit ku. doc juga berpesan supaya aku memakan vitamin c.. tapi sebelum tu, doc tanya adakah aku alergic pada vitamin c? aku ketawa. menggeleng. ade ke orang alergic dengan vitamin c? kalau ada, itu juga aku. aku ingin sekali makan apa yang aku suka, tapi sayangnya aku harus menjaga nya. huhu.
tapi kata Ust Ismail, kalau kita boleh makan semua makanan yang kita suka, makanan yang kita makan tak kan terasa nikmatnya. betul ke? aku rasa, dia hanya menyedapkan hati aku.
seperti kebiasaan yang terjadi kepada aku. kalau aku salah makan, mata aku akan bengkak. tapi semalam setelah aku bangun tidur pada pukul 11 pm. kerana terjaga dek deringan msg hp aku. aku seolah-olah tidak dapat membuka mata. apa kena lah dengan mata aku ni? aduhai..
aku ingat ia adalah hanya ciuman semut semasa aku tidur. akan tetapi, pagi ni aku bangun, mata aku.... waaaaa.... kedua-duamya bengkak. hmm, doc kata, alergic. aku sememangnya ada alergic. tapi semalam aku tak makan apa-apa. kerana aku tidak berselera untuk menjamah sebarang makanan. tapi aku hanya memakan sedikit buah duku dan watermelon. hm.. apa alergicnya.
alergic aku akan terjadi jika aku memakan buah rambutan dan juga nangka. kesiannya aku. musim rambutan akan tibe. aku hanya berputeh mata melihat adik2 dan orang makan rambutan. dah lah rambutan adalah buah kegemaran ku. huhu. terasa sedih mengingatkan rambutan.
tak kan lah aku alergic dengan buah duku? aduhai.. macam2 hal. hari ni aku tak mahu ke mana2. kerana aku malu. mata ku tidak boleh di buka. bila ingin melihat orang, aku mendongak kan kepala. juga ketika aku menulis sekarang. terasa seksa. tapi inilah yang dikatakan ujian Allah.
kamu boleh bayangkan macam mana cara aku menulis saat ini. dengan mata yang sepet, bengkak dan mendongak ke atas kerana mata ku bengkak sudah mahu tertutup kedua2 belahnya. tapi jangan ketawa. ketawa aku haramkan. haha
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
9 comments:
Sabar ek! Ciannyer. Pegi makan ubat tur ..
tq.. dah makan. dan dah mula mengantuk. doc cakap ubat tu mengantuk.. huhu
alergic klu xley online
haha.. ko memang gian dengan on9.. hehe
alergic kadang2 membahayakan
huhuhu
byk kan berehat
hohoho
adeih...
ubat pun kite bleh alergik..
alergic ngan buah?jarang dengar
olo..ciann bebenor
mmg jarang di dengar alergic ngn buah. tapi itu lah hakikatnya.. sian sungguh diri ku ini... huhu
dah boring berehat. kekadang dah rasa terlebey rehat. haha.
watever pun, kena lah hati2 bila makan apa2 nanti.. huhu.. tak ley main bantai je. :(
Post a Comment