RSS

penuhkan masa yang terluang..

orang kata, weekend adalah hari yang orang nanti-nanti kan. bagi aku weekend ke, weekday ke, tiap-tiap hari sama je. banyak aje kerja yang aku nak kena buat. tapi bila dah habis timetable gini, aduhai, susah jugak. terpaksa fikir apa yang aku nak buat hari ni? kerja apa lagi yang aku tak siapkan.. dan sebagainya. hari-hari boring. weekend kali ni boring betul.. entah apa-apa.

tapi hari ni, belajar buat potpuri ngan bunga telur. kat rumah azhar. bukan dengan azhar ye. dengan mak azhar. lalala~~ amik hati mak. hahaha. gurau-gurau di hari yang indah dan sejuk ini. dan aku jugak belajar buat kari mamak. hehe.

memandangkan aku kan tak pandai memasak. aku kena laa belajar dari mula. so korang jangan nak kata aku dah tua tapi tak pandai masak. sebab bila aku dah masak, korang mesti kata nak makan lagi. hahaha. (diam pinky. jangan perasan boleh. nanti masak garam terlebih baru padan muka.) hahaha.

tapi aku cakap macam tu, sebab adik aku cakap, paprick aku buat sedap. lalala. itu diakui oleh sepupu-sepupu ku juga. hahaha. nak try. jom pergi rumah aku. hehe

hm, pagi ni bangun lewat. terbabas subuh. tapi tak pe. Allah tak marah walaupun terbabas. hahaha. kul9.30am. (ish, perempuan apa bangun pagi lambat..) alasan : sebab semalam, aku sakit kepala. so kul4 am baru boleh tidur. tak de sesiapa plak tu nak layan aku semalam. huhu. sedih betul. pagi tadi, bangun pun sebab janji ngan azhar nak pergi chow kit kul11. sebab nak beli potpuri. aku bukan pergi berdua ok! pergi dengan nina sekali. adik azhar. mula-mula nad nak ikut. tapi tetibe pagi tadi, dia cakap malas. ish, geram aku kat dia!!

aku tak pernah masuk chow kit. means.. aku tak pernah masuk dalam pasar. just singgah beli buah je kat tepi-tepi jalan tu. 1st time aku pergi, aduhai. aku memang tak sukakan pasar. memang tak suka. sakit kepala aku. sampai sekarang pun masih sakit. sebab? orang ramai sangat kat pasar. pening aku tengok orang. so lepas ni pasti kan aku belajar pandai-pandai. kerja best-best.so aku tak yah masuk pasar. ade duit, masuk supermarket je. tapi kalau supermarket penuh pun, aku takkan pergi jugak. hahaha. . tak pun, aku mintak tolong lah laki aku beli kan semua keperluan dapur. itu kan memang tanggungjawab suami. lalalaa~

rupanya inilah pasar chow kit. pening. penuh. full. and cari kedai bunga, aduhai pusing 1 pasar. last jumpa. banyak jugak design yang cantik-cantik. tapi semua mahal. tapi bila aku belajar dengan achik.. (itu panggilan manje mak azhar ye) semua tu tak delah susah sangat. kos plak tak de la mahal sangat. ni 1 kuntum pun dah cecah 3 4 ringgit kat kedai. kopak laa sesiapa nak kahwin. patutla kalau nak kahwin dengan ada duit yang banyak.

nak berangan jap..
(kenduri aku nanti, aku nak buat semua dengan tangan aku sendiri. termasuk baju pengantin lelaki and perempuan, langsir, cadar, bunga telur, bunga pahar dan semua yang patutlaa).. stop3!! ish3.. udah-udah laa berangan tu..

so siapa-siapa yang nak kahwin, boleh laa mintak aku buatkan. lalala~~ aku dah pandai ni. hahaha. perasan!!

kalau hari-hari ade plan nak buat, macam belajar masak or buat bunga bunga telur or bunga pahar macam hari ni, tak delah boring sangat. sekurang-kurangnya masa aku terisi. sekarang, aku nak tidur. tadi makan ubat. mata dah berpinar-pinar. tapi kepala still denyut-denyut... huhu

kenapa ye aku suka sangat sakit kepala kebelakangan ni. padahal aku dah tak fikir apa-apa dah sekarang. exam dah habis. kelas dah habis. tunggu result kuar je. huhu. kenapa erk??? ade sesiapa ade idea kenapa ini terjadi? lalalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 comments:

lanz_evo7 said...

haii..
rajin nye kamu ni.susah jgk skrg nak tengok wanita yg nk ke dapor,semua kedai sediakn..

Aujinz said...

bagus bagus Cik Pinky...nak try gak rase paprik tue...ahaks..

piNky LuCiA said...

lans..
aku kena pelan-pelan belajar masak. sebab tak kan semua nak beli. dah laa aku ni nak makan kena pilih. tak leh makan ikut mulut aje.. huhu

so nak ke tak nak, aku kena bljar laa.. aku kan pompuan.. lalala~~

piNky LuCiA said...

aujinz..
kalau nak rasa, jom pergi umah aku. hahahaha..

hajarus said...

wah... cik pinky pandai masak paprit yer... bestnyer... tingin gak rase nih...

rajin cik pinky belajar sumer tu ek... camner dah lulus tak masak kari mamak??? hehehe...

cik pinky pening paler sebab cuaca skang ni yang xmenentu kut... harap2 cepat sembuh yer...

Hisham Sheikh said...

salam terjah...u ngn azhar ade ape2 x??...hehe..leh x kalo i kwin nti nk tmpah ngn u je..

piNky LuCiA said...

hajar..
hajar nak rasa ke? jom2 pg ganu.. esok malam nak balik ni.. lalala~~

kari mamak tak tahu laa lulus ke tak.. nnt balik kg try masak ag laa.. without tok guru kat sisi.. hehe

hmm.. my be kena ujan or cuaca tak tentu kot.. biasalaa tengkujuh kan..

thnks hajar.. =)

piNky LuCiA said...

hisham..
ngn azhar? tak de pe2 laa.. kitorg just kawan2. azhar tu sopan orangnya.. hehehe

hahaha.. ley je kalau nak tempah. hahaha..

Fatt Chin Choy said...

pandainya ambik hati bakal mak mertua
hehehe

piNky LuCiA said...

weyy ah fatt.. mana ade mak mertua pun.. sengaL ko ni.. azhar tu adik pada aku.. baru umur 21tahun.. lalala~