bahasa arab adalah penting dalam kehidupan aku sebagai seorang bakal ustazah. betul atau tak? hmm.. kalau tanya aku.. memang aku akan jawab, YA!!
alasan : sebab bila nak jadi seorang pendidik yang baik, seseorang pendidik perlu mahir dan tahu dengan lebih detail atau mendalam tentang bidang yang mahu di ajarnya. tapi perlu di ingat seperti pesanan Ust. Zawawi, pendidik yang baik tidak semestinya perlu mahir atau pakar dalam perkara yang diajar. tapi dia perlu pakar dalam bagaimana cara mengajar dan cara penyampaian kepada pelajarnya.. bagaimana cara komunikasi yang berkesan pada setiap orang pelajar. itu perlu dititik beratkan oleh seorang guru yang baik..
kata orang, menjadi seorang pendidik, seseorang tak perlu pandai dalam bidang tertentu. hanya perlu ada gaya-gaya seorang pendidik dan nilai-nilai yang baik. kata aku?? YUP. aku setuju. sebab nya? sebab bila aku menceburi bidang pendidikan ini, aku berpengalaman menemui ramai bakal-bakal pendidik yang berpengalaman atau tidak. dan juga aku berkesempatann untuk bertemu dengan pendidik yang sudah bergelar pendidik.
dan conclusion aku, tak semua bakal pendidik itu adalah cekap dalam komunikasi antara orang lain. tak semua bakal-bakal pendidik itu baik. so.. setiap mereka perlulah melatih diri sendiri. jangan asyik lecturer je yang melatih kamu. serlahkan bakat anda.. hehe
ada orang berpendapat bahawa menjadi seorang pendidik adalah pilihan terakhir apabila bidang kerja yang dipohon menemui jalan buntu dan tidak berpihak padanya. kenapa semua ni berlaku? may be sebab ia adalah 1 bidang yang senang untuk diceburi. sebenarnya pendapat ini adalah salah sama sekali.
mungkin ia nampak senang dan tidak susah. tapi bagi aku, ia adalah 1 tugas yang amat berat. kerana mendidik generasi muda adalah tanggungjawab yang diletakkan dibahu seorang manusia yang bergelar guru. fusshhh.. panjang lebar plak aku membebel yang entah apa2.. aku pun tak tahu. lalalala~~
tapi disebabkan rasa tanggungjawab ini, rasa ingin memberi seperti mana guru-guru aku berikan dulu.. aku rasa aku patut belajar bahasa arab. waaaa.. walaupun dah belajar bahasa arab seawal usia ku 13tahun. tapi aku masih merasakan aku tak tahu apa-apa tentangnya. aku masih lagi belajar dan belajar. mungkin aku ni, agak lambat sikit. tapi, sekurang-kurangnya aku berusaha untuk buat yang terbaik untuk diri ku. lalala~~
bukankah begitu anak-anak?
kelas tadi macam mana? hmm, jawapannya agak pening. aku ni udah lerr tak pandai, sekelas dengan budak yang pandai. aku tak sempat lagi nak faham yang ni, dia dah tanya yang lain. adehhlaa.. aku rasa tak puas hati betul. hahaha. perlu ke aku begitu?? lalala~~
tapi rasa tercabar pun ada. tapi aku tetap terima hakikat. aku memang tak pandai. tapi yang penting, aku berusaha untuk buat yang terbaik untuk diri sendiri. buat yang terbaik jugak untuk orang yang kita sayang yang harapkan kejayaan kita..
so.. chaiy0k3.. =)
tetibe aku rasa tak sabar nak tunggu result keluar.. hahaha
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
8 comments:
dlu mmg nak jadi otai bahasa arab
huhu
entah nape susah je
hope still ada lg pluang
aku dr dulu nak jd cikgu
tp takder peluang
hehe
aku amek arab..
3rd language kn..
joe..
aku doakan ko dapat peluang yang ko nak.. hehehe
ahfatt..
hehehe.. 2 maknanya ia bukan ditakdirkan untuk ko jadi cikgu. tuhan dah tetapkan ko tak ley jadi cikgu.. lalala~~
imsosupernotcool..
ko pun amik bA ke? waaa.. bagus2.. tabik laa ko ni.. hehehe
aku sampai sudah tak pandai bahasa arab..aku salahkan Satria Baja Hitam.....grrrrr....
hahaha.. ko ni laa.. meh sini aku ajar. grenti ko pandai.. hahaha
Post a Comment