habis exam sesuatu perkara yang seronok dan indah bagi seorang pelajar macam aku. terasa release dan semua yang terbeban di kepala menjadi kosong.. dan otak yang tepu sudah pun dapat bergerak dengan sempurna. may be segala darah yang ada di kepala sudah bisa mengalir dengan normal. hehe.
tapi kenapa tetibe hari yang patut aku nikmati dengan senyum, aku rasa tak berjalan dengan lancar atau macam tersekat dikerongkong je. ahhh.. terasa bosan menyelubungi hari-hari yang ada. aduhhh... inilah padahnya bila aku membiasakan diri dengan timetable yang penuh.
tapi kekadang melepak dirumah, tengok tv, dan sekarang aku membuat 2 perkara dalam 1 masa. menaip sambil melihat tilawah interaktif. kenapa plak aku baik dan pilih rancangan ni? hahaha. terasa kelakar. tapi dari rancangan entah apa-apa yang menjadi pilihan, baik aku pilih rancangan yang ade ilmu atau ilmiah. aku makin mirip mak. hahaha
mungkin usia yang meningkat menyebabkan aku menjadi mirip mak. pagi tadi mak sms. masih seperti selalu diakhir sms nya. "kak, kak kena ingat, kak bukan budak-budak lagi. kak dah tua. so kena bersifat macam orang dewasa." aku senyum.
aku dah penat jadi budak nakal. kata ku pada mak. tapi sifat aku sekarang masih seperti dulu. tidak ade yang berubah. mungkin aku kurang garang. itu aje yang ku kira ade sedikit perubahan. yang lain, tetap seperti dulu. menyakat orang, nakal, agresif, suka buat kawan-kawan merajuk. aku seronok. hahaha. tapi yang paling aku tahu sekali, aku memang bermulut manis. ini telah diakui oleh semua orang. hahaha.. bukan lelaki je eh yang bermulut manis. perempuan pun ade. so kamu semua perlu berhati-hati dengan aku. hihihihi
abang najib kata; hidup kekadang perlu plastik untuk menjaga hati orang. sebab kita hidup bermasyarakat.betul. aku setuju. kalau asyik nak ikut otak aku, hahaha mati korang semua kena hamun dengan aku. lalala~~ itu aku perlu banyak belajar. kerana aku kekadang kurang menjaga hati sesiapa saje. aku tak berapa pandai. tapi kata mak, aku pandai mengambil hati orang tua. hahaha. aku ketawa bila mengenangkan semua tu..
rindunya mak kat kampung laman. ayah dan adik-adik juga. mak dah bising sebab tak balik-balik lagi kampung. sebab kat sana dah mula hujan. dan hujan nya tak berhenti. dahlaa depan rumah aku sungai. adehhhlaa.. nasib laa..
hmm.. apa laa aku merepek-repek ni.. aku pun tak tahu. ini lah padahnya bila ade banyak masa free.. menerawang ke sana sini. semua aku nak fikir dan aku nak kenang.. huhuhu
baju untuk aku angkut ku bawak balik ke rumah perlu dipilih. sebab aku dah nak masuk tahun 4. so kena pelan-pelan bawak baju balik kampung. baju aku bapak banyak kat sini. macam aku orang kL plak rasanya. haha. teruk benor. tapi bila kenangkan baju yang sangat banyak kat rumah yang takde orang pakai, aku sian jugak kat dorang. haha. ni laa padahnya kalau pandai jahit baju. asyik nak buat baju jer. huhu
adoiii.. beginilah bila cuti dan tidak ade keje. semua penuh dalam otak dan merapu... lalala~ mungkin aku perlu ade timetable baru untuk cuti ni untuk aku tidak merapu memikirkan apa aje yang terlintas.. hehehe
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
10 comments:
betul betul betul...
Aku hormat orang setiap masa.. kadang kadang aku rasa macam kena pijak lagi ade laa..
mungkin skang nie tiba masa aku applykan sedikit plastik pada diri..khohkhohkhoh..
tapi..tak sampai ati la plakkk..
hahaha.. ko kena laa menyampaikan hati ko.. jangan wat tak sampai hati.. lalala~~
kalau boring2 tu jom ar dating ngan mak aku..hehehehehe....
boleh jugak.. jom3.. mak ko kat ne? nak aku pg sana ke? hahaha
ko plastic girl rupanya
kekeke
huh.. plastik?
hahahaha.. memang pun.. ko tak tahu ag ke ahfatt? lalala~~
imsosupernotcool..
hahahaha.. a'ah.. plastik.. kenapa?
bestnyer cuti...nk plak musim ujan ni...syok mmbute...
hahaha.. taknak laa membuta.. nanti gemuk.. lalala~~
;p
Post a Comment