RSS

interesting tapi seram aku..

dalam dunia ni penuh dengan macam-macam ragam. tak kira lah ragam siapa. yang penting dunia ni tak kan indah jika tak de semua tu. kata orang, macam-macam orang macam-macam ragam nya. banyak orang, banyak ragamnya.

kisah ini adalah kisah yang Ust Piee ceritakan padaku sewaktu aku berada di zaman diploma dulu. dan aku ubah mengikut citarasa ku yang tak berapa rasa ni. aku juga mengubahnya mengikut ketidakreatifan aku yang telah di ketahui ramai sejak dulu lagi.. nama dan tempat adalah diubah mengikut kesukaan ku. lalala~~

kata Ust Piee, kat dunia ni, bukan makhluk yang nampak je menghuninya. bahkan makhluk yang tak nampak pun ade. yang tak nampak boleh aku contohkan seperti jin, syaitan minarrajim, hantu, pontianak harum sundal malam, pocong dan jenis-jenis korang sendiri yang tahu kan.. (seram aku)

tapi semua tu ade hikmahnya Allah jadikan.

macam Firman Allah Taala, "tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada ku"

so benar lah kata orang jin dan hantu itu wujud. hehe. memang! ia bukan mitos jalanan yang dibuat-buat oleh orang-orang yang memang suka dengan mitos ini. tapi ia adalah realiti. kewujudannya langsung tidak bercanggah dengan Al-Quran. itu memang tak dinafikan.

tapi rupa asal dan bentuk asal kejadiannya hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahui. ok. berbalik pada cerita yang ust Piee ceritakan dulu...

---------
pada suatu pagi yang sunyi.. (kenapa sunyi? haha. ntah. suspen je kot.)

"Abg, kenapa semalam tengok tv tak tutup. dah lah paper bersepah-sepah. Abg langsung kat kesiankan Leya kan? penat Leya kemas tau.." rajuk Leya.

Adeeb hanya diam dan mengerutkan kening sambil berfikir, bila masa plak aku tengok tv sambil baca paper? bukan ke selepas rancangan forum perdana semalam aku sudah mematikan semua suiz yang ada diruang tamu?

"eh, yeke Leya? Abg tak perasan lah. may be Abg mengantuk sangat pastu rindu kat Leya dan cepat-cepat Abg masuk bilik. dah Leya tak nak temankan Abg. tu laa.." Adeeb menjawab manje.

"hmm.. Abg ni kan.. ade saje jawapannya.." Leya tersenyum. tiada marah. tiada lagi rajuknya tadi.

---------
malam kedua.
selepas Adeeb menonton rancangan di tv, Adeeb memadamkan semua suiz yang ade di dalam rumah. yang tinggal hanya suiz yang ade di biliknya. al maklumlah Adeeb masih diperingkat awal perkahwinan dengan Leya.

kedengaran Leya bertanya.
"Abg dah tutup semua suiz dan lampu sayang?" manje.

Adeeb senyum.
"dah sayang. Abg tak lupa malam ni. kesian nanti kat isteri Abg kena kemaskan semua nanti." Adeeb mengambil hati. Leya tersenyum.

"Meh sini dekat sikit ngan Leya. Leya dah ngantuk ni."
Adeeb tersenyum mesra.

lalala~~ (tak nak sambung part ni.. hahaha..part dalam bilik hanya rekaan aku. tidak termasuk dalam cerita ust Piee.. sengaL..)

---------
dinihari, subuh keesokan pagi.
"Abg.. Abg.. bangun la sayang.. Leya takut."
"Kenapa ni Leya."
Leya sudah menggigil ketakutan.
"Leya, cuba bawak bertenang. kenapa ni sayang. bagitahu Abg.."
dirangkul isterinya kemas. supaya hilang segala ketakutan dan kekuatiran di hati isterinya. romantiknya Adeeb. setelah keadaan kembali reda.
"Leya, kenapa ni? bagitahu Abang."
"kat ruang tamu tu..."
Adeeb bergegas turun. dikuatirinya ade apa-apa diruang tamu. Leya membontot. ketakutan nya masih bersisa.
Adeeb tergamam. tv terbuka. paper bersepah-sepah. bukankah semalam dia telah mengemaskan semua sebelum mencari isteri di bilik. bahkan isterinya juga telah bertanya, untuk memastikan semua nya dipadam sebelum tidur.

"Abg kemaskan semua ni jap eh. nanti Abg naik, kita solat sama-sama eh. Leya naik mandi dulu."
"taknak." sambil menggeleng-gelengkan kepala. Adeeb senyum. Leya memang manje.
"kalau gitu Abg kemaskan semua ni jap. boleh?"
Leya mengangguk.

---------
malam ketiga.
perkara yang sama berulang seperti malam-malam yang lepas. ruang tamu tetap bersepah. tv terpasang tanpa siaran seperti ade orang yang menggunakannya.

---------
Adeeb termenung di laman rumah yang penuh dengan bunga-bunga kesukaan Leya yang ditanam oleh isterinya sendiri. dia perlukan satu penyelesaian. dan satu sebab kenapa setiap kali bangun dari tidur ruang tamunya seperti digunakan.

Adeeb bukanlah peramal ilmu apa-apa. dia hanyalah seorang ustaz muda yang baru memegang jawatan disekolah tidak lebih dari 10 tahun. dan dengan segala pengalaman dan ilmu yang ade, Adeeb memikirkan konklusinya. hmm, dia tersenyum.

"Leya, pagi esok jangan takut eh. Abg akan pastikan. Abg betul-betul kemaskan ruang tamu dan Abg tak nak sepahkan lagi."

"eh Abg ni, Abg cakap bukan Abg yang sepahkan. janganlah takutkan Leya lagi. Asal malam je Leya mesti takut. Leya takutlaa bang.." luah Leya yang sedang menyiram bunga-bunganya.

Adeeb tersenyum.
"sebenarnya Abg yang sepahkan semua tu. saje nak usik Leya."
"Abg!!"
serta merta air yang digunakan untuk menyiram bunga-bunga ditaman rumahnya hinggap di badan Adeeb. basah.

"padan muka Abg." Leya ketawa.
"ooo, main kasar ye?" Adeeb mengejar. bertempiaran Leya lari sambil memancutkan air dari paip ke arah Adeeb. mereka sama-sama ketawa. tiada lagi kegusaran di hati Leya.

---------
malam keempat.
selepas Adeeb membaca paper dan selesai menonton tv dan tiada lagi rancangan kesukaannya. Adeeb menutup semua suiz. sebelum naik menemui isterinya. Adeeb menoleh ke belakang. dan berkata..

"haa, aku nak pesan ni. kalau korang nak guna ruang tamu aku. nak baca paper aku. nak pinjam aku punya rumah sekali pun, korang ingat, kemaskan. isteri aku Leya tu penat tau mengemas apa yang korang sepahkan. kalau korang tengok ruang tamu tu kemas, bila siap guna kemaskan lah balik. jangan sepah kan."

Adeeb melangkah menaiki tangga. tibe-tibe tv terpasang.

"ohya, korang jangan lupa tutup tv tu lepas tengok. membazir letrik rumah aku kalau pasang lama-lama. tak nak tengok tutup. pastu jangan lupa simpan remote tv tu kat tempat yang korang ambik. aku tak nak bini aku susah hati. korang faham kan?"
Adeeb melangkah naik dengan selamba.

---------
keesokan paginya.
ruang tamu rumah kemas. semua suiz ditutup rapi. dan tiada lagi seperti malam-malam lepas. Adeeb tersenyum. rupa-rupanya ni kerja korang. tapi bagi Adeeb itu lumrah. kerana 'mereka' juga makhluk Allah. walaupun kita sebenarnya tak nampak.

---------
masa tu aku fikir, ooo jin pun tengok tv jugak. lalala~~ tapi kata ustaz, jin sama laa macam manusia. ade rumah. ade kereta. ade prasarana-prasarana nya yang tertentu. tapi kita je tak nampak macam mana.

:) aku senyum. pelik tapi benar. interesting untuk di ketahui. tapi seram aku. haha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 comments:

eyena said...

huuuu kamu ni kan pinky.. aku dah seram2 kuku dah ni..huuuuuuuuuuuu

disebabkan cerita romantik, aku baca terus (takot ketinggalan part romantik)..ngeeee~~

tapi bab hantu tu aku jd takot..trrrr

***eh takde sambungan ke part lam bilik..hahahaa sengal mengal jugak aku ni..hahahahaha

piNky LuCiA said...

hahaha.. dalam bilik aje yang kamu nak ye cik eyena.. lalala~~

itu kena imagine sendiri.. hahaha

DeQku said...

waaa...naik bulu roma aku. Dah lah aku tido sorg kt bhgian atas ni. Ko meh temankn aku mlm ni..huhu..

piNky LuCiA said...

hahaha.. aku temankan ke? auuuwwww.. jgn laa takut. aku kan ade. hahaha

Fatt Chin Choy said...

berani pulak suami dia ya... hehe

leya? Ahleya Fattemah? hahahaha

piNky LuCiA said...

hahaha.. ko laa tu ah fatt.. walalala..

piNky LuCiA said...

suami dia memang suami yg macho giler depan isteri.. lalala