pagi-pagi lagi ahmad ke bilik aku. memandangkan ketika itu aku adalah guru pemulihan bahasa melayu, aku memang dikhususkan sebuah bilik untuk aku bawa pelajar ku yang tidak tahu membaca ke sini kerana aku akan memanggil mereka pada waktu bahasa melayu. di sini laa aku mengajar ilmu 3M kepada mereka semua. dan ini merupakan sekolah yang ketiga yang aku jejakan kaki.
"cikgu, cikgu.."
aku berpaling. dan melemparkan senyuman. apa laa si ahmad ni pagi-pagi lagi sudah ke mari? mahu menuntut hadiah kah? omel aku sendirian. namun aku masih melayan kerenahnya yang sangat penat untuk aku layan. haha. ini lah tugas seorang guru.
"awal ahmad pagi ni. dah makan?"
"dah cikgu."
dia tersengeh. menampakkan giginya yang agak tidak tersusun. aku masih ingat. dia seorang budak lelaki yang aku kira aktif. bukan dalam kegiatan sekolah. tetapi aktif mengacau aku tika gurunya tiada dalam kelas. aduhai pelajar ku...
"cikgu.."
"ye.."
"semalam cikgu kata nak ajar saya eja ayah."
"kamu datang tuntut janji laa ni?"
"hehe.. nak hadiah jugak.." katanya sambil menadah tangan kosong.
aduh.. pagi-pagi dah mintak hadiah. ni mesti datang sebab kes hadiah. bukan sebab ejaan ayah tu. huhu. penat aku.
"hmmm.." aku senyum.
ahmad masih tersengeh di hadapanku. aku menyoal ahmad itu ini dan di jawabnya dengan baik tanpa berselindung.
"ahmad, cikgu tanya boleh.?"
"boleh."
"ahmad tak pandai nak eja ayah ye?"
"pandailah cikgu. kan dah bagitahu semalam. confuse sikit je. hehe" dia ketawa sambil tersengeh ke arahku.
"cuba ahmad eja kalau ahmad pandai. nanti cikgu baiki kalau salah." aku cuba memerangkapnya.
"alaaa.. saya nak tengok cikgu eja laa. mana tahu kalau-kalau cikgu salah eja."
hah? aku dikatakannya salah eja. amboi-amboi.. ni sudah lawan tokey. tapi ku telan dalam hati saja perkataan itu. tak terluah di bibir. hmm.. masih tak mahu mengaku dia tak pandai mengeja. haha.. aku bagai nak tergelak melihat perangainya.
"macam mana nak eja aaaa.." aku menyebut panjang-panjang.
"alaa.. huruf A jelaa cikgu. itu pun tak tahu."
wah sudah mengalahkan tokey ni.. hm.. namun kerenah itu tetap aku telan dengan penuh sabar. inilah harga yang perlu aku bayar setelah aku memohon menjadi seorang guru.
"oh yeke.. cikgu mana tahu. cikgu tak pandai macam ahmad."
dia sengeh mendengar pujian ku.
"saya memang pandai."
"kalau nak eja YAH pulak macam mana eh ahmad?"
"Y A... bunyinya ya." sebutannya perlahan.
dan dia berhenti di situ. tidak dapat meneruskan ejaan nya. aku dah agak. dia memang tak dapat nak eja apabila 3 huruf digandingkan. aku menunggu dengan sabar.
"alaa.. cikgu.."
"kenapa?"
"sekarang zaman moden la.. mana ada ayah-ayah lagi?"
"hah? habis tu, kalau tak de ayah, ada apa?" aku menyoal.
"orang sekarang da tak panggil ayah-ayah lagi tau. orang sekarang guna papa. kan zaman dah moden. papa.."
wah.. aku tak menyangka itulah jawapannya. terkebil-kebil aku menelan jawapannya. aduhai ahmad..
"ejaannya P A P A.. papa.. cikgu tahu tak eja papa?"
aku senyum.
"P A P A.. papa."
dia memprotes lagi.
"tak yah laa eja ayah-ayah lagi. nanti balik rumah bagitahu ayah saya dah pandai eja papa. tak yah lagi ayah-ayah. panggil papa je senang."
selepas itu, dia berlalu pergi tanpa mengatakan apa-apa dan mungkin dia sudah lupa akan hadiah yang di minta sebentar tadi. aku ketawa sendiri.
saat itu aku tahu, rupanya ayahnya yang menyuruh dia bertanyakan aku. aku tersenyum. sehingga kini, aku masih ingat. zaman moden sekarang tak yah pangil ayah. panggil papa.
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
10 comments:
wah!
dua tiga menjak ni
aku suka cerita ko
hahahaha
oh ya
baru jer tadi beli hadiah top commentor ko
waa
berwajah bawuuu
top commentor ade adiah??
haha.. ko suka cerita aku ke suka aku?wakaka.. perasan! wink*
joe..
aaa..wajah baru.. hihi.. suke3 pink. hmm.. ntahlaa aku kapten. blog dia ade top commentor yg tertinggi.. dapat hadiah.. baik ko komen byk2.. hahaha.. nnt dapat hadiah.. wakaka
eh.. aku tak sedar pun aku jd top commentor kapten.. huhu
Wah..new face but still pink..gurlish lak pulak mek Ura ni.
Citer yg ko citer ni yg present ke yg past nye? Bestlah kn jd cikgu, tp penat...
Ko naseb baik kn tanya eja AYAH, yg aku dulu lagi teruk. Pljr aku sume otak b***...ish3, xbaik tul cikgu ni.
Tapi aku xlayan, just change the topic.
Exam dah hbs ke?Bila balik?
cumeyl nye budak tu...
and page ni pun cumeyl :D
zawani..
ni story tntg pengalaman aku laa.. oljr2 aku sume aktif2.. alaa.. pljar aku baru drjah 1 sampai 6. mana ade yg pk blue ag.. len laa pljr mu sekolah menengah.
tp.. aku akan mengajar sek men kuar nanti. tak dapat aku byg kan.. huhu
azie..
bdak tu mmg comey.. geram je kat dia. hehe..
page comey? waaa.. time kasih atas pujian tu. aku teruja jugak tgk page baru ku ini..waakakaka
Post a Comment