"syafiq, kenapa main bawah meja?"
syafiq diam. berbuih mulut aku menanyakan dia.
hm, aku telah pun mengambil inisiatif lain, bertanya kepada guru-guru lain tentang mengapa, kenapa, bagaimana Syafiq boleh jadi macam tu.
kata guru-guru lain, Syafiq memang begitu, abangnya juga mempunyai masalah yang sama. sekarang, abangnya telah ditempatkan di sekolah kanak-kanak khas. abangnya lagi teruk. kalau datang ke sekolah mesti sepanjang sesi pembelajaran tak mahu ke mana-mana, bahkan di bawah meja lah tempat dia menghabiskan masanya. tapi Syafiq lain sikit aku tengok, tak macam apa yang diceritakan, yang di khabarkan padaku.
aku masih ingat,
"Syafiq, jom main A B C, nak tak? kita main lompat-lompat A B C," kata aku dengan nada memujuk.
Syafiq tersenyum, dan dia keluar dari bawah meja. aduhai, nak kena ajak main dulu baru nak keluar. aku senyum. Sepanjang sebulan aku mengajarnya, dia hanya terkebil-kebil memandangku, tiada sepatah kata pun terkeluar dari mulutnya. hairan. apabila ku menunjukkan abjad, ni lah A B C dan seterusnya, dia hanya memandang ku kosong. aku memutusan untuk mengajarnya huruf-huruf vokal terlebih dahulu. may be ia berkesan kataku.
"Syafiq, lompat ke huruf A, cepat-cepat. nanti Syafiq terkeluar."
dia hanya memandang. aku senyum,
"kat sebelah kiri Syafiq tu."
dia lompat ke sebelah kiri. murid-murid lain juga leka bermain lompat-lompat A B C.
lompat-lompat A B C ni adalah istilah yang aku berikan dalam kelas. untuk memudahkan pelajar aku faham. kebanyakan mereka masih lagi tidak mengenal huruf. tapi bila di suruh baca, lancar aje sebutan, may be sudah mengingat. aku pun hairan. tapi bila di suruh cari huruf, selalu aje salah. dan tak tahu pun mana hurufnya. aduhai, pelajar ku...
"Syafiq,"
dia tidak menjawab bahkan dia tiba-tiba ada di depan ku. kerana aku sedang asyik melihat namanya, apalah yang dieja ni. puas aku memikirkannya. aduhai.. semua huruf konsonan, yang peliknya, macam mana aku nak baca kalau hanya dua huruf aje yang ada. ish3.. macam-macam hal pelajar aku ni.
"Syafiq..."
dia hanya mengangguk.
"ni nama Syafiq eh?" aku menyoal.
sekali lagi dia mengangguk.
"apa ye yang Syafiq eja ni? cikgu tak pandai lah. Syafiq boleh ejakan untuk cikgu?" aku cuba memerangkap supaya dia mengeluarkan suara emasnya.
"hmmm," hanya itu yang kedengaran. dia seolah-olah sedang berfikir, apa ye nak jawab dengan cikgu ni. hehe. pada fikiran aku je tu.
"Syafiq kan pandai, mesti Syafiq boleh eja nama Syafiq dengan betul," aku senyum.
Syafiq juga senyum. kemudian dia menyebut consonan S dan juga Q. hmm, aku tengok tak macam huruf S dan Q pun.. confuse. hehe. aku biarkan saja.
aku masih ingat lagi hurufnya macam mana. masih segar di ingatan. umpama baru semalam aku melihatnya. pada hal ia telah pun berlalu 2 tahun lepas. sekejapnya masa berlalu. dalam tempoh 3 bulan lebih aku hanya mengajar Syafiq 'vowel sound'. Syafiq kekadang mengikut apa yang aku sebut. dan kekadang hanya terkebil-kebil. pernah juga aku naik geram dengannya. tapi, aku sedar. semakin aku marah, semakin dia tak nak belajar. huhu. so terpaksalah menggunakan cara yang penuh kelembutan.
4 bulan berlalu untuk Syafiq, may be dia berasa perit untuk melalui tempoh yang sebegitu sekejap bagi ku. tapi aku buat semua untuk kebaikannya. aku mahu dia tahu skill 3M. aku tak mahu dia menjadi murid ku yang dungu.
pada pertengahan bulan mei 2007. ada perkara yang menggemparkan aku. Syafiq dapat menyebut dan mengenal huruf dengan betul. saat itu, hanya Allah yang mengetahui betapa gembiranya hati aku. betapa aku ingin bersorak riang saat Syafiq menyebut vowel sound dengan betul. betapa aku ingin ketawa kegirangan. tapi aku tahan. kerana... ish ni kan sekolah. tak kan laa aku nak melompat-lompat riang. hehe.
saat itu, air mata ku bergenang. ingin mengalir. cepat-cepat aku seka dengan tangan. tak mahu Syafiq melihatnya. dada ku sebak. pelajar aku dapat menyebutnya dengan baik. itu adalah perkara yang paling menggembirakan hati ku. waaaa.. aku bersyukur. Syafiq.. Syafiq.. aku senyum bahagia..
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
4 comments:
terharu baca kisah nih.. :P
huhu.. terharu gak.. haha
sukanya aku baca cerita pasal cikgu2
hehehe
hehe.. ko ni kena kawin ngn cikgu. nnt ley dengar tiap2 hari cerita cikgu.. ;p
Post a Comment