RSS

selamat hari ibu..

ibu..
pesan ibu beribu-ribu,
bahkan mungkin berjuta-juta,
kasih sayang ibu,
umpama ombak yang menghempas pantai,
tiada pasang surut nya.

ibu,
kasih sayangnya adalah kasih abadi,
cintanya adalah tulus,
menjaga, mendidik, menasihati,
dia lakukan dengan ikhlas sanubari.

ibu,
tak pernah mengenal putus asa,
tak mengenal erti luntur,
tak tahu erti lemah,
semangatnya semakin hari semakin kuat,
kagum, terpesona,
tabah, kuat, bersemangat,
kerana anaknya dia berdiri teguh.

ibu,
terima kasih atas segalanya,
aku menyayangi mu,
aku merindui mu,
terima kasih atas pengorbanan yang kau lakukan,
moga Allah sentiasa merahmati dirimu, selamanya.

SAYANG MAK SOKMO =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Farie Amrah said...

happy mother's day to ur mom..
lmbat wish lak..

piNky LuCiA said...

thanks.. :)