RSS

banner...

aku bukan seorang yang sangat kreatif. otak aku jugak boleh jem kalau asyik berfikir saje. aku juga bukanlah seorang designer yang baik. terutamanya dalam design berkenaan pakaian. haha.. hatta aku tak pernah memilih warna atau corak pakaian aku. itu semua di tentukan oleh mak ku yang sangat baik hati.

aku juga tak pernah machingkan colour-colour baju ku bersama tudung ku. kerana aku memang seorang yang tidak pandai dalam permilihan colour yang sesuai. jadi, aku bukanlah seorang wanita yang bijak memilih bentuk pakaian suami. aku tak kesah kalau suami aku pakai apa-apa yang dia suka. asalkan kemas. sesiapa yang menjadi suami ku, dia bertuah. kerana aku tidak cerewet dalam segi pemakaiannya. bahkan aku tidak kesah sama sekali dia berpakaian apa sekali pun. asalkan kemas dan menutup aurat dan tidak mencolok mata ku ini.

tapi kalau dalam mendesign buku kanak-kanak, aku suka. itu juga lah tugas aku sekarang. mendesign buku kanak-kanak, bukanlah sesusah memilih tudung yang sesuai untuk dipakai dengan baju. aduhai. aku tidak suka sama sekali.

dari petang tadi. setelah menyiapkan kerja yang bos bagi. aku kena siap kan blog untuk FESKUM. mula-mula layoutnya hijau. direject. kerana katanya tak profesional. aku memang penat. setelah berbincang dengan Farha. hmmm Farha laa aku cari time susah. haha. itu rutin. jangan tak tahu. kami decide pilih kaler merah. siap lah 1 babak.

babak ke2. banner blog. puas aku fikir. siapa yang boleh tolong buatkan aku banner untuk dimasukkan dalam blog. last-last, kenapa aku nak suh orang. aku buat sendiri lah. tak salah mencuba. hehe. last sekali jadi. waaa.. sakit kepale aku nak siapkan 1 banner blog ni.. aduhai..

aku publish, tapi tak dapat-dapat. hmm, aku mintak tolong seseorang. aku email dia. tapi, aku sedar.. dia juga seorang yang sangat busy. sekarang ni.. aku memang tak dapat nak bergantung dengan sesiapa. Farha kata, dia tak pandai. tapi aku sangat ucapkan terima kasih. kerana dia memang banyak membantu. sekarang terpulang pada aku.

last sekali, aku memang menyakitkan kepale aku ni, yang memang sedia sakit untuk menyiapkan kerja yang aku tak puas hati ni, akhirnya... siap pun, nak tengok hasilnya? hmm, siapa yang tengok, boleh laa komen apa yang tak cukup lagi. bantuan kalian memang sangat diperlukan. kerana aku bukanlah pembuat blog yang skemma. aduhai..

http://feskum09.blogspot.com/

ni blog yang aku dah edit. boleh klik di link nya.. tapi aku belum masukkan entry lagi. so sabar-sabarla.. sebarang komen bolehlah email : feskum09@gmail.com kalau tak nak email, korang tinggalkan jelah komen kat blog tu. aku tak kesah. hehe

komen kalian sangat aku hargai. aku nak letak cbox. tapi aku memang dah tak larat giler2 ni.. so kena rest laa.. nite..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

asis said...

skang pun oke wat..

joegrimjow said...

jgn tertekan
rest bnyak2

piNky LuCiA said...

asis..
ok ke? hehe.. tipu laa..

piNky LuCiA said...

joe..
hmm. da ok skit da smlm.. mana ada byk masa nak rest.. huhu

Abang Terrer said...

Eh sama template la plak hihi.. nmpknya banner atas tu x cukup lebar kut, background kanan dah ternampak sikit..