RSS

cikgu.. cikgu..

"cikgu.. cikgu.."
"eh, bukan cikgu laa.."
"habis tu nak panggil apa?"
"ustazah la, ustazah kan mengajar jawi dengan AI,"
"eh3, ustazah,"
"ada apa ni?"
"ustazah cantik, ustazah dulu tak cantik, pastu garang lak tu," dia mengomel, tanda protes.
aku hanya senyum. aduhai. budak-budak zaman sekarang, dah pun pandai itu ini. tapi yang istimewanya mereka ialah mereka jujur dan langsung tidak tahu menipu.
"tak baik cakap ustazah awak macam tu, berdosa, tuhan marah. tak takut tuhan marah?"
"ala, tuhan baik, apa nak takut. kita kena takutkan orang jahat je."
hah? terkedu aku dalam hati. apa aku nak jawab ni, mati akal aku bila dialog dengan budak-budak ni.
"habis tu, awak takut siapa?"
dia diam, tak tahu nak menjawab, tapi dari raut wajahnya ada sesuatu yang dia ingin khabarkan. aku hanya diam, menunggu dengan penuh kesabaran.
"sssshhhh," sambil meletakkan jarinya ke mulut.
"kenapa-kenapa?" soal aku sambil memperlahankan suara, mengikut rentaknya.
"saya takut hantu, hantu jahat ustazah, dia ada muka buruk,"
"ish, siapa cakap ni, ustazah tengok pontianak harum sundal malam tu, cantik je hantunya. maya karim lagi tu,"
"ish, ustazah ni, itu hantu olok-olok" gayanya hampir membuat aku ketawa terbahak-bahak, ish budak-budak ni macam-macam hal.
"habis tu?" aku menyoalnya kembali.
"ni saya takut hantu betul. dia jahat. suka makan orang ustazah....."
"ish, mana awak tahu dia makan orang? siapa yang cakap?"
"amirul yang cakap. dia kata hantu jahat sangat. dia selalu usik manusia macam kita."
aku senyum. ni kes terpengaruh rakan sebaya laa ni. hehe. aku hanya ketawa di dalam hati. bimbang jugak dia menangis kerana dek aku ketawa dan tidak mempercayai cerita nya.
"nak dengar ustazah bercerita tak?"
"nak.. nak.. nak.."
"najjah, nur, ain, Allah jadikan banyak sangat makhluk kat dunia ni. tahu makhluk?"
"tak." mereka menjawab serentak.
"makhluk tu macam kita la, macam hantu, syaitan, jin, malaikat, haiwan-haiwan, banyak lagi la."
"ooo.."
muka murid-murid aku kala ni, aduhai.. nak tergelak pun ada. tapi sebagai ustazah yang baik, tak baik laa macam tu. hehe.
"makhluk Allah ni, ada yang jahat, ada yang baik, ada yang suka usik orang. ada yang suka tolong orang. macam-macam ada.."
"ooo, macam astro tu ye ustazah, macam-macam ada." aku sekadar tersenyum dan mereka semua ketawa.
" nak dengar cerita tak ni?"
"nak.. nak.. nak.."
"tapi, ada macam najjah cerita tadi, hantu jahat, dia suka makan orang."
"aaa"
"hantu memang jahat, tapi dia tak boleh makan orang, Allah jadikan dia hanya boleh kacau, usik manusia je. tak boleh lebih-lebih."
"ooo, maknanya dia tak makan orang laa ustazah?" nur menyoal.
"ye, dia tak makan orang. dia usik je kita. takut-takutkan kita."
"ala.. takut laa ustazah."
"apa nak di takutkan. Allah kan ada. Dia lebih berkuasa. ustazah dah ajarkan sifat Allah."
"dah.."
"hantu ni tak boleh nak lawan kuasa Allah tau. dia takut. jadi, murid-murid ustazah ni kenala selalu mengaji, membaca al-quran, sembahyang. pagi tadi sembahyang tak?"
semua diam, membisu.
"ha, ni mesti tak sembahyang kan?" semua menunjukkan muka masam. aku menyambung.
"orang yang tak sembahyang, nanti hantu datang. nak macam tu?"
"tak nak.. tak nak.."
"kalau tak nak, kenala sembahyang, orang yang tak sembahyang, Allah masukkan dia dalam neraka tau, kena bakar, sakit. nanti badan melecur-lecur."
"tak nak kena bakar, sakit."
"kalau tak nak, kita kenalaa sembahyang."
"ustazah, cerita laa pasal neraka ustazah."
aku senyum. dan waktu itu, loceng dah pun kedengaran. aku masih lagi tersenyum sambil menunjukkan ke arah loceng. mereka faham.
"alaaaaa..."
"kena masuk kelas. rehat dah habis... lain kali ustazah ceritakan eh. dah3. pergi masuk kelas. nanti cikgu marah."
mereka berlalu pergi. begitu laa kehidupan aku setiap hari ketika datangnya waktu rehat sebelum aku ke sini. rindu rasanya ingin kembali ke sekolah. bermain bersama budak-budak yang comel. banyak kerenah lak tu. semput aku nak melayannya. walaupun begitu. aku menyukainya.

guru itu bagai lilin yang menyinari alam. dapatkah aku menjadi seorang guru yang baik untuk anak bangsa ku? aduhai...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

eyena said...

ahaii.. kamu adalah guru yang baik, tidak sombong dengan ilmu dan pandai mendekati pelajar.. ak mahu jd sepertimu kak pinky.. tak sabarnyeee..

Monkey D Luffy said...

aku suka cikgu zura ;p

ambik aku sebagai murid :)

piNky LuCiA said...

aina..
haha..aku adlah sorg guru yg baik? huhu.. amin. aku mgharapkan bgitu. hehe..

kamu jugak bley jd begitu. kt sekolah sgt best.. hehe.. aku tak tipu.. rindunya pljar ku yg comel =)

piNky LuCiA said...

kapten..
bawak sesikat pisang untuk lulus sbg murid ku.. haha

joegrimjow said...

tyme kecik kene bagi btol2 ilmu

piNky LuCiA said...

aaa.. time kecik2 ni laa nk kena ajar tul2. sbb minda ngah bkembang. huhu