RSS

cantik rupanya jari ku..

tetibe mood jatuh cinta telah meresap masuk ke jantung hati ni. huhu. boleh plak ade mood-mood ea.. ish3.. sebenarnya jatuh cinta adalah lumrah. bukankah begitu? ngeh3..

kata orang, bila hati sudah bertaut menjadi satu, tiada yang lain bertakhta di kalbu, melainkan si dia yang sering dirindu.. wah! jiwa ku sudah menjadi penyajak terkemuka dunia. mendendangkan sajak berirama rindu bernada cinta...

aku senyum sendiri. mengenangkan umur. mengenangkan masa depan. mengenangkan bebelan Nad yang tak habis-habis mengatakan aku lembab. hahaha. untuk apa di tunggu lama-lama. perkara baik biar dicepatkan. aku senyum disusuli ketawa kecil. hmm, hendak ku bantah, benar katanya. tapi apa daya ku. bukan aku insan yang ingin berjabat tangan untuk memohon halalkan benda yang haram.. kerana aku hanyalah perempuan biasa. (kalau luar biasa pun tetap tak boleh. adeh!)

usia gambar, mencecah 6 tahun... ;)

melihat inai di jari. aku senyum. cincin tersemat juga indah. aku ketawa di dalam hati. sabarlah. Andai pencipta membenarkannya, akan sampai waktunya. lambat atau cepat, itu tiada masalah. cuma, bersediakah aku memikul apa yang tidak ada di bahu ku selama ini?

persediaan, jika di ikut, sampai bila-bila pun aku tak kan habis bersedia. haha. mungkin kerana aku takut. takut untuk melangkah. dan jauh di sudut hati, aku sebenarnya sayang untuk meninggalkan zaman remaja yang kian tua ini. haha. mungkin kerana aku masih inginkan kebebasan yang tiada batasnya.

ish3.. kena setting balik mind set yang tak betul ni. adeh! tersasar jauh ku di pergunungan sana. cuba kembali ke daratan kembali. tapi sukarnya tiada kepalang. sehingga kekadang aku tunduk menyembah alam. kekuatan ku kian malap dan gelap. haha.

entah apa yang dibebelkan kepada diri sendiri. tapi kini, walaupun aku hanya melangkah sebelah kaki, aku senyum. kerana aku rasa aku sudah bersedia untuk berdiri di sisinya menyambut kepulangannya, menjadi penongkah tatkala ribut melanda, menjadi penyeri tatkala awan mendung berarak kelabu, menjadi sinar tatkala rembang subuh datang..

kerana disebalik kejayaan ceo syarikat mentadbir, ade setiausaha yang unggul memberi nasihat yang mantap dan berguna agar perniagaan yang diusahakan meningkat dan terus maju menuju puncak..

dan aku sudah bersedia menjadi setiausaha itu..

masih senyum memandang Didi yang tekun menemani aku hingga ke saat ini. dan sekali lagi inai merah ku pandang.
terdetik di hati, "cantik rupanya jari ku. patutlah semua orang berkenan..."

hahahaha. perasan sendiri. lalalalala~ see, semua orang setuju jari aku cantik. hehehe. nak makan laa.. tetibe lapo selepas perasan.. hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

FarHa said...

Wehh!! Apa nihh pakai inai awal dr Ha!!!

piNky LuCiA said...

hahahahaha.. jeles ke? lalalalala~ tak pelaa.. adik kang kena rasmi dulu.. kekekekeke.. sebab ha kan kakak.. lalala~

aien said...

memg cantik jari...cukup sempurna ade 5 jari hehe

piNky LuCiA said...

hahaha.. alhamdullillah. dikurniakan cukup.. kekekeke..

DeQku said...

Mu dah tunang ke?

Aku pun pernah memikirkan bende yang sm, xsedia nak tinggalkn zaman remaja dan hidup single tanpa tanggungjawab laen dan takut untuk menghadapi kehidupan bersama org laen (ie: suami dan keluarga mentua)buat jangka masa yang sangat lama, hopefully selama-lamanya.

P/S: Jari mu mmg cantik...

piNky LuCiA said...

a,a bukan senang nak buat perubahan dari hidup seorang kepada hidup berdua kan?

kalau aku kawin, aku jemput laa mu. jangan laa bimbang.. hehehe