RSS

selesai bercuti..

aku menyudahkan cuti-cuti balik kampung ku dengan jayanya. haha. 1 buku pun aku tak bawak balik kampung. ku simpan kemas-kemas di kolej kediaman ku yang tercinta.. hahaha. niat hati memang nak bercuti dengan girangnya. biar puas hati ni sebab dah lama tak bercuti dengan senang lenang macam ni.

cuti sangat best. boleh makan masakan mak. boleh dengar mak bebel. boleh tengok ayah senyum. boleh perang-perang manje ngan adik-adik. rasa nak bercuti sampai bila-bila dan tak nak balik ke UM je. haha. sengaL.

tapi hari ni dah ade kat UM pun. kalau bukan sebab nak exam, malas aku nak datang. hehe. lagipun exam nya berbaki 3 paper lagi. kan senang sebelum cuti hari tu terus exam semua paper. baru laa release tension betul-betul. ni tersekat plak. adeh.

hmm, nampaknya sesi untuk baca buku kena dimulakan dari sekarang. nota ntah mana aku nak cari. haha. tak pe, aku mintak ngan roomate. roomate aku baik jugak orangnya. walaupun mula-mula aku tak kenal dia. tak banyak songeh dan tak kacau kedamaian hidup aku. haha. i like. hahaha.

so jom kita ber"dating" dengan buku plak. dont malas-malas haa...

selamat menjalani exam kepada kengkawan semua. dan semoga berjaya. maafkan segala salah dan silap ku. aku insan hina.. =)

peace ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

FarHa said...

study2!!! kalo rase mls2 bygkan ha pgg rotan kat sebeloh deh heheh

piNky LuCiA said...

hahahhahaa.. malas! larikkkkkk... kakakakakaka