assalamualaikum.
sekarang ngah buat modul pengajaran teknologi dalam pendidikan islam. baru nak buat? yes. aku ngah pening-pening lalat ngan teori-teori dan model-model yang ada. haha. padahal bendanya simple je. bukan susah pun. kui3.. setting otak untuk rasa yang senang dan simple aje.. hehe.
markah modul ni, 8o%... exam 20%. exam dah siap. modul belum siap. macam mana tu... haha. gelakkan diri sendiri yang memang pelik sejak dulu lagi. makin hari, makin aku pelik ngan diri sendiri. entah apa-apa.
exam hari tu, aku spot soalan. mak tanya boleh jawab ke tak. aku dengan lurusnya menceritakan pada mak apa yang aku buat. haha. aku malas nak belit ngan mak. biar mak tahu, anak dia memang nakal dan suka main-main. haha. mak membebel. a.k.a bagi nasihat yang berguna untuk habuan telinga yang dah lama tak dicurah dengan bebelan a.k.a nasihat dari mak.
ye. ye. ye. lepas ni tak spot lagi soalan. haha. boleh ke aku berjanji. tak boleh kot. sebab aku ni, suka hentam je apa yang aku suka. lagi orang larang, lagi aku suka buat. haha. alergic dengan perkataan larangan. kakaka.
so untuk dapatkan A or A- aku mesti target aku dapat at least 70% dan ke atas. modul masih tunggang langgang. ade 3 hari lagi nak siapkan. masih lagi tak siap-siap. hmm, aku buat ngan tekun dan tak tahu la bila nak siap. macam kura-kura je buat keje. ish3. geram pada diri sendiri yang sangat sopan dalam membuat kerja.
fuhhhh... ku hembus perlahan-lahan nafas, supaya hilang sedikit stress yang ada kat dalam otak ni. padahal, aku rasa aku tak de laa terlalu stress.. biasa je aku rasa. tapi bila tengok kat cermin, ni muka orang stress.. lalala~ hati menyanyi riang walaupun stress..
tak pe. lepas siap semua keje ni, boleh laa balik. tapi aku masih berkira-kira mahu balik bila. tak kan nak balik tangan kosong kot. nak ke tak nak, aku terpaksa memerah otak untuk mencari idea bagaimanakah poket ku harus dipenuhkan. hehe. nak mintak dengan en.suami, haha. malu. nak mintak dengan mak, tersipu-sipu. ok. last, keputusan telah di buat. aku fikir lepas aku siapkan modul aku ni. hehe.
bukan payah pun. semuanya simple. aku je yang selalu rumitkan otak. bila aku fikir semua simple, aku rasa smooth je hidup aku ni. hehe. macam tu laa baru cool.. kakakaka. belajar untuk jadi cool. kerana telah dinasihatkan supaya tak cepat melenting.
akan aku usahakan semua perkara step by step dan tidak akan putus asa hingga ke titisan terakhir..
macam tu laa anak ayah.. =) mesti ayah bangga. lalala~
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment