hmm, rutin harian dihabiskan dengan tengok asigment yang tak habis-habis. orang lain seronok bercuti. tapi aku masih lagi bertekun untuk menyiapkan asigment yang tak berapa sikit lagi nak habis. may be jumaat ni baru boleh balik. hehe. syok nya nak balik. nak rehatkan minda yang tak pernah rehat ni. malas nak fikir apa-apa lagi masa cuti ni. nak bercuti dengan secuti-cutinya.
tatkala orang lain lena dibuai mimpi, aku masih menghadap Didi, buah hati kesayangan ku yang banyak menolong aku ni. tika orang lain sedang seronok bercuti bersama family, aku sibuk bercinta ngan buku-buku yang ada kat atas meja yang bertimbun-timbun perlu dirujuk untuk di masukkan ke dalam asigment sebagai bahan-bahan rujukan.
tapi tak pe. semua nya akan berakhir juga. hehe. aku akan bercuti juga. hehe.
wah! nada sedih plak. sebab rindu mak la ni kot. i miss u mum. so much! wah. omputeh laa plak.
hari ni, kemas bilik. dan siapkan apa yang patut dulu. nanti settle kan apa yang tak habis. ade sikit lagi keje yang perlu ku bereskan. pastu boleh bercuti seperti orang lain. lalalala~ orang dah bercuti syok-syok nak masuk 2 minggu dah. aku baru je nak cuti. tak pela. janji aku siapkan semua keje sebelum cuti dan tak yah fikir apa-apa masa cuti. kan bagus. (ceh! menyedapkan hati sendiri.)
jom siapa nak tolong kemas barang. kita kemas bermula dari sekarang.. lalala~
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment