aku tak suka buat keputusan.
sebab?
aku tak suka tahu penyudahnya macam mana.
tapi aku terpaksa.
menjadi orang dewasa, kekadang menyusahkan hidup aku. mana tak susah. keputusan perlu diatur sendiri. perlu memilih sendiri. perlu menghitung sendiri. apa kepentingannya. apa keperluannya. apa kebaikan nya juga keburukannya.
senyum sendiri.
menyedut nafas dan menghembusnya kuat-kuat. lega. haha. gelakkan diri sendiri.
apa punya orang la. dah tua-tua bangka pun masih tak tahu nak buat keputusan lagi. sebenarnya memilih antara dua adalah satu perkara yang paling susah. membuat keputusan untuk berpihak pada satu pihak sahaja yang membuatkan aku pening.
kedua-duanya mempunyai kepentingan sendiri.
kedua-duanya ada keperluannya tersendiri.
kedua-duanya ada buruk baik sendiri.
yang mana satu, pilihan aku... aku tak tahu...
prosesnya juga mengambil masa. biarlah aku fikir dahulu. mampukah aku membuat keputusan itu. aku tak pasti.
mungkin ya.
mungkin tidak.
biarlah masa yang tentukan segalanya. aku suka.
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment