tepat jam 432pm. hp ku berbunyi. sms dari en.Hati kesayanganku. =) mengajak ku ke MAHA. aku yang masih blur-blur tentang MAHA ni bertanya,
"Yang, MAHA tu apa?"
en.Hati plak, bukan jenis yang banyak bercakap. maklumlah lelaki macho yang hanya suka tersenyum je katakan.. katanya,
"i tak tahu laa nak cakap dan terangkan kat u."
"kalau macam tu. jom la. biar i tengok sendiri."
hmm, aku tahu MAHA ni dari Asma. dan jugak dari blog Jard. tapi aku masih blur-blur lagi apa tu MAHA. dan semalam, aku tahu apa tu MAHA. haha. ketinggalan zaman sungguh aku ni. ish3. nampak sangat aku tidak mengikuti perkembangan semasa di sebabkan oleh exam yang melanda dan setelah habis exam, aku merayau tak tentu hala plak. menyebabkan aku makin tak tahu perkembangan dunia Malaysia.. (credit to Asma dan blog Jard kerana telah memberi info kepada ku. ngeh3.)
aaahh... persetankan semua tu. semuanya alasan semata-mata. haha.
yang penting, sangat bahagia berada di sana. aku bukan tengok orang pun. aku tengok en. Hati je. hensem berlipat kali ganda plak hari ni. pelik aku. makin aku tengok, makin hensem. padahal haram tak hensem pun, kata salah seorang kawan aku. haha. hensem tu bukan ade kat mata kamu. tapi ade kat mata aku. haha. kerana itu aku yang jatuh cinta. bukan kamu. haha.
apa yang menarik di MAHA ialah tentang pelbagai jenis tumbuhan dan bunga-bungaan. hahaha. aku suka tengok bunga. cantik. terutamanya orkid. wah!. ade yang besar. ade yang kecik. macam-macam. naik rabun aku tengok. haha. semua cantik-cantik. tapi aku ni bukan jenis yang suka kat bunga. tengok suka la. tapi kalau kasik or simpan, no. tak suka.
pelik. tapi benar.
pastu MAHA ni besar. kitorang tak habis pun tawaf. tapi aku dah penat dah. dah tak larat nak jalan dah. so decide untuk balik.
terima kasih kepada en. Hati. aku suka. aku bahagia. =) kini, aku sedang tersenyum.
MAHA
lalala~ dah habis pun.
macam lega + happy yang tahap dewa dewi + otak kosong + macam-macam lagi rasa yang aku tak tahu nak describe macam mana. rasa terlepas semua bebanan yang ade kat minda ni. haha. melampaunya seorang aku. tapi sekurang-kurangnya, abjad-abjad A B C sehingga Z tidak perlu aku hadap lagi di dalam buku. ini bermakna, selesai 1 sem iaitu sem7. dan tinggal lagi 2 sem. hmm, macam lama je lagi bunyiknya. haha.
lepas exam, settle kan apa yang patut kat library. sorry aku pohon pada Dila, kerana aku telah menyusahkannya. semua kesilapan bermula dari aku. dan aku telah settlekannya dengan pihak library sendiri. aku ngaku aku cuai. dan tidak sepatutnya lepas tangan dalam hal pemulangan buku library. dan aku harap Dila tidak memarahi ku dengan kadar yang lama. walaupun hakikatnya aku memang patut di marahi. haha. aku rela. lalala~
hm, sekarang aku nak rehat dengan aman di bilik yang aman ini. pastu hendak memikirkan untuk outing (ayat budak sekolah. rindu zaman sekolah). ke mana. bersama siapa. untuk apa. hehe. akan ku fikirkan selepas tidur nanti. kalau boleh fikir dalam mimpi pun best jugak. lalalala~
histografi islam.
semalam baru ku faham kesemuanya tentang histografi islam. terasa cerah mata ku ini. tapi hari ni dah nak exam. boleh ke macam tu. tak pe. asalkan sempat difahami dan dihafal sebelum masuk exam, kita hentam je. janji selamat dan berkesan. jangan dalam dewan exam baru nak faham. itu tak selamat dan merbahaya serta tidak berkesan langsung. haha.
setelah bertungkus lumus, memerah otak, menjana fikiran, sampai pening, pusing, putar semua ade cukup lengkap, Alhamdullillah. syukur. aku harap, aku dapat buat ngan baik.
hmm, satu hal lagi. dah laa exam hari ni, tak pasal-pasal plak hari ni daftar subjek. adeh. mengacau orang punya masa laa.. tapi tak pelaa. lagi cepat settle, lagi bagus. semak jugak otak ni fikir kuota yang disediakan ade tak tempat untuk aku ni. huhu. lambat sesaat, terus tak dapat. berdebar-debar aku menantikannya. macam nak tunggu orang sarung cincin plak. kikiki. muka gatal.
kepada semua kawan-kawan yang menjawab histo, best of luck. dan sebelum masuk exam, aku pohon maaf banyak-banyak. mungkin ade terkasar bicara, tersilap bahasa, terkata apa yang tak kena. semua-semua laa.. kira 0-0 eh. hehehe.
ok. best of luck semua. nak sambung baca buku dan tunggu pendaftaran online di buku. berdebarnya hati...... huhu
bila blur.
dah banyak study. tapi masih banyak benda yang nak kena baca. pelik betul. makin banyak membaca. makin banyak aku kena baca. adeh. buku ni berhantu agaknya. haha. aku jadi tak faham kenapa laa banyak sangat yang nak kena baca ni. haha.
bila laa nak menghabiskan semua fakta-fakta sejarah ni. aku dah tak sabar dah. pening dah membacanya berulang-ulang kali. tak tahu yang mana 1 nak kena dahulukan. macam semuanya penting laa plak. adeh!
so jom kita main game laa jap. hehe.
aku ni bukan kaki main game. so main pun habis 1 round, aku dah boring dah. macam tak best je. haha. tapi boleh laa wat hilangkan boring. lagipun ia cantik untuk dipegang dan ditengok. kalau kasik budak lelaki, mesti tak suka game macam ni. haha.
moga boring baca buku ku akan hilang setelah bermain. haha.
tapi hidup mesti enjoy. so jom kita enjoy sejenak bersama game. lalalala~
En. Hati...
"Yang, i tunggu u balik. hehe"
selamat hari lahir.
semoga murah rezeki.
semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan.
semoga di pertemukan jodoh dengan orang yang baik-baik.
ku pohon maaf atas segala kesilapan yang ada.
sama ada disengajakan oleh ku atau pun tidak.
semoga diri mu akan berbahagia hingga ke akhirnya.
senyum sokmo dari,
PinkyLucia
manusia. manusia.
bila kita dalam kesusahan, semua orang menjauh.
bila kita senang, semua orang dekat.
manusia. manusia.
tak kira lah yang alim ke. yang alimah ke. yang rock ke. yang rocker ke. kebanyakkan manusia memang macam tu. dah jadi lumrah dunia. kan?
kekadang aku terasa.
mungkin kerana kebodohan aku. mungkin kerana ketidakpandaian aku.
tapi, aku jugak kena terima. itu adalah kelemahan aku.
ya!
aku berkecil hati. tak pe. hanya hati ku sahaja yang kecil.
aku tidak suarakannya keluar.
mungkin kerana tidak mahu memperbesarkan keadaan yang sedia rumit.
rumit ke? ntah!
tapi kata mak, kalau orang tak sudi, jangan terhengeh-hengeh. sebab ramai lagi yang sudi. bukan susah pun. cuma perlu melangkah ke hadapan dan jangan menoleh kepada orang yang tak sudi. senang je kan?
senang.
mudah.
dan lakukannya.
mak cakap, aku terlalu naif dalam menilai manusia. semua aku nak percaya. semua aku nak bersangka baik. kekadang kena jugak bersyak wasangka.
tak.
aku tak suka memikirkan yang tidak elok tentang orang.
aku lebih suka tidak berfikir langsung.
kerana bila aku start fikir, aku akan start untuk membenci.
bagi aku, biarlah ia di telan dengan debu-debu angin yang membawa sakit di hati.
hmmm, mungkin aku sudah tua.
kerana itu hati aku cepat terasa. haha. stop perasan tua, boleh kan? haha.
dah, kalau dah umur meningkat tua, mengaku jela.
jangan nak berlagak macam budak-budak or berlagak muda dengan mengambil peduli dengan semua perkara yang remeh temeh.
bergaduh perkara yang remeh temeh, tidak tersenarai dalam kamus hidup aku. haha.
betul ke?
malas nak fikir lagi.
bertolak ansur laa sikit-sikit.
kan?
dah namanya manusia.
memangla mereka akan dahulukan keperluan mereka dari keperluan orang lain.
itu aku tahu.
dan aku perlu terima kenyataannya.
senyum.
diam.
pasrah.
menyedut nafas menggunakan hidung.
dan menghembusnya melalui corong yang sama.
sedut kembali. hembus melalui bibir munggil ku.
sedut.
dan kembali menghembus nafas menggunakan mulut perlahan-lahan.
lega.
senyum lebar.
mata bersinar. =p
posisi study ketika boring
bila boring duduk, aku berdiri. bila boring berdiri, aku baring. bila dah boring baring, aku meniarap. macam-macam aksi aku buat untuk menghilangkan ke'boring'an tahap maxima untuk baca buku + study kaw-kaw. walaupun posisinya yang pelbagai dan hati aku yang boring menatap buku tapi mata tetap pandang buku.
mata tak nak alih ke lain. cantik sangat ke buku aku ni? haha
posisi yang pelbagai itu penting untuk menghilangkan boring yang macam tahap dewa dewi dah tingginya. haha.
actually, aku takut. takut tak dapat jawab dalam dewan exam. sebab nanti dah tak de orang nak tolong aku lagi. huhu. so boring ke tak. mesti kena baca sampai termuntah. tapi sekarang belum muntah lagi. ngeh3. masih boleh senyum dan bergembira lagi dengan buku-buku yang menyesakkan nafas ini.
tinggal 2 lagi paper. pembangunan islam & histografi islam. perkara dan isi pelajaran hampir sama di dalam nya. cuma bezanya BM & BI je. yang BM tu ok laa.. yang BI tu boleh buat otak jadi sengal jugak tu. lalalala~ sebab aku terlampau pandai BI.
perut plak asik mencucuk-cucuk je kat bahagian bawah perut. menyebabkan aku tak selesa ingin duduk, berdiri, baring dan semua keadaan pun tak selesa. susah jugak jadi perempuan. tetiap bulan kena hadapi ketidakselesaan perut yang memang rutin bulanan seorang perempuan.
penat semacam je ni. apa taknya, bulan ni derma darah banyak sangat. hmmm.. syukurlah aku masih sihat, Alhamdullillah..
masa untuk baca buku plak. tak boleh main3. no stress. ngeh3.. yang penting, awet muda selalu.. lalalala~
rindu kat adik-adik kat rumah laa plak. huhu.. terbang balik laa jap. kalau laa aku ade sayap..
ade comey macam aku tak? lalala~ sambil senyum-senyum cute. =D
pesanan untuk en.Hati...
"Yang, balik laa cepat. i rindu ni.."
happy birthday As..
wish you..
Happy Birthday As..
Semoga Dipanjangkan Umur & Murah Rezki.
Semoga Awet Muda. =)
Semoga Hidup As Dirahmati Oleh Allah selalu..
dan
Semoga Dapat Jawab Exam dengan Baik..
semoga dipenuhi dengan kegembiraan dan kebahagiaan..
dikesempatan yang ada..
saya ingin memohon maaf,
atas semua kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan.
semoga As dapat memaafkannya.
dan semoga persahabahatan kita berkekalan
dan
dirahmati, diberkati, dilindungi oleh Allah s.w.t.
sayang selalu dari,
PinkyLucia
teringin cream puff gara-gara bonda..
pagi-pagi lagi dapat sms dari bonda bertanyakan aku sudah bangun solat subuh ke belum. gara-gara bercuti lama di rumah, dan di basuh dengan licin tentang bangun pagi oleh Prof Madya Dr. Bonda ku yang tercinta, kini Alhamdullillah. aku tidak susah untuk bangun pagi. pukul 6 je mata aku dah segar bugar. ngeh3.. lega rasa hati.
mempunyai adik yang bakal menjadi seorang chef kerana couse yang di ambil sekarang adalah kulinari adalah menyeronokkan. ngeh3.. rupa-rupanya memasak ni adalah sesuatu yang menyeronokkan. it's fun. lalalala~ bila masak tak jadi, kitorang gelak ramai-ramai. tapi kali kedua, comfirm jadi. lalalala~ itu yang syok tu.. kakakkakaa.
aku : dah bangun dah pukul5.30 tadi lagi. wah! betul ke buat cream puff?
bonda : betul laa.. nyum3. sedap sekali...
aku : kenapa masa duk rumah itu hari kak nur tak masak pun cream puff. butak sungguh kak nur.
kalau lah aku ade sayap... huhu..
cream puff adalah makanan kegemaran aku ngan bonda ku. lalala~ tapi kalau asyik nak beli, mati laa.. cream puff sekarang makin lama, makin mahal. ceh! tapi syukurlah ade adik yang pandai masak. kalau dia tak ambik kulinari, sampai sekarang kami asyik beli agaknya.. lalalala~
wah! mengidam nak makan cream puff laa plak. bestnya... huh! bonda laa ni.. huwaaaa.... tapi siapa yang nak belikan aku cream puff? en. kanda bintang hati tengah kursus.. huhuhu..
"Yang, balik laa cepat.. i nak makan cream puff ni... huhu. i mengidam ni..."
mengidam3.... lalalala~ =p
kursus 4 hari 3 malam..
terasa sunyi dan sepi laa plak.. aku luahkan pada Asma. en. Pengarang jantung pergi kursus.. kata Asma, "padahal aku bukan selalu sms dan call pun.. apa yang nak sunyi nya?". aku ketawa dan tersengih.
ntah. aku rasa macam jauh je. padahal selama ni bukan pernah duduk bersama dan dekat-dekat pun. asal plak aku rasa jauh semacam je kali ni? rindu pun ade. bukan ke pagi tadi sebelum bertolak untuk pergi kursus en. Pengarang Jantung sudah datang bertemu aku? sekarang sudah ku rindu? pelik. tapi benar.
banyak gak pesanan aku, hati-hati. jaga diri. jangan kacau makwe orang. haha. padahal aku tak nak dia ngorat orang lain. tapi kekadang aku acah gak. tak dapat awek ke? lalalala~ boleh ke macam tu. saje je suka-suki..
cepat laa balik kL.. aku rindu. rindu. rindu. huhu.. dan kerana rindu lah aku menunggu kepulangan mu.. =)
tapi baru sehari berlalu.. ade 3 hari lagi.. huwaaa.. lama laa plak memikirkannya. padahal tempoh selama tu aku gunakan untuk mentelaah buku. bukan untuk berkepit dengan nya. tapi cukuplah sekadar aku tahu, yang dia ade di kL.. terasa dekat di hati.. ni Kuantan, jauh sangat laa.. huhu..
"Yang, u jangan nakal-nakal tau masa kursus.. u nakal, i piat telinga u.."
selamat menempuh exam
selamat menempuh dan menjalani exam kepada semua kengkawan yang ambik exam. kepada yang dah habis exam, good luck untuk result exam yang akan keluar nanti. hehehe. aku doakan semoga semuanya berjaya atas usaha yang dilakukan.
hari ni subjek Dr. Ghazali Darussalam. Dr yang sempoi dan agak special bagi ku tentang kaedah P&P yang dia persembahkan di dalam kelas. aku suka cara dia. dan kalau boleh jadi macam dia kan best. ade pangkat Dr. hehehe. nak berangan jap. nanti nama aku Dr. Azura. hahahahahaha. kalau aku nak, aku akan pastikan aku akan dapatkannya. dan aku doakan niat dan harapan aku dimakbulkan oleh Allah..
paper hari ni, adalah paper yang agak memeningkan kepala bagi aku. haha. semua paper di fakulti pendidikan memang pening. dulu, pening ngan KDO. sekarang sosio plak. ish3.. nasib laa badan.. hehe.
whatever pun, good luck kepada kengkawan yang ambik paper sosio hari ni jam 11.30am jap lagi di bangunan peperiksaan.
kepada Asma, Qilah, Nad, Azhar.. chaiyok3.. all the best.. sama-samalah kita menjadi "chef" terkenal di abad ini.. hehehe.. =p
cantik rupanya jari ku..
tetibe mood jatuh cinta telah meresap masuk ke jantung hati ni. huhu. boleh plak ade mood-mood ea.. ish3.. sebenarnya jatuh cinta adalah lumrah. bukankah begitu? ngeh3..
kata orang, bila hati sudah bertaut menjadi satu, tiada yang lain bertakhta di kalbu, melainkan si dia yang sering dirindu.. wah! jiwa ku sudah menjadi penyajak terkemuka dunia. mendendangkan sajak berirama rindu bernada cinta...
aku senyum sendiri. mengenangkan umur. mengenangkan masa depan. mengenangkan bebelan Nad yang tak habis-habis mengatakan aku lembab. hahaha. untuk apa di tunggu lama-lama. perkara baik biar dicepatkan. aku senyum disusuli ketawa kecil. hmm, hendak ku bantah, benar katanya. tapi apa daya ku. bukan aku insan yang ingin berjabat tangan untuk memohon halalkan benda yang haram.. kerana aku hanyalah perempuan biasa. (kalau luar biasa pun tetap tak boleh. adeh!)
persediaan, jika di ikut, sampai bila-bila pun aku tak kan habis bersedia. haha. mungkin kerana aku takut. takut untuk melangkah. dan jauh di sudut hati, aku sebenarnya sayang untuk meninggalkan zaman remaja yang kian tua ini. haha. mungkin kerana aku masih inginkan kebebasan yang tiada batasnya.
ish3.. kena setting balik mind set yang tak betul ni. adeh! tersasar jauh ku di pergunungan sana. cuba kembali ke daratan kembali. tapi sukarnya tiada kepalang. sehingga kekadang aku tunduk menyembah alam. kekuatan ku kian malap dan gelap. haha.
entah apa yang dibebelkan kepada diri sendiri. tapi kini, walaupun aku hanya melangkah sebelah kaki, aku senyum. kerana aku rasa aku sudah bersedia untuk berdiri di sisinya menyambut kepulangannya, menjadi penongkah tatkala ribut melanda, menjadi penyeri tatkala awan mendung berarak kelabu, menjadi sinar tatkala rembang subuh datang..
kerana disebalik kejayaan ceo syarikat mentadbir, ade setiausaha yang unggul memberi nasihat yang mantap dan berguna agar perniagaan yang diusahakan meningkat dan terus maju menuju puncak..
dan aku sudah bersedia menjadi setiausaha itu..
masih senyum memandang Didi yang tekun menemani aku hingga ke saat ini. dan sekali lagi inai merah ku pandang.
purple warna kejayaan untuk Ha..
rupa-rupanya sosiologi persekolahan ni pening jugak aku di buatnya. hahaha. hm, banyak plak masuk tu..
jeles ngan mek Ha.. yang syok-syok berehat dan sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan majlis perkahwinannya. bukan jeles sebab dia kahwin, jeles sebab dia dah habis exam. huhu. aku jugak yang kena perah otak lagi. tak pe. adil laa tu. hehe. sebab kawan baik aku sekarang ade laa masa untuk uruskan perkahwinan dia walaupun sebelum ni dia busy memanjang je.. kalahkan President US. hahaha
aku sangat gembira dan ternyata senyum ku meleret-leret sampai ke telinge (ku kira kalau ia boleh sampai laa..) sebab nya dah dapat kad kahwin dari BBF aku si cikgu Farha a.k.a Mek Ha.. hahaha.. purple.. maksudnya kejayaan. kerana warna purple adalah warna kejayaan. hehehe. betul ke? betul laa.. Dr Fadzilah Kamsah lagi cakap kat aku. =D
Ya.. memang dia berjaya sekarang. berjaya mendapatkan apa dia mahu setelah dia menghabiskan tempoh-tempoh kesedihan yang ade dulu. dan kini hanya kebahagian dan kegembiaraan yang ade di wajahnya. hehe. pergi laa kesedihan dan datang lah kebahagian. cheewaaahhh... hmm, tirulaa macam cikgu Farha ya anak-anak.. tak putus asa dan terus bersabar. =D
Ha, ura teringat kata-kata Ha pada Ecah.. "Ura tak boleh langkah bendul Ha." nak tergelak pun ade. sebab terfikir aku, macam laa dia tu tua sangat.. hahaha. nasib aku tak de mood lagi nak dapatkan anak. hahahaha.
Ha, semoga warna purple tu adalah simbol kejayaan buat Ha dan semoga banyak lagi kejayaan yang akan terhasil dalam hidup ha.
Ura nak abadikan kad Ha untuk tontonan cucu Ura ni.. hahaha. so silalaa jangan kesah ura publish kat sini. kekekeke.
selesai bercuti..
cuti sangat best. boleh makan masakan mak. boleh dengar mak bebel. boleh tengok ayah senyum. boleh perang-perang manje ngan adik-adik. rasa nak bercuti sampai bila-bila dan tak nak balik ke UM je. haha. sengaL.
tapi hari ni dah ade kat UM pun. kalau bukan sebab nak exam, malas aku nak datang. hehe. lagipun exam nya berbaki 3 paper lagi. kan senang sebelum cuti hari tu terus exam semua paper. baru laa release tension betul-betul. ni tersekat plak. adeh.
hmm, nampaknya sesi untuk baca buku kena dimulakan dari sekarang. nota ntah mana aku nak cari. haha. tak pe, aku mintak ngan roomate. roomate aku baik jugak orangnya. walaupun mula-mula aku tak kenal dia. tak banyak songeh dan tak kacau kedamaian hidup aku. haha. i like. hahaha.
so jom kita ber"dating" dengan buku plak. dont malas-malas haa...
selamat menjalani exam kepada kengkawan semua. dan semoga berjaya. maafkan segala salah dan silap ku. aku insan hina.. =)
peace ;p
tibe jugak masanya..
dah hampir 2 minggu orang lain bercuti. aku baru je nak bercuti. penat + ngantuk + rasa nak tidur banyak2 dan tak nak hiraukan orang + sakit 1 badan = rindu sangat nak peluk dan berehat kat tepi mak. hahaha. (itu je yang sebenarnya nak bagitahu. haha)
manje!!!
suka hati aku laa. mak aku. lalalalala~
barang dah hampir siap di packing. tapi aku dah penat. nak rehat. kemas barang macam tak nak datang sampai bila-bila tuuuu.. adeh. haha. tak pe. bilik aku jugak. bukan bilik orang lain. kekemasan itu sangat penting. hehehe. (mengambil hati sendiri)
kepada kekawan yang baru nak bercuti, selamat bercuti. yang dah lama bercuti tu, weyh, ingat lepas raya ade exam. hahahaha.
exam masih berbaki 3 paper. ish3.. boleh ke aku balik raya tak fikir apa-apa tentang exam. hmm, yang penting orang cakap cuti adalah cuti. dan time belajar adalah time belajar.
so jom kita cuti betul-betul. hehehe.
tata.
tetibe menjadi nazir..
nazir, apa yang aku faham adalah seorang pegawai atasan dari PPD atau pun KPM yang datang melawat sekolah, membuat penilaian terhadap sekolah dan sedikit pemantauan. mereka bukan datang berseorangan, bahkan berkumpulan. dan aku kira ia macam kumpulan nazir laaa. hehe.
itu yang aku faham. yang en. Google cakap, melalui blog dan tajuk entrynya Cerita Jemaah Nazir. [klik di sini].
"Dulu namanya Jemaah nazir sekolah, sekarang dah tukar kepada jemaah nazir dan jaminan kualiti."
hm, dah tukar nama plak. tapi lebih kurang laa tu. tujuannya adalah sama. hehe. melawat sekolah. buat penilaian. dan jugak adakan sedikit pemantauan. =)
sekarang, aku macam nazir plak. ngah buat penilaian kepada orang yang mahu menjadi cikgu, yang dikehendaki membuat microteaching. so sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang ni, {ceh! berlagak bagus.. hahaha. memang pun. suka hati aku laa..} aku kena laa tolong. orang dah mintak tolong kan. aku observe sampai isi pengajaran tentang yang nak disampaikan kepada pelajar pun aku ingat sebiji-sebiji. tu pun aku ingat dan terhafal dengan sendiri. haha. sebab terlampau banyak pengulangan. penat aku nak dengar benda yang sama. lalalala~
hmm, susah jugak mengajar orang tua. patutlaa lecturer gajinya mahal. rupanya bukan senang nak ajar orang yang sebaya. banyak songeh. banyak tanya. banyak komen. 1 yang kita cakap, 10 yang dijawab. hahaha. last-last bertekak-bertekak, aku jugak yang menang. haha. kemenangan selalu berpihak pada ku. kekekeke. aku kan cikgu. so kena laa dengar cakap cikgu. hahaha.
aku harap dia boleh buat dengan baik esok. dan dipostingkan dengan pertolongan Allah. aku sempat jugak pesan, mintak ngan Allah. Allah kable besar. mesti Allah bagi. sebab rezeki kat tangan Allah. mintak ngan Allah supaya lembutkan hati pemeriksa. supaya lembutkan mata pemeriksa, bila tengok kita, sejuk je mata.. hehehe. pastu ringan je tangan nak tandakan yes. hehehe
aku cakap, usaha dah. doa dah. akhir sekali, dia nak masuk kelas nak ngajar budak esok, mesti tawakal. serah pada Allah semuanya. sebab semuanya dalam kuasa Allah. aku dah tak boleh nak tolong lagi masa tu. sekarang, aku syok laa komen itu tak kena. ini tak kena. haha. tapi bila dah ade depan orang yang observe tu, aku dah tak nampak. jadi buat yang terbaik untuk masa depan diri sendiri dan family.
hehehe. "bercakap pandai." hahahaha. mengingatkan aku pada ayat seseorang. lalalala~
good luck. buat yang terbaik. tawakal pada Allah. dan walau apa pun resultnya nanti, pasti ade hikmah disebaliknya.
pegang 1 perkara...
kerana, Allah itu Maha Adil..
gembira rasanya hati...
terkejut dan terharu. dan juta-juta terima kasih + ribu-ribu lemon terharu ditujukan khas untuk en.Abe sebab memberikan ku gelang kaki yang aku idam-idamkan. hehe. ke mana hilang gelang kaki aku?
hari tu, tersangkut kat kain. pastu aku tarik kain tak ingat dunia. pastu gelang pun putus. wah! sedey weyh. cakap laa kat dia. gelang putus tersangkut kat kain. "nanti kita beli lain" katanya. wah. sangat simple. itu je jawapannya? memang lelaki. dan tidak dapat dinafikan lagi. (eh, selama ni aku menafikannya ke?ish3.)
cantik. walaupun bukan emas intan permata. aku cukup suka. dapat apa yang nak. memang laa suka. hehe. tak kesah laa murah ke mahal. janji ade. hehe. (boleh ke macam tu? haha.ntah!)
so sekarang dah pakai. cantik kaki aku. lalalala~ siapa setuju. haha. angkat kening sikit. aku teringat kata-kata Boy yang entah bila dia cakap (itu aku lupa). katanya, "kaki perempuan kan cantik. kalau pakai gelang kaki lagi cantik." haha. memang laa cantik. dia penjual gelang, nak suruh orang beli, tak kan nak cakap tak cantik kot. kekeke.
walau bagaimana pun. aku sangat suka dan terharu. hehe. nampak tak ngah senyum meleret dari mula-mula dapat lagi.. sampai sekarang senyum tak habis lagi. haha. angau!
nota untuk en.Abe :
"i love u laa ling.. thanks sebab belikan i gelang kaki ni. i like it. =) terima kasih daun keladi, kalau gelang ni putus, tolong laa beli lagi." lalalalala~
full.
hmm, rutin harian dihabiskan dengan tengok asigment yang tak habis-habis. orang lain seronok bercuti. tapi aku masih lagi bertekun untuk menyiapkan asigment yang tak berapa sikit lagi nak habis. may be jumaat ni baru boleh balik. hehe. syok nya nak balik. nak rehatkan minda yang tak pernah rehat ni. malas nak fikir apa-apa lagi masa cuti ni. nak bercuti dengan secuti-cutinya.
tatkala orang lain lena dibuai mimpi, aku masih menghadap Didi, buah hati kesayangan ku yang banyak menolong aku ni. tika orang lain sedang seronok bercuti bersama family, aku sibuk bercinta ngan buku-buku yang ada kat atas meja yang bertimbun-timbun perlu dirujuk untuk di masukkan ke dalam asigment sebagai bahan-bahan rujukan.
tapi tak pe. semua nya akan berakhir juga. hehe. aku akan bercuti juga. hehe.
wah! nada sedih plak. sebab rindu mak la ni kot. i miss u mum. so much! wah. omputeh laa plak.
hari ni, kemas bilik. dan siapkan apa yang patut dulu. nanti settle kan apa yang tak habis. ade sikit lagi keje yang perlu ku bereskan. pastu boleh bercuti seperti orang lain. lalalala~ orang dah bercuti syok-syok nak masuk 2 minggu dah. aku baru je nak cuti. tak pela. janji aku siapkan semua keje sebelum cuti dan tak yah fikir apa-apa masa cuti. kan bagus. (ceh! menyedapkan hati sendiri.)
jom siapa nak tolong kemas barang. kita kemas bermula dari sekarang.. lalala~
kad kawin yang aku dapat.
hmm.. nampaknya musim orang kahwin datang lagi. banyak jugak kad jemputan aku dapat. tapi aku tak janji aku akan datang. sebabnya aku ni susah la. tak de kenderaan. kalau ade transpot sendiri kan syok. setakat ni, aku pernah pegi kenduri kawin kawan-kawan, hmm, jap aku fikir. sebab kadang-kadang je pegi. so nak kena fikir dulu. adeh!
hmm, sakinah. noni. mizan (sebab dia sepupu aku. haha).
yang lain. tak pegi. diorang kawin tak ikut timing aku laa. asik aku ade keje dan tak dapat balik je. huhu. mana aku boleh pegi. (ceh! tak tahan statement, dorang kawin tak ikut timing aku. macam laa aku orang penting sangat.! haha)
hmm, kepada semua yang menjemput, kalau aku tak pegi, jangan laa kecik hati. aku mintak maaf. tapi aku dah janji akan buat yang terbaik untuk kenduri kawin Farha. hmm, so bermula dari sekarang, apa hadiah aku nak kasik, aku dah kena fikir.. siapa ade suggestion..
angkat tangan.
teknologi dalam pendidikan islam.
awal sem..
teknologi dalam Pendidikan Islam. semua orang takut ngan subjek ni. semua orang bercerita tentang subjek ni yang sekali sekala memeningkan otak. dan di warwarkan jugak, subjek yang susah. lecturernya pun rigid jugak.
komen aku : hentam jela. nak ke taknak, aku kena ambik jugak subjek ni. lagipun bab-bab teknologi ni, aku suka hentam jugak. haha. nak-nak kalau benda baru. aku suka sangat godek. kalau tak faham, cari laa cikgu suruh ajar aku. apa susah. haha.
komen kawan-kawan : alaa.. ko tak pelaa. ko pandai. (dalam hati aku, aku sebenarnya tak pandai. tapi action berlagak pandai. hohoho.)
pertengahan sem..
walaupun cerita demi cerita aku dengar telinga kanan, keluar telinga kiri. masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. dan macam-macam ragam pendengaran lagi. tapi, tetap aku tak rasa yang ianya susah. mungkin sudah setting di minda bahawa walaupun sesusah mana pun subjek ni, aku tetap akan harungi jugak. lagipun aku kan suka main-main dulu baru buat ngan serius dan betul-betul.
dalam subjek ni, ustaz Hashimi dan Ustazah Lina sangat banyak memberitahu tentang pengetahuan yang aku tak tahu. dan aku suka untuk tahu semua tu. hehe. dan aku suka tahu apa yang aku tak tahu. kekadang aku marahkan diri sendiri sebab dah tua-tua macam ni pun aku tetap tak tahu banyak perkara. sebetulnya aku dah mahir untuk mengaplikasikan semua benda sebab aku dah banyak pelajarinya di kusza dulu.
tapi!
dulu aku banyak main. sekarang aku rasa menyesal. tapi dah tak guna dah. so catch up apa yang aku tak dapat jela.
akhir sem..
aku 50% mengakui bahawa subjek ni agak complicated untuk di tempuhi. tapi ia bukan 100% complecated. haha.
sebab?
sebab hanya teori-teori pembelajaran sahaja yang merumitkan keadaan dan situasi otak untuk berfikir. yang selebihnya, releks-releks saja.. hehe.
tapi...
kalau nak uji tahap kemampuan ilmu yang ada bila mempelajari subjek ni, ilmu aku amatlah tipis. sebab aku rasa masih banyak lagi yang belum aku terokainya. dah namanya teknologi. so banyaklaa yang berteknologi yang belum aku tahu. nak kena berguru ngan ramai lagi manusia yang pakar. hehe
tak pe. yang penting, aku bangga dan kagum dengan ustaz Hashimi dan ustazah Lina, sepasang suami isteri yang bekerjasama menjayakan subjek ni. walaupun antara mereka terdapat banyak perbezaan yang mengelirukan otak aku ni. haha.
yang aku tahu bila ustazah Lina kat depan, dia sangat cantik. lalalala~ mesti ustaz bangga dapat isteri cantik macam ustazah Lina. hehe.
alhamdullillah syukur..
syukur ini aku panjatkan ke hadrat Ilahi. kerana Dia lah yang mengurniakan segala-galanya kepada makhluknya. tanpa Dia, siapalah kita di dunia yang luas ni. aku sangat bersyukur dan juga hati ku berasa lega. akhirnya, cik Farha dapat apa yang dia mahukan.
tepat jam 11am, aku terima mms. gambar nya tersenyum ayu. tanpa memakai tudung. tidak dapat ku publish. kerana membuka aurat. =) bertanyakan adakah dia kelihatan comey sekarang.
detik hati ku, "Ha, Ha tetap comey, dari dulu sampai sekarang. tak pernah sekali pun ura tengok ha tak comey. tapi mata Ha dulu, mencerminkan 1001 kesedihan. dan sekarang ura tak nampak lagi. yang ada hanya mata itu penuh dengan senyuman kebahagiaan."
jari aku menekan reply. "Comey. Seri pengantin. hehe."
dia bertanya lagi, "yeke?"
aku senyum. bagaimana harus ku nyatakan bahawa hati aku sangat terharu dengan kegembiraan yang dia ada. hati ku juga sangat lega, kerana akhirnya sahabat baik aku dapat tersenyum bahagia. bukan seperti dulu. hanya senyuman yang mekar di bibir. tapi mata nya tidak dapat menipu.
kini, kebahagiaan yang dia dambakan ade di depan mata. aku tahu, tak lama lagi, aku akan kehilangan dia sebagai sahabat yang single. hehe. tapi aku juga tahu, semua manusia tak kan lari dari fitrah untuk berkahwin. aku doakan, kebahagaiaan yang dia kecapi sekarang, akan kekal hingga ke akhirnya dan juga rumah tangga yang akan dibinanya dilindungi oleh Allah.
harapan aku, walaupun dia dah kawin, jangan plak lupakan aku. mentang-mentang laa busy ngan hubby, dia TAK BOLEH lupakan aku jugak. haha. (wah! guna kuasa VETO ni.. hihihi)
HA, sebulan lagi Ha akan jadi isteri orang. so buat persediaan ngan rapi. jangan nakal-nakal lagi. yang nakal-nakal tu tinggal kat ura je. kikiki. sebab i masih free lagi. lalalala~ dan insaf-insaf laa weyhhhh.. hahaha. dan jadilah wanita yang ayu. kata nak baby gurl kan. so mama nya pun kena laa jadi gurly.. =D betul tak?
dan Alhamdullillah syukur, mungkin inilah hadiah sebuah kedukaan yang ha tempuhi dengan sabar dulu. dan sekarang, mesti kuatkan semangat jugak tau. dan pesan ura macam biasa, ha mesti ingat, Allah itu maha Adil.. =)
senyum-senyum selalu
takut.
dalam hati. berdebar. tak tahu kenapa. mungkin aku takut. kenapa takut. tak pasti. lalu ku capai hp,
aku : "asma dah tidur?"
dia : "belum lagi, kenapa?" jawabnya.
(nyata virus kenapa telah merebak kepada asma. kerana aku selalu je tanya kenapa kepada semua orang.)
aku : "ntah rasa macam takut je. nak tidur ngan asma."
dia : "mai la. boleh tolong kemas katil"
(wah. macam nak tidur ngan en.Suami plak.kakaka.. opssss.. belum lagi laa.. tak boleh langkah bendul cik Farha. hehe)
aku : "jap. nak solat dulu. jangan bukak pintu lagi. lepas solat, i msg u ye darling."
aku takut. sebab sekarang musim kecurian semakin berleluasa. hehe. sempat lagi aku meng'update' blog sebelum pegi bilik asma yang tak berapa meter jauh nya. hehehe. jom tidur berjemaah.
good nite. sweet dream. nak peluk asma ni.. lalalala. dont be jealous.. haha
berusaha hingga ke titisan terakhir.
assalamualaikum.
sekarang ngah buat modul pengajaran teknologi dalam pendidikan islam. baru nak buat? yes. aku ngah pening-pening lalat ngan teori-teori dan model-model yang ada. haha. padahal bendanya simple je. bukan susah pun. kui3.. setting otak untuk rasa yang senang dan simple aje.. hehe.
markah modul ni, 8o%... exam 20%. exam dah siap. modul belum siap. macam mana tu... haha. gelakkan diri sendiri yang memang pelik sejak dulu lagi. makin hari, makin aku pelik ngan diri sendiri. entah apa-apa.
exam hari tu, aku spot soalan. mak tanya boleh jawab ke tak. aku dengan lurusnya menceritakan pada mak apa yang aku buat. haha. aku malas nak belit ngan mak. biar mak tahu, anak dia memang nakal dan suka main-main. haha. mak membebel. a.k.a bagi nasihat yang berguna untuk habuan telinga yang dah lama tak dicurah dengan bebelan a.k.a nasihat dari mak.
ye. ye. ye. lepas ni tak spot lagi soalan. haha. boleh ke aku berjanji. tak boleh kot. sebab aku ni, suka hentam je apa yang aku suka. lagi orang larang, lagi aku suka buat. haha. alergic dengan perkataan larangan. kakaka.
so untuk dapatkan A or A- aku mesti target aku dapat at least 70% dan ke atas. modul masih tunggang langgang. ade 3 hari lagi nak siapkan. masih lagi tak siap-siap. hmm, aku buat ngan tekun dan tak tahu la bila nak siap. macam kura-kura je buat keje. ish3. geram pada diri sendiri yang sangat sopan dalam membuat kerja.
fuhhhh... ku hembus perlahan-lahan nafas, supaya hilang sedikit stress yang ada kat dalam otak ni. padahal, aku rasa aku tak de laa terlalu stress.. biasa je aku rasa. tapi bila tengok kat cermin, ni muka orang stress.. lalala~ hati menyanyi riang walaupun stress..
tak pe. lepas siap semua keje ni, boleh laa balik. tapi aku masih berkira-kira mahu balik bila. tak kan nak balik tangan kosong kot. nak ke tak nak, aku terpaksa memerah otak untuk mencari idea bagaimanakah poket ku harus dipenuhkan. hehe. nak mintak dengan en.suami, haha. malu. nak mintak dengan mak, tersipu-sipu. ok. last, keputusan telah di buat. aku fikir lepas aku siapkan modul aku ni. hehe.
bukan payah pun. semuanya simple. aku je yang selalu rumitkan otak. bila aku fikir semua simple, aku rasa smooth je hidup aku ni. hehe. macam tu laa baru cool.. kakakaka. belajar untuk jadi cool. kerana telah dinasihatkan supaya tak cepat melenting.
akan aku usahakan semua perkara step by step dan tidak akan putus asa hingga ke titisan terakhir..
macam tu laa anak ayah.. =) mesti ayah bangga. lalala~
memang macam ni ke?
tetiap kali musim study week, ade je kes kecurian. curi hp la. curi duit la. curi lappy laa. curi baju dan semua dia nak curi. aku pun pelik. kenapa laa tiap kali musim study week nak exam, selalu macam ni. heran + ajaib = pelik.
memang macam ni ke fenomenanya?
kepada sesiapa yang nak ambik barang orang tu, insaf-insaflaa.. tak berkat pun aniaya orang ni. kalau nak berkat, cari sendiri. aku bukan apa. kesian kat orang yang kena curi barang tu.
mungkin ade hikmah dan kebaikan tersendiri. tapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. kita tak tahu apa yang berlaku akan datang. jadi, taubat laa sebelum terlambat.
ceh! berceramah laa plak.
kalau dulu, musim study week, dah start study. tapi sekarang, musim study week busy ngan exam dan paper work. huhu. banyak plak keje aku. tak sangka dah nak habis macam ni banyak plak keje.
nak kena sambung buat modul. aku pening-pening lalat lagi ni macam mana nak buat. orang lain semua dah siap. kakaka. aku baru nak mula. biasalaaa, aku...
ish3..
banjir.
mak cakap kat kampung banjir. harap bila aku balik, banjir dah tak de. harapan dan impian aku je. aku tak tahu kehendak yang Maha Pencipta. terserah padaNya jela..
macam tak sabar je nak balik. hehehe. wah!
mak, nak balik. ayah, nak balik. adik, nak balik... nak balik. nak balik. nak balik. kakakaka
penilaian BA
nama dah penilaian dalam pendidikan Bahasa Arab, comfirm-comfirm asigment, kertas keje, soalan, dan semua yang berkaitan termasuk P&P dalam BA. ish3.
itulah. ustaz mengajar kat depan, awak berangan. eh3 azura. azura.
jam7.30pm nanti, semua jantung akan berdetak kencang. termasuk aku. baca pun halai balai ni. macam mana ni. haha.
masih ade waktu. aku harap segalanya sempat dan teratur nanti. tidak mahu kelam kelibut. senyum pada diri sendiri mengenangkan aku seorang ustazah yang agak kelam kabut setiap masa. haha
nota kaki : sedang berdoa untuk diri, supaya mata tak mengantuk, otak yang cerdas, dan dapat mengingat dengan baik serta sekali gus jawab soalan dengan superb best. ngeh3..
susahnya membuat keputusan.
aku tak suka buat keputusan.
sebab?
aku tak suka tahu penyudahnya macam mana.
tapi aku terpaksa.
menjadi orang dewasa, kekadang menyusahkan hidup aku. mana tak susah. keputusan perlu diatur sendiri. perlu memilih sendiri. perlu menghitung sendiri. apa kepentingannya. apa keperluannya. apa kebaikan nya juga keburukannya.
senyum sendiri.
menyedut nafas dan menghembusnya kuat-kuat. lega. haha. gelakkan diri sendiri.
apa punya orang la. dah tua-tua bangka pun masih tak tahu nak buat keputusan lagi. sebenarnya memilih antara dua adalah satu perkara yang paling susah. membuat keputusan untuk berpihak pada satu pihak sahaja yang membuatkan aku pening.
kedua-duanya mempunyai kepentingan sendiri.
kedua-duanya ada keperluannya tersendiri.
kedua-duanya ada buruk baik sendiri.
yang mana satu, pilihan aku... aku tak tahu...
prosesnya juga mengambil masa. biarlah aku fikir dahulu. mampukah aku membuat keputusan itu. aku tak pasti.
mungkin ya.
mungkin tidak.
biarlah masa yang tentukan segalanya. aku suka.
lari bajet!
adeh. bajet masuk yang lain. lain plak yang masuk. aleh-aleh, aku masak lemak ketam hari ni. haha. macam mana tak jadi lemak berkrim disukai ramai, main hentam je.
dapat soalan td, fuh... aku tengok cik Purple. cik Purple tengok aku. sama-sama gelak. aku tengok Man. Man tengok aku. pastu kitorang bertiga gelak. haha. situasi terjadi selama beberapa minit kerana soalan tidak dijangka keluar. haha. mahu gelakkan diri sendiri pun ade. nasib aku pernah baca nota seperti soalan tu tanya. kalau tak, mati hidup balik, hilang free 20 markah.
tu laa, cikgu cakap jangan spot soalan. tak nak dengar. degil. paper esok, jangan plak nak spot. nanti jadi macam hari ni, haru hidup. ketawa masih bersisa dalam 15 minit awal. pastu serius. sebab masing-masing nak menang anugerah tukang masak terbaik. terutamanya cik Purple yang kat sebelah aku ni. haha. tengok muka dia, serius tahap dewa dewi tu... lalala~
aku ni exam ke, tukang snap picture orang? dah serius sangat. aku snap laa sekeping. hihihi. jangan marah ye cik Purple. kikiki.
so sekarang nak rehat otak kejap. lepas maghrib, sambung baca penilaian BA. ampun tak nak spot soalan dah. haha. haru dalam dewan exam nanti. :D (mampu ke aku tak spot soalan? confuse3)
jom.. rehatkan minda bersama-sama sambil menyanyikan lagu, taman puspawarna.. lalala~
exam tekno PI
sekarang, otak penuh ngan teori dan model-model pembelajaran. penuh ke? ntah. haha. bisa gila jadinya gini. lalala~ tak tahu mana 1 ingin diluahkan nanti. banyaknya aku baca buku.
masih mengantuk. pelik. tapi benar. orang lain semua cerah mata. tapi aku? sebaliknya. boleh ke macam tu?
doakan aku dapat jawab dengan cemerlang. kalau tak cemerlang pun, doakan amali masakan aku hari ini kelas A. haha. walaupun aku tak pandai memasak. pastikan penambah perisa ada dengan cukup.
get A untuk subjek Teknologi Pendidikan Islam.. =) ngeh3. berangan. tapi harap jadi realiti.