RSS

1st time..

status :
perut aku makin meragam. aku tak pernah rasa macam ni. first time. rasa macam nak keluar anak dari dalam perut pun ada. ish3.

may be ini adalah ujian dari Allah. first time aku rasa, ya Allah macam mana laa wanita2 lain melalui nya. huhu.. aku tak pernah bayangkan. selama ni aku tak pernah ada masalah kewanitaan ni. haha. may be Allah nak bagi rasa sekali. huhu. sakit belakang. sakit pinggang. sakit perut. semua sakit. ya Allah kuatkan aku. :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sama tak sama

setiap orang tak sama. setiap orang tak serupa. kenapa kita suka membandingkan diri kita dengan orang lain?

rezeki kita juga tak sama. rezeki juga Allah yang tentukan. yang penting.. kita kena usaha untuk mencari rezeki tu. bukan goyang kaki tengok tv. huhu.

tapi kalau kita dah usaha tapi juga tak dapat, macam mana tu? usaha-usaha, tapi tak dapat, nak buat macam mana. may be setakat itu je rezeki kita. may be setakat itu je yang Allah kasik. may be ada banyak hikmah sebaliknya. aku pun tak tahu.

yang penting, mesti kena redha dengan ketentuan Allah. qada' qadar Allah kerana manusia semuanya tak sama... :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hepi bezday..

happy birthday..
semoga panjang umur..
murah rezeki..
bertambah keimanan..
dan semakin matang..
semoga segala yang dihajati akan tercapai..
Amin...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

banner...

aku bukan seorang yang sangat kreatif. otak aku jugak boleh jem kalau asyik berfikir saje. aku juga bukanlah seorang designer yang baik. terutamanya dalam design berkenaan pakaian. haha.. hatta aku tak pernah memilih warna atau corak pakaian aku. itu semua di tentukan oleh mak ku yang sangat baik hati.

aku juga tak pernah machingkan colour-colour baju ku bersama tudung ku. kerana aku memang seorang yang tidak pandai dalam permilihan colour yang sesuai. jadi, aku bukanlah seorang wanita yang bijak memilih bentuk pakaian suami. aku tak kesah kalau suami aku pakai apa-apa yang dia suka. asalkan kemas. sesiapa yang menjadi suami ku, dia bertuah. kerana aku tidak cerewet dalam segi pemakaiannya. bahkan aku tidak kesah sama sekali dia berpakaian apa sekali pun. asalkan kemas dan menutup aurat dan tidak mencolok mata ku ini.

tapi kalau dalam mendesign buku kanak-kanak, aku suka. itu juga lah tugas aku sekarang. mendesign buku kanak-kanak, bukanlah sesusah memilih tudung yang sesuai untuk dipakai dengan baju. aduhai. aku tidak suka sama sekali.

dari petang tadi. setelah menyiapkan kerja yang bos bagi. aku kena siap kan blog untuk FESKUM. mula-mula layoutnya hijau. direject. kerana katanya tak profesional. aku memang penat. setelah berbincang dengan Farha. hmmm Farha laa aku cari time susah. haha. itu rutin. jangan tak tahu. kami decide pilih kaler merah. siap lah 1 babak.

babak ke2. banner blog. puas aku fikir. siapa yang boleh tolong buatkan aku banner untuk dimasukkan dalam blog. last-last, kenapa aku nak suh orang. aku buat sendiri lah. tak salah mencuba. hehe. last sekali jadi. waaa.. sakit kepale aku nak siapkan 1 banner blog ni.. aduhai..

aku publish, tapi tak dapat-dapat. hmm, aku mintak tolong seseorang. aku email dia. tapi, aku sedar.. dia juga seorang yang sangat busy. sekarang ni.. aku memang tak dapat nak bergantung dengan sesiapa. Farha kata, dia tak pandai. tapi aku sangat ucapkan terima kasih. kerana dia memang banyak membantu. sekarang terpulang pada aku.

last sekali, aku memang menyakitkan kepale aku ni, yang memang sedia sakit untuk menyiapkan kerja yang aku tak puas hati ni, akhirnya... siap pun, nak tengok hasilnya? hmm, siapa yang tengok, boleh laa komen apa yang tak cukup lagi. bantuan kalian memang sangat diperlukan. kerana aku bukanlah pembuat blog yang skemma. aduhai..

http://feskum09.blogspot.com/

ni blog yang aku dah edit. boleh klik di link nya.. tapi aku belum masukkan entry lagi. so sabar-sabarla.. sebarang komen bolehlah email : feskum09@gmail.com kalau tak nak email, korang tinggalkan jelah komen kat blog tu. aku tak kesah. hehe

komen kalian sangat aku hargai. aku nak letak cbox. tapi aku memang dah tak larat giler2 ni.. so kena rest laa.. nite..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

semakin hari semakin tua..

semakin hari, semakin tua. hari ni dah pun 29 mei. huhu.. esok 30 mei.. aku tak pernah rasa usia ku menginjak tua, may be aku masih juga seperti dulu. tak pernah serius, main-main, cincai, entahlah. may be juga, aku bukanlah seorang wanita yang tidak ada perasaan di mamah usia. haha

aku mengaku aku sudah terlampau tua. semakin hari semakin nyanyuk. tapi aku merasakan aku masih belum matang sepenuhnya.

macam mana nak berlagak matang? haha. siapa ada idea?

tapi, bagi aku, matang bukan pada lagaknya. matang pada fikirannya. matang pada setiap apa yang dia ambil tanggungjawab, dapat dipikulnya. kita boleh berlagak matang. tapi orang akan tahu, kita sebenarnya, bukanlah seorang yang matang.

tapi, jujur aku katakan, ada orang nampak matang, tapi perangainya.... masyALLAH.. Allah aje lah yang tahu.

so apa komen aku? setiap perkara perlu kepada fikiran yang matang. bukan pada lagak yang matang... :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

menulis, membaca & mengira

ya Allah, tulisan siapa pulak ni.. aduhai.. keluh aku sewaktu aku menanda kertas jawapan BM kelas 2 Mutiara. hm, tapi tak kanlah Aimi Nadia tulis macam ni. dia kan pandai membaca. aduhai. sakit kepala aku bila teringat kesemua pelajarku di kelas itu.

hmm, aku pergi tanya cikgu Normah la.. may be dia ada jawapannya..

*********

bingit. bising. seperti guruh berdentum-dentam di langit. menandakan hari akan hujan. itulah perumpamaan yang ku kira sesuai untuk kelas 2 Mutiara. aduhai, kenapa lah ada kelas sebegini bising di dunia aku aku ini. aku mengeluh di dalam hati. tidak dapat ku suara kan keluhan aku tatkala berdepan dengan pelajar kelas 2 Mutiara. aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"assalamualaikum. selamat pagi semua."
"selamat pagi cikgu."
"minggu lepas, kamu dah habis exam kan?"
"ye cikgu." jawapan serentak kedengaran.
"Syafiq mana?" tanya ku pada kelas kerana aku masih tercari-cari di mana kah Syafiq bersembunyi. tidak ada di bawah meja seperti kebiasaan.
"pergi tandas cikgu." jawab Alif.
"baiklah, cikgu nak kamu keluar kan kertas soalan BM, nanti kita bincang sama."

setelah setengah jam aku menerangkan kesalahan tatabahasa yang bukan sedikit salahnya. dan yang memang bukan banyak betulnya. biasalah kelas 2M. memang macam ni. aku memberikan tugasan mereka menyalin dan membetulkan semula apa yang salah dan yang betul juga harus ditulis. ini adalah untuk kebaikan mereka kerana kemahiran menulis belum mereka kuasai dengan betul. aduhai. sukarnya kerja aku. tapi aku sukakannya. kerana mereka semua cute sangat. hehe.

"aimi, datang sini kejap."
aimi datang tanpa banyak soal. dia merenung aku. aku senyum.
"mana kertas soalan aimi?"
"ni cikgu."
"buku yang cikgu suruh aimi betulkan mana? dah siap?"
"dah cikgu."
"boleh cikgu tengok?"
"nah.." sambil menghulurkan buku latihan BM kepada ku.
"cantik tulisan Aimi. siapa yang ajar Aimi menulis?"
"tak de orang ajar pun cikgu. Aimi belajar sendiri."
aku senyum menahan tawa.
"siapa ajar Aimi mengira?"
"ayah." pendek jawapannya. akan tetapi aku memahaminya.
"patutlah Aimi pandai matematik. siapa ajar membaca?"
"mak."
"hm, patutlah Aimi laju je membaca masa cikgu suruh. rupanya mak yang ajar. Aimi nak tahu tak?"
"nak.. nak.. nak.. apa dia cikgu?"
"Aimi, kalau Aimi tulis lawa-lawa sikit, huruf A bagi cantik. huruf B bagi handsome. huruf C bagi cute. mesti tulis Aimi makin cantik tau."
"betul ke cikgu?"
"betul lah. tapi Aimi kenalah ikut cara cikgu ajar macam mana nak tulis huruf A B C sampai Z."
"susah lah cikgu."
"ala, mana ada susah. Aimi membaca susah tak?"
"tak."
"mengira?"
"tak."
"habis tu tak kan nak menulis susah. Aimi kan budak pandai." dia tersenyum.

aku yakin. Aimi boleh melakukannya. aku amat mengharapkannya. kerana aku tahu, pelajar ku bukan pelajar yang dungu. mereka pandai. Syafiq sudah membuktikannya.

**********

"cikgu, budak Aimi memang macam tu. dia budak yang pandai. membaca mengira. tapi sayang, dia tak pandai menulis. cikgu tengoklah sendiri." sambil menunjukkan kertas jawapan Aimi kepada aku. aku sudah sedia maklum tulisannya memang akan begini. aduhai Aimi.. Aimi..
"cikgu Normah, semua matapelajaran ke tulisannya begini?"
"hmm," dengan anggukan penuh longlai.

soalan : tulis semula perkataan di bawah di dalam petak yang disediakan.

saya ada dadu.

jawanpan : ________________________

jawapan sepatutnya : saya ada dadu.
jawapan Aimi : ooo00oo00ooo0ooo0000

masih aku ingat tulisan aimi. aku ketawa sendiri. adakah dia sudah pandai menulis sepanjang pemergiannya ku 2 tahun ini? aku tersenyum. masih ku ingat, penuh di kertas setiap matapelajaran, jawapan Aimi adalah huruf-huruf O.. sama ada O besar atau o kecik. aku pun confuse. kenapa lah dia minat sangat huruf O.. terkecuali kertas jawapan matematik. kerana Aimi memang pandai mengira.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 kerja 1 masa..

kata orang, buat 1 kerja, dalam 1 masa. baru kerja tu akan teratur. tapi, itu kalau ada lebih masa. ni dah tak de masa.. nak buat 1 kerja dalam 1 masa jugak ke? huhu..

hm, boleh ke aku nak buat, 2 kerja dalam 1 masa. aku di berikan tempoh, hanya sekejap cuma. semua nak kena submit cepat. geram betul. ingatkan aku ni macam robot ke apa. hehe. tapi aku yang pinta kerja ni. jangan nak merungut pulak.

tapi setiap kerja, memang memerlukan comitment yang tinggi. kalau tak boleh nak ambil tanggunggjawab, baik jangan pohon kerja. aku tak suka orang yang tak serius semasa bekerja dengan aku. kerana aku tahu, kelak mereka akan menyusahkan hidup aku.

setiap orang diberikan keistimewaan masing-masing yang kita tak tahu sebenarnya ia ada di dalam diri kita. kata mak, aku kadang-kadang boleh buat kerja dalam banyak masa. kadang-kadang aku lost kalau buat kerja dalam 1 masa.

kesimpulannya, kalau kita nak, boleh je sebenarnya. tinggal semangat dan diri kita je yang menentukannya. kalau kita nak, buat 10 kerja dalam 1 masa pun boleh. tak mustahil. kerana manusia Allah ciptakan dengan penuh keajaiban.

besarnya kuasa Allah :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tom yam sea food..

"mak, mak nak makan apa?"
"makan lah apa-apa yang boleh kenyangkan perut mak ni."
"kita makan tomyam sea food ye mak?"
"ada ke tomyam macam tu?"
"ada lah mak. sedap."
"ikut lah. mak tak kesah. mak dah tua, semua mak makan." dia tersenyum.

aku hanya duduk memerhati. selepas di order semua menu yang berkenan, kami ramai-ramai berborak kosong. hm, kan best kalau tiap-tiap kali cuti semua family aku balik dan kami berkumpul ramai-ramai begini. aku suka suasana santai bersama family. kerana bagiku, family adalah segalanya. mereka lah syurga kebahagiaan ku. hehe..

"ish, lamanya tukang masak ni" keluh adik ku..
"dia baru nak pergi beli beras tu." aku mengekek ketawa.
"kalau ye pun baru pergi beli beras, tak kan laa lama sampai aku dah naik gastrik ni."
"hm, mana tak lama. kita semua makan, macam orang nak buat kenduri makan tau"
"kenapa pulak?"
"laa, kan kita ke sini 4 buah family. kira laa berapa orang semuanya. mahu patah tangan tukang masak tu, dah lah menu nya berbeza."

aku yang asyik berborak dengan adik ku berhenti. diam.

"ni kenapa kecoh-kecoh ni?" soal ku.
"ni ha, mak cik kamu ni," jawab abang di yang masih bersisa gelaknya.
"kenapa dengan mak cik?" soal ku. ku lihat mak cik hanya mengulum senyuman yang terselit 1001 kelucuan.
"tadi abang di cakap, nak order tom yam sea food. mak cik kata ye."
"pastu.." ada suara yang tak sabar nak mengetahui cerita sebenar.
"bila sampai. dia punya laa cari sesuatu dalam tomyam tu. naik berkerut mukanya."
"mak dengar lain yang di sebut tadi."
"dia cari siput dalam tomyam. hahaha." terburai abang di ketawa.

aku terpisat-pisat lagi untuk memahaminya. orang lain dah terburai ketawa. bila ku fikir-fikir.. baru ku dapat jawapannya..

yang di sebut, tomyam sea food. yang di dengar, tomyam siput.. patutla makcik cari siput tak jumpa. haha.. aku ingin ketawa. tapi aku hanya senyum. lambatnya aku memahami. buat malu je. huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kelegaan..

benarlah kata orang.. kebahagian itu adalah hak milik setiap insan.. kerana bahagia tak kan hadir jika kita tidak mencarinya..

mood.. bahagia + ceria + happy + mappy + senyum + gembira.. hehe.. aku tak dapat menggambarkan perasaan aku. tapi hanya itu yang ku tahu.

aku bahagia.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

happy mappy vs sedey huhu

adakala.. kesedihan itu penting.. untuk ingatkan betapa nikmatnya pada sebuah kegembiraan. tapi aku tak suka pada perasaan sedih. kerana ia akan buatkan aku blur. bila sedih, aku blur. bila sedih, aku pening. bila sedey, comfirm momfirm aku akan masam.. aku tak suka masam. sebab masam itu tak seindah dan secomel ketika aku senyum.. huhu

tapi perkara yang membuatkan aku sedih tak banyak. orang yang buat aku sedih, selalunya orang yang aku sayang. padahal kekadang aku sendiri yang mencipta bahana itu. aduhai.. nama je dah menjangkau 250 tahun. tapi otak aku ni tak matang-matang jugak.. apa laa nak jadi.. (ayat ketika aku sedih.. waa..)

selalunya.. orang yang aku sayang ni, selalu je buat aku sedih. rindu kan dia pun aku sedih. teringat kan dia pun aku sedih. bergaduh, memang sah-sah sedih. kalau bergaduh, tak sedih-sedih jugak, adalah laa yang tak kena dengan otak kau orang tu.. hehe..

tapi kan.. macam mana laa aku nak pujuk diri ini dari jangan terus bersedih? aku bukanlah wanita yang pandai memujuk. menggoda pandai.. hahaha.. (goda FARHA je sokmo.. hihi.. kan3?) pujuk diri sendiri aku tak pandai.. sah-sah lah pujuk orang aku lagi tak pandai.. menangis untuk orang, itu aku boleh. skill aku tu. jangan tak tahu, sebab aku kan penyedih orangnya..

hm, mahu aje air mata ini tumpah tatkala di landa kesedihan ini.. ewah3.. ajarlah aku memujuk. nescaya aku akan selalu memujuk mu.. hehe.. waaa.. bukan main ye... ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

feskum punya pasal..

aku datang sini lagi. walaupun time ni, ramai kawan-kawan aku yang cuti, holiday, ada juga yang kerja untuk mencari income tambahan untuk semester baru nanti. hmm.. aku?

aku datang kL. datang UM lagi. aku laa student UM yang rajin. haha. huru hara UM di buat aku. wawawa. apa kes nak datang UM lagi walaupun aku di beri cuti 2 bulan sama seperti pelajar lain? hehe. aku kan rajin. tak delaa.. aku datang untuk menjayakan program perkampungan FESKUM.. hmm, aku pun tak tahu macam mana aku boleh berkenan dengan feskum.. dulu masa jadi usherer feskum pun tak dapat sijil. orang yang janji nak kasik sijil, memang orang yang munafiq.. haha.. suka nya aku kata orang. tapi dah janji, mestilah kena tepati. AJK lain dah dapat sijil. aku? tak dapat-dapat sampai sekarang..

adakah aku mengeluh? tak.. just geram je.. =)

hmm.. pengorbanan itu kadang-kadang berbaloi dan kadang-kadang tidak. itu lah lumrah kehidupan. aku harap feskum kali ni tak kan menyusahkan aku. kalau menyusahkan pun, aku dah tetapkan hati untuk membuatkannya senang. kerana aku yang pilih menyertainya. hehe. tapi hanya buat kali ini sahaja.. waaa... teruknya aku.. itulah aku.. walaupun teruk, aku bangga dengan diri sendiri..

kau orang macam mana? tengah syok cuti? selamat bercuti ASMA,... hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:) perasan!

malam esok aku dah nak balik kL.. sepanjang duk rumah.. apa kah pekerjaan tetap aku? hehe.. iaitu.. menjahit baju raya.. hehe

kenapa cepat sangat? ini adalah kerana baju raya aku dan adik-adik perempuan ku yang lain termasuk baju emak, aku lah tukang jahitnya.. kenapa dan mengapa.. habis tu, apa faedahnya kalau aku pandai menjahit kalau aku tak jahit? aduhai..

tujuan utamanya ialah untuk mengurangkan perbelanjaan mengjahit baju yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.. huhu. so, aku kena lah tolong family.. kalau sepasang rm25, 5pasang? rm125. kalau 2 pasang setiap seorang.. tak ke jadi 1o pasang, kalau gitu, harganya pasti mencecah rm250. hmm, kopak duit bapak aku.. huhu..

so sebagai seorang anak yang baik, aku kena lah tolong mak ayah, betul tak? hehe.. baiknya aku ni.. tak tahu lagi ke? hihihi ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

punya laa malas..

aku masih kat umah.. aku dah banyak menulis entry.. tapi aku tak publish kan.. huhu.. kenapa? entahlaa.. may be kerana 1 alasan yang tak masuk akal iaitu.. malas untuk menekan PUBLISH POST..

tak kah aku ini seorang yang pelik? aduhai.. tak pe laa.. bila aku dah sampai kL, aku akan publish sekali gus semua entry-entry aku yang dah aku peram untuk menjadi asam ni.. hahaha.. sengaL..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

selamat hari guru..

walaupun agak terlewat untuk aku ucapkan.. aku nak jugak ucapkannya..

SELAMAT HARI GURU..
KEPADA SEMUA GURU-GURU AKU..
SAMA ADA..
GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR AKAR..
GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH..
GURU-GURU KUSZA..
ATAU PUN GURU-GURU AKU SEKARANG.. UM..
SELAMAT HARI GURU..
JASA KALIAN AKU KENANG SELAMANYA..

juga selamat hari guru kepada aku.. wakaka.. kerana aku adalah bakal guru.. hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

thanks kapten..

pagi tadi.. masa tengah siapkan bahan-bahan untuk memasak, sambil borak-borak dengan adik-adik dan mak, hon berbunyi, posmen agaknya, aku meneka je.

yup, memang betul tekaan aku..
"tie surat untuk siapa?"
"untuk kak laaa,"
"dari siapa? pos laju ni kak, rozali,"
waaaa, tak ku sangka, aku ingatkan kapten main-main dengan aku, rupanya memang betul-betul laa.. aku teruja. dapat hadiah laa katakan.. hehe

so sesiapa pun tidak di benarkan jealous ok.. huhu.. nak tahu apa hadiahnya? tanya laa kapten.. hehe..

whatever pun.. thanks kapten.. sweet sangat.. aku suka.. :) lebar senyuman aku.. wakaka

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ya Allah..

aku tak sedar pun hari ni ialah 11 mei. aku patut kena balik malam ni. aduhai. mati2 aku ingat esok 11 mei.

aduhai.. penyakit betul.. aduss.... mak dah call suruh ablik. master plan tak submit lagi. pastu apa-apa pun tak siap lagi. hm.. aku ni...

lepas siapkan kerja mesti kena kemas barang. esok nak kena temankan nur pergi interview maktab. adik aku tu dapat maktab laa pulak. tambah seorang lagi cikgu dalam rumah. hehe..

aku cuti 2 minggu. pastu datang balik untuk perkampungan feskum.. aduhai.. nampaknya tak cuti lagi laa aku.. huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jom KEJE..

pagi-pagi lagi aku dah mengira kerja apa yang perlu aku siapkan hari ni. huhu..

  1. surat nak kena hantar untuk master plan FESKUM 09. sebelum kul 6pm tu.. aduhai.. dahla baru kasik semalam. apa laaa punya ketua.. aku tahu laa aku ni SU. tapi sekurang-kurangnya lantik laa awal sikit. hukhuk.. ni semalam lantik. semalam kasik kerja. hari ni, hantar.
  2. layout untuk Buku Bahasa Arab tahun 1. Muhtawayat nya masih tak siap lagi.
  3. design untuk buku Bahasa Arab tahun 2. semua tak siap lagi. huhu.
  4. menjawikan manuskrip akidah. haa, yang ni lagi banyak. waaa.. mati aku kerja sorang-sorang.
tapi apa yang menggembirakan hati aku hari ni ialah kamus AL-FARID terbitan telaga biru yang aku layout dan siapkannya tahun lepas, dah terbit. puas hati aku tengok. katanya kamus tu sale nya bagus. lagi laa aku puas hati. hehe.

so, jom kerja!! :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

nak holiday.........

aku ingat selepas exam boleh laa aku berehat. tenangkan otak yang serba serbi serabut ni. tapi kerja makin banyak. aku yang sangat suka menaip pun jadi tak sempat nak fikir pasal menaip. huhu.. tak sempat nak fikir apa-apa.

tapi aku sempat nak fikir 1 je. kerja aku menimbun. dan berlambak-lambak. memandangkan hanya aku seorang yang bekerja. then, staff lain dah balik cuti dan ada yang dah berhenti kerja kerana mendapat panggilan KPLI dan KPLI j-QAF. nampaknya.... aduhai..

so.. aku kena kuatkan semangat. sebab dah janji dengan bos nak siapkan semua design buku untuk aku balik holiday. sebenarnya untuk aku dapat gaji lebih.. hahaha.. itu motif utama. jangan tak tahu.. hehe..

birthday adik-adik. hari ibu. macam-macam lagi nak kena beli. hmm.. baiknya aku sebagai seorang kakak.. wakaka.. baik laa sangat. aku harap aku dapat siapkan kerja dengan cepat dan yang penting boleh balik holiday, peluk mak, tidur bawah ketiak ayah.. hahaha.. waaaa, syoknya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

selamat hari ibu..

ibu..
pesan ibu beribu-ribu,
bahkan mungkin berjuta-juta,
kasih sayang ibu,
umpama ombak yang menghempas pantai,
tiada pasang surut nya.

ibu,
kasih sayangnya adalah kasih abadi,
cintanya adalah tulus,
menjaga, mendidik, menasihati,
dia lakukan dengan ikhlas sanubari.

ibu,
tak pernah mengenal putus asa,
tak mengenal erti luntur,
tak tahu erti lemah,
semangatnya semakin hari semakin kuat,
kagum, terpesona,
tabah, kuat, bersemangat,
kerana anaknya dia berdiri teguh.

ibu,
terima kasih atas segalanya,
aku menyayangi mu,
aku merindui mu,
terima kasih atas pengorbanan yang kau lakukan,
moga Allah sentiasa merahmati dirimu, selamanya.

SAYANG MAK SOKMO =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

huhu

badan aku masih lenguh. entah kenapa pun aku tak tahu. may be sebab angkat buku aku yang menimbun. 4 kotak. selama aku dk 2 tahun di kL.. dan banyak lagi kerja yang belum aku selesaikan dan perlu aku siapkan dengan kadar segera sebelum aku balik kampung. huhu.. may be kerana itu jugalah badan aku yang dah pun tua ni mengalami lenguh-lenguh dan sakit-sakit.

waa.. aku membayangkan urutan di Spa. dengan minyak aromaterapi.. hehe.. udah-udah ler.. kan best kalau ada org sudi mengurut aku dengan bayaran free.. hahaha..

mana ada istilah free dalam hidup. semua berbayar. huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku tersenyum bahagia..

"syafiq, kenapa main bawah meja?"

syafiq diam. berbuih mulut aku menanyakan dia.
hm, aku telah pun mengambil inisiatif lain, bertanya kepada guru-guru lain tentang mengapa, kenapa, bagaimana Syafiq boleh jadi macam tu.
kata guru-guru lain, Syafiq memang begitu, abangnya juga mempunyai masalah yang sama. sekarang, abangnya telah ditempatkan di sekolah kanak-kanak khas. abangnya lagi teruk. kalau datang ke sekolah mesti sepanjang sesi pembelajaran tak mahu ke mana-mana, bahkan di bawah meja lah tempat dia menghabiskan masanya. tapi Syafiq lain sikit aku tengok, tak macam apa yang diceritakan, yang di khabarkan padaku.

aku masih ingat,
"Syafiq, jom main A B C, nak tak? kita main lompat-lompat A B C," kata aku dengan nada memujuk.

Syafiq tersenyum, dan dia keluar dari bawah meja. aduhai, nak kena ajak main dulu baru nak keluar. aku senyum. Sepanjang sebulan aku mengajarnya, dia hanya terkebil-kebil memandangku, tiada sepatah kata pun terkeluar dari mulutnya. hairan. apabila ku menunjukkan abjad, ni lah A B C dan seterusnya, dia hanya memandang ku kosong. aku memutusan untuk mengajarnya huruf-huruf vokal terlebih dahulu. may be ia berkesan kataku.

"Syafiq, lompat ke huruf A, cepat-cepat. nanti Syafiq terkeluar."
dia hanya memandang. aku senyum,
"kat sebelah kiri Syafiq tu."
dia lompat ke sebelah kiri. murid-murid lain juga leka bermain lompat-lompat A B C.

lompat-lompat A B C ni adalah istilah yang aku berikan dalam kelas. untuk memudahkan pelajar aku faham. kebanyakan mereka masih lagi tidak mengenal huruf. tapi bila di suruh baca, lancar aje sebutan, may be sudah mengingat. aku pun hairan. tapi bila di suruh cari huruf, selalu aje salah. dan tak tahu pun mana hurufnya. aduhai, pelajar ku...

"Syafiq,"
dia tidak menjawab bahkan dia tiba-tiba ada di depan ku. kerana aku sedang asyik melihat namanya, apalah yang dieja ni. puas aku memikirkannya. aduhai.. semua huruf konsonan, yang peliknya, macam mana aku nak baca kalau hanya dua huruf aje yang ada. ish3.. macam-macam hal pelajar aku ni.
"Syafiq..."
dia hanya mengangguk.
"ni nama Syafiq eh?" aku menyoal.
sekali lagi dia mengangguk.
"apa ye yang Syafiq eja ni? cikgu tak pandai lah. Syafiq boleh ejakan untuk cikgu?" aku cuba memerangkap supaya dia mengeluarkan suara emasnya.
"hmmm," hanya itu yang kedengaran. dia seolah-olah sedang berfikir, apa ye nak jawab dengan cikgu ni. hehe. pada fikiran aku je tu.
"Syafiq kan pandai, mesti Syafiq boleh eja nama Syafiq dengan betul," aku senyum.
Syafiq juga senyum. kemudian dia menyebut consonan S dan juga Q. hmm, aku tengok tak macam huruf S dan Q pun.. confuse. hehe. aku biarkan saja.

aku masih ingat lagi hurufnya macam mana. masih segar di ingatan. umpama baru semalam aku melihatnya. pada hal ia telah pun berlalu 2 tahun lepas. sekejapnya masa berlalu. dalam tempoh 3 bulan lebih aku hanya mengajar Syafiq 'vowel sound'. Syafiq kekadang mengikut apa yang aku sebut. dan kekadang hanya terkebil-kebil. pernah juga aku naik geram dengannya. tapi, aku sedar. semakin aku marah, semakin dia tak nak belajar. huhu. so terpaksalah menggunakan cara yang penuh kelembutan.

4 bulan berlalu untuk Syafiq, may be dia berasa perit untuk melalui tempoh yang sebegitu sekejap bagi ku. tapi aku buat semua untuk kebaikannya. aku mahu dia tahu skill 3M. aku tak mahu dia menjadi murid ku yang dungu.

pada pertengahan bulan mei 2007. ada perkara yang menggemparkan aku. Syafiq dapat menyebut dan mengenal huruf dengan betul. saat itu, hanya Allah yang mengetahui betapa gembiranya hati aku. betapa aku ingin bersorak riang saat Syafiq menyebut vowel sound dengan betul. betapa aku ingin ketawa kegirangan. tapi aku tahan. kerana... ish ni kan sekolah. tak kan laa aku nak melompat-lompat riang. hehe.

saat itu, air mata ku bergenang. ingin mengalir. cepat-cepat aku seka dengan tangan. tak mahu Syafiq melihatnya. dada ku sebak. pelajar aku dapat menyebutnya dengan baik. itu adalah perkara yang paling menggembirakan hati ku. waaaa.. aku bersyukur. Syafiq.. Syafiq.. aku senyum bahagia..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

makhluk..

hari yang amat memeningkan kepala. semalam aku sudah siapkan 1 design. pastu yang memeningkan, aku mesti menyiapkan design yang di buat oleh staff yang tak bertanggungjawab! geram aku di buatnya. tak pe. tak pe. sabar itu adalah indah.

hmm.. tapi hidup ini indah kan. kita tak pernah jumpa orang yang sama perangai, sama sikap, atau sama orang. hehe.. kerana itu lah, may be guru adalah jawapannya. kerana di sini, aku akan temui ramai lagi makhluk-makhluk pelik. hehe.

makhluk? haha. confuse... :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

guru.. guru.. guru...

aku terfikir.. aku adalah bakal guru.. pembetulan.. ustazah.. adik aku yg jepun tu pun bakal cikgu.. cikgu math.. sekarang, nur pulak yang di panggil interview untuk maktab. huhu.. tak kan semua adik-adik aku ni nak jadi pendidik anak bangsa.. aduhai..

tapi bagus gak. sekurang-kurangnya ilmu yang aku bagi boleh membawa bekal kepada ku di akhirat kelak.. hehe.. positive thinking ok.. waaa..

so.. aku harap nur akan berjaya mendapatkan status guru yang dipohonnya. good luck untuk interview nanti. may GOD bless U.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kelapa itu memilihnya..

bulan mei. adalah bulan bersejarah bagi warga guru. kenapa? kerana di bulan mei laa guru-guru menyambut hari guru. masa ni lah guru semua akan enjoy. dan pelajar pula mengambil kesempatan membuli guru. hehe.. di sekolah ketiga aku ni lah aku menyambut hari guru. sek keb Darau. guru besar sekolah ni adalah status guru besar cemerlang.

aku bukannya apa. waktu tu aku tak tahu bahawa macam mana sikap guru besar cemerlang. huhu. tapi aku bukan guru yang tak baik ok? hehe.. waktu hari guru adalah waktu pelajar menghargai guru nya. ada pelajar yang memberikan gurunya hadiah. ada yang hanya memberi kad. dan termasuk, pelajar suka mengambil kesempatan untuk membuli guru-guru mereka. dan bermacam lagi lah. guru sangat bertuah hari ni. hehe..

program pada hari guru, sangat banyak. tapi yang penting sekali, kami semua dihendaki menyanyi lagu hari guru.. hehe.. aku bukan tahu menyanyi. menyanyi pun aku hanya menyanyi di dalam kelas muzik. lepas kelas muzik, aku langsung tidak menggunakan suara emas ku ini. aku bukan nya apa. aku takut, bila aku menyanyi, katak akan memanggil hujan. kerana katak memang dengki dengan suara emas ku ini. hehe

*********

"alaa cikgu ni... main laa betul-betul."
aku senyum dan mencebik bibir. memprotes.
"2 kali lagi cikgu. cikgu mesti boleh." kata aisyah.
"yeke? cikgu tak pandai laa."
"ish cikgu ni. saya pun pandai. cikgu tak pandai pulak."
"cikgu mana pernah buat kerja-kerja macam ni."
"dah-dah-dah." pengadil meniup wisel.
aku pegang dengan erat dan membalingnya. sekali lagi tepat. dan betul-betul di hadapannya.
aduhai.. sekali lagi aku malu.
"alaaaaaaaaa.."
semua pelajar kecewa. kerana mereka bertaruh. aku tak tahu apa yang dipertaruhkan. tapi aku sememangnya tahu, mereka bertaruh atas nama ku. kurang asam punya budak. sesedap rasa je mereka membuat aku barang pertaruhan. tak pe. tak pe.
"cikgu.... buatlaa elok-elok.." kata ahmad.
"yela. yela.."
kali ketiga aku dengan penuh keyakinan membalingnya. wah.. sekali lagi, tepat-tepat. aku sekali lagi kemaluan. aku menjadi hairan. kenapa perkara ini terjadi? apakah salah ku? adakah aku tersalah pegang. atau memang aku tidak mempunyai bakat itu. aduhai. aku dengan segera berlalu dalam keadaan malu. hakhak. malu laa sangat.
kenapa aku malu? kerana semua pelajar gelak kan aku. ish3. memang pelajar ku nakal.

*********

petang.
"cikgu.."
"ye."
ramai pelajar yang menyerbu ke bilik ku. kenapa pulak ni? ada-ada je budak-budak ni. namun aku masih tersenyum.
"hmm, ada apa ramai-ramai ni?"
"wah cikgu.. bukan main lagi cikgu ye?"
"kenapa?"
"hehehe" mereka ketawakan aku.
aku yang tak tahu mana hujung mana pangkal kebingungan.
"alaa..tadi tu.. yang main bowling padang."
aku tersenyum. mahu tergelak aku di buat mereka. tapi cepat-cepat aku control ayu.
"kenapa pulak dengan bowling padang?" aku menyoal, konon laa buat tak tahu. haha.
"eleyh. semua orang dah nampak cikgu." kata aisyah.
"nampak apa ni? mana ada apa-apa."
"alaaa.. cikgu suka cikgu wan kan?"
"mana ada." aku menafikannya. kerana itu lah yang sebetulnya.
"habis tu kenapa kelapa yang cikgu lempar tadi asyik berhenti tepat-tepat di depan cikgu wan?" soal syukri. mungkin mahu kan kepastian.
wah soalan syukri... aku terkedu.
"bukan salah cikgu. kelapa tu yang memilih cikgu wan. cikgu tak pilih dia. dah-dah, cikgu nak pergi bilik guru besar ni. pergi-pergi semua."
"wah, muka cikgu merah laa. cikgu malu." semua ketawa.
aku berlalu pergi sambil mencebik bibir kepada pelajar ku. mereka ketawa. adakah salah ku? bukan aku yang memilihnya. kelapa itu yang memilihnya. kerana bowling padang pada hari guru kelapa jadi bolanya. padang jadi landasannya. mana dia nak tergolek. aku senyum. bukan salah aku. aku senyum sendirian. pelajar-pelajar ku lebih advance dalam memikirkan perkara seperti ini. aku senyum lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

penat.

keadaanku..
penat+letih..
teringat satu peristiwa kelakar.
hmm.. esoklaa aku publish.. lagipun badan aku sakit.
semua segenap penjuru badan sakit. orang kuat laa katakan..
haha..

keadaan kedua..
ngantuk. perlukan rehat.
rehat yg cukup penting untuk memastikan keanjalan kulit muka ku..
waakakaka..
awet muda laa kononnya.. hehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

geram..

situasi..
tahap geram yang melampau..
sabar itu sebenarnya ada baiknya..
api marah tu amalan syaitan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

wish u happy always..

hepi bezday k.dila.
semoga panjang umur, murah rezeki..
semoga yang dihajati akan tercapai.
dan yang di inginia akan termakbul oleh Allah..
semoga Allah rahmati hidup k.dila..
wish u haoy always..
senyum2 sokmo. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

P A P A.. papa..

pagi-pagi lagi ahmad ke bilik aku. memandangkan ketika itu aku adalah guru pemulihan bahasa melayu, aku memang dikhususkan sebuah bilik untuk aku bawa pelajar ku yang tidak tahu membaca ke sini kerana aku akan memanggil mereka pada waktu bahasa melayu. di sini laa aku mengajar ilmu 3M kepada mereka semua. dan ini merupakan sekolah yang ketiga yang aku jejakan kaki.
"cikgu, cikgu.."
aku berpaling. dan melemparkan senyuman. apa laa si ahmad ni pagi-pagi lagi sudah ke mari? mahu menuntut hadiah kah? omel aku sendirian. namun aku masih melayan kerenahnya yang sangat penat untuk aku layan. haha. ini lah tugas seorang guru.
"awal ahmad pagi ni. dah makan?"
"dah cikgu."
dia tersengeh. menampakkan giginya yang agak tidak tersusun. aku masih ingat. dia seorang budak lelaki yang aku kira aktif. bukan dalam kegiatan sekolah. tetapi aktif mengacau aku tika gurunya tiada dalam kelas. aduhai pelajar ku...
"cikgu.."
"ye.."
"semalam cikgu kata nak ajar saya eja ayah."
"kamu datang tuntut janji laa ni?"
"hehe.. nak hadiah jugak.." katanya sambil menadah tangan kosong.
aduh.. pagi-pagi dah mintak hadiah. ni mesti datang sebab kes hadiah. bukan sebab ejaan ayah tu. huhu. penat aku.
"hmmm.." aku senyum.
ahmad masih tersengeh di hadapanku. aku menyoal ahmad itu ini dan di jawabnya dengan baik tanpa berselindung.
"ahmad, cikgu tanya boleh.?"
"boleh."
"ahmad tak pandai nak eja ayah ye?"
"pandailah cikgu. kan dah bagitahu semalam. confuse sikit je. hehe" dia ketawa sambil tersengeh ke arahku.
"cuba ahmad eja kalau ahmad pandai. nanti cikgu baiki kalau salah." aku cuba memerangkapnya.
"alaaa.. saya nak tengok cikgu eja laa. mana tahu kalau-kalau cikgu salah eja."
hah? aku dikatakannya salah eja. amboi-amboi.. ni sudah lawan tokey. tapi ku telan dalam hati saja perkataan itu. tak terluah di bibir. hmm.. masih tak mahu mengaku dia tak pandai mengeja. haha.. aku bagai nak tergelak melihat perangainya.
"macam mana nak eja aaaa.." aku menyebut panjang-panjang.
"alaa.. huruf A jelaa cikgu. itu pun tak tahu."
wah sudah mengalahkan tokey ni.. hm.. namun kerenah itu tetap aku telan dengan penuh sabar. inilah harga yang perlu aku bayar setelah aku memohon menjadi seorang guru.
"oh yeke.. cikgu mana tahu. cikgu tak pandai macam ahmad."
dia sengeh mendengar pujian ku.
"saya memang pandai."
"kalau nak eja YAH pulak macam mana eh ahmad?"
"Y A... bunyinya ya." sebutannya perlahan.
dan dia berhenti di situ. tidak dapat meneruskan ejaan nya. aku dah agak. dia memang tak dapat nak eja apabila 3 huruf digandingkan. aku menunggu dengan sabar.
"alaa.. cikgu.."
"kenapa?"
"sekarang zaman moden la.. mana ada ayah-ayah lagi?"
"hah? habis tu, kalau tak de ayah, ada apa?" aku menyoal.
"orang sekarang da tak panggil ayah-ayah lagi tau. orang sekarang guna papa. kan zaman dah moden. papa.."
wah.. aku tak menyangka itulah jawapannya. terkebil-kebil aku menelan jawapannya. aduhai ahmad..
"ejaannya P A P A.. papa.. cikgu tahu tak eja papa?"
aku senyum.
"P A P A.. papa."
dia memprotes lagi.
"tak yah laa eja ayah-ayah lagi. nanti balik rumah bagitahu ayah saya dah pandai eja papa. tak yah lagi ayah-ayah. panggil papa je senang."
selepas itu, dia berlalu pergi tanpa mengatakan apa-apa dan mungkin dia sudah lupa akan hadiah yang di minta sebentar tadi. aku ketawa sendiri.
saat itu aku tahu, rupanya ayahnya yang menyuruh dia bertanyakan aku. aku tersenyum. sehingga kini, aku masih ingat. zaman moden sekarang tak yah pangil ayah. panggil papa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

macam mana nak eja ayah?

lagu semut

tubuhnya yang kecil badan berkerat tiga,
ada enam kaki sesungut di kepala,
ada yang melata dan terbang di udara,
bermacam bentuknya bermacam warnanya,

serangga yang halus sangat rajin berkerja,
bermacam bentuknya, bermacam warnanya,
serangga yang halus sangat rajin bekerja,
tak mengira siang malam,
tekun berusaha dua sifat mulia,
marilah kita amalkannya..

***********

"salin lagu ni, nanti kita baca dan nyanyi sama-sama eh,"
kata aku kepada pelajar kelas 6 umar, pelajar kelas akhir. kebanyakkan mereka tidak tahu membaca dan menulis. sebagai seorang guru, aku harus mencari inisiatif supaya dia dapat menulis dan membaca dengan baik.
"cikgu, susahla.." kata abdullah.
"ala, apa yang susah nya?"
"panjang sangat lagunya."
"hmmm.." aku menjeling nya sekilas. dia tersengeh.
"siapa yang siap salin awal, cikgu bagi hadiah." kata ku menarik perhatian.
semua bersemangat. menyalin dengan tekun dan berlumba-lumba menyiapkannya. aku hanya ketawa di dalam hati. kelakar betul budak-budak ni. hadiah punya pasal sanggup berlumba menyiapkan kerja. hehe.
"siap!" kata aisyah. dia melompat kegirangan.
di kelas ini, tak kesah lah nak lompat ke nak apa. kerana kelas ini memang di khusus kan untuk budak-budak permulihan macam mereka. mereka bebas bergerak. melompat. bermain. asalkan mereka membuat aktiviti yang aku suruh. hehe.
"alaaaa... mana aci.. aku nak hadiah jugak." kata abdullah mencebik.
aku hanya tersenyum melihatnya.
"malas lah aku nak siapkan! nanti cikgu mesti tak kasik hadiah lagi." dia meletakkan pensil yang dipegang ke atas meja sambil menompang dagunya. memprotes.
aku senyum.
"abdullah, siapkan cepat. nanti cikgu bagi hadiah untuk semua orang yang siapkan kerja."
"ye.. ye.. yes!" abdullah nampak nya gembira. aku menggelengkan kepala. aduhai. penat aku nak melayan. macam-macam hal.
sebentar kemudian..
"dah siap!"
kebanyakkan pelajar sudah pun menyiapkannya.
"dengar cikgu nyanyi. awak semua ikut eh"
"baik!"
aku menyanyikan lagunya dengan suara yang agak baik, aku kira. wakaka.. macam kelakar. akulah ustazah. akulah cikgu muzik. akulah cikgu pemulihan. akulah cikgu pendidikan seni. hmm.. ginilah menjadi seorang guru. seharusnya seorang guru adalah seorang berperwatakan serba boleh. aku pun confuse. tiba2 aku dapat menyanyi dengan baik. haha. tergelak aku dalam hati. perut, usus, hati, limpa, jantung aku juga turut ketawa mendengar suara aku yang sangta...... haha. tidak aku dapat ceritakan suara ku. mesti kena dengar sendiri. masuk kelas, aku ajar muzik. comfirm kamu semua lari.
"waaa.. suara cikgu sedap." kata syukri.
"ish kamu ni, ke situ pulak. cikgu suruh kamu dengar dan ikut lagu ni." hmm.. aku menjenggilkan mata. dia ketawa.
"syukri, try baca."
"saya tak pandai cikgu." katanya tanpa segan silu. aduhai. jujur aje dia berkata. aku pun mengurut dahi yang tak sakit.
"kenapa cikgu? sakit kepala ye?"
"tak. kamu ni..."
"hehe..."
"masa dah tamat. esok, cikgu nak kamu semua hafal lagu ni. mesti ingat. dan pastikan kamu boleh baca. siapa yang dapat baca dan ingat. cikgu bagi hadiah."
"baik cikgu.."
tiba-tiba ahmad mencelah.
"cikgu, macam mana eh nak eja ayah?" kata ahmad.
"nak eja ayah? kenapa? kamu tak pandai eja ayah eh?" aku menyoal kembali. aduhai pelajar ku ini..
"ala... pandai lah cikgu. cuma confuse je sikit."
aku menahan gelak. tak nak mengaku dia tak pandai. itu lah pelajar aku. haram mengaku tak pandai.
"awak panggil apa ayah awak kat rumah ahmad?"
"papa. haha" dia ketawa.
"hah? main-mainkan cikgu ye?"
"alaa cikgu.. macam mana nak eja ayah ni?"
"ahmad masuk kelas dulu, esok cikgu ajarkan. tapi kerja sekolah ahmad jadi 2 hari ni. satu baca lirik lagu. no 2, tanya mak nak eja ayah macam mana."
"alaa cikgu ni.."
aku menjeling dan menunjukkan ke arah bilik guru besar. dia tersengeh. lalu berlalu. aduhai pelajar ku..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cikgu.. cikgu..

"cikgu.. cikgu.."
"eh, bukan cikgu laa.."
"habis tu nak panggil apa?"
"ustazah la, ustazah kan mengajar jawi dengan AI,"
"eh3, ustazah,"
"ada apa ni?"
"ustazah cantik, ustazah dulu tak cantik, pastu garang lak tu," dia mengomel, tanda protes.
aku hanya senyum. aduhai. budak-budak zaman sekarang, dah pun pandai itu ini. tapi yang istimewanya mereka ialah mereka jujur dan langsung tidak tahu menipu.
"tak baik cakap ustazah awak macam tu, berdosa, tuhan marah. tak takut tuhan marah?"
"ala, tuhan baik, apa nak takut. kita kena takutkan orang jahat je."
hah? terkedu aku dalam hati. apa aku nak jawab ni, mati akal aku bila dialog dengan budak-budak ni.
"habis tu, awak takut siapa?"
dia diam, tak tahu nak menjawab, tapi dari raut wajahnya ada sesuatu yang dia ingin khabarkan. aku hanya diam, menunggu dengan penuh kesabaran.
"sssshhhh," sambil meletakkan jarinya ke mulut.
"kenapa-kenapa?" soal aku sambil memperlahankan suara, mengikut rentaknya.
"saya takut hantu, hantu jahat ustazah, dia ada muka buruk,"
"ish, siapa cakap ni, ustazah tengok pontianak harum sundal malam tu, cantik je hantunya. maya karim lagi tu,"
"ish, ustazah ni, itu hantu olok-olok" gayanya hampir membuat aku ketawa terbahak-bahak, ish budak-budak ni macam-macam hal.
"habis tu?" aku menyoalnya kembali.
"ni saya takut hantu betul. dia jahat. suka makan orang ustazah....."
"ish, mana awak tahu dia makan orang? siapa yang cakap?"
"amirul yang cakap. dia kata hantu jahat sangat. dia selalu usik manusia macam kita."
aku senyum. ni kes terpengaruh rakan sebaya laa ni. hehe. aku hanya ketawa di dalam hati. bimbang jugak dia menangis kerana dek aku ketawa dan tidak mempercayai cerita nya.
"nak dengar ustazah bercerita tak?"
"nak.. nak.. nak.."
"najjah, nur, ain, Allah jadikan banyak sangat makhluk kat dunia ni. tahu makhluk?"
"tak." mereka menjawab serentak.
"makhluk tu macam kita la, macam hantu, syaitan, jin, malaikat, haiwan-haiwan, banyak lagi la."
"ooo.."
muka murid-murid aku kala ni, aduhai.. nak tergelak pun ada. tapi sebagai ustazah yang baik, tak baik laa macam tu. hehe.
"makhluk Allah ni, ada yang jahat, ada yang baik, ada yang suka usik orang. ada yang suka tolong orang. macam-macam ada.."
"ooo, macam astro tu ye ustazah, macam-macam ada." aku sekadar tersenyum dan mereka semua ketawa.
" nak dengar cerita tak ni?"
"nak.. nak.. nak.."
"tapi, ada macam najjah cerita tadi, hantu jahat, dia suka makan orang."
"aaa"
"hantu memang jahat, tapi dia tak boleh makan orang, Allah jadikan dia hanya boleh kacau, usik manusia je. tak boleh lebih-lebih."
"ooo, maknanya dia tak makan orang laa ustazah?" nur menyoal.
"ye, dia tak makan orang. dia usik je kita. takut-takutkan kita."
"ala.. takut laa ustazah."
"apa nak di takutkan. Allah kan ada. Dia lebih berkuasa. ustazah dah ajarkan sifat Allah."
"dah.."
"hantu ni tak boleh nak lawan kuasa Allah tau. dia takut. jadi, murid-murid ustazah ni kenala selalu mengaji, membaca al-quran, sembahyang. pagi tadi sembahyang tak?"
semua diam, membisu.
"ha, ni mesti tak sembahyang kan?" semua menunjukkan muka masam. aku menyambung.
"orang yang tak sembahyang, nanti hantu datang. nak macam tu?"
"tak nak.. tak nak.."
"kalau tak nak, kenala sembahyang, orang yang tak sembahyang, Allah masukkan dia dalam neraka tau, kena bakar, sakit. nanti badan melecur-lecur."
"tak nak kena bakar, sakit."
"kalau tak nak, kita kenalaa sembahyang."
"ustazah, cerita laa pasal neraka ustazah."
aku senyum. dan waktu itu, loceng dah pun kedengaran. aku masih lagi tersenyum sambil menunjukkan ke arah loceng. mereka faham.
"alaaaaa..."
"kena masuk kelas. rehat dah habis... lain kali ustazah ceritakan eh. dah3. pergi masuk kelas. nanti cikgu marah."
mereka berlalu pergi. begitu laa kehidupan aku setiap hari ketika datangnya waktu rehat sebelum aku ke sini. rindu rasanya ingin kembali ke sekolah. bermain bersama budak-budak yang comel. banyak kerenah lak tu. semput aku nak melayannya. walaupun begitu. aku menyukainya.

guru itu bagai lilin yang menyinari alam. dapatkah aku menjadi seorang guru yang baik untuk anak bangsa ku? aduhai...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

apa yang tinggal?

hidup ini indah untuk di kenangkan. kadang kala ia juga pahit. kenangan tu ada manis, ada pahit. ade yg penuh kegembiraan dan ada yang penuh dengan kesedihan. kini hidup ni, ada semalam, hari ini dan akan datang..

hari ini aku lalui.. esok, tak tahu lagi. adakah masih hidup atau telah pergi.. yang tinggal pada hari ini adalah kenangan.. kenangan manis yang aku bawa bersama. saat yang aku suka kenangkan. dan saat-saat indah bersama family, kawan-kawan, dan dia..

hmm.. rindu kampung laman, desa permai, yang indah, waaaa.. sangat rindukan family. nak balik.. manje!!

kini, yang tinggal hanyalah kenangan yang ku bawa ke mari. tanpa apa-apa cacat celanya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS