setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing. pandangan dan pendapat yang berbeza itu tidak ada salah dan tidak ada betulnya. ia abstrak. bukan untuk disalahkan dan bukan untuk dibetulkan.
kita tak boleh menyalahkan mereka kerana mempunyai pandangan dan pendapat yang tidak menyerupai pendapat kita. kita juga tidak boleh mengatakan pendapat mereka salah. dalam hidup ini banyak perkara yang perlu kita kongsi. banyak perkara yang perlu kita tahu. banyak perkara yang perlu kita pilih.
kekadang apa yang kita kongsi itu tidak cukup untuk semua orang. kekadang perkongsian itu hanya memerlukan 2 individu. bila banyak orang, banyaklah ragamnya, maka banyaklah pendapat dan pandangan yang berbeza.
kekadang apa yang kita tak suka, itu yang perlu kita terima. kerana kekadang orang yang terdekat dengan kita menyukainya. belajar menyukai sesuatu yang kita tak suka adalah sesuatu yang amat istimewa bagi pandangan ku. itu aku. aku tidak tahu kamu. kerana kekadang dengan 1 perbezaan dalam membentuk 1 hubungan yang lebih manis dan baik. :)
aku kekadang tidak suka menerima pandangan yang berbeza dari ku. tapi bila difikirkan balik, memang sepatutnya aku menerima nya. kerana aku ada di dalam dunia yang bermasyarakat.
perlu aku ingat kan diri ku sendiri, jangan menyalahkan sesiapa sahaja.. huhu.. kerana setiap orang atau individu adalah tidak sama, berbeza sama sekali.. :p
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment