waa.. malam ni.. hari ni.. aku rasa macam nak menulis je kerja nya. tak tahu kenapa. entah ape2. tapi kekadang banyak gak kelebihan kalau kita banyak menulis.
aku hanya nak mencoret apa yang aku rasa dalam hidup aku. apa yang aku lalui. kalau sesiapa mahu membangkangnya, silakan. aku tidak sesekali memarahi kamu jika kamu tidak bersetuju dengan pendapat aku. haha. dalam erti kata lain, aku tak kesah. kalau kamu tidak bersetuju sekali pun, aku tetap tidak berganjak. aku tetap dengan diri ku.
dalam hidup ini, banyak yang aku lalui. banyak yang aku tempuhi. manis. masam. masin. kelat. tawar. ade gula. tak de gula. ade garam. tak de garam. pelbagai jenis. tapi kata orang, walaupun pelbagai jenis orang yang kita tempuhi, banyak lagi yang datang yang pelik2 lagi dari tu. haha. memang sukar nak percaya. tapi percayalah itu lah hakikatnya.
masalah yang datang, bukan semudah yang disangka untuk aku selesaikan. tapi masalah itulah yang membuatkan seseorang itu makin matang dengan hidup dia. kekadang aku di puji. kekadang aku dicemuh. tapi aku tetap tidak berganjak dari tempat ku. kerana ini adalah life aku. aku yang tentukannya.
apabila melihat life orang lain, ade jugak terdetik dalam hati aku, waa.. bestnya dia. kadang2 itu hanyalah hayalan kita saje. tidak ade orang pun atas dunia ni yang tidak ade masalah. mustahil ade orang yang tak de masalah. cuma masalahnya berbeza. cara untuk dia menyelesaikan masalah juga akan berbeza.. kenapa? kerana setiap orang tak sama.
cuma yang penting jangan lah kita lari dari masalah. tapi kekadang masalah yang ade mengambil masa. dan kekadang masa yang tentukan dan selesaikannya.. entahlah. tapi hidup ini indah sebenarnya untuk dilalui.. :)
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
2 comments:
best jadi budak2... tak pikir masalah
aaa.. bila dah tua.. masalah pun byk.. tanggungjawb pun makin byk.. huhu
Post a Comment