manusia ni banyak ragam. banyak jugak gayanya. dalam erti kata lain, banyak orang, banyaklah ragamnnya.. tapi hidup dalam masyarakat tak boleh laa terlalu banyak ragam. tapi ade jugak manusia yang banyak ragam macam ni. tapi biasa lah orang kata, hidup bermasyarakat memang macam ni. pening dengan ragam sendiri, apatah lagi ragam orang lain. :)
aku ada sorang member. dia memang banyak ragam. sampai aku sendiri pun pening dengan dia. tapi aku akan bertambah pening bila ade sesuatu isu yang nak dibincangkan bersama dia. siapa dia? aku kenalkan dirinya sebagai miss univers. sebab dia kan suka fomous2 gitu.. hehehe.. entah. aku pun tak nak cakap banyak pasal dia. tapi yang penting, dia di kenali ramai. dan aku makin sakit kepala dengan sikapnya yang acuh tak acuh. ish3..
kerja yang terbengkalai menyakitkan hati orang. berlagak tak tentu tempat menyakitkan mata. banyak bersoal jugak gayanya. tapi kenapa dengan ku dia tak begitu menjawab. may be sikap ku yang terlalu berterus terang dan jujur dengan setiap tutur kata. hehe. pedas jugak ada kala nya..
tapi, itu dulu. semasa aku tidak faham dengan sikapnya yang telah banyak menyusahkan hidup aku. kini, orang lain menjadi mangsa..
kenapa jadi begini? itu kita kena tanya diri sendiri.
kekadang, sebagai manusia kita mesti ada tolak ansur. jangan penting kan diri sendiri. aduhai.. susah kalau kita tak dapat nak bertimbang rasa dengan orang. kelak orang tak kan bertolak ansur dan bertimbang rasa dengan kita.
tapi bertimbang rasa tu ada had nya. dan ada masa nya. tak boleh lah melampau. kata orang biarlah berpada. hehe. betul tak? kalau salah tolong betul kan aku. tapi aku rasa dah betul dah. sebab dalam hidup ni kita perlu ada give and take.. kan.. kan.. kan..
hehe.. kalau nak orang buat baik pada kita, kita kena buat baik pada orang. kalau nak orang bertimbang rasa dengan kita, kita kena bertimbang rasa dengan orang.. kalau nak terima, kita kena memberi terlebih dahulu, baru boleh menerima.. senang je konsep nya..
siapa yang tak setuju, sila bangkang aku. aku tak kan marah.. setuju dengan konsep tu??? jawapan ade pada kamu..
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
2 comments:
hehehe motivasi ni..ngee
motivasi disebabkan realiti.. ;p
Post a Comment