esok kena present. hmm.. takutnya tak usah aku gambarkan lah.. aku tak biasa berperasaan macam ni. bila di fikir-fikir balik, terasa pelik. tapi entah apa yang aku takutkan aku pun tak tahu huhu..
aku dah bangun seawal 4.30am.. pastu asyik fikirkan presentation pukul9.30am. hmm, padahal aku bukan tak biasa berdiri di depan. hehe. sengaL jugak. tapi kali ni, ade sedikit kelainan. takutnya dan debaran nya berbeza dari kebiasaan. aku positifkan minda. may be aku nak dapat A kot dalam subjek ni.. hahaha.. positifkan minda sendiri. okey!!
tapi kata wani, bila dah ade kat depan, automatik perasaan takut tu akan hilang. memang aku sudah ketahuinya. dan aku juga tidak menafikannya. haha. aku bukan tak biasa berdepan dengan orang ramai. tapi semakin usia ku meningkat semakin aku berdebar. itu aku sangat pelik. hehe. aku harap presentation nya akan berjalan dengan lancar.. kamu mesti doakan aku tau.. okey!.. ;p
tapi, sebagai seorang guru yang baik dan berkaliber, aku patut mempunyai semangat juang yang tinggi. sikap ini memang seharusnya ade di dalam diri seorang pendidik. waaa.. macam terasa hangat dan dekat aje dengan sekolah.. ;p
dengan presentation banyak mengajar aku erti sebuah keberanian. keberanian dalam pelbagai segi. alaa.. kat kusza dulu aku kan dah present.. siap dalam BA lagi tu.. boleh je. walaupun hakikatnya tersengguk-sengguk aku menelan peritnya. hahaha.. lupakan saje.
aku cuma berharap, aku akan dapat jadi guru yang baik.. ;p.. bukan setakat mengajar bahkan mendidik dengan baik.. :) waaa.. terasa insaf.. (insaf kejap je tuuu.. hehehe..)
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
2 comments:
kalau present aku tak pandang mata
pandang kepala jer
hilang nervous
yeke? hehe.. satu teori yg berguna untuk aku.. hehehe
Post a Comment