hari ni tetibe rasa nak melawa je.. hehehe.. entah angin ape yang merasuk badan aku ni. aku sendiri pun tak tahu dan tak faham. hehe.
tapi hari ni datang satu masalah. aku ke yang cari masalah ni? setahu aku, aku tak cari masalah ni. tapi entah lah. telah berkali-kali aku pesan pada semua kawan aku. jangan merajuk dengan aku. aku tak kan pujuk. dan aku tak kan hirau kan orang merajuk. merajuk laa kamu sampai mati, aku tetap dengan pendirian aku. aku tak kan memujuk kamu.
seandainya kawan2 aku.. yang ade rasa teringin mahu merajuk dengan aku, baik kamu fikir 1juta kali. kenapa? kerana kamu akan penat merajuk dan aku tidak melayan rajuk mu. hati ku kering. sebabnya aku tak pernah nak merajuk dengan kawan2. so kawan2 aku tak boleh nak merajuk dengan aku.
aku ade 1 sikap buruk.. aku jadi meluat pada siapa yang merajuk dengan ku. aku jadi naik loya.. ish3.. entah kenapa aku rasa sampai macam ni sekali. so sesiapa yang dah merajuk.. ingin merajuk.. akan merajuk.. terfikir untuk merajuk, di nasihatkan dengan budi bicara yang baik, baik kamu berfikir berjuta2 lemon kali.. :)
dalam berkawan, biasalah kalau kamu terasa. semua orang tak kan dapat memuaskan hati orang lain. tapi rasa itu tak yah lah sampai merajuk. orang2 tua merajuk, buruk. aku bukan lah muda. aku adalah orang tua antara yang tua. tapi sekurang2 nya yang sedikit muda dari ku itu pun tak usah lah merajuk.
merajuk hanyalah dikhususkan untuk budak2 sekolah rendah bagi ku. lumrah kat dunia ni, dalam berkawan kita kena kawan dengan semua orang. pastu kita tak boleh laa terikat dengan sorang kawan je. kita ade life kita sendiri. kawan kita pun ade life dia sendiri. biarlah dia nak buat apa yang dia nak. biar lah dia pergi yang mana dia nak pergi.
aku cukup pantang kalau apa yang aku tak buat kat orang tu.. orang tu buat kat aku. aku tak hirau apa yang orang nak buat. so kenapa orang nak hiraukan apa yang aku nak buat?
aku adalah seorang wanita yang agak garang. cepat panas. tapi aku tak kan meletup kalau tak de orang usik. aku sedaya upaya tak nak marah orang. tak nak pedas2 kat orang. tapi.. aduhai.. ade aje yang membuatkan pedas aku ni meletup. aku dah cuba untuk tidak memarahi sesiapa. tapi.. ish3... inilah sikap aku yang paling aku tak suka. paling aku benci. marah3..
kadang2 kemarahan yang ada, aku simpan. kadang2 kemarahan yang ada, aku tangguh. tapi bila ia jadi cair.. time tu laa aku tak dapat nak tolong kamu. huhu..
dalam berkawan, konsepnya senang je. jangan lah kamu terikat sangat dengan kawan kamu. berlebih kurang itu adalah 1 sikap yang baik. faham kah kamu dengan makna "berlebih kurang"? hehehe.. ni istilah yang mak aku gunakan..
ia bermaksud.. ala.. sikit2 tu ade yang lebih ade yang kurang.. halal kan jela.. jangan terlalu syadid sangat. tak kesah lah kamu buat ape.. kawan kamu buat ape.. kamu di sana.. kawan kamu di sini.. yang penting, kawan tetap kawan..
so jangan lah kamu merajuk, buruk!!
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
4 comments:
wah...garang o.k....statement ni membuatkan klau ade orang yang nak merajuk manje ngan anda akan berfikir due kali...hihihihi :)
hehe.. kalau mak, ayah,si dia.. tak pelaa.. ;p kalau org lain.. tak ley laa.. penat nak layan semua org.. hehe.. org yg special je laa.. waaaa.. sengaL3
nak merajuk la....
merajuk laa.. tak de org nak marah pun.. pujuk pun tak de org nak pujuk.. hehehe ;p
Post a Comment