aku benci pada ungkapan "aku" yang dilafazkan. aku juga bencikan situasi yang hening begini. aku bencikan air mata yang mengalir tanpa putus. aku benci pada semua yang berlaku. aku ingin tamatkannya segera. segera yang mungkin. noktah. biar ia ade dipenghujung jalan yang tak kan ada orang yang akan melewatinya.
ungkapan itu membuatkan aku sakit. dan membuatkan aku terfikir. benarkah rasa sayang itu lahir dari hati jika seseorang itu tegar menyakiti orang yang disayanginya? benarkah...
aku tidak ade jawapannya. mungkin kerana aku tidak ingin ia ada jawapan. atau mungkin kerana aku memang tidak mahu menjawabnya.
"aku benci betullah"
kalau sudah benci, melangkahlah jauh-jauh. jangan menoleh. tinggalkan apa yang ada dibelakang. kerana tidak ada apa yang tinggal. sebaliknya kebencian yang ada. menanti debu-debu benci ini ditiup angin dan menghasilkan kasih sayang yang padu.
kini, air mati sudah tidak menjadi peneman setia. mungkin sudah terlalu lama bersisa. mungkin juga mata itu sudah letih berbicara sedih. mungkin. tapi mungkin juga hati itu sudah tegar untuk disakiti. mungkin.
jangan biarkan hati perempuan nya tegar. kerana setelah dia tegar, usah kau ulang 1001 kali maaf. tetap juga sama jawapannya. tidak. kerana hati seorang perempuan adalah hati yang lembut seperti sutera. tabah seperti ombak. walaupun pantai tidak memanggil, tetap juga ia menghempas. hatinya juga seperti kaca. yang dijaga supaya tidak terjatuh. jika sekali terjatuh, pecah berderai, tidak lagi dapat menggantikan nya dengan yang lain.
fikirkanlah.
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
2 comments:
uh..knp ni?..gaduh ngan abg wan ke?..
hahahaha.. lebih kurang laa. lalalaa~
Post a Comment