RSS

baru je 2 minggu..

baru je 2 minggu lepas aku pegi klinik.. semalam aku kena pegi klinik lagi.. ade orang cakap, dalam badan aku ade jin.. sebab tu banyak penyakit. aku cakap, tolong laa buang.. haha.

ade jin or tak, itu bukan dalam ilmu aku. tapi bila dah tanya ustaz, ustaz cakap tak de. so tak de laa.. sebab aku bukan ade ilmu pasal jin-jin ni.. hmmm...

tapi tubuh aku ni memang macam ni. silap makan, sakit. silap langkah, lebam. silap minum, batuk. semua tak boleh silap. semua kena betul. makanan pun kena seimbang. dan tak boleh makan benda yang tak pernah di makan oleh perut. kalau makan jugak, terima laa kesannya.. adeh..

tapi alhamdullillah. means di sini Allah sayangkan aku. selalu nak habiskan dosa aku. sebab aku ni banyak dosa. aku harap, aku dapat membuang dosa-dosa yang ada. hmm, kalau fikir pasal dosa, esok pun tak habis. so buat apa yang terbaik untuk diri sendiri dan berharap Allah akan melindungi aku seadanya..

hmm, sekarang dah sampai tahap boring dah ni makan ubat. banyak tahap gaban kot ubatnya.. kalau yer pun nak suruh aku sihat, jangan laa kasik aku banyak sangat ubat. huhu. tapi adik Nur cakap, doctor tu sayang aku. so dia nak laa aku sihat. so terima laa dengan hati yang terbuka..

makan ubat dan cepat sembuh. ucapan untuk diri sendiri.

mesti kuat semangat. dan kuatkan diri. baru laa namanya Azura.. hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

aku dan hidupku.. said...

semoga cepat sembuh..
btol ape yg adik gtaw 2. doktor sayang awk. wlpon ubat 2 pahit..tp ia adalah penawar..

piNky LuCiA said...

hehehe.. dah makan dah ubat.. tapi ngah habis kan ubat yang pahit ni. terpakssa laa.. nak sihat kan..