hari ni, aku rehat ngan baik dan puas hati sekali. tidur tak mau-mau. main-main. makan dengan kenyang. dan blog walking. semua blog dah masuk dan macam-macam ragam semuanya. ade isu fake la.. isu jengjalan la. isu paling hangat pasal Fida Aisyah. haha.
aku tak nak campur. kakaka. aku just baca ambik tahu sudah. biarlah dia. mesti dia ada alasan kenapa dia buat macam tu. tak kan laa saja-saja kan. so biar la dia settle kan hal dia. ambik tahu, dan duduk diam-diam. itu keje aku. hehehe. aku tak suka gaduh. lagipun aku tak tahu asal punca. tapi entry Joe, sangat logik dan best. membongkar satu demi satu. macam cerita conan plak.. kiki. banyak alibi yang dipersembahkan oleh Joe.. tapi blog Fida pun, macam logik jugak. haha.
shut up! diam.
macam-macam hal dunia ni. tapi sebenarnya, menipu adalah perkara yang paling susah nak buat. paling lenguh untuk di simpan. lenguh hati. lenguh perasaan. lenguh otak. tapi, bila menipu, mesti seseorang tu punya alasan kenapa dia buat macam tu. may be sebab situasi mendesak. or may be, dia tak de tempat untuk mengadu. or... macam-macam la.
aku pernah menipu. tapi ketika itu, aku anggap itu hanya main-main. hanya gurauan semata-mata. untuk aku gelak-gelak. dan seronok-seronok. tapi kawan-kawan semua anggap perkara tu serius. aku plak, tak tahu yang diorang anggap serius. haha. aku pun biarkan tanpa membetulkan nya. last-last aku jugak yang susah selepas tahu perkara yang aku anggap main-main tu tersebar dengan meluas.. haha. masa tu, rasa macam famous pun ade. haha. tapi yang paling tak suka, semua tempat orang bercakap pasal kita.
see, sebenarnya menipu tak baik untuk kesihatan hati + otak. ;)
sebab tu lah Allah tak benarkan makhluknya menipu. tapi kes Fida ni, aku tak tahu siapa yang betul siapa yang salah. aku cuma ambik pengajaran dari kes seperti ni. penat weyh jadi seperti apa yang orang nak. baik jadi diri sendiri lagi syok.
betul tak?
dah puas aku selongkar entry pasal Fida. kakaka. aku baca berita plak. pasal cikgu lari ngan student umur 16 tahun. aku ingat cikgu lelaki. rupanya cikgu perempuan. adeh. confuse identiti kot cikgu tu. macam-macam. ngan pelajar umur 16 tahun rogol pelajar umur 13 tahun laa..
hmm, isu pendidikan sekarang dah makin hangat. ni tahun 2010. bila aku betul-betul jadi cikgu tahun 2013 nanti, entah macam mana laa rupa masalah pendidikan di negara kita ni. aku pun tak boleh nak fikir dah.
lepas tu jengah fb plak. haha. tapi tangan ni sambil buat soalan Penilaian Bahasa Arab. baru je 5 soalan. kikiki. semua bercampur. ku gaul sebati. lalala~
masuk fb, penuh ngan orang jual baju plak. ku cuci mata sekejap. haha. semua tak berkenan. ku tekan butang 'x'..
last aku masuk blog. tulis kat sini. hmm, puas hati aku hari ni rehat dan main-main dengan cukup sambil buat asigment jugak. walaupun hanya dapat siap kan 5 soalan dari 20 soalan yang di pinta. haha. tapi oklaa.. hehe.
sekarang. dah habis waktu main-main. jam 5.30pm jap lagi, aku ade presentation. nak buat persiapan jap.
chow!
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
2 comments:
hiii.. tulis blog best tuk relese tension.
hii... haha.
a,a relese tension ku ini.. lalalala~
Post a Comment