tetiba rasa seram sejuk. macam nak demam je. hidung pun jadi sebu. tak boleh nak bernafas. adakah ini tanda demam akan melanda? huhu.
tinggalkan perasaan itu biar bersarang di lubuk hati. jangan di endahkan sangat. makin di layan, makin melarat plak nanti.
pernah tak ade seorang kawan, tetibe diam dengan kamu? dan kamu tidak tahu mana hujung mana pangkal nya. tetibe! tanpa tahu apa yang dia marahkan. dia diam 1001 bahasa. tak menegur atau memandang. apabila ditanya sepatah. dia menjawab sepatah. di tanya 10 patah. di jawabnya 1 patah. di tanya 100 patah, tidak pula dia menjawab.. pernahkah ia berlaku dalam hidup kamu?
hmm,. jawapan aku ye..
aku kekadang buntu. tak tahu nak buat apa. aku menegur, menyapa, dia berdiam. aku senyum, juga tak diendahkan. hm, prinsip aku, aku ketepikan. tapi setelah penat bersabar. hahaha. sabar ke aku ni? aku juga mengambil langkah yang sama. buat apa menegur orang yang tak sudi. buat apa menyapa, orang yang tak mahu di sapa. haha.
cukup 3 x. stop. jangan jadi hidung tak mancung pipi yang tersorong-sorong. haha. betul ke pepatah aku? kalau dia sekali pun tak mahu memandang, 1000 aku tak kan pandang.
betul ke aku buat macam tu? betul ke tindakan aku? betul ke langkah aku?
entah. tanya sama hati, diam. tanya pada otak, juga diam. tanya pada kawan, jawabnya entah. mahu kah aku tanya pada mak? tak payah. bibir ku mencelah. haha. tersenyum. dah tua bangka macam ni pun tak dapat nak selesaikan masalah sendiri. haha. gelakkan diri sendiri.
hati aku, kekadang sedih. kekadang tak mahu peduli. kekadang aku sendiri tak tahu apa yang difikirkan.
angin, bawalah ia berlalu. biar ia terbang jauh dari ku. kerana masalah ini membebankan hidup aku. mungkin aku yang bersalah. dan harus memohon maaf. mungkin jugak aku yang tersilap langkah dan patut mengorak langkah menyelesaikannya. mungkin.
mungkin aku masih di sini. tidak berganjak dari tempat asal. haha. betapa kerasnya aku. betapa tidak matangnya diri ku.
hmmm, dan kekadang aku berfikir, mungkin ada hikmah semua ini berlaku. kerana disebalik 1001 masalah, akan timbul 2001 hikmah yang kita tidak tahu ia sebenarnya baik untuk diri kita. mungkin kita tak nampak. dan mungkin orang lain nampak tapi kita tak tahu mereka nampak.
wah! dah terbelit-belit dah ayat aku ni. aku sendiri pun naik pening tak tahu apa yang aku tulis. kakakaka.
mungkin aku pening kerana badan ku makin lama makin seram sejuk rasanya.. lalalala~ itu tandanya Allah masih sayangkan aku.
mungkin.
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
2 comments:
biaselah tu musim nak exam haha.
penah jadi da dulu time study :D
HAHAHA. yeke? hmm.. may be kot... hehehe
Post a Comment