RSS

jom treasure hunt..

pagi-pagi lagi aku dah kena bangun. penat yang semalam pun tak habis lagi. huhu. ya Allah, Tuhan saje yang tahu betapa malas nya aku nak bangun. huhu. dan betapa malas ni mata ni nak bukak mata ku yang cantik ini. adeh. tapi ku kuatkan jugak semangat. macam nak pengsan pun ada. mana tak nya, letih semalam menolong orang pindah rumah pun belum habis bersisa. huhu. tapi tak pe. tolong menolong amalan mulia. hehe. kan?

memandangkan dah lama dah janji. tak boleh laa mungkir janji. kan?

so dengan gigih aku pegi jugak. masuk-masuk kereta, terkejut tengok Fazilah. haha. aku ketawa kan dia. aku tanya, "weyh, ni nak pegi treasure hunt ke nak pegi shopping complex sambil date? cantik. siap ngan hand bag lagi. haha."

balasnya, "jahat mengata kat orang." aku ketawakan dia sekali lagi. hehe. jahat betul aku. tak baik. opss.. tutup mulut. sambil nampakkan barisan gigi yang tak de. haha.

beratur. dan dapatkan soalan. dalam kereta, bukak soalan. semua bahasa orang puteh. haha. sudah! macam mana ni. detik hati aku. nak ke tak nak, hentam je Labu. faham ke tak, belakang kira maa... semua gelakkan diri sendiri. ish3. bukan tak pandai langsung. tapi kalau yang soalan advance-advance tu, mahu terbelit jugak perah otak. last-last, semua yang ada atas kereta pening, mual dan bintang dah pusing-pusing kat ubun-ubun kepala. haha.

betul cakap Prof Ghazali tempoh hari, kalau tak pandai BI or BA susah. sebab 2 2 bahasa tu adalah sumber ilmu. see, nak masuk treasure hunt pun semua soalan dan jawapan dalam BI. macam mana laa kami nak menang. haha.

pengajaran yang dapat aku ambik hari... aku kena mahirkan BI laa lagi lepas ni. jangan malas-malas. nanti susah. huhu. hmm, dah3.. pegi sana, study. esok jam 3pm nak kena muntahkan apa yang dibaca. dah pening ngan teori dan aplikasi teori ni. adeh! matilah aku esok. dah laa tak pandai masak. huhu. susah betul. lalalala~

tapi tak pe. esok adalah hari amali masakan aku. hehe. sama-sama kita tambahkan perisa secukup rasa tekak aku. lalala~

nak baca buku laa ni.. ;D tapi masih penat ngan treasure hunt. main tak mana pun. penat yang lebih. huhu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

semua dah balik..

msg cik Hana.. "bila balik rumah?"
jawabnya "malam ni. haha. i balik dulu. u balik bila?"
"i tak tahu balik bila. may be lepas 8hb kot"
"i balik dulu la.. lalala"

ceh! suka buat aku jeles. huh!

aku memang rindu kan mak ayah. terutamanya mak. biasanya bila rindu mak, mesti aku nangis. huhu. kali ni pun sama. haha. dasar anak manje. umur dah tua-tua macam ni pun manje. dah lama tak jumpa mak. mesti laa rindu. huhu. siapa yang tak rindu mak oiii... hehehe

sekarang kolej dah makin sunyi sepi. aku pun teringin nak balik jugak. tapi.. kena habis kan exam dulu 1 , 2 & 3 hb ni.. pastu 8hb kena hantar paper work.. paper work ke? lebih kurang laa tu. haha. pastu baru boleh balik. lalaalaa~ tak sabarnya..

hmm, tak sabar nak jawab exam dan menghabiskan keje yang ada. pastu nak rehat kat rumah cukup-cukup dan puas-puas. hehe. nak peluk mak lama-lama. tidur bawak ketiak ayah sambil main perut ayah yang pragnant tak due-due sampai sekarang. haha. wah.. rindunya...

hmm, sekarang ngah fikir hadiah besday apa yang sesuai dengan ayah. tanya ayah nak apa. tapi ayah cakap beli laa apa-apa.. hehe. aku bab-bab hadiah untuk lelaki ni, aku fail sikit. dekat en.Buah Hati pun kekadang aku ucap je. tak belikan apa-apa. aku bukan tak nak beli, aku sebenarnya tak tahu nak beli apa. huhu. (dalam hati aku, kedekut punya perempuan. haha. ngan buah hati pengarang jantung pun nak berkira. kikikiki)

buku belum dikhatamkan lagi. so jom sama-sama kita khatamkan bukunya sampai lunyai. hehe.

kepada semua member, selamat maju jaya.. and wish u all luck.. =) jangan putus asa. walaupun semua orang dah balik, kita tetap kena baca buku dan study betul-betul. hehe. ceh! aku pun sebenarnya teringin nak balik. haha. tapi tahan je dalam hati ni. hihihi.

cau cin cau.. nak baca buku. lalala~ kat bibir.. dalam hati... nak balik.......... huwaaaaaaaaaaa... =(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tonggang terbalik

selsema. batuk. alergic. + demam = rindu mak. hahaha. selalu je waktu ditimpa sakit macam ni, aku teringat layanan mak kat rumah. super special. makan ubat mak ambik kan. air mak kasik. makan mak panggil. ubat mak beli. wah! alangkah bahagianya aku jika aku berada di rumah sekarang.

bila dah sakit macam ni, memang 203% hidup aku tonggang terbalik. macam mana tak tonggang terbalik. aku tak larat nak kemas bilik. tak larat nak susun semua buku-buku. tak larat nak buat apa-apa. pegi kelas. balik kelas terbongkang atas katil. tapi kalau kat luar kelas, berlagak cool dan macho. kononnya boleh tahan sakit. dalam bilik, terbongkang aku berselimut dengan comforter yang comfort itu. kipas pun tak bukak. lampu pun off. haha

memang dunia aku sedikit kelam kabut kalau aku dah tak larat. hmm, fikirnya nak mak. nak mak. nak mak. hehe.

balik nanti peluk mak lama-lama. banyak-banyak. hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

salah faham lagi.

adeh. salah kefahaman sekali lagi. orang faham lain, aku faham lain. aleh-aleh aku kepelikan. orang masuk test, aku masuk test jugak. orang jawab 3 soalan. aku pun sama. orang jawab test tu merangkumi exam, aku jawab test hanyalah test.

haha. gelakkan diri sendiri. dan tepuk tangan untuk diri sendiri yang super excellent bagus, cemerlang, gemilang, terbilang.. tepuk kuat-kuat sikit. haha. + ngan gelak sekali. adeh.

azura... azura...

hm, aku ingatkan aku jawab tadi adalah test yang markahnya 20 markah. tapi sebenarnya aku jawab tadi adalah exam yang markahnya 60 markah. patut laa orang lain kelam kabut, aku sorang je releks.. boleh plak macam tu. ish3..

dah laa kelas etika tu, aku silap faham jugak. masuk kelas lain. tapi nama ade kat kelas lain. alih-alih, test ngan exam pun aku silap faham jugak. apa laa yang aku faham sebenarnya. haha.

hmm, walau macam mana sekali pun, aku dah jawab pun. dan dah selesai pun 1 paper. haha. kelakar. dan apa punya bagus laa diri ku ini..

lain kali, faham betul-betul. jangan suka main-main. asik main-main.. itu laa padahnya. haha. sekali lagi aku gelakkan diri sendiri yang pending. lalalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

demam ke aku ni?

boleh plak aku tanya diri sendiri macam tu? demam ke aku ni? hmm, aku pun tak tahu aku demam ke tak. yang pastinya, selsema, sakit kepala, sakit & perit tekak, badan aku panas. kipas dalam bilik di off kan. tapi aku tetap sejuk. bersin tak usah cakap laa.. 1 minit 2 3 4 kali.. penat.. tak larat. semua ada.

mungkin kerana faktor ini yang menyebabkan aku cepat melenting. haha.

aku rasa, dah tiba masanya aku rehat dengan cukup. tapi hari ni, jadual ku sangat padat. entah bila boleh rehat-rehat dan landing-landing seperti zaman budak-budak dulu. haha. ceh! macam dah tua sangat je gayanya. yela. 260 tahun dah ni.. kui3..

hmm, nak kena sambung buat keje jap. pastu nak rehat-rehat sambil baca buku. harap semua berjalan dengan lancar walaupun aku tak tahu taraf kesihatan aku hari ini. boleh ke macam tu? haha. ketawakan diri sendiri.

ish3..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ungkapan itu membuatkan aku sakit.

aku benci pada ungkapan "aku" yang dilafazkan. aku juga bencikan situasi yang hening begini. aku bencikan air mata yang mengalir tanpa putus. aku benci pada semua yang berlaku. aku ingin tamatkannya segera. segera yang mungkin. noktah. biar ia ade dipenghujung jalan yang tak kan ada orang yang akan melewatinya.

ungkapan itu membuatkan aku sakit. dan membuatkan aku terfikir. benarkah rasa sayang itu lahir dari hati jika seseorang itu tegar menyakiti orang yang disayanginya? benarkah...

aku tidak ade jawapannya. mungkin kerana aku tidak ingin ia ada jawapan. atau mungkin kerana aku memang tidak mahu menjawabnya.

"aku benci betullah"

kalau sudah benci, melangkahlah jauh-jauh. jangan menoleh. tinggalkan apa yang ada dibelakang. kerana tidak ada apa yang tinggal. sebaliknya kebencian yang ada. menanti debu-debu benci ini ditiup angin dan menghasilkan kasih sayang yang padu.

kini, air mati sudah tidak menjadi peneman setia. mungkin sudah terlalu lama bersisa. mungkin juga mata itu sudah letih berbicara sedih. mungkin. tapi mungkin juga hati itu sudah tegar untuk disakiti. mungkin.

jangan biarkan hati perempuan nya tegar. kerana setelah dia tegar, usah kau ulang 1001 kali maaf. tetap juga sama jawapannya. tidak. kerana hati seorang perempuan adalah hati yang lembut seperti sutera. tabah seperti ombak. walaupun pantai tidak memanggil, tetap juga ia menghempas. hatinya juga seperti kaca. yang dijaga supaya tidak terjatuh. jika sekali terjatuh, pecah berderai, tidak lagi dapat menggantikan nya dengan yang lain.

fikirkanlah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sekali lagi otak penuh ngan asigment.

sekali lagi otak aku penuh ngan asigment. sampai aku tak tahu nak buat yang mana 1. haha. itulah. suka sangat main-main. last-last aku yang susah. haha.

esok jam 12 tengah hari. asigment pembangunan islam nak kena hantar. 2 asigment. dann kedua-duanya belum disiapkan lagi. tepuk tangan. tanda diri ku yang sangat cemerlang.

jam 2 petang. 1 lagi asigment yang perlu disubmit. haha. histografi islam. sekali lagi aku ketawakan diri sendiri. belum jugak aku siapkan. dah buat. tapi perlu dikemas kini atas arahan cik Zaza. kata nya entah apa-apa dan dia tidak faham apa yang aku buat. haha. aku pun sebenarnya tak faham apa yang aku buat. lalalala~ sekali lagi tepuk tangan untuk diri sendiri yang super excellent.

jam 8 malam. aku kena serahkan asigment nilai etika dalam masyarakat. hm, belum jugak aku siapkan. hahaha. lepas serahkan asigment, aku ade test sekali. tapi aku tak baca lagi. haha. boleh ke macam tu?ish3.. super-super excellent bagus cemerlang, sekali lagi ucapan untuk diri sendiri yang sangat teratur kerjanya. tepuk tangan untuk kali ketiga untuk diri sendiri. dan ucapan tahniah.

bagus. syabas. kamu telah lakukan yang terbaik untuk tidak menyiapkan asigment dengan seberapa segera. haha. itu yang ada dalam otak aku sekarang. itu tak masuk meng'hamun' diri sendiri yang sangat bagus ini. haha.

dan sekarang, masih jugak boleh main-main. haha. tak insaf-insaf. ish3. tak tahu laa nak jadi apa. haha.

okla. atas nasihat en. Hati yang duk membebel kepada diri sendiri. dan en. Otak yang dah pun merangka mana yang patut di buat terlebih dahulu. dan en. Tangan yang memang tak sabar-sabar nak menghabiskan asigment yang tergendala ini. aku dengan baik hati nya mengajak semua orang.

jom buat asigment aku. sesiapa yang volunteer boleh call aku dengan kadar segera. haha. malas yang melampau ni. lalala~

stop! titik. tidak boleh berlengah lagi. lalalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mungkin.

tetiba rasa seram sejuk. macam nak demam je. hidung pun jadi sebu. tak boleh nak bernafas. adakah ini tanda demam akan melanda? huhu.

tinggalkan perasaan itu biar bersarang di lubuk hati. jangan di endahkan sangat. makin di layan, makin melarat plak nanti.

pernah tak ade seorang kawan, tetibe diam dengan kamu? dan kamu tidak tahu mana hujung mana pangkal nya. tetibe! tanpa tahu apa yang dia marahkan. dia diam 1001 bahasa. tak menegur atau memandang. apabila ditanya sepatah. dia menjawab sepatah. di tanya 10 patah. di jawabnya 1 patah. di tanya 100 patah, tidak pula dia menjawab.. pernahkah ia berlaku dalam hidup kamu?

hmm,. jawapan aku ye..

aku kekadang buntu. tak tahu nak buat apa. aku menegur, menyapa, dia berdiam. aku senyum, juga tak diendahkan. hm, prinsip aku, aku ketepikan. tapi setelah penat bersabar. hahaha. sabar ke aku ni? aku juga mengambil langkah yang sama. buat apa menegur orang yang tak sudi. buat apa menyapa, orang yang tak mahu di sapa. haha.

cukup 3 x. stop. jangan jadi hidung tak mancung pipi yang tersorong-sorong. haha. betul ke pepatah aku? kalau dia sekali pun tak mahu memandang, 1000 aku tak kan pandang.

betul ke aku buat macam tu? betul ke tindakan aku? betul ke langkah aku?

entah. tanya sama hati, diam. tanya pada otak, juga diam. tanya pada kawan, jawabnya entah. mahu kah aku tanya pada mak? tak payah. bibir ku mencelah. haha. tersenyum. dah tua bangka macam ni pun tak dapat nak selesaikan masalah sendiri. haha. gelakkan diri sendiri.

hati aku, kekadang sedih. kekadang tak mahu peduli. kekadang aku sendiri tak tahu apa yang difikirkan.

angin, bawalah ia berlalu. biar ia terbang jauh dari ku. kerana masalah ini membebankan hidup aku. mungkin aku yang bersalah. dan harus memohon maaf. mungkin jugak aku yang tersilap langkah dan patut mengorak langkah menyelesaikannya. mungkin.

mungkin aku masih di sini. tidak berganjak dari tempat asal. haha. betapa kerasnya aku. betapa tidak matangnya diri ku.

hmmm, dan kekadang aku berfikir, mungkin ada hikmah semua ini berlaku. kerana disebalik 1001 masalah, akan timbul 2001 hikmah yang kita tidak tahu ia sebenarnya baik untuk diri kita. mungkin kita tak nampak. dan mungkin orang lain nampak tapi kita tak tahu mereka nampak.

wah! dah terbelit-belit dah ayat aku ni. aku sendiri pun naik pening tak tahu apa yang aku tulis. kakakaka.

mungkin aku pening kerana badan ku makin lama makin seram sejuk rasanya.. lalalala~ itu tandanya Allah masih sayangkan aku.

mungkin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ramalan..

adakah ramalan ini benar?

wah! skemma punya soalan.. adakah skemma itu tema aku? kakakaka. ntah. hmm, aku tak tahu nak jawab apa bila baca benda ni. yang aku tahu baca dan senyum. kemudian, biarkan. haha.

confuse =S haha

sebab bagi aku ramalan, kekadang boleh pakai. kekadang tak boleh pakai. may be 1% je betul. haha. hmm, tapi sejak bila plak benda ni masuk dalam fb aku ni? aku tak tahu. fb-fb ni aku kurang pandai sikit. hahaha. orang tua macam aku ni, memang macam ni. huhu. ketinggalan zaman sikit. al-maklumlaa, dah tua-tua macam ni, mana boleh berlagak muda macam orang lain kan. hahaha. (mesti ada orang yang tanya, tua sangat ke aku ni? haha.)

hmm, lepas aku baca ni, aku cuma harap, hidup aku aman. tak de gangguan. sebab aku tak pernah ganggu hidup orang. tak de sesiapa yang dengki. sebab aku tak pernah dengki kat sesiapa. kalau aku ada buat salah. maafkan aku. kalau tak nak maaf, aku nak buat macam mana. aku tetap mintak maaf. :D

hmm, hidup memang macam ni. tak boleh tak de masalah.

aku buktikan kat sini hanya ramalan... contohnya, dalam kerja, aku dapat ujian? ujian apa. kontrak aku dah habis dah. so tak de keje laa sekarang. haha. nak tunggu kontrak lain datang plak. see, kan betul aku cakap, hanya ramalan. bukan nya betul-betul. hehe.

tapi kekadang, orang percaya benda-benda macam ni. sadis betul.

so bezakan yang realiti dan fantasi. kalau sekadar ramalan kat fb, endah kan saje. hehehe. nasihat orang tua ni. kena dengar. haha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

puas hati aku.

hari ni, aku rehat ngan baik dan puas hati sekali. tidur tak mau-mau. main-main. makan dengan kenyang. dan blog walking. semua blog dah masuk dan macam-macam ragam semuanya. ade isu fake la.. isu jengjalan la. isu paling hangat pasal Fida Aisyah. haha.

aku tak nak campur. kakaka. aku just baca ambik tahu sudah. biarlah dia. mesti dia ada alasan kenapa dia buat macam tu. tak kan laa saja-saja kan. so biar la dia settle kan hal dia. ambik tahu, dan duduk diam-diam. itu keje aku. hehehe. aku tak suka gaduh. lagipun aku tak tahu asal punca. tapi entry Joe, sangat logik dan best. membongkar satu demi satu. macam cerita conan plak.. kiki. banyak alibi yang dipersembahkan oleh Joe.. tapi blog Fida pun, macam logik jugak. haha.

shut up! diam.

macam-macam hal dunia ni. tapi sebenarnya, menipu adalah perkara yang paling susah nak buat. paling lenguh untuk di simpan. lenguh hati. lenguh perasaan. lenguh otak. tapi, bila menipu, mesti seseorang tu punya alasan kenapa dia buat macam tu. may be sebab situasi mendesak. or may be, dia tak de tempat untuk mengadu. or... macam-macam la.

aku pernah menipu. tapi ketika itu, aku anggap itu hanya main-main. hanya gurauan semata-mata. untuk aku gelak-gelak. dan seronok-seronok. tapi kawan-kawan semua anggap perkara tu serius. aku plak, tak tahu yang diorang anggap serius. haha. aku pun biarkan tanpa membetulkan nya. last-last aku jugak yang susah selepas tahu perkara yang aku anggap main-main tu tersebar dengan meluas.. haha. masa tu, rasa macam famous pun ade. haha. tapi yang paling tak suka, semua tempat orang bercakap pasal kita.

see, sebenarnya menipu tak baik untuk kesihatan hati + otak. ;)

sebab tu lah Allah tak benarkan makhluknya menipu. tapi kes Fida ni, aku tak tahu siapa yang betul siapa yang salah. aku cuma ambik pengajaran dari kes seperti ni. penat weyh jadi seperti apa yang orang nak. baik jadi diri sendiri lagi syok.

betul tak?

dah puas aku selongkar entry pasal Fida. kakaka. aku baca berita plak. pasal cikgu lari ngan student umur 16 tahun. aku ingat cikgu lelaki. rupanya cikgu perempuan. adeh. confuse identiti kot cikgu tu. macam-macam. ngan pelajar umur 16 tahun rogol pelajar umur 13 tahun laa..

hmm, isu pendidikan sekarang dah makin hangat. ni tahun 2010. bila aku betul-betul jadi cikgu tahun 2013 nanti, entah macam mana laa rupa masalah pendidikan di negara kita ni. aku pun tak boleh nak fikir dah.

lepas tu jengah fb plak. haha. tapi tangan ni sambil buat soalan Penilaian Bahasa Arab. baru je 5 soalan. kikiki. semua bercampur. ku gaul sebati. lalala~

masuk fb, penuh ngan orang jual baju plak. ku cuci mata sekejap. haha. semua tak berkenan. ku tekan butang 'x'..

last aku masuk blog. tulis kat sini. hmm, puas hati aku hari ni rehat dan main-main dengan cukup sambil buat asigment jugak. walaupun hanya dapat siap kan 5 soalan dari 20 soalan yang di pinta. haha. tapi oklaa.. hehe.

sekarang. dah habis waktu main-main. jam 5.30pm jap lagi, aku ade presentation. nak buat persiapan jap.

chow!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

anda ada 60 saat..

semalam pegi teman jejaka hensem audition program ni. wah! aku nak masuk tak boleh. aku suruh laa orang masuk. kikiki.. sesiapa yang berminat, boleh laa join.. ala, bukan susah pun. kamu kena main je. :)

permainan ni memerlukan orang yang spoting untuk bermain. hehe. mana tak nya, macam sukaneka je. lalala~ Raja kesayangan aku tu spoting ke? aku anggap dia spoting laa tuu.. sebab bila aku suruh dia masuk, dia kata ok je. orang lelaki, jarang yang tak spoting. semua hantu sempoi.. spoting dan rock... haha. (maaf3. aku tak kutuk. tapi mengatakan yang realiti. betulkan aku jika aku salah. =p )

aku boleh katakan dia rock jugak. tapi nampak sopan. haha. semua kawan aku puji dia sopan je. lalala~ sebab aku ni tak berapa sopan dan ganazz kot. kikiki. sebenarnya aku tak delaa ganazz. aku ni lemah lembut dan ayu lagi tau. haha. (stop! jangan nak lebih-lebih. oppsss..)

sesiapa yang berminat nak main, sambil dapat duit, + nak release tension... boleh laa pegi ke audition ni. tak lama pun. makan masa setengah jam je audition nya. (itu tertakluk pada keramaian orang yang datang laa. masa aku pegi tu tak lama pun.) hadiahnya lumayan wooo.. temanya, semua orang berhak dapat rm500000.. haaa.. siapa yang nak kasik kita duit banyak-banyak macam tu? free plak tu.. kita just main je. pastu boleh seronok-seronok jugak. hehehe.

audition nya ada lagi. hari sabtu ahad ni. 30 & 31hb oktober. tempat, korang search sendiri kat en. google.. aku tak tahu dengan lebih lanjut. hehe. sesiapa yang berminat boleh laa join. free-free je dapat duit sambil release tension korang. ngeh3..

tapi macam best laa tengok orang main. macam aku pun nak main. kikiki.

aku nak buat soalan jap. banyak asigment yang nak kena edit ni. hmm, main-main je aku ni. lalala~ stop! mak dah call suruh buat keje. haha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

konsert P.Ramlee.. berjalan ngan lancar. lega.

hari ni, terasa sangat lega. dan boleh hidup dengan aman. dan juga dapat rehat dengan damai. sekarang rehat bilik Asma. dah lama tak datang bilik Asma borak-borak. diskus sikit pasal gosip-gosip hangat. haha. ku rampas lappy Asma dengan penuh bergaya. dan simpan lappy sendiri buat khazanah. dan nak tubuhkan mezium. haha. kredit untuk Asma atas lappy dia. kikiki.

hmm, terasa macam lepas 1 bebanan. habis pun konsert P.Ramlee semalam. dengan ini, bila dah habis konsert, boleh laa aku belajar dengan aman. haha. (aman ke? setahu aku, dunia aku memang tak pernah nak aman. ade saje keje yang aku nak buat or yang aku kena buat. macam-macam hidup ni.)

masa raptai. artis ngan okestra DBKL sekali.

konsert P. Ramlee best ke? haaa, itu nak kena tengok dulu, baru tahu best ke tak.. hehe.

masa raptai penuh, wow! berpeluh ketiak aku. hahaha. (boleh tak macam tu?) semua orang kelam kabut. aku pun naik kelam kabut sama. En. Najib, selaku bos menenangkan aku. hihi. katanya releks. tarik nafas. hembus pelan-pelan. semuanya pasti ok. mana tak takut, aku nak kena pastikan artis ikut skrip yang dah aku tulis. kalau tak ikut, mati aku producer marah. pastu ade jugak artis yang lupa. aku kena tanya, dah brief ke belum. huhu. jenuh nak menjawab. =( tapi tak pe. aku gelak je kalau orang marah. hahaha.

skrip yang aku angkut ke hulu ke hilir.. asik duk belek je... dah terhafal dengan sendiri dah skrip ni.. nasib tak lunyai je.. :D

terima kasih aku ucapkan kepada si "Dia" yang sudi datang ke malam raptai penuh konsert P.Ramlee.. "Abang comey malam tu." aku pun tak tahu tang mana yang comey. tapi yang pasti, aku memang suka tengok dia malam tu. may be sebab misai dan janggut dah habis dibuang gara-gara interview ngan mara petang tu? ntah. haha

tak lupa jugak pada Nad, Yna dan jugak Jai yang datang... hehehe. terima kasih banyak-banyak.

producer kali ni, sedikit rigid. perempuan. Puan Akma. bekerja di bawah producer perempuan, terasa agak teratur. may be sebab kerja yang dia susun lebih teratur dari lelaki. hehehe. (jangan marah yer En. Lelaki-lelaki yang ada. ngeh3.) so aku bekerja ngan aman dan tidak kelam kabut. hehehe. syok je keje kali ni. walaupun aku tahu 22, 23 dan 24hb 10 aku pasti macam lipas kudung tak cukup kaki, aku kena keje. tapi tak kesah laa.. 3 hari je. ngeh3.

ade skrip reading ngan Nora Danish, Rozita Che Wan dan Rosnah Mat Aris. nak kena pastikan diorang ikut skrip seperti yang CDU, EP & Producer mintak. so nak kena breaf diorang satu persatu. lenguh duk ulang benda yang sama kat semua orang. (semua orang nak tahu. so sebagai writer, kena laa aku jawab.) =S mata pun dah naik berpinar-pinar dah tengok skrip...

ni skrip artis untuk sketsa yang dah siap di print dan di binding. harap menyenangkan dorang untuk skrip reading ngan aku. (itu apa yang aku rasa saat aku print skrip ni). lega skrip dah siap. kredit untuk Azhar dan en. Najib sebagai team writer yang bertungkus lumus menyiapkan skrip yang ada.

persepsi aku kali pertama melihat Nora, Rozita & Rosnah :

Nora sangat cute dan comel. (geram aku nak cubit-cubit pipi dia. tapi aku tak buat laa.. nak mati? huhu).

kak Rozita plak, macam anak patung barbie. cantik sangat-sangat. aku dah tak berkelip pandang dia. nak pejam pun rasa sayang je. (subhanallah, indahnya ciptaan Allah. rasa nak pegi cium-cium, buat macam baby je. hihihi. tapi rasa jela.. haha. tak buat.)

kak Ros plak, rock, sempoi dan spoting habis. tak sombong dan baik sangat. siap ajar aku tip-tip nak diet lagi. (hmm, agak-agaknya aku ni kena diet lagi ke? haha). tapi thanks pada kak Ros atas ilmunya.. =) aku tak tahu pun selama ni macam tu..

masa skrip reading berlangsung, aku memang tak lepas pandang kak Rozita ngan Nora. bukan sebab dia artis. tapi sebab diorang sangat cantik dan cute. aku ni pantang sikit tengok perempuan cantik. mula laa mata aku tak kedip-kedip. tak nak pejam. haha. mata aku ni gatal sungguh. aku bukan pandang sebab apa-apa. tak apa-apa makna. cuma aku suka tengok orang cantik. (terfikir jugak, macam mana laa nak jadi cantik macam dorang. hehehe. teringin jugak nak cantik. lalalala~).

pengalaman ni, aku tak kan dapat untuk kali kedua. dan aku patut bersyukur, walaupun aku masih lagi belajar dan belajar dan belajar, dalam dunia penulisan ni, aku dah ada praktikal. dan aku tahu selok belok nak tulis skrip untuk live on tv. alhamdullillah. dan syukur. terima kasih untuk en. Najib selaku bos a.k.a cikgu aku. hehehe.

tapi yang paling best ialah, kontrak dah habis.

En. Najib cakap, "pasni korang tumpu study plak. abg nak korang belajar betul-betul."

so tak delah aku macam lipas kudung je nanti. pastu tak chipsmore laa.. hehehe. nak rehat dulu untuk malam ni. esok baru mula buat semua asigment yang terbengkalai. perlu di edit dan di kemas kini lagi tu...

nanti jangan lupa tengok konsert P.Ramlee kat Astro Ria, 29/10/10 jam 9pm. aku harap korang semua berpuas hati.. dan tak lupa jugak dokumentari P.Ramlee kat History Channel pada 31/10/10 jam 9pm..

dokumentari P.Ramlee

dan aku juga berpuas hati dengan hasil kerja ku. cuma ade sikit-sikit yang tak puas hati tu, lumrah laaa. bukan semua orang boleh ikut skrip yang kita buat. kecuali skrip novel. sebab novel tak de pelakonnya. kan?

kerana aku adalah creative writer.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kenapa nampak lain?

al-kisahnya... tempoh hari, aku duk godek-godek fb.. boring. banyak keje. tapi tak boleh nak buat. bising. blur. bila time nak mengarang, kalau blur, memang susah. huhu. so layan mata jela.. habis cerita.

so... jumpa fb siapa entah. lelaki. promote dia nya baju. hmm, memang dah jadi trend orang berbisnes dalam fb sekarang. mana tak nya, lebih senang. upload gambar. tulis-tulis sikit. next tag orang yang rasa dia boleh beli. hehehe. duk diam-diam dengan hanya membuka fb tengok komen. kalau ade orang nak, dia order. tak nak. itu hak masing-masing.

last, aku sangkut pada baju kaler orange ni. hmm, cantik. aku tanya en.Dia.. hehehe. dia jugak cakap sama macam aku. cantik. tapi betul ke cantik. confuse jugak. sebab dalam gambar, semua nampak cantik. huhu.

ku tanya. "Yang, i nak baju ni. boleh i order?"
dia jawab. "order la."
2 minit kemudian. aku cakap. "Yang, i dah order."
dia balas balik, "ok."

kata aku dalam hati. senang nya lelaki. tak tanya banyak. order laa. ingat kan nak laa tanya macam-macam. tapi order la.. aku pun. klik. klik. klik. dah siap order. haha. kejap nya. esok lusa sampai laa tu. pastu buat apa yang dia suruh. then, settle.

hari ni, dah dapat baju nya. wah. no penat untuk shopping. no penat kaki. no keluarkan peluh. no. no. no. just tunggu aje. patutlaa orang suka shopping on9. tapi ini untuk percubaan je. tapi aku rasa sedikit kecewa. sebab apa yang aku tengok, macam tak sama ngan yang kat luar. haha.

dah agak dah. memang apa yang ade di dalam gambar mesti ade sedikit perbezaan ngan apa yang kita lihat di luar. tapi tak kesah pun. aku pakai apa pun, tetap cantik. hahaha. ku berpegang pada falsafah itu.

nanti, lepas aku pakai, aku akan buktikan aku memang cantik. tunggu. hahahaha. biar aku perasan sendiri. sebab kalau nak tunggu korang puji, zaman bila entah baru nak puji. hehe

nak sambung buat slide presentation untuk esok plak. hehe. chaiyok3..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

yang ke-3

hari ni hari rabu. presentation untuk subjek yang ke-3.. Histografi Islam...

semalam cik Zaza membebel. aku gelakkan saje. kakaka. sian dia. dia cakap dia rasa nak gigit-gigit je aku ngan Nad. haha. sebab buat dia pening. lalala.

sorry laa cik Zaza.. i bukan nak buat u pening, tapi i pun pening. sebab tu u lagi pening. hehehe. lagipun dala bahannya bahasa arab. pastu nak faham ke BM pastu asigment and slide presentation plak dalam BI.. mana aku tak pening... lagi-lagi bab ni bab sejarah tamadun Islam. Ibnu 'Athir plak tu.. tak pernah didengar pun sebelum ni nama dia. hahaha. lagi tambah-tambah pening. hahaha. sorry eh cik Zaza and cik Didi... maafkan kami... maafkan kami... maafkan kami... maafkan kami... maafkan kami... =D (mentang-mentang semua skrip P.Ramlee duk dalam otak.. asik P.Ramlee je dia. kikiki.)

aku tahu, sem ni aku agak kelam kabut. tapi aku akan cuba buat yang terbaik untuk kamu ye cik Zaza.. aku tak sengaja nak kelam kabut laa.. huhuhu.

hmm, nak touch up sikit lagi slide ni.. kalau tak lawa nanti cik Zaza membebel lagi.. eh3... bukan membebel, nasihat... hehehe..

good luck untuk diri sendiri dan ahli group yang lain.. Nad, Didi and Zaza =) lalalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

otak ku, bahagi 3

sekarang aku ngah meting untuk P.Ramlee ; Di Manakan Kucari Ganti... pening. dah 2 minggu tak masuk opis. banyak perkembangan yang aku tak tahu. hahaha. kekadang aku kena pilih antara dua keje. so aku pilih asigment + presentation dulu baru aku ambik port pasal P.Ramlee plak. haha.

tapi hari ni, ade presentation nilai etika. adeh. tapi belum siap sepenuhnya lagi asigment nya. boleh tak macam tu?

pelik-pelik.

hmm, boleh plak masuk meting. dan masuk blog. hahaha. sambil telinga pasang untuk sagment P.Ramlee yang diatur.. adeh.

banyak sungguh keje aku buat dalam satu masa. macam-macam ragam. otak aku pun dah aku bahagi kan kepada 3 bahagian. telinga aku dengar apa yang nak dibuat. fikiran aku, fikir pasal asigment. tangan taip blog.

hmmm... nak hilang kan stress sikit. sebab semua orang serius sangat. releks laa sikit... ngan aku aku sekali serius.. dah semua orang serius.. huhu

hmm, producer kat tepi. tak boleh lelama kat sini. mata dia dah jeling-jeling aku buat apa.. kikikiki

chow!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mencemburui aku..

isnin... teknologi dalam pendidikan islam... selasa plak, nilai dan etika... rabu, histo... khamis menyusul ngan pembangunan islam..

alamatnya lepas ni, aku boleh jadi penceramah yang hebat laa.. sebab tiap-tiap hari aku present minggu ni.. adehh... tapi, semua tak siap lagi. nak kena edit lagi. kena bagi cantik lagi. dan yang pasti, nak kena tunjuk kat ustaz & ustazah jugak..

banyak plak step-step yang perlu disiapkan.. huhu.

rindu betul pada blog. tapi apa kan daya ku... masa mencemburui aku..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jadual yang full.

bulan demi bulan silih berganti. tapi bulan 10 ni, aku macam nak giler. dah nak naik sawan dah ngan keje yang menimbun. kelas sikit. tapi keje+asigment, mak aiii.. banyak tahap gaban. naik pening kepala aku tak tahu nak dahulukan yang mana satu.

tapi kena pilih-pilih laa.. janji jadual sikit teratur. sebenarnya sem ni adalah sem paling kelam kabut. Pija pun cakap macam tu. kata nya aku kena susun jadual dengan betul dan teratur. baru hidup aku tak kelam kabut.

aku tabik betul ngan Tuan Asmawi. aku rasa keje dia lagi banyak dari aku. pegawai perhubungan awam kat Jawi+VO+ade segment kat radio+ banyak lagi laa keje. tapi semua teratur. tak de pun kelam kabut. heran betul aku. macam mana laa dia buat.

tapi aku kenalaa belajar pelan-pelan. aku ade jugak angan-angan nak jadi macam dia. hehe. cool je. tapi kata orang, lelaki memang macam tu. perempuan tak boleh. ok. aku tak percaya. haha. sebab bagi aku, perempuan sekarang dah moden. bukan lagi perempuan zaman dulu yang senang-senang je nak buli. kan?

hmm, kena ikut nasihat Pija ni. terima kasih kasik nasihat kat aku ye Pija. hehe. lepas siap asigment ni, aku susun jadual dengan grand gitu.. dan moga ianya tak buat kan aku pening2 lalat.. hehehe

=) sekuntum senyuman untuk cik Pija Zaza.. hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ayat sihir..

semalam, janji ngan Tuan Asmawi nak pegi rumah dia. so jam 2 petang, kitorang sampai rumah dia. betulkan kerja yang sepatutnya. pas siap, dia cakap, dia punya sakit dah tak sakit dah. hmm, aku pun tanya macam mana dia buat.

dia baca laman web arab. yang ajar tentang sihir dan cara nak berubat serta ayat-ayat al-Quran yang patut di baca dan didengar.

kami pun ambik dan bluetooth laa.. masing-masing nak balik dengar.

so semalam Nad, dengar ayat al-Quran tu, berpeluh.. katanya. sama macam Tuan. tapi lain jadinya pada aku. haha. nak gelakkan diri sendiri pun ada. aku pasang sambil baring nak tidur. lastnya aku tidur ngan nyenyak sampai pagi. hehe.

sekarang masih lagi mendengar ayat al-quran tu. tapi tiap kali dengar, mata jadi kuyu sekuyu kuyu nya.. macam kena dodoi pun ade. kenapa ye? pelik betul.

kata Tuan, kalau ade benda-benda tak elok, kita tak boleh duduk diam dan panas. tapi aku ni macam nak tidur, macam kena dodoi je ni, menulis ni pun mata dah tak boleh bukak. ngantuk yang amat. haha.

apa maksudnya eh? adakah aku ni, bersih dari benda-benda tak elok? hmm.. aku tak tahu jawapannya. ade sesiapa yang pandai bab ni tak? hehe.

boleh tolong kasik jawapan kat aku tak... lalalaa~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kenapa?

kenapa manusia suka kutuk sesama sendiri. kenapa suka mengumpat sesama sendiri. kenapa suka mengata sesama sendiri.?

aku pelik. dan bertambah pelik kalau yang dikutuk itu adalah kawan baik sendiri. aku tak tunding jari kepada orang lain. kekadang aku pun kutuk jugak kawan baik aku. haha. tapi kalau kutuk berdepan lain laa.. ni main cakap-cakap belakang. tak syok betul macam tu.

kalau tak puas hati, semuka laa.. jangan main hentam belakang kawan bro.. tak cool laa..

pernah ditanya pada ku, "kalau kawan baik aku main umpat maki belakang, macam mana?" aku jawab, "susah apa, tanya jelaa dia. apa kes, tak puas hati cakap laa... main-main kutuk belakang tak cool laa.."

pernah ke aku buat? pernah laa.. pegi semuka ngan orang tu. tapi masa tu, aku tak tahan sangat laa tu. kalau boleh tahan, aku tahan dan sabar je dulu.. kalau sabar dah habis had, face to face dan tanya apa yang tak puas hati. kalau dia jawab tak de apa-apa.. itu yang buat aku bengang tu.. sebab dengar dari orang yang jaja merata kata itu ini. tapi pegi tanya sendiri, tahap gaban takut nak mengaku kat aku. apa lagi warning habis-habisan.. nak main halus-halus, tak main. main kasar terus.

hahaha..

entry ini ditulis untuk melepaskan geram kepada kawan yang selalu bercakap macam "parya" (ayat yang selalu Nad guna).. pinjam sat naa.. hihihi..

dan aku berpesan, kepada semua orang, hati-hati dengan aku. walaupun aku ustazah, tapi aku tetap manusia biasa yang mempunyai 1001 rasa.. dan jangan usik kehidupan aku, kerana sekali kamu usik 1000x aku akan bongkar pasal kamu..

wah.. samseng ustazah ni!!! ;D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

dan akhirnya...

akhirnya aku berjaya jugak faham macam mana nak buat apa yang Ustaz Hashimi mahukan. gembira tak terkata. semalam, pagi tadi, tengah hari tadi, petang tadi, kepeningan aku terserlah. sekarang aku boleh menarik nafas lega, kerana aku sudah pandai menggunakan teori-teori yang di ajar.

thanks kepada cikgu-cikgu yang bersusah payah mengajar aku subjek ni. lalalala~ rupanya banyak lagi perkara yang perlu aku tahu dan belajar. terasa masih lagi keanak-anakan.. hehe.

dan keserabutan yang ade makin berkurang.. dan berkurang.. dan berkurang.. time serabut gini, tak boleh duduk tempat orang ramai. bisanya aku memarahi semua orang.. hihi. so duduk kolej, di meja study, di atas katil kesayangan, berbantalkan 6 biji bantal yang empuk, dengan comforter nya yang menyamankan hati. wah! terasa mahu tidur dengan segera..

itu bagusnya tinggal di kolej. segalanya disediakan. dan kita datang hanya membawa barang dan apa yang perlu sahaja. aku suka tinggal di asrama.

dan akhirnya sampai sekarang, aku masih tinggal di asrama. darjah umur 12 tahun sampai 26 tahun aku masih tinggal di asrama. apa yang ada pada asrama pun aku tak tahu. tapi aku sukakannya. mungkin kerana aku tidak perlu susah-susah memasak, hanya makan apa yang orang sediakan.. haha.

tak malu!

tak kesah pun. janji aku happy dan hidup aku bahagia. aku tak suka kedamaian aku di curi. hehe. mungkin sebab itu, aku lebih suka berada di asrama.

ntah bila nak balik rumah. rindukan mak. asyik menghabiskan masa di asrama, tanpa ibu ayah.. itu yang susah tu. keinginan mahu belajar lebih tinggi dari segalanya. hmm, sampaikan aku tak sedar umurku makin lama makin tua.

=)

tak kesah. sebab seseorang berhak buat apa yang dia suka tanpa sekatan dari sesiapa. melainkan itu menyalahi syariat agama.

nak sambung buat asigment balik. masa dah makin suntuk ni.

senyum pada diri sendiri agar terus bersemangat. =) wink3*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pening dan sewaktunya dengannya.

semalam, aku pening. serabut. tak tahu nak buat apa. blur. otak beku. dan seangkatan dengan nya laa.. sebenarnya apa yang aku peningkan? aku pun tak tahu nak luahkan. haha. luah meluah ni, aku kurang pandai sikit. biasalaa.. bukan bidang aku.

hmm, tapi sekarang, aku rasa kembali ok. tenang. mungkin waktu untuk ku bertenang hampir mencukupi. haha. kekadang kita sepatutnya bagi diri sendiri tenang. dan bagi diri sendiri masa untuk mengawal semua keserabutan yang ada.

semalam, aku terasa mahu menangis. kerana mungkin tangisan itu akan membaiki mood aku. tapi aku kuatkan semangat. mungkin menangis saat ini tidak berbaloi. haha. mungkin ya. dan mungkin tak. tapi bila dah tua-tua macam ni, nak menangis pun rasa tak de air mata. ntah kemana hilang semua air mata pun aku tak tahu. may be semua nya telah kering.

hari ni, hari yang cantik. pagi yang indah. tariknya juga indah dan senang di sebut. 10hb 10 2010.. ada orang cakap kat aku, "hari ni, tarikh yang cantik 10/10/10 (sempurna). so buat laa yang terbaik ok.." aku hanya senyum membacanya. dan tidak membalas. membiarkan ia tergantung tanpa jawapan. bukan masa yang sesuai aku membalas kata-kata itu dalam ketenangan yang ada ini. hehe. kerana aku mahu berehat dan menenangkan diri. =)

hmm, bagi aku, tak yah tunggu tarikh yang cantik dan sempurna, tiap-tiap hari aku kena buat yang terbaik. haha. membangkang kata-katanya. suka hati aku la. aku punye pendapat. hehe. aku selalu berusaha untuk buat yang terbaik untuk diri sendiri. tapi kalau tak baik jugak tu, nak buat macam mana. hehe. kan?

so, buat yang terbaik tetiap hari untuk hidarkan diri dari keserabutan yang ada. dan keserabutan yang ada, perlukan masa untuk diselesaikan satu persatu. agar diri kembali terurus dan cantik serta ceria seperti hari-hari yang lalu.

dan sekarang, aku sedang berusaha untuk menyelesaikan satu demi satu mengikut kehendak aku sendiri.

kata aku dalam hati, "suka hati aku laa.. aku punya pasal laa nak buat apa-apa pun. ko pe hal..." tidak ku luahkan. kerana ia memang tak elok didengar oleh orang. hehe.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

P.Ramlee oh P.Ramlee...

tetiap hari P.Ramlee.. mata pun dah nampak huruf P je ni.. lirik P.Ramlee, lagu P.Ramlee, skrip P.Ramlee, tag line P.Ramlee.. hmm, semua P.Ramlee..

dah naik pening ngan P.Ramlee.. kalau laa tak kena buat program pasal P.Ramlee, comfirm aku tak dengar semua lagu P.Ramlee.. rupanya banyak lagu-lagu dan filem-filem P.Ramlee yang aku belum tengok pun lagi. tapi semalam dah siapkan info-info berkenaan dengan P.Ramlee..

hari ni, legi sikit tak yah ambik kesah pasal P.Ramlee lagi. minggu depan plak. kalau tak, P.Ramlee, P.Ramlee, P.Ramlee, P.Ramlee, P.Ramlee... pusing kanan P.Ramlee, pusing kiri P.Ramlee, pandang depan P.Ramlee, pandang belakang P.Ramlee.. adeh..

bila la nak habis program ni.. rasa macam dah nak termuntah dah ni.. tapi tak pela.. aku kira ini adalah kuliah amali aku sebagai seorang "creative writer".. hmm, harap dapat bersabar..

:) senyum untuk semua lirik, lagu, filem dan perkara yang berkaitan ngan P.Ramlee.. =D peace!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jamuan raya PQ

jamuan raya kali terakhir bersama ngan budak-budak kelas aku. kenapa budak? may be sebab aku tua kot. hahaha. mencebik bibir sendiri. (perasan tua!!! tapi abang Dollah Cantik cakap, pada usia 260 tahun seperti aku, aku sudah dikategori tua.) tak kesah laa orang nak cakap apa.. yang penting aku rasa sangat muda dan bergaya.. hahaha

hmm, jamuan malam ni, terasa malas plak nak pegi. tapi dah bayar dan dah janji nak pegi. huhu. kalau tak pegi, kira mungkir janji tak? haha. tak tahu. (jawapan untuk sedapkan hati sendiri)

sekarang sangat banyak keje, so nak enjoy pun aku dah malas. otak asyik fikir nak rehat je. dan nak qada' tidur. itu je yang otak aku fikir sekarang. mungkin kesuntukan masa rehat membuatkan aku penat dan letih dengan semua perkara. sampai kan nak bergaduh ke, nak bertekak, nak fikir sesiapa yang terasa hati ngan aku pun, aku malas nak fikir. haha. tak sempat.

kata orang, perempuan suka mengumpat. tapi bila dah busy dan banyak keje, mengumpat pun aku tak sempat nak fikir. lagipun buat apa mengumpat? buang karen je. buat tambah pahala.

sebenarnya aku nak kena pegi check darah malam ni. doctor cakap kalau lebih dari 3 hari aku masih lagi sakit perut, cirit birit, aku kena pegi check darah. takut-takut aku denggi. sebab kekadang orang kena denggi ni, tak semestinya demam. aku repeat yang doctor cakap je.

tapi hari ni, sangat banyak keje yang perlu aku fikir. boleh kita postpone dulu tak sayang untuk ke klinik check darah tu? nanti-nanti i ade masa, kita pegi laa.. hehehe.. boleh kan sayang? lalalalaa~ dia mengiakan je.

aku bukan tak nak pegi, bukan nak buat dia bimbang, tapi, aku banyak keja laa.. jap lagi aku fikir macam mana nak buat. hehe.

malam ni, ade request dari seseorang untuk memakai baju raya yang dibelinya. so apa salahnya kalau aku pakai. lagipun dia yang beli. so, pakai jelaa.. hehehe. nad pun ajak pakai baju tu sesama.. pakai jela. tapi tak iron lagi ni. sekarang pun masih kat office lagi. entah bila nak balik dan nak siap keje. aku pun kurang pasti. jap lagi laa kot.

jamuan raya malam ni, tepat jam 8. entah pukul berapa baru aku sampai. aku pun tak tahu. hentam aja laa Labu.. janji sampai.. huhu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

adakah aku nampak macam cinderella?

"cinderella... cinderella... cinderella..."

terdengar laungan seorang lelaki memanggil seseorang.. aku toleh kiri, aku toleh kanan, ku toleh belakang. ku pandang ke depan.. siapa cinderella yang dia maksudkan? AKU KE? ish3.. mustahil.. mustahil.. mustahil...

aku tanya, "kamu bercakap dengan saya ke? mana ade cinderella kat sini." dia menjawab "yela kamu macam cinderella.." aku jawab lagi, "kalau saya cinderella, saya pakai kasut kaca.. ni bukan kasut kaca, ni kasut crocodile.." dia ketawa..

hmm, adakah aku nampak macam cinderella? dengan kelopok mata yang bengkak. dengan muka yang naik jerawat 2 biji. dengan bibir ku yang kering. haha.

hmm, walaupun rasa bertuah tetap ade. sebab ade orang panggil aku cinderella. cinderella kan cantik dan manis. cinderella mana tak cantik.. means, aku ade jangkit-jangkit laa sikit tu dengan cinderella... hehehe. (tolong berhenti perasan boleh tak?dush3.. tumbuk mata diri sendiri sampai lebam!!! ngeh3..)

hmm, cinderella pun cinderella laa.. sebab kecantikan itu abstrack di mata semua orang. ia tak sama. janji aku tetap jadi diri sendiri. bukan jadi orang lain. malas nak hipokrit dah sekarang. apa nak jadi, jadi laa.. hehehe.

kerana aku hanya lah insan yang bernama, Azura... bukan cinderella..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bergunung-gunung...

hmm, dalam hidup ni, keje tak kan habis sampai bila-bila pun. kalau dah tak de keje, means, kita dah tak de nyawa laa tu.. tapi kalau dah masuk kubur pun, still ade keje jugak. nak jawab soalan malaikat plak. nampaknya, kalau nak bersenang lenang, kena tunggu masuk syurga yang Allah janji kan kepada orang yang baik-baik je laa..

kalau tak baik macam aku, kena laa berubah jadi baik dulu baru boleh masuk syurga macam yang semua orang impikan. apa laa yang aku merepek ni... ish...

jadual bulan 10. aku dah senaraikan semalam. wow!!! penuh full tak boleh nak masuk jadual lain dah. jadual dating, agak-agaknya boleh tak masuk saat-saat terakhir eh? haha. itu kena laa set up masa balik. start dari sekarang sampai laa 2 nov.. padat. macam ikan sardin jadual aku.

patutlaa mak aku selalu cakap, "tu laa yang makin lama, makin kurus tu.. keje kuat sangat. keje lagi, belajar lagi." apa aku jawab? aku sengeh je laa.. dah memang betul. kekadang agak stress dan tak sempat masa nak menerawang jauh ke blog-blog orang lain. tapi terpaksa laa.. nanti aku ade masa, aku explore semua blog yang ade dalam list aku. biar puas hati aku ni. haha.

tapi yang aku pelik nya, keje aku dah banyak, tapi aku rasa, dari hari ke hari keje aku bertambah. tak pernah pun berkurang. kalau berkurang tu, aku rasa macam pelik je. adeh. macam mana laa nak buat keje supaya makin kurang. confuse aku.

hmm, blog aku, wajib aku masuk. walaupun kekadang aku tak de pe-pe pun nak ditulis. tapi tetap ziarah cik PinkyLucia aku ni..

thanks to Didi. sebab dia lah keje aku yang susah menjadi senang. sebab aku asik usung dia ke sana ke mari. hehe. kata orang kalau baru memang usung. kalau lama, duduk je tersimpan kat bilik. hmm, bukan aku nak simpan dan lupakan yang lama. tapi tak sempat lagi nak pegi jemput dan berjumpa serta bersua muka dengan nya. sian Rara. mesti Rara rindu aku. aku pun rindu jugak kat Rara.. huhu.

siapa Didi? siapa Rara? 2 2 lappy kesayangan aku. hehe. mesti letak nama. dia jugak ade perasaan. dia la teman aku time aku nangis. sedih. happy. dan yang penting, time keje aku menimbun dan menggungung macam sekarang. dia laa peneman yang paling setia yang ade disisi aku. hehe.

bila entah aku nak beli baju untuk Didi. sian dia. dah ade calar-calar ni.. huhu. tak pe. time ade duit dan free, aku beli. tapi kalau ade orang tolong belikan untuk aku pun, best jugak. hahaha. aku just bayar duit je.

hmm, nak ajak Didi siapkan keje mencari dan menyelongkar film P.Ramlee di youtube.com untuk dijadikan cliff hanger untuk program ku nanti. dah cari separuh. tapi macam tak cukup laa plak.. jom kita cari gali youtube sesama ye Didi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

baru je 2 minggu..

baru je 2 minggu lepas aku pegi klinik.. semalam aku kena pegi klinik lagi.. ade orang cakap, dalam badan aku ade jin.. sebab tu banyak penyakit. aku cakap, tolong laa buang.. haha.

ade jin or tak, itu bukan dalam ilmu aku. tapi bila dah tanya ustaz, ustaz cakap tak de. so tak de laa.. sebab aku bukan ade ilmu pasal jin-jin ni.. hmmm...

tapi tubuh aku ni memang macam ni. silap makan, sakit. silap langkah, lebam. silap minum, batuk. semua tak boleh silap. semua kena betul. makanan pun kena seimbang. dan tak boleh makan benda yang tak pernah di makan oleh perut. kalau makan jugak, terima laa kesannya.. adeh..

tapi alhamdullillah. means di sini Allah sayangkan aku. selalu nak habiskan dosa aku. sebab aku ni banyak dosa. aku harap, aku dapat membuang dosa-dosa yang ada. hmm, kalau fikir pasal dosa, esok pun tak habis. so buat apa yang terbaik untuk diri sendiri dan berharap Allah akan melindungi aku seadanya..

hmm, sekarang dah sampai tahap boring dah ni makan ubat. banyak tahap gaban kot ubatnya.. kalau yer pun nak suruh aku sihat, jangan laa kasik aku banyak sangat ubat. huhu. tapi adik Nur cakap, doctor tu sayang aku. so dia nak laa aku sihat. so terima laa dengan hati yang terbuka..

makan ubat dan cepat sembuh. ucapan untuk diri sendiri.

mesti kuat semangat. dan kuatkan diri. baru laa namanya Azura.. hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sabtu yang baik..

hari yang baik ngan mood yang baik. mood aku memang baik. tak tahu apa yang berlaku yang menjadikan mood aku tersangatlah baik. hihi..

biasanya hari sabtu, aku akan terasa sangat lah boring. mungkin sebab aku dah qadak tidur dan jugak dan kemaskan bilik. asigment pun dah banyak yang siap. dan sekarang, aku cuma hanya perlu siapkan baki-baki asigment yang ada. dan baiki apa asigment yang salah. banyak wooo asigment yang salah. haha.

entah apa yang aku fikir pun aku tak tahu. asigemnt aku asyik salah je. haha. tak pe. belajar dari kesalahan yang ada. biasalah student. memang macam ni. kalau tak salah, asyik betul je, itu nama nya lecturer.. hehehe..

hmm, research for P.Ramlee songs pun tak siap lagi. sinopsis film dan banyak lagi P.Ramlee yang bergelumang dalam hidup aku. asyik P.Ramlee je. ni tak kan habis kalau projek tak run-run. hehehe. live nya 24.10.. so tinggal 22 hari lagi. harap aku boleh siapkan nya dengan baik dan memuaskan..

hmm, keje writer ni memang kena banyak tahu. semua nak kena tahu. tak pe. aku pelan-pelan tahu. haha. sekarang kan ngah belajar ngan baik untuk menjadi seorang penulis yang baik. =) thanks to en. Bos kerana sudi mendidik aku sampai laa aku boleh jadi writer dan smapai sekarang laagi aku masih belajar. hehe.

aku nak siapkan asigment plak. kalau siap, boleh date. haha. kalau tak siap, nak date pun fikir asigment. lalala~

asigment oh asigment di hari sabtu yang indah.. lalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW!

ini adalah...
*STICKYPOST*
Entry baru sila scroll ke bawah..
terima kasih daun keladi.. lain kali scroll lagi. hehe.


boring tahap dewa dewi.. tak tahu nak buat apa. dah siapkan asigment yang salah. bina soklan kasik betul je dulu. pastu aku pun blogwalking. tetiba jumpa blog ni, dia masuk lucky draw.. aku klik-klik-klik-klik-klik. jumpa laa blog ni, yang buat lucky draw.

hmm, gatal je tangan.. nak try laa..
sesiapa yang nak try boleh laa klik DISINI.. hehe

Syarat-syarat penyertaan:
1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)

2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.)

3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST(Tutorial utk sticky post klik SINI) di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)

4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)

5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.

6. Pemenang akan dipilih DI SINI.

sekarang ngah ikut cara nak buat stickypost..

dan inilah hadiahnya.. menarik kan.. stylo plak tu.. berkenan ni.. ;D

16 Pc Dinner Set


Product Information

4 Dinner Plates, 4 Bread & Butter Plates, 4 Soup / Cereal Bowls, 4 Stoneware Mugs

Additional Information

Item Code
1065856
Weight
4,275g
Category
Dinnerware
Pattern
Geometric

Product Descri

ption

Corelle Dinnerware range is break, chip, scratch and stain resistant. Its made from a unique material called Vitrelle which compresses two layers of different glass compositions, so it's incredibly tough. It's microwave. Dishwasher and oven safe.

TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI
TUAH ANDA SIAPA YANG TAHU


kalau ade rezeki, adalaa.. Allah tu maha Adil.. dia dah tetapkan dan rezeki untuk hamba-hambanya.. =)

good luck untuk diri sendiri. hehe.. dan semua yang masuk. lalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS