RSS

Keberangkatan pulang.

Sekarang, boarding time.
Saya memandang tiket Jeddah-Colombo dengan pandangan sepi. Saya rindukan Kaabah. Saya juga rindukan masjid Nabawi. Baru beberapa jam saya tinggalkannya, saya sudah mula merindukannya. Oh, inikah rasa yang selalu diperkatakan oleh setiap orang selepas pulang dari rumah Allah yang Maha Agong dan setelah bertemu Rasulullah?
Mungkin.

Takpe. Jangan sedih dan risau. Insya Allah, saya datang lagi. Setelah ziarah widak, hati menjadi sayu. Tapi digagahkan juga kerana saya bersama kawan-kawan. Malu pula nanti.

Bila kapal dah start berjalan, saya mula rindukan Faqihah Husna dan Naurah Nabihah. Ya .Allah. Saya rasa hari inilah saya baru begitu rindu yang tidak tertahan kepada mereka berdua. Tak mampu diluahkan. Saya seka air mata. Tempoh tiga minggu bukan waktu yang sekejap. Apa khabar mereka berdua? Saya tertanya-tanya, walhal setiap hari gambar di beri kepada saya melalui talian whats app.

Ntah kenapa hati menjadi seperti meronta-meronta mahu segera pulang. Mahu segera memeluk angel kesayangan hati. Naurah dari semalam lagi menangis meminta agar saya segera pulang. Oh anak, jika Madinah-Malaysia itu umpama Gemencheh-Air Keroh umi akan memecut laju supaya umi cepat sampai.

Sabar sikit lagi kakak yer. Umi akan segera pulang.
Umi sayang kakak.
Umi sayang adik.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Madinah, hari terakhir.

Hari ni hari terakhir di Madinah. Untuk perjalanan kali ini. Akan datang, saya tidak tahu lagi. Saya berdoa dengan penuh pengharapan, saya akan dijemput lagi ke sini untuk menjadi duyufurrahman. Saya berharap kali ini bukan kali terakahir. Allahuakbar. Insya Allah, Amin..

Berada di sini saya rasa agak rileks berbanding dengan mekah. Di mekah, saya sibuk untuk umrah. Untuk tawaf sunat. Untuk ibadat lain. Datang ke sini suasana berbeza dari Mekah. Di sini ia lebih teratur. Lebih sistematik. Wanita di sini lebih sopan berbanding di al-Haram.

Tapi sayang.... Semua seolah-oleh terleka dan hanyut dengan kesempurnaan Madinah. (Termasuk saya la tu.) Shopping sampai terbabas untuk pergi ke masjid Nabawi. Ziarah sehingga tidak sempat untuk berimam dengan imam masjid Nabawi. Ya Allah, ampunilah dosa saya.

Pernah satu trip ziarah, saya tak sempat untuk masuk ke dalam masjid. Hanya berada di perkarangan masjid. Ya Allah ya Rahman. Begini kah rasa solat di luar masjid.? Saya tidak sanggup untuk merasainya sekali lagi. Selepas itu, Alhamdulillah. Sentiasa ada tempat untuk saya. Alhamdulillah, syukur...

Saya cadangkan kawan-kawan, sentiasa lah masuk ke dalam masjid. Insya Allah, akan ada tempatnya. Kecuali polis wanita dah tak bagi masuk. So terpaksalah di mana saja kita berada. Kalau boleh, iktiar lah sampai masuk ke dalam masjid. Pahalanya lebih besar daripada luar masjid.. dan iktiar lah supaya kita dapat pergi awal untuk berjumpa dengan Rasulullah yang berada di sana sebelum solat.

Sudah pun tertera dalam hadis, satu solat di Masjid Nabawi lebih baik dari 1000 solat di masjid lain Kecuali Masjid al-Haram.

Saya masih tak faham kenapa ramai yang memilih berada di luar masjid daripada di dalam masjid. Bukankah berada di dalam masjid itu lebih banyak pahalanya? Terutamanya jika berada di saf hadapan. Jika kita nampak pahalanya berada di bawah sejadah, barangkali semua orang memilih berada di dalam masjid dan berebut memilih saf hadapan. Kerana makin ke belakang bermakna makin sikit apa yang ada di bawah sejadah.
Hm. Sama-sama lah kita fikirkannya.

Nukilan,
Azura
Madinah
28.12.2016 - 930am


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengalaman di Raudah, Taman-Taman Syurga

Malam ni jam 9malam, saya dan kawan-kawan ingin masuk ke Raudah.
Saya sudah excited. Tak sabar mahu berjumpa dengan Rasulullah.

Di Madinah, terasa sangat dekat dengan Rasulullah.
Nak marah suami, saya ngadu pada Allah dan pada Rasulullah. Kalau pelik dengan perangai orang, ngadu ngan Rasulullah. Bila orang bersesak-sesak tolak-tolak, saya tanya Rasulullah. Walaupun saya tahu, Rasulullah tak dapat jawab. Tapi saya yakin Allah dan Rasulullah dengar apa yang saya katakan.

Yang hairannya, saya akan dapat bertenang dengan cepat bila saya mengadu. Bila saya menangis dan marah, saya akan tenang dan saya boleh mengawal kemarahan itu dengan baik. Allah, nikmatnya terasa bila kita mengadu dengan Allah dan Rasulullah. Sungguh!

Dan sekarang saya dah balik dari Raudah.
Kata kawan, muka saya kelihatan pucat bila keluar dari sana.. Ya. Saya kepenatan di tolak, dihimpit, ditindih. Tetiba saya rasa, inilah kelebihan menjadi orang yang tidak mempunyai berat badan yang stabil. Saya gelakkan diri sendiri. (Siapa suruh kau diet?!!)

Semasa ingin memasuki Raudah, saya tidak dapat membayangkan bahawa saya akan dapat solat disana. Tapi fikiran saya tetap positif, Allah akan bagi saya kesempatan itu. Saya percaya.

Keadaan sebelum memasuki Raudah sangat membuatkan saya membuka mulut dan mata seluasnya.

Saya membuka mulut melopong kerana terkejut melihat keterujaan Muslimat untuk bertemu Rasulullah. Dah macam budak-budak histeria bila berjumpa artis k-pop. Terjerit-jerit dan menyerbu dengan rakus tanpa menghiraukan orang lain. Allahuakbar. Dalam fikiran saya tertanya, Adakah masjid Nabawi ini tidak dapat mendidik jiwa mereka dengan bersikap toleransi sesama manusia? Bukankah orang yang kamu hendak jumpa itu adalah utusan agong yang sangat bersifat lemah lembut? Bukankah Rasulullah sangat menjaga hati dan perasaan orang.? Tidak kamu mengambil contoh dari akhlak Rasulullah?

Wallahua'lam. Saya tidak pasti kenapa kah perkara seperti ini boleh terjadi. Padahal papan tanda sudah ditampal dan peringatan dari polis-polis perempuan yang menjaga sudah ada. Tapi kenapa kita masih mementingkan diri sendiri? Bukankah sifat ihsan sesama islam itu patut di amalkan untuk kemaslahatan umum?

Orang yang kita tolak-tolak itu bukan orang lain. Saudara seislam kita. Tidakkah kita mengambil pengajaran dari kisah persaudaraan Muhajirin dan Ansar? Yang saling ingin berkorban terhadap saudara mereka walhal mereka tidak mengenali satu sama lain..

Banyak persoalan yang saya tanya diri sendiri semenjak saya berada di Masjid al-Haram dan sekarang di Masjid Nabawi. Dan persoalan itu tinggal persoalan sahaja. Saya selalu berdoa mudahan Allah memberi saya peluang dengan menghantar sesiapa sahaja kepada saya untuk memberi jawapan kepada pertanyaan saya yang tidak pernah ada penghujungnya.

Insya Allah. Allah pasti menghantar mereka yang lebih arif untuk menjawab semua soalan saya. Saya percaya.

Gambar kenangan setelah kepenatan di Raudah. Sangat indah perasaan ini. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Senyum.

Nukilan,
Azura
Madinah
26.12.2016 - 516pm


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Madinah di hari pertama.

Hari pertama di Madinah.
Hari ni mutawif bawak ke pasar kurma. Ya Allah. Di sini kurmanya murah dan berjenis-jenis. Pilihannya terlalu banyak. Sehinggakan saya sudah rambang mata untuk memilih. Hampir atau lebih 150 buah kedai menurut mutawif.

Tips yang diberikan oleh mutawif untuk memilih kurma ajwa.

1. Kurma Ajwa terbahagi kepada 3 bahagian.
Satu, kurma Ajwa ori yang pokoknya adalah pokok benih yang Rasulullah s.a.w tanam di Madinah tanah Haram.
Kedua, kurma Ajwa yang ditanam di Madinah juga tapi luar dari tanah Haram. Maksudnya ditanam di tanah halal.
Ketiga, kurma Ajwa yang ditanam di luar Madinah.

2. Kurma Ajwa yang original adalah berharga 60 riyal dan ke atas. Yang kurang harganya itu harus berhati-hati.

3. Kurma Ajwa yang ditanam dari pokok benih Rasulullah perlu ditanya tauke. Sebab dia simpan di tempat penyimpanan yang asing. Jika orang bertanya, baru dikeluarkan.

4. Biasanya kurma Ajwa yang datangnya dari Madinah tanah halal berharga 30 riyal - 60 riyal per kg. Kalau lebih, jangan beli.

5. Bila ditanya macam mana kita ingin bezakan kurma original atau tidak, kata mutawif, hanya penjual atau tauke sahaja yang boleh menjawabnya. So, perlu tanya tauke terlebih dahulu, baru buat keputusan untuk membelinya. Ini untuk yang berminat dengan kurma Ajwa original sahaja.

Allahuakbar. Dapat satu ilmu.
Terungkai persoalan saya selama ini.
Kes di tutup. Hehe.

Jadi, sesiapa yang datang ke Madinah, boleh la berkunjung ke sini.
Selamat bershopping.
Tapi jangan plak lupa, zohor di Masjid Nabawi pahalanya 1000 kali ganda. So perlu beringat, jangan shopping sampai lupa solat berjemaah. Hehe. Rugi datang jauh-jauh.
Sambil menyelam minum air lah..

Nukilan,
Azura
Madinah
25.12.2016 - 234pm


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masjid Nabawi

Alhamdulillah. Saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah yang Maha Berkuasa seluruh alam. Akhirnya, Allah memberi rezeki saya menjejakkan kaki ke sini. Alhamdulillah, jemputan Allah saya sambut dengan penuh rasa kesyukuran yang tidakk terhingga.

Suasana di Masjid Nabawi langsung tidak sama dengan Masjid al-Haram. Di sini keadaan nya teratur. Ada pintu untuk perempuan dan ada pintu untuk lelaki. Untuk ke Raudah pun ada masa yang telah ditetapkan. Lebih berdisiplin jika begitu. Ini semua orang tahu. Betul kan? Sama ada berpengalaman atau tidak saje. Kita semua pernah mendengar cerita-cerita yang meniti di bibir-bibir para jemaah jika pulang ke tanah tumpah darah.

Saya pernah juga mengutarakan kenapa Masjid al-Haram tidak mengasingkan lelaki dan perempuan pada seorang ustaz. Saya bukan mahu melawan hukum Allah. Cuma sekadar ingin tahu hikmahnya dari mata seorang ustaz.

Katanya, Masjid al-Haram mempunyai Kaabah. Punyai tempat saie juga. Jika pihak pengurusan membuat pintu nisa' dan pintu rijal, tawaf dan saie amat susah untuk dilaksanakan. Sebab masing-masing ada mahram. Jadi...ia dikekalkan seperti begini.

Hm.. saya akuinya. Dalam ramai-ramai manusia disini, susah mahu dicari mahram kita jika kita berseorangan. Sebenarnya ia sukar dijelaskan. Ya. Sangat sukar. Hanya dengan merasainya sendiri barulah kita faham.

Dulu saya selalu tertanya-tanya.
Sekarang, saya sudah mendapatkan jawapannya.
Terkadang, ada sesetengah perkara tak dapat kita rungkaikan dengan kata-kata.

Marilah sama-sama kita merasai pengalaman rohani ini. Saya doakan semua.

Nukilan,
Azura
Madinah
25.12.2016 - 751am


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tawaf Wida'.

Tawaf wida'.
Setiap orang yang datang ke Tanah Haram, menziarahi masjid paling agong di dunia, akan bertemu tawaf wida'.

Dan masa ini, air mata saya bercucuran. Demi Allah, perasaan galau begini tidak pernah saya rasakan sebelum ini. Saya berjalan dengan laju. Mengingatkan diri, jangan menoleh ke belakang dan berdoa dengan penuh pengharapan, agar Allah menjemput saya kembali. Tidak hanya saya, tapi Saya, keluarga, sanak saudara, dan seluruh zuriat keturunan saya serta kawan-kawan juga.

Saya menangis semahunya.

Sesungguhnya, dijemput ke Masjid al-Haram adalah satu perjalanan rohani yang memerlukan kekuatan semua aspek.

Kekuatan jasmani melawan rasa penat yang melampau.
Kekuatan hati melawan nafsu yang sentiasa berbolak balik.
Kekuatan jiwa yang kita penuhi nya dengan keredaan dan kebergantungan kepada Allah.
Kekuatan akal untuk berfikir bahawa di mana sahaja ade satu bisikan yang telah dijanjikan hingga ke hari kiamat. Iaitu syaitan. Maka berhati-hatilah dan mohonlah perlindungan dari yang Maha Berkuasa.

Teringat kata seorang Ustaz saya, Ustaz Shafiee. Katanya, "Semakin tinggi keimanan seseorang, semakin kuat godaannya. Semakin kuat godaannya, itu bermakna semakin berpangkat syaitan yang datang."

Orang yang hebat keimanan nya akan datang kepada nya ujian yang hebat juga. Ujian itu datang dalam pelbagai bentuk. Cuba bersabar dengan ujian adalah baik, bukan?

Di al-Haram, saya rasa sangat terdidik. Di sini saya merasakan Allah melatih umatnya menjadi seorang manusia. Bukan manusia biasa. Tetapi manusia luar biasa. Manusia yang lengkap dengan semua sifat mahmudah. Yang jika kita amalkan selepas kembali ke bumi tanah tumpah darah, akan mendapat ganjaran yang lumayan.

Bukan kah berbuat baik dan jahat itu sama susahnya? Yang mana, keduanya mendapat ganjaran dari Allah. Bezanya adalah ganjaran syurga atau neraka.

Jika sama, kenapa kita tidak sahaja memilih untuk bersifat dengan sifat mahmudah?
Sebenarnya, kita yang mencoraknya. Ke syurga kah kita atau ke neraka kah kita?
Janji Allah itu pasti.

Saya semakin risau memikirkannya.
Dimanakah tempat selayaknya untuk saya. (Bagus soalan ni untuk tanya diri sendiri.)

Nukilan,
Azura
Madinah
24.12.2016 - 819pm


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari terakhir di Masjidil Haram buat kali ini.

Mendongak dengan penuh pengharapan.
Pada Mu penguasa alam, tuhan yang Maha Agung.

Mengharapkan Mu ya Allah, menerima segala amal ibadatku.
Mengharapkan Mu ya Rahman, mengampunkan dosa ku.
Mengharapkan Mu ya Rahim, menerima semua taubatku. 

Bantulah aku ya Allah, untuk berubah ke arah yang lebih baik. Ya. Lebih baik dari sekarang. Dan terus istiqamah berada dalam kebaikan.

Hantarlah kepada ku rahmat Mu yang Maha luas. Mudahan hidup ku sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Mu. Sentiasa.

Nukilan,
Azura,
Mecca,
24.12.2016 - 10.37am


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku Doa...

Hari ketiga di Masjidil Haram.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Allah mengurniakan nikmat terbesar dalam hidup saya. Saya rasa, sangat menenangkan diri di sini. Itulah impian semua orang bila hadir ke sini kan. Mahu beribadat dan menenangkan hati ikhlas kerana Allah.

Natijahnya, akan beroleh haji atau umrah yang mabrur.

Sebelum ke sini, saya tulis doa di dalam buku. Saya menulis doa kursus untuk semua orang yang saya mahu doakan. Ade yang mahu saya doakan, saya doakan. Ade juga yang tidak diminta untuk didoakan. Tapi dengan rela hati saya doakan. Mungkin doa khusus dari seorang sahabat.

Saya harap semua doa yang kawan-kawan kirimkan dimakbulkan..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ya Allah, kuatkan aku sekuat hajar.

Ya Allah.
Bagaimana kah aku ingin sekuat hajar? jika hajar berlari berbumbungkan langit. Dan aku pula berlari berbumbungkan kipas.

Ya Rahman.
Bagaimana kah aku ingin sekental hajar? Jika hajar berlari berlantaikan pasir, aku pula berlantaikan marmar indah.

Ya Rahim.
Bagaimana kah aku ingin setabah Hajar? Jika Hajar diselimuti teriknya matahari tetapi aku diselimuti penghawa dingin di kiri dan kanan.

Ya Aziz.
Bagaimana kah aku ingin seteguh Hajar? Jika Hajar sedia mentaati Ibrahim yang menghantarnya ke padang tandus. Tapi aku datang ke sini dengan semua kelengkapan yang ade.

Ya Allah Ya Razzaq.
Aku memang tidak akan sekuat Hajar, aku memang tidak akan sekental Hajar, aku memang tidak akan setabah Hajar, aku memang tidak seteguh Hajar.

Tapi ya Allah, berilah aku peluang untuk merasakan satu perjalanan rohani yang aku juga boleh merasakan bahawa aku juga perlu teguh seperti Hajar. Aku juga mesti kuat seperti Hajar. Aku juga harus tabah seperti Hajar. Dan aku juga perlu kental seperti Hajar.

Perjalanan rohani ini tidak akan hadir dengan keizinan mu ya Allah. Jadi ya Rahman, jemputlah aku dan keluarga ku serta seluruh keturunan ku ke sini lagi. Menemui mu. Merasai perjalanan rohani yang indah dan menenangkan ini. Merasai pengorbanan Hajar sepenuhnya.

Kabulkanlah doa ku ya Allah ya Rahman ya Rahim..

Nukilan,
Azura,
Mecca,
23.12.2016 12.03pm


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Welcome to Jeddah

Alhamdulillah. Dengan izin Allah, saya sudah sampai Jeddah. Welcome to Jeddah International Airport. I like!

Ya Allah, kau permudahkanlah perjalanan kami ke masjidil haram. Sekarang, baru berkumandang azan isyak. Tapi kat Malaysia dah jam 11.30 malam. Saya ni kaki tidur awal. Tapi kemungkinan disebabkan terlalu excited nak ke rumah Allah, jadi saya tidak dapat melelapkan mata. Hehe.

Psstt. Sebenarnya saya dah tidur dalam flight tadi. Sebab target mesti sampai jam 12 pagi di tanah haram dan nak tawaf lagi. Jam berapa baru tidur. Tapi excited punya pasal, takpelah.

Saya datang sejauh 7000km takkan saya mahu tidur. Ya Allah. Rindunya saya ingin melihat Kaabah. Rindu orang yang tak pernah lihat Kaabah dan orang yang pernah lihat Kaabah lain rasanya. Itu menurut mak la.

Saya bakal melalui semua pengalaman yang setiap masa meniti di bibir mak. Ya Allah ya Rahman. Besarnya nikmat kebahagiaan yang kau berikan kepada ku ini.

Alhamdulillah syukur...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Boarding time to Jeddah

Now, its time to Jeddah.
Saya sangat berdebar. Hati saya tidak terkata gembira. Saya akan melihat kaabah sendiri dengan mata. Live!

Allahuakbar.
Nikmat apakah yang patut didustakan lagi?


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Colombo, Sri Lankar. Kita transit di sini.

Transit sini jap.
Tak tahu nak describe macam mana. Bertolak tadi jam 8.50 pagi. Sampai jam 12.15 tengah hari. Tetiba kat sini masih jam 10.10 pagi. Wah. Masa mengundur.

Jam hp set waktu dunia. Tinggallah jam tangan set waktu Malaysia. Kalau nak ubah, kena ubah manual lah. Bagus jugak ade dua jam. Hehe.

Hati semakin berdebar.
Teruja. Sayu. Takut. Gemuruh. Semua ada. Tak tahu nak gambarkan. Korang kena rasa sendiri. Mesti perasaan buat haji di usia muda lagi lunak rasanya.

Oklah. Nak sambung tulis doa.
Nanti boleh lah shopping doa banyak-banyak di masjidil haram. Insya Allah.

Doakan perjalanan kami.
Pasti pasni korang akan menyusul plak.
Insya Allah.
Senyum dengan hati yang gembira.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saat yang dinantikan..

17 Dec 2016
Tiba hari yang ditunggu-tunggu. Saya memang berdebar. Tapi saya juga teruja. Takut. Risau. Bimbang. Dah macam-macam rasa bercampur ni. Saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat.

Alhamdulillah, saya panjatkan rasa kesyukuran ini kepada Allah atas nikmat perasaan bahagia ini yang saya tidak pernah rasa sebelum ni. Sungguh luar biasa rasanya. Terima kasih Allah.

Ya Allah yang maha penyayang.
Kau jaga lah anak-anak ku. Kau jaga lah keluarga ku. Kau lindungilah mereka dari segala mara bahaya sama ada dari manusia atau syaitan yang direjam. Sesungguhnya aku berserah segalanya pada mu.

Selamat tinggal Malaysia.
Jumpa lagi 2minggu.
Senyum. Bahagia di hati.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perasaan penuh debaran.

Selamat tinggal maktab. Jumpa lagi 2 minggu.

Hati saya tidak berhenti berdebar. Jantung mengepam dengan laju. Saya tak tahu saya takutkan apa. Atau mungkin saya sangat teruja sehingga sesak nafas.

Persiapan terakhir sudah dibuat.
Saya harap semuanya berjalan lancar. Mudahan Allah merahmati, memberkati perjalanan kami semua. Mudahan selamat pergi dan pulang. Insya Allah. Amin.

Umi dan Abi, tinggalkan Naurah ngan Faqihah dengan nenek sekejap yer. Naurah jaga adik baik-baik yer. Jangan nakal dengan nenek, dengar cakap atuk, jangan kacau buli aunty dan dengar nasihat mami. Ahli syurga tak boleh garang-garang. Kena cakap elok-elok.

Jumpa kakak dan adik 29hb ni..
Umi tak sabar.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkara pelik berlaku di sini.

Biasanya saya sangat malas untuk memasak. Tapi tetiba rajin la plak. Tak tahu kenapa. Mungkin boring. Kalau terlalu boring, macam-macam perkara pelik boleh terjadi. Hihi.

Jemput makan. Maggie je pun. Haha


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Barang keperluan umrah.

Persiapan barang.
Saya sedang menyiapkan barang-barang untuk ke rumah Allah. Terbang sejauh 7000 km, tempat yang selalu saya impi-impikan untuk sampai dan saya mengambil masa agak lama untuk ke sini kerana kekangan kewangan yang selalu tidak mencukupi. Akhirnya, Alhamdulillah diucapkan dan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi saya panjatkan kerana memberi saya merasai sendiri perasaan yang sebegini istimewa.

Ini saja kah barang yang saya akan bawa.? Soalan ini hanya berlegar di hati. Saya mencongak-congak. Saya pergi tidak lama. Hanya 2 minggu. Jadi, tidak perlulah saya membawa terlalu banyak pakaian. Bukankah saya ke sana hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah dan bukan semata untuk bercantik-cantik.

Saya adalah peminat tegar warna oren, merah dan pink. Saya kekang nafsu saya untuk membawa pakaian yang berwarna terang. Kata en. Hati, warna 'ang.. Hehe. Saya fikir tidak elok kerana uruf disana kebanyakan wanita hanya memakai pakaian berwarna putih dan hitam. Lagipun sewaktu tawaf kita disunatkan memakai pakaian berwarna putih. Bukan?

Persedian untuk ke rumah Allah yang paling agung ini adalah persedian untuk bersabar dan pengurusan nafsu. Saya fikir, jika dilatih sini, nafsu akan terkawal di sana. Mudahan saya tidak diberi ujian nafsu amarah disana. Insya Allah. Amin.

Hmm. Sekarang waktu untuk melihat list barang yang perlu dibawa. Senarai semak terakhir. Harap semua barang yang diperlukan ada. Insya Allah. Mudahan Allah membantu saya.

Garu kepala.
Termenung.
Bye!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mee Udon.

Mee Udon.
Hari ni saya cuba memasak Mee Udon, mengikut resipi yang diberi oleh Adinda Comel. Alhamdulillah ada adik yang pandai masak. Boleh kongsi resipi. Hihi.

Semenjak tinggal berdua ngan en. Hati ni, saya banyak memasak. Boleh dikatakan setiap hari. Saya suka di kala berdua dengan dia. Dia sungguh romantik dan saya tidak dapat menahan untuk sentiasa tersenyum kerana kecomelannya. Oh suami kurniaan Allah. Alhamdulillah, syukur dipanjatkan pada Mu Ilahi.

Tapi bila en. Hati dah start busy, aktiviti bersama pun dikurangkan. Itu menjadikan saya sedih. Tapi tak salah bersabar sehingga cuti sekolah, kan? Kerana sewaktu cuti sekolah, saya terasa seperti pengantin. Hehe.

Sabar itu kan indah.

Berbalik kepada memasak tadi.
Oleh kerana saya tersangatlah selalu masak, jadi saya memerlukan waktu yang lama untuk memasak sesuatu. Penyediaan bahan pun dah berjam-jam. Saya tidak faham kenapa saya mengambil masa yang lama untuk menyediakan bahan untuk memasak. Mungkin kecekapan saya adelah tahap paling success. Menyebabkan ia mengambil masa yang lama.

Walau apa pun, ia dah siap. Dan...
Selamat menjamu selera.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Allahu. Alhamdulillah, syukur.

Alhamdulillah. Pagi-pagi ada berita gembira yang menyapa. Berkat kesabaran yang dilalui.

Saya dah dapat detail penerbangan. Walaupun ke sana tak dapat berlama-lama sebagaimana visa yang telah diluluskan selama sebulan. Tapi Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. Dapat jugak tiket walau dalam keadaan yang sukar dan dalam tempoh menunggu selama 2 minggu.
Itu kan ujian. Redha.

Sekarang, saya macam terketar lutut.
Tak tahu sama ada terketar kerana gembira atau terketar kerana rindu atau terketar kerana takut.. Saya tak pasti.
Beginikah perasaan orang yang nak ziarah antara rumah teragung Allah?

Saya tak dapat describe perasaan apakah ini. Inikah perasaan yang sering diceritakan oleh Kebanyakkan orang yang mendapat jemputan Allah?
Mungkin.
Kerana saya tidak pernah merasai perasaan sebegini lunak sebelum ini.

Allahuakbar. Nikmat Tuhan mu yang manakah yang kau dustakan?

Saya berdoa, perjalanan ini diberkati oleh Allah dan dipayungi oleh sayap-sayap para malaikat. Saya harap, semua jemaah yang pergi diselamatkan didunia dan akhirat. Selamat pergi dan selamat balik. Insya Allah.

Tetiba saya rasa excited.
Sekarang masa untuk mengemas.
Senyum. Bahagia dihati.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My BFF sudah pulang.

Ini kisah semalam.
Selamat kembali ke Malaya, Farhatul Hakimah.
Semoga menjadi seorang cikgu yang berwibawa. Semoga dapat mendidik anak bangsa dengan berjaya dan bergaya. Semoga dipermudahkan segala urusan ha di mana-mana.

Nanti kita outing bersama. Tinggal anak kat suami yer. Haha.

Saya is excited bila awak dah balik.
Hehe

Pstt. Abaikan muka yang berserabai itu. Baru sudah masak dan berminyak serta tanpa olehan bedak dan lipstick. Muka natural I macam ni lah. Hikhik.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tempoh yang sukar

Faqihah Husna.
Masih menyusu dan sekarang dalam tempoh ceraikan susu. Insya Allah, lepas ke Mekah, umi niat nak sambung menyusu. Umi tak ready lagi nak ceraikan susu Faqihah Husna.

Bila tempoh begini,sakitnya tiada siapa tahu.
Bila umi kesakitan, umi sangat rindukan Faqihah Husna. Terkadang Umi tak tahu nak buat apa. Terkadang Umi tak dapat nak buat apa pun. Terkadang Umi stress.

Faqihah Husna.
Umi harap, Allah berikan umi Kekuatan untuk melalui tempoh ni.

Umi sayang kamu anak...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa untuk mak ayah..

Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, ya Zuljalaa li wal ikram..

Aku mohon pada mu ya Allah. Kau ampunkanlah dosa ibu dan ayah ku. Kau rahmatilah mereka. Kau jadikanlah hidup mereka sentiasa diberkati. Kau lindungilah mereka dari segala ancaman dan bahaya. Kau lindungilah mereka dari mara bahaya.

Ya Allah, ya rahim..
Aku dengan rendah hati memohon, kau jagalah ibu dan ayah ku walau dimana mereka berada. Kaui kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu kecilku.

Ya Allah, ya Rahman..
Kau lindungilah ibu ayah ku di dunia dan akhirat. Kau berkati hidup mereka dengan rahmat dan kasih sayang mu..

Amin.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tak tahu

Kenapa 2 3 hari ni terasa macam kelu lidah...Hmm..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Percubaan kali kedua berpisah dengan angah!

Saya baru sampai rumah. Penat. Hari ni meeting sampai jam 5 petang. Tapi bila sampai rumah, sunyi nya lahai rumah ni.

Saya baru bukak hp. Bertalu-talu masej masuk, sama ada dari telegram, whatsapp dan juga notification fb. Kalau saya banyak kerja, memang internet saya Off kan. Kalau tak, Mengganggu kerja jer semua tu.

Antara gambar yang menjadikan hati menjadi sesak adalah gambar my angel. Saya sangat rindukan mereka berdua. Ini kali kedua berpisah dengan Faqihah dan kali keempat berpisah dengan Naurah. Saya harap semuanya baik belaka.

Faqihah dah boleh berjalan 2 3 langkah. Tapi masih takut-takut lagi. 9bulan saya rasa adalah usia yang sangat awal untuk berjalan. Tapi takpelah. Umi support dari belakang yer sayang. Chaiyok!

Rupanya, angel kecik umi ni ada rupa boy. Kalau tak bertindik, mesti orang tanya, boy ke gurl. Hehe

Umi tunggu kakak dan angah balik. Miss u so much!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom menanda.

Saya sedang menanda SJC PT3. Saya sudah kepeningan. Dan sekarang saya nasihatkan diri sendiri untuk berhenti sebentar. Kang bila pening, mahal plak jadi markah. Ada kemungkinan tak? Hoho.

Proses penandaan skrip jawapan PT3 sangat memenatkan. Terasa tahun depan saya nak pencen terus. Tapi umur sekarang baru 32 tahun. Pelik plak umur 33 tahun pencen. Haha. Berangan lah kau!

Saya harap cepatlah siap. Terutamanya bahagian akidah ni. Sangat memualkan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kerja yang tak pernah habis.

Banyak kerja saya ketika cuti.
Saya andaikan saya cuti bekerja di sekolah dan sambung bekerja dirumah sebagai suri rumah sepanjang tempoh 5 hari.

Hari ni saya buat appointment untuk cabut gigi. Doctor putuskan untuk cabut 3 batang gigi hari ni. Dia cakap tak payah simpan lah kalau gigi tak elok. Saya ikutkan ajer. Dia doctor, saya cikgu. Jadi, dia lebih tahu. Kan?

Ada kawan bertanya, kenapa gigi saya banyak rosak. Katanya, "kenapa gigi kau cepat sangat reput hah? kau tak gosok gigi yer malam-malam eh?" Hishh. Gurau kasar nampak. Saya ketawakan jer pertanyaannya. Saya jugak sudah lama berfikir mengenai gigi saya yang memang cepat reput. Mungkin kekurangan kalsium. Saya perlu minum susu dengan kerap. Masalah nya bila minum susu, saya mula terasa mual, terasa berlendir di halkum dan tetiba muntah. Sekian.

Di sini, saya dapat simpulkan (wah. Ade kesimpulan bagai). Semasa mengandung kan Faqihah, saya masih menyusukan Naurah. Sehingga lahirkan Faqihah, saya masih lagi menyusukan Naurah sehingga Faqihah berumur sebulan. Kemungkinan besar, kalsium yang ada dalam badan, sudah saya salurkan kepada kedua-dua angel kesayangan saya. Dan apa yang ada pada saya, setakat itu jela. Hehe.
Ok. Tamat. Itu kesimpulan dari cikgu yer. Bukan kesimpulan dari doctor.

Balik dari menghilangkan gigi, tetiba ubat bius sudah hilang. Jadi memang akan terasa sakit yang bersangatan. Akibatnya saya berpeluh-peluh dan tak dapat berdiam diri. Ke hulu ke hilir tanpa tujuan. Sehinggalah saya putuskan mahu kemas rumah. Rupanya bila kita sakit gigi, kita takkan dapat berbuat apa-apa. Haha. Berat sungguh ujian ni.

Tapi akhirnya kemas juga ruang tamu saya kerjakan. Haha.

Ok lah. Saya mahu berehat. Lagipun kewajipan kepada Allah sudah saya tunaikan.

Selamat malam di kala hujan petang. Hehe.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kertas exam. Banyaknya!!

Bila saya sibuk menanda dan kepeningan membaca SJC pelajar, muka saya automatik berkerut 1000.

Rasa nak istighfar banyak-banyak dan nak baca ayat jampi 1juta kali, biar anak-anak istimewa ni ingat apa yang Ustazah ajar. Ni jawapan macam orang tak belajar agama. Dush-dush-dush. Nak kena tumbuk kuasa10 ngan Ustazah ni!!

Ustazah nak berhenti menanda jap. Nak rehatkan minda yang terbeban ngan jawapan korang yang canggih-canggih tahap langit ke tujuh.

Cepat anak-anak. Baik kamu doakan untuk ustazah. Semoga murah markah.
Sekarang!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat hari lahir my Hero..

Sebenarnya saya lupa hari ni hari lahir ayah. Tetiba dah jam 11 pagi baru saya ingat. Bertuah punya anak..

Selamat hari lahir ayah..

💚 I love u so much..
💚 Terima kasih sebab jadi pelindung kaklong dr kecik sampai sekarang..
💚 Terima kasih sebab jadi ayah yang hebat dan tak kenal putus asa atas kenakalan anak ini.
💚 Terima kasih sebab kenalkan kaklong dengan akidah yang betul..
💚 Terima kasih atas semua kasih sayang yang tercurah..
💚 sayang ayah sampai syurga..

Doa buat ayah...
❤ semoga ayah diberi kerahmatan dan sentiasa diberkati oleh Allah sokmo.
❤ semoga ayah akan dimasukkan ke syurga tanpa hisab.
❤ semoga ayah sentiasa ceria selalu disamping mak yang sweet..

😍😍

Sebenarnya, saya teringin sangat nak call ayah dan buat ucapan.. Tapi bila taip ucapan ni pun air mata saya dah mencurah-curah umpama jatuh ke ladang gandum, bila sebut dengan mulut sendiri agaknya terkelu lidah dan tak terucap agaknya.

Kenapa kekadang bila bermain dengan kata-kata hati saya sangat sensitif? Padahal ayah lah yang membesarkan saya. Yang mencari duit untuk saya. Yang menyekolahkan saya. Apa sangatlah bila ucap, ucapan terima kasih ini.. hm.. Saya pun tidak pasti kenapa lidah saya kelu..

Berfikir.

Saya sayang ayah hingga hujung dunia..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lapar dan penat buatkan saya jadi singa.

Pagi ni saya bangun jam 6.20pagi. Penat mungkin. Kerana Naurah mengamuk semalam. Kalau malam minggu, elok jer dia spoting. Kalau malam bekerja, dia mula mengamuk ntah apa yang dia ndak pun saya tak pasti.

Saya andaikan Naurah taknak saya kerja esoknya. Kekadang saya rasa, Naurah sangat comel. Memberontak, protes sebab asyik nak berkepit dengan umi dan abi. Tapi tak dapatlah sayang. Umi ngan abi kan kerja...

Jadi, bila saya kepenatan, bangun lambat, datang sekolah lambat, makan pagi pun tak sempat, jadi mula jadi baran.

Pagi-pagi saya dah marah-marah. Nasib tak naik kaki tangan jer. Kalau naik kaki tangan, ingat saya peduli ke? Siapa suruh korang langgar peraturan? Asyik nak kena isi borang disiplin jer. Boring jugak. Mak ayah korang bukan amik pedulik pun.

Akibatnya saya menarik meja seorang pelajar, dan letak dihadapan saya. Terus diam dan tidak bercakap. Ni tangan ni gatal jer nak kenakan budak sekor lagi ni. Hishhhh...

Bila marah, saya mula lah tak de selera. Tadi elok jer saya lapar. Sekarang saya dah penat dan tak mahu makan lagi. Macam mana berat nak naik. Penat, saya tak makan. Marah, saya tak selera. Sibuk, saya lupa makan. Hmmm...

Apa yang saya bebelkan ni?
Tak tahu hujung pangkal. Ish-ish-ish.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Graduasi mrsm. Saya datang sebagai wakil jer.

Saya berada disini hari ni. Jemputan sebagai wakil pengetua. Bukan saya pun sebenarnya. Tapi kak Aishah. Cuma, temankan dia.

Canggih betul kat sini.
Dari perkara yqng kecil sampai ke besar, semua diuruskan oleh pelajar. Ternganga saya sebagai cikgu. Cikgu diorang rileks jer.. Beruntung lah kamu ajar budak yang nak belajar.

Agak-agaknya, ada ke pelajar sekolah saya dapat menguruskan program sendiri tanpa bantuan guru? 
Tepuk dada. Tanyalah hati.

Patutlah bila berbicara tentang KSSM dorang rileks jer.

Saya tak suka berada statik tanpa ada pergerakan. Mengantuk!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minggu exam

Minggu ni Minggu exam.
Minggu depan pelajar cuti.
Cikgu tak cuti dengan tenang. Sebab sibuk tanda kertas exam. Huh!

Mengantuk bila jaga exam dan duduk tanpa bercakap. Sebenarnya tak duduk pun. Sebab kerusi guru hilang. Dah lenguh pinggang ni ha. Hayya.

Duduk jela tepi pintu ni. Huhu. Tunggu masa habis.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dia kawan dari kecil..

Saya tak dapat tidur. Pinggang saya sakit. Mungkin terlalu rajin mengemas rumah yang memang tak pernah siap kemas dari mula pindah sampai sekarang. Haha.

Untuk menunggu mengantuk, saya belek-belek album digital. Terjumpa gambar my Bff dari umur 10 tahun sehingga sekarang. Saya tak sangka kami berdua dah dewasa dan sekarang sudah tua bersama. Haha.

Banyak perkara pahit dan manis yang kami lalui bersama. Dan tetiba saya rasa sangat rindukan dia.

Oklah. Sebelum air mata ni meleleh. Saya mahu pejamkan mata dan rehatkannya. Selamat malam semua.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Demam terkejut.

Hari ni dah rasa kuat sikit. Pastu saya pergi sekolah dan buat kerja tanpa henti. Patutnya saya rehat. Tapi, memikirkan kerja yang banyak, saya tak boleh duduk diam saja. Jadi saya teruskan berkerja.

Selesai satu. Susun kerusi meja di dewan. Untuk PT3. Saya rasa saya sangat penat. Saya rasa nak tidur tanpa gangguan. Tapi boleh ke?

Saya dah berjaya cakap ngan pk1 nak letakkan jawatan. Tapi bila cakap ngan Pengetua, Pengetua macam tidak mahu melepaskan saya. Tetiba saya rasa sedih.

Allahuakbar.

Semalam saya demam lagi setelah minggu lepas saya demam. Saya andaikan ia adalah demam terkejut. Haha.

Saya terkejut sebab pengasuh tetiba bawak anak saya lari entah ke mana tanpa memberitahu saya terlebih dahulu. Hampir 2 jam saya menangis. Kenapa saya tidak terus menelefon pengasuh. Saya tidak boleh menelefonnya. Sebab kaki tangan saya dah terketar-ketar terkejut. Jadi apa yang saya tahu hanya menangis sahaja.

En. Hati gelakkan saya. Saya rasa dia tidak memahami hati seorang ibu. Rasa mahu sental-sental saje dia. Tapi kalau buat pun, ia tetap tidak mengubah apa-apa.

Saya mahu berehat.

Selamat hari sukan negara semua.. =)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahniah, pelajar..

Teringat hari graduasi masa tingkatan 6 dulu. Tapi masa tu bergraduasi selepas dapat result. Hehe. Baru syok bergraduasi.

Saya uruskan bahagian pendaftaran. Tak susah sangat. Oklah dari bahagian lain. Hehe. Tapi perut lapar ni..

Tahniah buat semua pelajar. Semoga success selalu..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menunggu hujan reda.

Saya sedang menunggu hujan reda. Mahu ke majlis graduasi.

Sambil memerhati manik-manik hujan jatuh, saya pandang langit yang gelap. Saya jadi rindu pada Naurah dan Faqihah. Bila sejuk macam ni saya suka gomol dua beradik tu. Rindunya.

Hari ni, saya sangat banyak buat salah. Di mulai dengan tidak menghantar markah. Disusuli dengan pelaporan exam pelajar. Saya bagi mereka tanpa tandatangan guru dan pengetua. Bagai mana mereka harus bagitahu ayah dan emak? Sekarang, saya baru teringat yang saya beli lauk dan saya tinggalkannya di kantin. Sekarang kantin sudah tutup. Dan Disusuli dengan macam-macam kesalahan lagi.

Sebenarnya kenapa saya macam ni?

Dari semalam lagi hidup saya tidak teratur. Saya tidak keruan. Macam-macam salah. Mungkin saya perlu struktur semula hidup. Kata orang, format balik minda. Mungkin. Jungkit bahu.

Sekarang nak pergi majlis graduasi. Pastu stuck sebab saya lambat keluar dari bilik guru. Dan hujan mencurah-curah macam nak boikot saya jer.

Saya ada buat salah ngan suami ke? Balik kena mintak maaf ni.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JUN Negeri Sembilan.

Hari ni saya demam. Agaknya menguruskan budak comel dua orang dirumah tanpa tidur dengan nyenyak menyebabkan badan saya keletihan dan demam.

Saya tak mengantuk hari ni. Biasanya petang-petang saya akan mengantuk bila duduk secara statik tanpa bergerak. Mungkin sebab saya tidak larat. Dan kepala saya sedang berdenyut serta terasa mahu pengsan segera.

Sedang mendengar ustaz amir dari smktar membaca DSKP. Saya belek-belek buku program. Tengok Nama sendiri ada. Pelik la plak bila baca nama sendiri. Selalu baca nama orang. Sekarang nama kita plak. Senyum.

Takpe. Cari pengalaman. Dah tua nanti, saya nak duduk diam-diam di sekolah. Haha.

Senyum sendiri. Adakah saya pelik?


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Faqihah yang demam.

Saya risaukan Faqihah. Dah 2 hari batuk dan selsema. Malam tadi demam plak. Sebelum ni, Faqihah sangat kuat. Kakak demam,.dia rileks. Kakak batuk, dia rileks. kakak selsema,  dia steady jer. Alhamdulillah. Faqihah tak pernah demam. Dan dia adalah budak yang kuat.

Tapi sekarang giliran Faqihah Husna demam.
Bila demam, dia sebijik macam abi. Manja mengalahkan seluruh alam semesta. Huhu.

Bawak pegi jenjalan. Pun sama mukanya.. masam!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Habislah pelajar form3.

Hari ni saya menghitung. Rupanya saya tak masuk langsung kelas form 3 minggu ni. Alahai. Saya asyik kursus saja. Mana saya sempat masuk. Masa form 3 semua pada hari saya kursus. Alahai. Dalah dorang nak PT3. Macam mana?

Minggu depan, saya perlu siapkan segera kerja yang patut saya berikan untuk mereka. Supaya mereka boleh buat latih tubi untuk saat-saat kritikal macam ni.

Alahai anak... kesian kamu semua. Maafkan Ustazah sebab tugas Ustazah sangat banyak.

Hari ni, baru nak mengajar. Tapi sudah pun kena ambil waktu oleh program PROBIM. Saya sangat marah. Minggu ni saja, saya tak ajar apa-apa kat pelajar saya. Padahal tugas rasmi seorang guru adalah mengajar.
Patut ke macam ni?

Minggu depan sambung kursus di Rembau plak. Nasiblah pelajar-pelajar sekalian yang dapat Ustazah busy kalahkan menteri.

Sekian.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masing2 busy.

Tadi.... Selepas Faqihah lelapkan mata dalam buai, saya terbaca tentang hilangnya kasih sayang suami pada isteri.

Sebenarnya dalam hati, ade juga perkara yang saya buat, saya fikir suami saya tak suka. Setelah sekian lama berkahwin, perangai dia masih tak berubah. Kalau saya katakan 100% tidak berubah, itu memang tipulah. Tapi kebanyakan nya memang tak berubah. Terutamanya... Giler kerja.

Saya sedar, saya perlu lebih memahami en. Hati yang sangat rajin bekerja. Tapi terkadang bila saya kenangkan dia selalu tidak berada dirumah, saya akan jadi kuat membebel. Sebab dia selalu busy dan tidak punya masa untuk berborak, bercerita ngan saya.

Minggu ni en. Hati kelihatan sangat busy. Bukan sangat. Tapi.sangat-sangat-sangat-sangat-sangat. Busy. Saya tidak mahu mengamuk minggu ni. Itu azam saya. Setakat ni masih mampu bertahan.

Diharap mood ni adalah berkekalan.
Selamat bencuti untuk minggu ni.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari kedua di PKG Bahau.

Saya harap hari ni kursus boleh ditamatkan seawal mungkin. Semalam berlanjutan sampai jam 4.15 petang. Sampai rumah dah 5.15 petang. Penatnya usah dikata.

Hajat hati saya nak potong baju kurung mak. Tapi tak tergunting semalam. Penat sampai terbongkang sopan tidur depan tv. Hihi. Masa mana saya tidur pun saya tak tahu. Tetiba dah tersedar sebab Naurah berjejeran air mata meraung ntah kenapa. Hmmm..

Petang ni kalau balik awal, berjalan nak gunting baju mak. Harap dapatla. Azam kuat dalam hati ni. Azam!!

Eh. Dah jam1.15.. lapar.
Bye. =)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PKG Bahau. Tapi dibandar Seri Jempol.

Masa balik tadi dari PKG Bahau, saya perasan satu perkara. Patutlah cikgu kat sekolah ramai yang tak tahu. Rupanya PKG Bahau ni terletak di bandar Seri Jempol. Berdekatan dengan SMK Serting. Alahai. Pelik betul. Mula-mula saya mati-mati ingat ia terletak di Bahau. Rupanya tidak.

Terasa hairan. Tapi biarlah. Saya bukan sesat pun tadi. Alhamdulillah. Maps ada untuk membantu. Hehe. Kalau harap saya ingat jalannya, memang tak sampai laa jawabnya. Hehe.

Esok ada sehari lagi. Harap semuanya berjalan lancar. Saya nak study dulu.
Bye!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yeay.. Akhirnya saya sampai ke sini..

Takdelah jauh sangat PKG Bahau ni. 45minit dari rumah. Yeah!

Dan tak de lah susah nak cari tempatnya. Boleh laa kalau nak memandu sorang-sorang..cuma pagi-pagi stress sikit sebab banyak lori yang selalu menghalang perjalanan yang lurus ini. Huh!

Pasni.bila balik nak buat apa.?
Saya nak tidur. Semalam tak tidur ngan nyenyak pun. Faqihah asyik muntah. Sian Faqihah.

Ok bye. Nak fikir nak buat apa supaya tak mengantuk. Huhu!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kursus memang balik lambat

Saya selalu tak suka keluar kursus. Sebab bila berkursus, kerja saya di sekolah akan tergendala. Alahai. Saya memang tertekan.

Tapi cikgu mana lari dari tak pergi kursus. Indahnya zaman mengandung..takyah pergi mana-mana. Duduk jer di sekolah. Haha. Duduk.sampai pening.

Sekarang dah mula rasa rindu pada Naurah dan Faqihah. Kalau boleh mahu balik sekarang. Sebab kalau kat sekolah sekarang dah boleh balik. Alangkah indahnya jika hidup ini boleh terbang ke mana sahaja yang saya mahu. Ha. ha.

Saya sedang boring dan mengantuk sekarang. Ada sesiapa mahu bantu?


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KSSM bermula!

Allah. Permudahkan segala urusan ku. Senangkanlah aku menyebut butir-butir penerangan untuk kali ni.

Alahai.. Jantung bergerak laju ni macam nak pecah. Harap semua guru memberi kerjasama.

Hai. Saya Azura. Tetiba kan..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KSSM 2017

Sekarang saya agak busy. Saya dah rasa macam bukan cikgu plak. Asyik kursus sana sini. Pastu balik Sekolah buat kerja pengkeranian banyak sangat. Hmm..

Tugas saya terima ni agak besar.
SUPT3 dan JUN KSSM.
dan pastinya ade yang ketinggalan. Hmm. Mana taknya, semua nak kena buat serentak. Last-last meeting untuk PT3 hanya pembantu saya sahaja yang pergi. Habis tu asyik bertindan tarikhnya dengan KSSM. Apa nak buat.

Esok dan lusa kena bagi taklimat. Malam ni dah tak boleh tidur dengan lena. Mana tak nya, saya risau tak berjalan ngan baik jer esok. Alahai....

Saya harap semua guru akan memberi kerjasama yang baik esok. Insya Allah.

Dan berharap akan jumpa kat mana PKG Bahau. Haha. Tak pergi servey pun. Sibuk memanjang takde masa nak servey. Harap kebaikan menyebelahi saya esok. Amin.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tetiba termuhasabah diri.

Semasa makan tadi, saya melihat 4 orang sahabat berjalan beriringan. Sambil menyuap Faqihah makan, mata saya tidak lepas pandang kepada mereka.

1. menutup aurat dengan lengkap, hatta siap memakai purdah.
2. Aurat dijaga agak lengkap kecuali tanpa stokin.
3. seluarnya skiny dan baju longgar serta tudung singkat nampakkan dada. Dan
4. memakai seluar ketat dan baju ketat serta menampakkan lurah bontot serta lurah dada.

Saya bukan mahu kecam mereka berempat. Tapi saya teringat ceramah yang saya dengar.

Kita bukan di azab disebabkan banyaknya berlaku maksiat disuatu tempat. Tapi kita di azab bila mana suatu tempat yang kita diami sudah tiada orang yang mahu menegur maksiat yang ada. Dalam erti kata lain. Tiada diamalkan nahi munkar.

Allahuakbar. Saya juga kerap kali hanya punyai iman lemah. Asyik membenci orang yang berbuat maksiat dan tidak dapat menegurnya. Alangkah baiknya jika saya memilih untuk ber nahi munkar juga sekali sekala. Bukankah itu lebih baik?

Berbalik pada isu 4 bersahabat tadi. Pada saya, buat apa kita bersahabat jika kita tidak dapat membetulkan sahabat kita. Bukankah kita bersahabat dan mahu masuk syurga bersama-sama?

Saya juga bahkan tidak dapat menegur sahabat saya yang memakai pakaian yang tidak diingini syariat. Tapi saya rasa sekarang, cukup sekadar hint yang diberikan. Mungkin usia saya sudah makin meningkat. Dah tua laa katakan. Jadi tak perlu tegur direct. Cukup sekadar berbasa basi. Insya Allah,orang tua-tua faham. Hehe

Doa saya,

1. Mudahan Allah memberi kekuatan pada saya ber nahi munkar.
2. Mudahan Allah memberi hidayat dan petunjuk kepada 4 sahabat tadi..

Amin.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa untuk Faqihah Husna.

Sejak dua menjak ni budak ni manja betul. Mungkin sebab dah 4 hari umi layan dia sorang. Menghadap dia sorang. Kakak Naurah atuk ngan Nenek yang hadap..hehe

Alahai anak.
Umi doakan Faqihah Husna menjadi orang yang berguna di masa akan datang. Jadi orang yang menyambung ilmu-ilmu Allah. Boleh sebarkan ilmu-ilmu Allah ke serata pelusuk.

Umi doakan jugak Faqihah Husna menjadi seorang muqri' yang menjaga tiang agama dengan baik. Yang menjaga akhlak dengan semua orang. Yang sentiasa tenang setiap masa.

Mudahan doa umi termakbul.

Amin.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dah boleh bukak blog saya.

Sebenarnya saya sedang belajar dengan my BFF Puan Farha untuk set up balik blog saya. Kesudahan yang baik. Sebab saya dah boleh kembali menulis. Kalau sebelum ni pening saya buat. Tak jugak jadi.

Tq berbanyak yer puan farha.
I love U. Muah3


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mari kita belajar makan dengan cepat.

Alhamdulillah nikmat makan yang Allah berikan masih ada. Cuma, masa agak terhad.

Bila dah ada anak ni, saya belajar untuk makan dalam keadaan busy. Sebab nya Faqihah masih perlukan susu lagi walaupun dah selamat makan 2 senduk bubur. Hehe.

Cumanya, saya tak dapat nak makan dengan tenang seperti dulu. Dulu kalau busy, memang tak makan lah jawabnya. Sebab memang tak de selera kalau nak makan dengan tergopoh gapah. Sekarang pun masih macam dulu. Cuma saya paksa diri makan. Hanya disebabkan my angel.

Sebenarnya saya rasa semua ibu dan bakal ibu perlu belajar untuk makan dalam keadaan tergopoh gapah atau makan dengan cepat. Cuma saya ni kalau bab makan bukanlah fast learner. Mungkin kerana ketiadaan aset penting di dalam mulut menyebabkan saya susah untuk makan dengan cepat. Haha.

Ok. Alhamdulillah kenyang. Walaupun hanya sempat makan semangkuk bubur, segelas susu dan separuh keping wafer. Haha.. tak sempat nak makan buah sebelum makan sebab Faqihah dah menjerit-jerit kelaparan. Itulah anak.

Setelah kenyang, Faqihah tidur dengan lena. Saya suka!

Saya tak sabar nak tunggu petang. Nak jumpa Naurah. Dah berdebar-debar hati ni.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cepat nya Faqihah Nak besar..

Saya masih berada di JB sekarang. Menemani en. Hati kursus dua hari. Tapi saya asyik teringat pada Naurah.

Faqihah sedang seronok bermain. Sudah pandai bermain sorok-sorok dengan saya. Bukan main saya mencari dia. Dia diam jer.. Belek sana sini, rupanya ada dibawah meja.

Alahai anak. Cepat nya kamu membesar. Umi masih tidak bersedia untuk tengok kamu besar.. Terasa baru semalam melahirkan Faqihah. Hari ni dia dah pandai main sorok-sorok ngan umi. Huhu


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anak dehaka. Jauhilah aku dari sifat ini.

25/02/2016

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Ceh!

Nak share satu cerita sadis. Huhu

Hari ni, pagi-pagi bersiap nak pergi umah mak bidan. Mengurut sedapkan badan dan berkhatan si kecil cilik. Sampai sana,alahai.. Ramainya orang..macam-macam orang.

Mata aku tertumpu pada seorang ibu tua yang ada atas kerusi roda. Kata Bonda Permaisuri, dia lebih muda dari umur Bonda. Aku hanya mengangguk. Setelah bersalaman, dia menangis. Aisey. Kenapa plak? Atau dia sudah lama tidak jumpa bonda. Ala-ala jejak kasih ke ni? Hati mengolah sendiri. Senyum. Tapi sebenarnya ada cerita di sebalik tangisan itu.

Kisah ibu yang punya 10 orang anak.
Kata orang, ibu ayah boleh jer jaga anak 10 orang. Tapi anak,belum tentu boleh jaga ibu ayah. Sebelum ni aku dengar jer. Hari ni aku jumpa depan mata. Hati sebak. Berdoa minta dijauhkan aku menjadi anak begitu. Kalau boleh,mahu menjaga ibu ayah ketika mereka hidup dengan baik. Dan berharap my Hati pun sama. Membenarkan aku menjaga ibu ayah jika mereka sudah uzur nanti. Insya Allah.

Dia strok. Baru boleh bertutur. Sudah lama butir bicaranya tidak didengari. Air mata menyusuri hari. Kesedihan mengenangkan anak yang dijaga dari kecil tidak sanggup menjaganya.

Anaknya 5 lelaki. 5perempuan.
Anak perempuan seorang sudah menikah. Ingin berbakti kepada ibu nan seorang. Tapi tidak dibenarkan oleh suami. Katanya, ibu takde harta. Ibu hanya ada nyawa. Lantas tidak membenarkan ibu tinggal dirumah mereka dan ibu dihantar pulang. Ya Allah. Sampainya hati menantu. Nilah nama nya menantu hantu.
Aku sebak. Sambil mengalihkan tumpuan ke arah Faqihah. Tidak tahan hati untuk mendengar nya. Dia menangis lagi. Ku lihat, Bonda menyeka air di tubir matanya. Aku juga seolah-olah mahu meraung untuknya. Sayu hati mendengar tangisan itu. Tapi ku tahan.

Anak perempuan 2 orang lagi tidak juga dapat menjaganya. Kerana kekangan kerja. Tapi dikirimkannya duit setiap minggu rm300. Amaun yang cukup besar juga aku kira. Alhamdulillah.

Seorang lagi sedang menunggu result SPM. Tapi lari sebab taknak jaga ibunya. Menangis si ibu mengatakan anaknya tidak mahukannya. Dan lari pergi menetap dirumah keluarga angkat yang kaya raya.. Ya Allah.  Sayunya hati aku. Agaknya kalau kau mati dalam tangisan ibu yang sedih sebab kau taknak jaga dia, ada ke Allah sediakan Syurga untuk kau? Agaknya macam mana kau cari mak kau di Padang Mahsyar kelak? Boleh ke mak angkat kau tolong kau masuk syurga kalau kau dah jadi anak derhaka?


Ya Allah ya Rahman ya Rahim.. Jauhkanlah sifat begitu dari diri ku. Amin.

Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.








Nota Pinky;
"Lenguh leher sebab asyik menunduk jer tadi. Khusyuk mendengar cerita si ibu. (Padahal aku tahan air mata. Cover la konon..) I love you, Bonda Permaisuri."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tempoh ceraikan susu Naurah.

25.2.2016 khamis.

Titik permulaan untuk ceraikan susu my angel. Sedih.

Malam ni, malam pertama tidur ngan Faqihah. Biasanya,tidurkan Naurah dulu, pastu baru tidurkan Faqihah. Sekarang ada dalam bilik, sambil mendengar tangisan Naurah yang mahu menyusu dan suara adikku yang sedih memujuk Naurah untuk lelapkan mata.

Naurah, my angel.
Maafkan Umi. Umi tahu Naurah sedih. Naurah cari Umi bila nak tidur. Naurah menangis bila Umi tak peluk. Tadi sebelum tidur bagitahu Naurah, "Naurah, Naurah tahu kan umi sayang Naurah?" Pandang Umi dengan muka senyum. Angguk. Mata bersinar. Menarik Naurah ke dalam rangkulan.

Oh. Naurah, kalau Naurah tahu betapa seksanya hati Umi bila dengar Naurah menangis dan meraung cari Umi masa nak tidur. Betapa umi terseksa menangis sepi seorangan dalam bilik. Sudahlah menangis tu anak ku sayang. Naurah kan dah besar..Dah tak boleh lagi minum susu umi. Naurah kena berdikari sekarang. Naurah kan dah jadi kakak..

Naurah tahu, betapa Umi menahan diri dari keluar bilik. Terasa kaki ni mahu keluar, dan cari Naurah serta peluk erat dan susukan Naurah. Betapa umi yang masih tak bersedia untuk lepaskan Naurah membesar menjadi anak dara..Tapi Umi dah buat keputusan. Naurah dah kena berdikari sekarang. Naurah dah besar. Umi kena ingat, anak Umi dah besar.

Ya Allah. Susahnya nak lepaskan anak dan terima kenyataan yang anak ku dah membesar. Dan sukarnya menerima bahawa anak ku akan berdikari. Luluhnya hati mendengar tangisan anak. Aku kena kuat semangat. Aku kena bertabah.

Allah. Kurniakan aku hati yang waja. Kurniakan aku jiwa yang kental. Kurniakan aku semangat yang membara. Aku hanya hamba yang lemah ya Allah. Allahuakbar.







Nota Pinky;
"Buat suami yang kejauhan. Kalau lah abang ada sekarang, pasti abang juga sedih. Harap abang akan ada waktu nak ceraikan susu Faqihah nanti. Saya perlukan Kekuatan untuk semua ni bang.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sibuk membaca buku.

23/02/2016

Atlas sejarah para rasul.
Ya. Sekarang ngah habiskan buku ni. Banyak info yang aku taktahu mengenai nabi dan rasul. Dan banyak juga lah ilmu yang aku dapat.

Dulu. Aku kira selepas kahwin, sibuk beranak, sibuk dengan en. Hati, aku tidak bekesempatan membaca buku. Tapi Alhamdulillah Allah luangkan masa Walaupun sesibuk mana pun aku. Syukur. Jadi jangan cepat bersangka buruk dengan Perancangan yang Allah tetapkan..

Harap akan datang, Allah akan bagi aku banyak masa untuk membaca. Banyak lagi buku yang aku nak baca ni.. :-)

Membaca amalan mulia.
Selamat malam. Semua. :-)







Nota Pinky;
"Tarbiyah sentap dari seorang kawan. 'Pasni bolehlah khatam alquran plak.. asik khatam buku jer kan.' Ouhhh. Sentap jantung aku. Terus baca Quran."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sudah hari ke-30

22/02/2016

30 hari dalam tempoh berpantang.
Kata orang, tempoh berpantang adalah 44 hari. Aku ikut jela. Memandangkan aku orang yang masih muda belia. Haha. Bermaksud aku punya 14 hari lagi tempoh berpantang. Tak lama tu. 2 minggu saje. Bertabahlah wahai diri.

Sesetengah orang beranggapan pantang perlu 100 hari. Sesetengah lagi 44 hari dan selepas itu kau boleh makan apa saje kau mahu.
Aku?
Badan aku agak berlainan dan tidak sama. Jadi aku fikir, mungkin pantang lama adalah lebih baik. Kerana badan yang selalu tidak sihat ini kemungkinan akan lalui proses penyembuhan dengan agak baik jika tidak di usik dan berehat agak lama.

Anak pertama, berjaya berpantang selama 100 hari. Jadi berharap anak kedua juga begitu.

Anda bagaimana?
Adakah lebih baik berpantang 44hari atau 100hari.. atau tidak usah berpantang terus?







Nota Pinky;
"Berpantang kali ni sangat mencabar. Tak tahu kenapa. Huhu"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zaman banyak berubah..

22/02/2016

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

Hari ni bonda bercakap berkenaan zaman dia ngan zaman aku berbeza..

Ya. Bezanya kehidupan zaman dahulu dan sekarang.
Bercakap mengenai kehidupan zaman dahulu dan zaman sekarang memang sangat banyak perbezaan. Zaman ibubapa kita ngan zaman kita dan zaman anak-anak kita.. banyak perbezaannya.

Bonda selalu kata, zaman dulu kehidupan sangatlah susah. Kalau ada duit 5sen, genggam duit tu sampai berair tapak tangan takut hilang.

Cerita tentang kesusahan yang dilaluinya dulu. Dan cerita itulah yang aku dengar berulang kali tanpa jemu. Dan ia menjadi penguat semangat ku untuk meneruskan kehidupan yang aku kira masih beruntung dari zaman bonda dulu. Alhamdulillah. Syukur atas pemberian nikmat ini oleh Allah.

Zaman aku.
Aku kira juga agak susah. Sebab aku masih lagi bekesempatan membawa duit ke sekolah dengan hanya 40sen. 40sen waktu itu, nilainya juga agak besar. Boleh beli nasi berlauk ayam dengan harganya 30sen dan air sirap berharga 10sen. Cukup untuk bekalan perut yang sedang menari kelaparan.

Zaman sekarang.
Budak diberi kemewahan. Duit melimpah ruah. Apa yang anak mahu, anak minta, ibu bapa bagi. Katanya, tidak mahu anak merasai apa yang dia rasa pada waktu dulu.
Oh ibu. Oh ayah.
Jangan begitu. Anak sekali sekala perlu di ajar dengan kesusahan. Supaya dia mengenal erti kehidupan. Supaya dia mengetahui hakikat kemanusiaan. Supaya dia tahu, dunia bukanlah seindah zaman kanak-kanak nya.

Zaman akan datang.
Aku tak tahu apa yang akan terjadi akan datang. Kekadang aku terasa sedih melihat para pelajar yang tidak menghiraukan masa depannya. Adakah akan datang dia akan perolehi kehidupan seperti yang didambakan? Atau akan datang dia akan menyesal kerana tidak mengikut nasihat yang diberi oleh guru sendiri? Atau akan datang dia akan mendabik dada mengatakan inilah usaha ku tanpa bantuan sesiapa pun. Mari kita lihat nanti..

Dalam hati.
Selalu berdoa,Supaya generasi akan datang setanding dengan generasi terdahulu. Amin.

Dan selalu berdoa, supaya anak didik menjadi orang yang berguna untuk nusa dan bangsa. Amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semuanya... Rahsia Allah..

21/02/2016

Alhamdulillah. Baru sudah selesai membaca buku yang ke3, Maryam Anak Syurga. Hari ke-28 berpantang.
Bukunya penuh motivasi. Penuh air mata. Penuh dengan isu kekeluargaan. Walaupun tulisannya tidaklah setanding Dr. Kamil. Atau mungkin Dr. HM Tuah. Tapi bukunya penuh teladan.

Persoalan yang bermain dibenak fikiran aku.
Sebagai seorang Ustazah,mampu kah aku berdepan dengan ujian seberat Ruqayyah Farhani? Mampukah aku tersenyum bangga jika kehilangan anak yang aku kandung dan aku tunggu saat dia menjenguk dunia bertemu aku yang kerinduannya memuncak untuk bertemu sang anak? Mampukah aku tersenyum bila berdepan dengan ujian seberat ini?
Allahuakbar.

Tepat jam 9.33 malam.
Aku menerima pengkhabaran, si bongsu cilik yang hensem bambam anak kepada sepupu ku telah menghadap ilahi ketika usianya mencecah 2 tahun. Allahuakbar. Sekali lagi aku menyebut tahmid membesarkan Allah, Tuhan sekalian alam. Dia anak syurga.. Subhanallah..

Kata ayahanda.
"Dia masih kecil sudah dijemput Ilahi. Kita yang dah tua ni,bila gilirannya.."

Sampuk bonda.
"Dia dah comfirm masuk syurga. Kita ni.. tak tahu lagi syurga atau neraka?"

Aku yang mendengar,diam membisu.

Allahuakbar. Sayangnya Allah pada aku. Dia datangkan sedikit tazkirah ringkas buat ku. Tapi besar maknanya. Mungkin dalam kehilangan ini, Allah gantikan yang lebih baik buat mu sepupu. Mungkin jika anak itu masih hidup, dia akan terseksa. Kita hanya mampu meneka dan merencana. Tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Dua-dua anak syurga. Bezanya situasi. Aku hanya mampu berdoa. Semoga kesabaran dan ketabahan kalian, Allah gantikan dengan yang lebih baik. Insya Allah. Amin..

Apa ibrahnya?
Ya. Ia berkeadaan ajal maut ditangan Allah. Lambat atau cepat, hanya Allah yang tahu. Buatlah persiapan yang jitu untuk bertemu Rabb mu. Aku memohon, jika sampai ajal ku,biarlah semua tanggungjawab ku telah aku laksanakan dengan baik. Segala hutang piutang ku telah aku langsaikan kesemuanya. Segala nya telah selesai. Supaya aku dapat menghadap sang Pencipta yang Maha Hebat dengan penuh sempurna. Insya Allah...







Nota Pinky;
"Mencabar jaga anak yang dua orang ni. Ni baru dua. Belum enam lagi. Berangan!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengalaman lalu..

20/02/2016

Pengalaman lalu.
Semua orang ade Pengalaman lalu. Ia kekadang mematangkan kita. Dan kekadang sebaliknya. Kata bonda Permaisuri, "Perkara lepas tak perlu dikenang. Tapi dilupakan jangan."

Bonda Permaisuri bercakap berkenaan nasihat. Aku plak yang terkebil-kebil. Mungkin terasa aku masih tidak layak untuk menasihati orang. Yela. Aku banyak jugak buat salah. Salah ngan Bonda. Salah ngan ayahanda. Salah ngan kekanda dinda.. salah ngan sahabat handai. Dan Salah ngan diri sendiri terutamanya. So macam mana aku nak bagi nasihat pada orang?

Tatkala ini lah keluar macam-macam pepatah.
Salah satunya yang biasa aku dengar.."lihat apa yang dikata. Bukan lihat orang yang berkata." Mengangguk tak semena-mena. Tempelak diri sendiri.

Terimbau kenangan lepas.
Aku bukanlah orang yang baik-baik. Walaupun diberi pendidikan yang baik-baik oleh kedua orang tua. Pendidikan yang baik kekadang tidak akan mencerminkan peribadi seseorang. Tapi kebanyakkannya ia adalah cermin diri. Mungkin dalam kes aku,ia berlainan. Senyum sumbing.

Jadi, bila aku terfikir untuk mula memberi nasihat, aku tetiba akan terasa lemah. Semangat yang ada terus longlai.

Hati terus bertanya.. Apakah ini ujian diri?






Nota Pinky;
"Rindu en. Hati banyak. Agak-agak orang busy macam dia sempat tak rindu aku yang tak busy ni?"


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dilema seorang umi.

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Good Evening.

Jam menunjukkan pukul 11.38 malam. Tadi aku dah tidur. Sekarang terjaga dari tidur.  Kedua-dua anak, kiri dan kanan nak susu.
Saat paling mencabar setiap hari bila rutin kembali. Tidur.

Naurah Nabihah. 3 hari lagi genap setahun enam bulan. Tapi masih menyusu badan. Campur dengan FM.

Faqihah Husna. 19 hari. Comfirm 203% aku bagi susu badan.

Sebenarnya, dah berbuih mulut mak suruh aku lepaskan susu Naurah. Tapi aku sayang. Aku target sampai 2 tahun. Tapi ni baru setahun enam bulan. Ade 6 bulan lagi. Aku dah tanya ramai doctor dan nurse.. Semua benarkan aku meneruskan penyusuan untuk Naurah. Tinggal aku je lagi kuat ke tidak.

Nak lepaskan susu untuk Naurah.
Aku tak tahu kenapa. Ada satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan yang aku macam belum bersedia lagi. Mungkin aku belum bersedia untuk terima hakikat yang sekarang, Naurah dah besar. Akan datang, Naurah akan membesar dan ke sekolah. Dan akan melalui proses yang aku lalui sekarang. Inikah perasaan seorang mak?

Dilema.
En. Hati macam biasa, dia serahkan pada aku untuk buat keputusan. Dia sokong apa saje keputusan aku asalkan tak bersalahan dengan syariat. Dan aku masih belum buat keputusan. Rasa macam susahnya nak buat keputusan kali ni.. Tak tahu kenapa.

Penyusuan untuk Faqihah, Insya Allah, 2 tahun jugak. Harap aku kuat. Sebab menyusu badan ni, sangat memerlukan Kekuatan luar dan dalam. Kalau down, susu mesti drop. En. Hati pun cakap, "lepas ni u rehatlah. Menyusu 2 tahun pastu baru kita fikir pasal anak lagi." Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan suami yang soleh kepada ku. Senyum.

Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahim.
Kau bantulah aku dalam membuat keputusan. Kau jadikanlah keputusan yang aku buat adalah keputusan yang terbaik untuk semua.. Kau kuatkanlah semangat ku dalam menempuhi semua yang telah Kau tetapkan. Amin.










Nota Pinky;
"Aku menangis mengenangkan nasib My BFF. Allah datangkan ujian yang hebat buat dia. Dia lalui dengan tabah. Kalau aku berada di tempatnya, adakah aku begitu? Aku fikir, hanya orang yang hebat saja boleh melaluinya. Bertahanlah sahabat. Insya Allah, Allah akan datangkan sesuatu yang lebih baik buat mu. Lap air mata."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Leteran mak macam pakar motivasi. Lengkap.

Assalamualaikum. Selamat petang.

Tempoh berpantang adakalanya menyakitkan. Adakalanya mengembirakan.

Yang sakit tu,biasalah. Bila beranak normal untuk kali pertama,memanglah sakit. Ditambah pulak memang langsung tak de pengalaman. Terawang-awangan aku ni haaa.. Alhamdulillah ade my BFF, Puan Farha yang sudi melayan kerenah dan persoalan aku yang pelik-pelik sebab tak de pengalaman langsung. Aku, mahu pun mak, dua-dua tak de pengalaman dijahit hidup-hidup. Wah. Bila sebut,terasa seram sejuk plak.

Yang mengembirakan tu, aku dilayan macam puteri. Hoho. Seronok. Tapi bosan. Minggu pertama,mungkin seronok. Dah masuk minggu kedua, ketiga ni.. aku memang bosan sebab asyik duduk ngan sopan dan tak boleh bergerak banyak2.. Hmm.. Patutlah aku tak dilahirkan sebagai seorang puteri raja. Alhamdulillah syukur.

Bila duduk ngan mak, banyaklah benda yang nak diborakkan. Banyak jugaklah benda yang aku nampak melalui mata hati dan banyak benda yang boleh aku baiki dalam diri.

Kesusahan hidup.
Mak cakap, bila hidup kita susah, kita tak boleh salahkan orang. Kita tak boleh letakkan beban yang kita tanggung pada orang lain. Kadang-kadang bukan salah orang tu. Kita yang salah. Kita yang tak nampak. Tapi kita tetap buta. Bukan buta mata. Tapi buta hati. Tak nampak secara jelas. Sepatutnya kita bukak mata hati untuk melihat apa yang kita tak nampak.

Dalam kata-kata mak tu.

Tapi.. Ade benarnya kata mak. Aku tak menafikan. Kadang aku juga begitu. Tak dapat membaca hikmah yang datang beserta kesusahan yang ada.

Untuk nampak hikmah, mak pesan.. Jangan terlalu gelojoh. Kita kena cerdik menggunakan otak. Otak kan dah di beri oleh Allah kepada kita. (Aku faham maksud mak kat sini adalah akal). So guna kan otak sebaik mungkin untuk lihat dalam banyak sudut.

Macam kita beribadat jugak, kena pandai pilih.. ayat apa yang banyak pahala. Zikir apa yang banyak timbangannya. Buat yang itu terlebih dulu. Baru menyusul dengan yang lain.

Aku rasa dah macam dengar Ustazah memberi nasihat.

Itulah kelebihan bila ada mak. Kata-kata mak beribu-ribu. Dan dalam beribu-ribu tu, dapatkah kita ingat semua? Kadang-kadang sebenarnya kita tak perlukan pakar motivasi.. cukuplah hanya ada mak. Tapi sesetengah orang tak menghargai mak yang masih ada di dunia.

Harap mak sentiasa sihat, dirahmati dan dilindungi oleh Allah selalu. Amin.









Nota Pinky;
"Tadi dengar mak tanya salah sorang adik kat rumah. "Kak tu agaknya rindukan abg wan kot. Diam jer.." Aku buat-buat tak dengar. Memang! Aku sedang merindui kamu, en. Hati kesayangan jiwa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tempoh berpantang.

Assalamualaikum. Selamat petang.

Sekarang tempoh berpantang dirumah. A.k.a di kampung.
Berpantang kali ni tak sama ngan berpantang anak pertama dan anak kedua. 3x pantang, 3 keadaan yang berbeza. Tapi rasanya keadaan 2 minggu pertama ni, berpantang kali ni sangat memeritkan.

Hm. Itulah yang selalu orang cakapkan. Setiap anak semuanya berbeza. Sekarang aku setuju. Ya. Setuju 203%...

Harap masa cepat berlalu dan luka cepat sembuh. Dan aku doakan aku kuat nak mengharungi hari-hari yang mendatang. Dengan kedua-dua anak yang masih menyusu badan.








Nota Pinky;
"Baru beberapa hari di kampung, aku sudah merindui kamu, en. Hati.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat datang, Faqihah Husna

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia.

Dah lama tak tulis blog.
Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin kesuntukan masa. Atau kekangan internet yang sangat laju menyebabkan aku fed up. Dan hanya memandang sepi blog kesayangan.

Siapa tahu. Mungkin akan datang internet di sini akan laju. Mungkin.
Jungkit bahu.

23.01.2016
Genap 40 weeks baby in my tummy. Kebanyakkan kawan-kawan tak tahu aku pregnant. Malas nak besar-besarkan. Hihi. Saje nak buat surprise pada semua.

Ok. Berbalik pada topik asal.
Aku dah risau sebab pagi ni masih belum nampak tanda-tanda nak bersalin. Risau memikirkan yang doktor akan induce sebagaimana yang diberitahu misi tempoh hari.

Tapi bila check up ngan doktor, aku tak boleh induce sebab parut czer masih baru. So Alhamdulillah. Lega 1 perkara. Tapi untuk proses bersalin normal, doktor akan tolong. Walaupun risau, tapi masih mengharapkan dapat bersalin normal. Insya Allah.

Alhamdulillah. Jam 5 petang dah rasa sakit perut. Jam 9 malam turun darah. Jam 12 tgh malam masuk labor room. Jam 2.50 pagi bersalin. Jam 5 pagi masuk wad biasa bersama baby. Alhamdulillah syukur pada Ilahi yang memberi nikmat ini.

Terima kasih pada en. Hati yang memberi kekuatan semasa proses aku melahirkan baby kedua ni. I love you, Sayang.

Merasai proses bersalin secara normal.
Sangat menginsafkan aku. Terus teringat semua kenakalan, kedegilan, kerasnya kepala, macam-macam ragam lagi aku ngan mak, menyebabkan aku menangis teresak-esak. Dan sempat aku memohon keampunan atas semua dosa yang aku lakukan. Mulianya hati mak sebab mak cakap, mak dah ampunkan semua dosa aku. Allahuakbar.

24.01.2016
Alhamdulillah. Telah lahir seorang lagi putri seperti yang aku idamkan. Marah en. Hati kalau dia tahu aku berdoa mahukan baby pompuan. Hoho

Faqihah Husna binti Ridzuan.
Selamat datang ke dunia kami. Semoga menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat. Amin.





Nota Pinky;
"Hari ni nak balik Jerteh. Harap semuanya selamat. Amin."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS