RSS

Keberangkatan pulang.

Sekarang, boarding time.
Saya memandang tiket Jeddah-Colombo dengan pandangan sepi. Saya rindukan Kaabah. Saya juga rindukan masjid Nabawi. Baru beberapa jam saya tinggalkannya, saya sudah mula merindukannya. Oh, inikah rasa yang selalu diperkatakan oleh setiap orang selepas pulang dari rumah Allah yang Maha Agong dan setelah bertemu Rasulullah?
Mungkin.

Takpe. Jangan sedih dan risau. Insya Allah, saya datang lagi. Setelah ziarah widak, hati menjadi sayu. Tapi digagahkan juga kerana saya bersama kawan-kawan. Malu pula nanti.

Bila kapal dah start berjalan, saya mula rindukan Faqihah Husna dan Naurah Nabihah. Ya .Allah. Saya rasa hari inilah saya baru begitu rindu yang tidak tertahan kepada mereka berdua. Tak mampu diluahkan. Saya seka air mata. Tempoh tiga minggu bukan waktu yang sekejap. Apa khabar mereka berdua? Saya tertanya-tanya, walhal setiap hari gambar di beri kepada saya melalui talian whats app.

Ntah kenapa hati menjadi seperti meronta-meronta mahu segera pulang. Mahu segera memeluk angel kesayangan hati. Naurah dari semalam lagi menangis meminta agar saya segera pulang. Oh anak, jika Madinah-Malaysia itu umpama Gemencheh-Air Keroh umi akan memecut laju supaya umi cepat sampai.

Sabar sikit lagi kakak yer. Umi akan segera pulang.
Umi sayang kakak.
Umi sayang adik.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: