25/02/2016
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Ceh!
Nak share satu cerita sadis. Huhu
Hari ni, pagi-pagi bersiap nak pergi umah mak bidan. Mengurut sedapkan badan dan berkhatan si kecil cilik. Sampai sana,alahai.. Ramainya orang..macam-macam orang.
Mata aku tertumpu pada seorang ibu tua yang ada atas kerusi roda. Kata Bonda Permaisuri, dia lebih muda dari umur Bonda. Aku hanya mengangguk. Setelah bersalaman, dia menangis. Aisey. Kenapa plak? Atau dia sudah lama tidak jumpa bonda. Ala-ala jejak kasih ke ni? Hati mengolah sendiri. Senyum. Tapi sebenarnya ada cerita di sebalik tangisan itu.
Kisah ibu yang punya 10 orang anak.
Kata orang, ibu ayah boleh jer jaga anak 10 orang. Tapi anak,belum tentu boleh jaga ibu ayah. Sebelum ni aku dengar jer. Hari ni aku jumpa depan mata. Hati sebak. Berdoa minta dijauhkan aku menjadi anak begitu. Kalau boleh,mahu menjaga ibu ayah ketika mereka hidup dengan baik. Dan berharap my Hati pun sama. Membenarkan aku menjaga ibu ayah jika mereka sudah uzur nanti. Insya Allah.
Dia strok. Baru boleh bertutur. Sudah lama butir bicaranya tidak didengari. Air mata menyusuri hari. Kesedihan mengenangkan anak yang dijaga dari kecil tidak sanggup menjaganya.
Anaknya 5 lelaki. 5perempuan.
Anak perempuan seorang sudah menikah. Ingin berbakti kepada ibu nan seorang. Tapi tidak dibenarkan oleh suami. Katanya, ibu takde harta. Ibu hanya ada nyawa. Lantas tidak membenarkan ibu tinggal dirumah mereka dan ibu dihantar pulang. Ya Allah. Sampainya hati menantu. Nilah nama nya menantu hantu.
Aku sebak. Sambil mengalihkan tumpuan ke arah Faqihah. Tidak tahan hati untuk mendengar nya. Dia menangis lagi. Ku lihat, Bonda menyeka air di tubir matanya. Aku juga seolah-olah mahu meraung untuknya. Sayu hati mendengar tangisan itu. Tapi ku tahan.
Anak perempuan 2 orang lagi tidak juga dapat menjaganya. Kerana kekangan kerja. Tapi dikirimkannya duit setiap minggu rm300. Amaun yang cukup besar juga aku kira. Alhamdulillah.
Seorang lagi sedang menunggu result SPM. Tapi lari sebab taknak jaga ibunya. Menangis si ibu mengatakan anaknya tidak mahukannya. Dan lari pergi menetap dirumah keluarga angkat yang kaya raya.. Ya Allah. Sayunya hati aku. Agaknya kalau kau mati dalam tangisan ibu yang sedih sebab kau taknak jaga dia, ada ke Allah sediakan Syurga untuk kau? Agaknya macam mana kau cari mak kau di Padang Mahsyar kelak? Boleh ke mak angkat kau tolong kau masuk syurga kalau kau dah jadi anak derhaka?
Ya Allah ya Rahman ya Rahim.. Jauhkanlah sifat begitu dari diri ku. Amin.
Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.
Nota Pinky;
"Lenguh leher sebab asyik menunduk jer tadi. Khusyuk mendengar cerita si ibu. (Padahal aku tahan air mata. Cover la konon..) I love you, Bonda Permaisuri."
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment