25.2.2016 khamis.
Titik permulaan untuk ceraikan susu my angel. Sedih.
Malam ni, malam pertama tidur ngan Faqihah. Biasanya,tidurkan Naurah dulu, pastu baru tidurkan Faqihah. Sekarang ada dalam bilik, sambil mendengar tangisan Naurah yang mahu menyusu dan suara adikku yang sedih memujuk Naurah untuk lelapkan mata.
Naurah, my angel.
Maafkan Umi. Umi tahu Naurah sedih. Naurah cari Umi bila nak tidur. Naurah menangis bila Umi tak peluk. Tadi sebelum tidur bagitahu Naurah, "Naurah, Naurah tahu kan umi sayang Naurah?" Pandang Umi dengan muka senyum. Angguk. Mata bersinar. Menarik Naurah ke dalam rangkulan.
Oh. Naurah, kalau Naurah tahu betapa seksanya hati Umi bila dengar Naurah menangis dan meraung cari Umi masa nak tidur. Betapa umi terseksa menangis sepi seorangan dalam bilik. Sudahlah menangis tu anak ku sayang. Naurah kan dah besar..Dah tak boleh lagi minum susu umi. Naurah kena berdikari sekarang. Naurah kan dah jadi kakak..
Naurah tahu, betapa Umi menahan diri dari keluar bilik. Terasa kaki ni mahu keluar, dan cari Naurah serta peluk erat dan susukan Naurah. Betapa umi yang masih tak bersedia untuk lepaskan Naurah membesar menjadi anak dara..Tapi Umi dah buat keputusan. Naurah dah kena berdikari sekarang. Naurah dah besar. Umi kena ingat, anak Umi dah besar.
Ya Allah. Susahnya nak lepaskan anak dan terima kenyataan yang anak ku dah membesar. Dan sukarnya menerima bahawa anak ku akan berdikari. Luluhnya hati mendengar tangisan anak. Aku kena kuat semangat. Aku kena bertabah.
Allah. Kurniakan aku hati yang waja. Kurniakan aku jiwa yang kental. Kurniakan aku semangat yang membara. Aku hanya hamba yang lemah ya Allah. Allahuakbar.
Nota Pinky;
"Buat suami yang kejauhan. Kalau lah abang ada sekarang, pasti abang juga sedih. Harap abang akan ada waktu nak ceraikan susu Faqihah nanti. Saya perlukan Kekuatan untuk semua ni bang.."
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment