RSS

Zaman banyak berubah..

22/02/2016

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

Hari ni bonda bercakap berkenaan zaman dia ngan zaman aku berbeza..

Ya. Bezanya kehidupan zaman dahulu dan sekarang.
Bercakap mengenai kehidupan zaman dahulu dan zaman sekarang memang sangat banyak perbezaan. Zaman ibubapa kita ngan zaman kita dan zaman anak-anak kita.. banyak perbezaannya.

Bonda selalu kata, zaman dulu kehidupan sangatlah susah. Kalau ada duit 5sen, genggam duit tu sampai berair tapak tangan takut hilang.

Cerita tentang kesusahan yang dilaluinya dulu. Dan cerita itulah yang aku dengar berulang kali tanpa jemu. Dan ia menjadi penguat semangat ku untuk meneruskan kehidupan yang aku kira masih beruntung dari zaman bonda dulu. Alhamdulillah. Syukur atas pemberian nikmat ini oleh Allah.

Zaman aku.
Aku kira juga agak susah. Sebab aku masih lagi bekesempatan membawa duit ke sekolah dengan hanya 40sen. 40sen waktu itu, nilainya juga agak besar. Boleh beli nasi berlauk ayam dengan harganya 30sen dan air sirap berharga 10sen. Cukup untuk bekalan perut yang sedang menari kelaparan.

Zaman sekarang.
Budak diberi kemewahan. Duit melimpah ruah. Apa yang anak mahu, anak minta, ibu bapa bagi. Katanya, tidak mahu anak merasai apa yang dia rasa pada waktu dulu.
Oh ibu. Oh ayah.
Jangan begitu. Anak sekali sekala perlu di ajar dengan kesusahan. Supaya dia mengenal erti kehidupan. Supaya dia mengetahui hakikat kemanusiaan. Supaya dia tahu, dunia bukanlah seindah zaman kanak-kanak nya.

Zaman akan datang.
Aku tak tahu apa yang akan terjadi akan datang. Kekadang aku terasa sedih melihat para pelajar yang tidak menghiraukan masa depannya. Adakah akan datang dia akan perolehi kehidupan seperti yang didambakan? Atau akan datang dia akan menyesal kerana tidak mengikut nasihat yang diberi oleh guru sendiri? Atau akan datang dia akan mendabik dada mengatakan inilah usaha ku tanpa bantuan sesiapa pun. Mari kita lihat nanti..

Dalam hati.
Selalu berdoa,Supaya generasi akan datang setanding dengan generasi terdahulu. Amin.

Dan selalu berdoa, supaya anak didik menjadi orang yang berguna untuk nusa dan bangsa. Amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: