Hari ni hari terakhir di Madinah. Untuk perjalanan kali ini. Akan datang, saya tidak tahu lagi. Saya berdoa dengan penuh pengharapan, saya akan dijemput lagi ke sini untuk menjadi duyufurrahman. Saya berharap kali ini bukan kali terakahir. Allahuakbar. Insya Allah, Amin..
Berada di sini saya rasa agak rileks berbanding dengan mekah. Di mekah, saya sibuk untuk umrah. Untuk tawaf sunat. Untuk ibadat lain. Datang ke sini suasana berbeza dari Mekah. Di sini ia lebih teratur. Lebih sistematik. Wanita di sini lebih sopan berbanding di al-Haram.
Tapi sayang.... Semua seolah-oleh terleka dan hanyut dengan kesempurnaan Madinah. (Termasuk saya la tu.) Shopping sampai terbabas untuk pergi ke masjid Nabawi. Ziarah sehingga tidak sempat untuk berimam dengan imam masjid Nabawi. Ya Allah, ampunilah dosa saya.
Pernah satu trip ziarah, saya tak sempat untuk masuk ke dalam masjid. Hanya berada di perkarangan masjid. Ya Allah ya Rahman. Begini kah rasa solat di luar masjid.? Saya tidak sanggup untuk merasainya sekali lagi. Selepas itu, Alhamdulillah. Sentiasa ada tempat untuk saya. Alhamdulillah, syukur...
Saya cadangkan kawan-kawan, sentiasa lah masuk ke dalam masjid. Insya Allah, akan ada tempatnya. Kecuali polis wanita dah tak bagi masuk. So terpaksalah di mana saja kita berada. Kalau boleh, iktiar lah sampai masuk ke dalam masjid. Pahalanya lebih besar daripada luar masjid.. dan iktiar lah supaya kita dapat pergi awal untuk berjumpa dengan Rasulullah yang berada di sana sebelum solat.
Sudah pun tertera dalam hadis, satu solat di Masjid Nabawi lebih baik dari 1000 solat di masjid lain Kecuali Masjid al-Haram.
Saya masih tak faham kenapa ramai yang memilih berada di luar masjid daripada di dalam masjid. Bukankah berada di dalam masjid itu lebih banyak pahalanya? Terutamanya jika berada di saf hadapan. Jika kita nampak pahalanya berada di bawah sejadah, barangkali semua orang memilih berada di dalam masjid dan berebut memilih saf hadapan. Kerana makin ke belakang bermakna makin sikit apa yang ada di bawah sejadah.
Hm. Sama-sama lah kita fikirkannya.
Nukilan,
Azura
Madinah
28.12.2016 - 930am
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment