RSS

Sungai Besar, nantikan kedatangan ku.

Assalamualaikum.


Salam penuh mengantuk di mata kerana semalaman aku tidak tidur hingga ke saat ini. Mata sudah makin kuyu.

Setelah penat melalui perjalanan yang mengambil masa empat jam, badan aku kepenatan. Sebenarnya perjalanan ke Sungai Besar hanya memakan masa 2 jam. Tapi apakan daya, tersilap tayar kereta semasa memusing. So terlepas simpang. Ketawa.

Setelah pusing ke sana ke mari.
Setelah melalui ladang pisang, ladang kelapa sawit, ladang tebu, sawah dan sebagainya, akhirnya penat itu berbaloi.
Akhirnya sampai jugak aku di rumah Puan Farha.
Simple. Rumah orang baru kahwin. Biasalah. Bagi aku, ia perkara biasa bagi orang baru kahwin. Tapi Puan Farha asyik cakap malu, sebab rumah kosong. Senyum.

signboard di Sungai Besar, tidak begitu banyak.
Ia sangat menyukarkan kami untuk meneruskan perjalanan. Ketawa. Atau kami yang tidak pandai membaca signboard? Ketawa.
Tak kesahlah. Perjalanan hari ini, tidak membuatkan aku tension dan stress. Sebab macam-macam cerita yang kami kongsi. Walaupun sudah 4 tahun kami kenal. Ketawa.

Jutaan terima kasih buat Nad & Azhar kerana sudi menghantar aku ke sini.
Senyum.

Bersyukur apa yang ada adalah perkara yang perlu pada permulaan perkahwinan. Ada sesiapa setuju tak? Harus setuju, walaupun kamu katakannya tidak. Ketawa.

Agak-agak, bila aku nak boleh hidup berdua macam ni? Dah boring dah ni. Ketawa gatal.





hati yang berkata :
"Kini, aku berjanji padamu sayang. Aku akan menjadi seorang isteri yang baik. Senyum"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

maafkan aku.

Assalamualaikum.


Ada sesuatu yang telah lama ku simpan, terungkai malam tadi.
Walau bagaimana pun, aku telah berusaha sedaya upaya bersedia menghadapi kemungkinan yang ada. Kerana aku akui, semua salah ku.

Sayang.
Aku akui, semuanya salahku.
Ia berlaku tanpa aku jangka. Tanpa aku sedari. Bila aku tersedar, Alhamdullillah, Allah memberikan ku kesempatan untuk memperbaikinya. Tapi cukupkah masa yang diberikan pada ku itu? Aku tidak pasti. Yang penting, persediaan telah aku lakukan. dan dosa yang terpalit itu, aku pasti, ia akan terungkai kelak.

Dan segalanya terungkai semalam.
Saat ini kepala ku sakit. Berdenyut-denyut. Mata ku tidak dapat di buka seluasnya. Badan ku juga penat. Aku tidak menyangka sampai ke saat ini, aku masih lagi tidak dapat melelapkan mata.

Sayang.
Aku tahu, saat ini, hati kamu sangat sakit. Seperti ditusuk sembilu bisa. Aku tahu rasa itu. Aku juga mengerti, kerana aku pernah melaluinya. Tapi hairan, aku masih sampai hati memperlakukan kamu begitu. Sampainya hati aku. Kan?

Maafkan aku sayang.
Ku sangka tempoh 2 tahun adalah mencukupi untuk menebus semua dosa yang ada. Tapi sayangnya, 2 tahun itu tidak dapat mengubat sakitnya hati kamu saat ini. Aku sangat-sangat rasa bersalah. Saban hari aku menangis, kerana rasa bersalah itu menyelubungi diri. Saban waktu, aku rasa terhimpit, kerana memikirkan kenapa aku sangat tegar melakukannya?

Saat itu.
Aku tidak tahu apa yang merasuk jiwa dan minda ku. Aku betul-betul tidak sedar sayang. Sebulan kemudian, tetibe aku tersedar bahawa aku telah melakukan kesalahan yang sangat besar kepada kamu. Lalu aku memohon perlindungan dari Allah dan moga Allah mengampuni segala kesalahan ku. Allah memberikan aku kesempatan untuk berubah. Tapi bagaimana kamu?

Kamu?
Aku tidak pasti bagaimana penerimaan mu tatkala kamu mendengar pengkhabaran ini. Aku tidak dapat mengagak sayang. Jika aku terkenangkan dosa ku ini, aku menangis. Tidak terhenti mutiara jernih ini menitik. Tapi bagaimana harus aku sampaikan pada mu. Sehingga aku membiarkan masa yang memberitahu kamu. dan kini, ia terungkai sendiri.

Kamu dan Aku. Bergaduh.
Aku kepenatan. Bagaimana harus aku terangkan, sayang. Aku sangat mencintai kamu. Dulu, Kini dan Selamanya.





hati yang berkata :
"Aku sangat mencintai kamu. Hanya kamu yang bertakhta di hati ini. Hanya kamu, aku tekankan. Hanya kamu. Percayalah sayang."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Allah sahaja yang boleh menjamin segala rezeki.

Assalamualaikum.


Selamat sejahtera untuk semua masyarakat majmuk di Malaysia.
Senyum untuk memulakan malam yang indah. Ketawa.

Melihat bintang di langit. Cantik.
Dah lama tak tengok bintang yang bergemerlapan di langit. Membuatkan aku rindukan kampung laman. Sedih.
Alah, lusa sudah mahu pulang ke kampung la. Ketawa seorang diri.


Ade sesuatu perkara yang sedang aku risaukan.
Aku seolah-olah buntu. Macam mahu pecahkan kepala sendiri. Mengetuk kepala di dinding besi sambil memikirkan apa yang mahu dilakukan sehingga berdarah. Imiginasi diluar kawalan minda.
Sedang menghembuskan nafas sekuat mungkin seorang diri.
Tapi terima kasih kepada en.Hati kerana mententeramkan jiwa ni. Kalau tiada kamu di sisi, mungkin aku sudah menjadi giler. Tidak kuat menanggung bebanan yang kian lama kian meninggi sehingga mencecah ke 360 darjah celcius. Memicit kepala yang kepeningan.

Tapi aku yakin dengan rezeki Allah. Rezeki Allah itu luas terbentang.
Seperti kata Ustaz Azhar dalam video ini. Senyum.

"Allah sahaja yang boleh menjamin segala rezeki. Jadi, jangan bimbang."
Senyum aku mendengar ayat ini. Lega.





kata hati :
"Aku bukanlah seorang manusia yang sempurna. Tapi aku juga sedang memperbaiki diri ku untuk menjadi manusia yang baik dan sempurna. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

memujuk hati adalah perkara yang diharuskan oleh diri.

Assalamualaikum.


Kepada sesiapa yang belum solat isyak, sila solat cepat-cepat.
Aku baru menunaikan solat isyak 4 rakaat, kerana Allah taala. Senyum. Dan juga menyudahkan bacaan al-Quran dengan suara 'merdu' aku ini. Lega hati, Allah sahaja yang tahu. Semakin kita dekatkan diri dengannya, semakin kita akan berasa lega. Silalah cuba kalau tidak percaya.
Senyum.

Kaki terasa lenguh.
Inilah akibatnya berjalan terlampau banyak. tetiap hari asyik merayau je kerjanya. Ketawa.
Adakah aku tidak mempunyai kerja lain selain merayau? Absolutely, yes. Memang aku tidak mempunyai sebarang kerja pun. Dan aku sedang mencari kerja yang sesuai dengan kehendak aku. Sesiapa yang mahu menolong aku mencari kerja part time, silakan. Kecik tapak tangan, bangunan KLCC aku tadahkan.
Ketawa.

jam 11pm.
ade mms masuk. ku lihat nama yang tertera di skrin hp. adik aku. (tak tidur lagi ke semek ni?). gambar yang sedikit membuatkan aku tersenyum. dan terbeliak biji mata melihat angka yang dinyatakan. kepala mula pening. hati mula gusar. tak senang nak duduk diam dah ni. ku tarik nafas perlahan-lahan, menghembusnya kembali dan menggosok-gosok dahi yang licin. bibir menguntumkan senyuman.

masak aku kali ni. tapi tak pelah. aku percaya, rezeki Allah itu ada di mana-mana. sekali lagi aku senyum. menenangkan diri sendiri yang sedang sarat dengan kegusaran yang melanda.

ku pujuk hati ku perlahan-lahan. ingin sekali aku menangis kepenatan. tapi mata masih menahannya supaya mutiara-mutiara jernih itu disimpan untuk kegunaan masa akan datang. kegunaan penting sahaja. terasa mahu ketawa besar-besar memikirkan diri sendiri memujuk hati. senyum.

Allah tidak akan menguji hambaNya, jika Dia tahu hambaNya tidak mampun untuk melaksanakan ujianNya.

aku sangat percaya dan berpegang, Allah itu Maha Adil. Dia tidak akan menzalimi hambaNya. hingga sekarang hanya itu yang aku ucapkan jika sesuatu masalah timbul. Senyum mengenangkan hati yang terlalu lembut.






nota hati :
"aku terasa aku tidak mampu untuk melawan dan melangkah ke depan dengan pelbagai rintangan. tapi aku selalu tahu bahawa, Allah itu sentiasa ada di sisi ku. dan itulah yang membuatkan aku semakin hari semakin tabah dengan ujianNya. Allah itu akan bersama orang-orang yang sabar."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

susah jadi orang glamour. ketawa kuat-kuat.

Assalamualaikum.

Hari Selasa.
fuhhh. Boring.
Selamat bekerja kepada sesiapa yang bekerja. Selamat menghadiri kuliah kepada sesiapa yang masih belajar. Bagi aku, aku off hari ni. Happy holiday setiap hari selasa. Senyum.

Pagi Selasa yang indah.
Bangun pagi dengan blur. Bermalas-malasan. Dan sedang memikirkan mahu menyelesaikan apa yang sepatutnya diselesaikan. Termenung sana. Termenung sini. Semua aksi sudah aku praktikkan. Ketawa.
Duduk. Baring. Tidur. Segala aksi aku buat dengan baik. Ini menunjukkan bahwa tahap keboringan melampau yang telah hadir di dalam diri. Parah betul.

Teringat nasihat yang Yus berikan semalam.
Aku hanya mengiakan dan mendengar. Mahu mengikut nasihatnya? Nantilah aku putuskan. ketawa jahat.

Aku berterima kasih kepada Yus kerana sudi menegur aku. Tak ramai yang berani mengatakan yang betul. Mungkin mereka tidak seberani Yus dalam bertanyakan apa yang betul. Tapi setahu aku, walaupun aku agak 'menyinga', aku tidak lagi memarahi sesiapa jika dia bertanyakan sesuatu kepada ku.

Masih teringat kata-kata Yus.
"Kuat jugak u ni kan. Kalau i, i tak tahu nak jadi apa dah."
(Telah aku gubah dengan elok bahasanya. Ketawa).

Menjawab apa yang Yus katakan.
"Aku ni kuat ke? Tak kot. Degil adalah. Mungkin disebabkan kedegilan aku yang melampau dan tidak mendengar kata sesiapa pun menyebabkan aku di maki. Nasihat kawan-kawan jugak aku tidak mahu mendengar. Ketawa kuat-kuat.
hmm, adakah hidayah belum sampai? tidak. Aku tahu apa yang aku buat. ketawa lagi.
Buatlah apa yang kamu mahu. Asalkan kamu bahagia. Jika kamu mahu menjadi Mami jarum, silakan. Aku masih lagi tidak mahu melayan kerenah-kerenah dan kata-kata manis mu. Kalau dah start layan, semua kena. Ketawa jahat. sekarang dalam tempoh, bermalas-malas lagi. ketawa makin kuat."

Pagi yang aman.
Skrin Didi memaparkan sesuatu. Aku tekan. Nah! Ini jawapannya. Aku ketawa. Ini hanya kajian. Betul atau tidak, itu terpulang pada kamu yang menilai. Setuju? Kalau tak setuju pun, harus menganggukkan kepala tanda setuju. ketawa.

Hasil kajian Dato' Dr. Fadzilah Kamsah lagi tu. Senyum.


Nah! Keras hati & degil berada di atas sekali. Adeh!
Agak-agak, kedegilan aku yang tidak dapat dibendung ini akan berakhir tak? Senyum. Semua orang pening dengan aku. Lantaklah. Siapa suruh mereka semua menjadi Mami Jarum. Memanglah mereka pening dengan sikap aku yang 'sangat baik' ini. Kalau mereka diam-diam sahaja, tak de pening pun. Ketawa.

Susah jugak menjadi orang yang ternama dan terkenal ni.
Ini bukan tahap artis lagi. Tapi hidup penuh ngan gosip. Kalau dah jadi artis, tak tahulah macam mana hidup aku. Ketawa sambil malu-malu. Perasan comel lah tu. Ceh!

Sekarang, sudah menyenaraikan nama-nama Mami Jarum dari Kuala Lumpur.
Pada siapa-siapa yang mahu sebarkan cerita lebih cepat dari berita, sila inbox aku untuk aku tetapkan nama-nama Mami yang aku fikirkan sesuai untuk iklan kamu. Bayaran tidak dikenakan sesen pun. Manafaatkan kegunaan Mami ni dengan baik tau.
Senyum dan kenyit mata.

Ada sesiapa yang terasa?
Siapa yang makan gula, dialah terasa manis. Aku kurangkan gula sekarang. Senyum.

Seronok jugak hidup dikelilingi manusia macam ni.
Apa yang seronok?

  1. Aku tak payah nak perkenalkan diri, semua orang dah kenal aku.
  2. Terbukti aku ni vote jugak lah tu.
  3. Mesti aku seorang wanita yang cantik. Kalau tak cantik, siapa pun tak nak pandang sebelah mata. Ni bukan sebelah, kalau ada 10 mata, 20 mata dia tengok aku.
  4. Mungkin senyuman aku manis. Sehingga semua yang pandang terpikat.
  5. Aku ni boleh jadi idola. Ketawa.
  6. Ternyata kehidupan bahagia aku ni sangat disukai.
  7. Pandai menarik hati dan perhatian orang. Jelas dikatakan oleh Dr. Fadzilah Kamsah.
  8. Kamu tambah sendiri. dan seterusnya. lenguh aku nak senaraikan banyak-banyak. ketawa.

Sudah banyak aku senaraikan.
Lenguh tangan ku untuk menaip kesemuanya. Kamu sambunglah sendiri. Senyum menggoda.

Aku tidak marah kamu kawan. Mungkin kamu tidak sedar yang mengumpat adalah seperti memakan daging kawan kamu sendiri. Kamu mahu? Aku tak mau.
Ketawa. Manis.

Hari yang indah untuk dikenang bukan? Senyum.







nota hati :
"Tak kesah apa yang kamu rasa, apa yang kamu anggap. Aku tetap aku. Tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun. Ketawa besar-besar. Gaya hantu. Mungkin suatu hari nanti, ada seseorang yang berjaya melembutkan hati aku. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

rahsia hari lahir. boleh percaya ke?

Assalamualaikum.

salam manis dari aku yang memang sentiasa manis tersenyum.

pesan en. Najib selaku bos.
di suruh memperbaharui SSM yang akan tamat tempoh sebulan lagi dari sekarang. katanya takut-takut jika ada masalah dikemudian hari. terima kasih kerana bimbangkan aku dan juga anak buah yang lain. senyum simpul. bagus ada bos yang prihatin ni. ketawa kecil.
tapi 30 ringgit jugak melayang tu kerana SSM. ketawa sambil mengangkat kening.

sekarang, sedang membaca rahsia tarikh lahir.
sangat pelik bin ajaib binti hairan bin confuse. betul ke ni rahsia tarikh lahir aku? adeh.

jom kita tengok, sesuai tak ngan perangai aku. ketawa. sensitif? hmmm, aku sensitif ke? macam tak je. ketawa.

"Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. = sensitif? hmmm, aku sensitif ke? macam tak je. ketawa.

Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. = yes. sekarang aku lebih selesa menyendiri dari bercerita. senyum.

Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut dan ramah. = ramah, mungkin ye. lembut? macam kasar je aku ni. sekali lagi ketawa. (terhibur plak hati aku ni.)

Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. = tak. aku tak kesah. buktinya, aku telah menemui ramai lelaki yang menolak cinta aku walaupun pada awalnya mereka yang kenyit-kenyit mata memulakan dulu. terasa mahu ketawa besar-besar.

Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak.
= bersikap sabar dan tidak terburu-buru. ntahla. aku pun tak tahu nak komen. orang boleh lihatnya bila kenali aku dengan jelas lagi.

Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya" = ketawa. aku tidak akan mengalah sebelum mencuba. pantang. bila apa yang aku mahukan, aku pasti berusaha untuk mendapatkannya. dapat atau tak dapat, itu soal no 2. yang penting, usaha dulu. baru tahu dapat atau tak. ketawa.

kesimpulannya.
penat je aku tekan-tekan tarikh lahir aku. baca. dan sedang berfikir secara confuse. kebarangkalian sama dengan diri sendiri (buat masa sekarang) adalah sangat rendah, sehingga mencecah 10%. ketawa.

mungkin ada benarnya.
tapi belum sampai masa yang sesuai lagi aku untuk menjadi seperti itu. sengeh. nanti aku fikirkan balik bila aku nak ade ciri-ciri kelembutan seperti yang dinyatakan. ketawa.

terhibur seketika dengan benda pelik ni. ketawa.
rahsia hari lahir atau tarikh lahir, sebenarnya boleh percaya ke? ketawa. ntah lah. masih belum dapat jawapannya.





nota hati :
"aku masih memikirkan lagi tentang rahsia hari lahir ini. boleh ke kita percaya? takut jatuh syirik plak. muka confuse dan kepeningan."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mengharapkan satu keajaiban dari Allah.

Selamat petang.

Happy holiday untuk semua.

Memandangkan hari ini adalah hari Ahad, kesibukan di ibu kota adalah tahap maxima. Semua orang nak keluar shoping, jalan-jalan, bersenam, bawak family round Kuala Lumpur, dan macam-macam lagi lah.

Aku?
Kat depan Didi. Ketawa. Dari pagi tadi sampai sekarang. Entah apa yang aku buat pun aku tak tahu. Boring? Tak sempat. Kerana di samping menghadap anak, Didi. Aku juga sedang sibuk mengangkat panggilan-panggilan yang tidak dikenali. Dan panggilan itu bukan dari pemuda-pemuda yang mahu mengorat atau pun berkenalan. bahkan adalah atas hal urusan bisnes.

Aku harap, Allah memberkati setiap urusan yang aku lakukan ini. Senyum.

Weekends.
Semenjak dua menjak ni, weekends aku, semua di habiskan untuk bekerja. bekerja dan bekerja dan bekerja. Sehingga kekadang aku sangat penat. Tapi aku tidak dapat berbuat apa-apa. Selain mencari nafkah sendiri.

Weekdays?
Itu sudah semestinya aku akan menghabiskan masa untuk ke kelas. (Padahal kelas satu sahaja dalam sehari.) Penat bila memikirkan kelas yang patut dihadiri sebanyak satu kelas dalam sehari. Hati mengeluh. Tapi biasalah. Ini baru tahun 4 atau tahun akhir namanya. ketawa sendiri.

Saat ini.
Ada sesuatu yang harus aku fikirkan. Sesuatu yang menyesakkan otak dan minda aku. Sesuatu yang tidak terluah di mulut kehadirannya dan sehingga kini ia hanya berlegar di minda.

Adakah aku sekarang sudah tidak pandai ingin berkata-kata?
Mungkin ya. Mungkin tak. Tapi kekadang menyimpan di dalam hati adalah lebih baik dari mengeluarkannya. ketawa.

Pagi-pagi lagi, Cik Siti sudah mengusik.
Tapi usikannya tidak mengena. Senyum sendirian. Mungkin kerana aku yang sedang serabut otak memikirkan banyak perkara yang harus diuruskan dan cepat-cepat diselesaikan. Menyebabkan usikannya di pagi hari ni, hampa. Aku senyum dalam kelat.

Buat masa sekarang, masih memikirkan jalan yang terbaik untuk diri sendiri.
Aku mengharapkan satu keajaiban akan muncul. Dan mudah-mudahan Allah memberikan rezeki kepada ku dengan rezeki yang luas seluas-luasnya.
Senyum dengan penuh pengharapan.






nota hati :
"adakah keajaiban itu akan muncul? ada ke keajaiban untuk orang yang jahat seperti aku? ketawa. confuse."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku sayang kamu selalu.


Hati ku,

Aku bukanlah pujangga kayangan. juga bukanlah penglipur lara.
Tapi aku selalu berada di sini. bersama. di sisi. menemani.
Mengarang episod suka. mematri drama duka.
Supaya kita dapat bersama. menerjah al-falah yang nyata.


Hati ku,

Tatkala hati ini mula bertaut indah dengan senyum mu.
Saat bayu datang mengetuk sanubari ini.
Ada hembusan angin yang berlegar disegenap penjuru kamar jiwa.
Mungkin ini sebuah petanda.
Petanda bahwa ia bisa membuatkan aku selamanya tersenyum mesra.
Menyapa lembut gerbang cinta yang terpatri manis di lubuk sanubari.


Hati ini hanya untuk kamu. selalu.


Hati ku,

Ada jambangan kenangan mengusik sanubari yang kian membelai jiwa.
Aku sentiasa akan tersenyum ke arah langit membiru tanpa awan gemawan itu.
Selamanya.


Hati ku,

Aku selalu memanjatkan kesyukuran dan berdoa.
Moga Allah merahmati hubungan kita.
Selamanya.


Aku sayang Kamu selalu.
.:Pinky Lucia:.



Senyum penuh kebahagiaan.





nota hati :
"Bila saat itu sudah sampai, usah kamu sekat ia. Pasti ia akan menjengah jua. Percayalah. Dan tunggulah saat itu. Kamu pasti akan bahagia. Selamanya."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jom bercuti. ketawa.

Assalamualaikum. selamat hari cuti.
hello. hai. hye. hi. senyum.

apa yang kamu buat sempena Thaipusam ni?
menyambut Thaipusam dengan gembiranya. atau menikmati cuti dengan bahagianya. atau memanafaatkan masa yang ada dengan tidur lena-lena sampai sakit badan.
ketawa.
pilih yang mana satu yang kamu suka, janji kamu bahagia.

penat masih bersisa.
perjalanan yang mengambil masa setengah jam hingga empat puluh lima minit itu, membuatkan aku terasa penat. ketawa.
balik kampung hampir 8 jam, aku tidak merasa lama, tapi perjalanan ke tempat yang aku nak tuju hari ini adalah penat? pelik.

penat ke?
sebenarnya, bukan penat kerana perjalanannya. tapi penat kerana terpaksa memilih dan memilih serta memilih, tidak berhenti-henti. di tambah pula, mata ku tiba-tiba rambang. jadi khidmat bantuan bonda dan kekanda-kekanda adalah amat diperlukan hari ini.
selesai menelefon, aku memilih apa yang dikehendaki. senang kan. tak susah untuk membuat keputusan. bonda sudah memberi idea. ketawa. (dasar anak manje!!).

aku ni pandai memilih ke?
ketawa sopan.
sebenarnya terus terang aku katakan bahawa aku tidak pandai. ribuan + jutaan terima kasih kepada bonda cool dan kekanda-kekanda kerana memilih colour untuk ku. dan jutaan ucapan terima kasih juga kepada Nad kerana membuat pilihan ke atas apa yang aku pilih. aku pilih banyak-banyak, lepas tu dia yang tentukan yang mana lebih sesuai. senang keje aku.
sekali lagi aku ketawa dalam penat.

meninggalkan benda yang dipilih untuk tujuan seni adalah yang terbaik. kerana aku bukanlah insan seni yang tahu menghasilkan seni. jadi aku memerlukan khidmat-khimat pakar. lagipun, free. so apa salahnya kalau di tinggalkan. ketawa.

sekarang, masa untuk berseronok dulu. selepas itu, kita lihat apa hasilnya. senyum.

menuju ke Teluk Kemang, Port Dickson.
pertama kali dalam sejarah hidup, aku sampai ke sini. senyum. nampak sangat jakun. tapi tak mengapa. aku tidak kesah. janji pengalaman itu ada walaupun sekali.

merencanakan mahu naik pisang.
berani ke aku setelah aku lemas 3 kali? ketawa. berani atau tidak, itu akan diketahui selepas aku berjaya naik ke darat nanti. senyum simpul. lemas nanti, comfirm ade orang selamatkan. ketawa.

sudah bersedia untuk mencuba satu benda yang baru. ketawa.
elok je aku senyum. tak nampak pun aku takut. sengeh.


pengalaman.
ye. memang pengalaman yang indah. yang cukup me'release'kan tension aku. dan seronok. aku takut. tapi kental jugak. bila teringat ingin ketawa kuat-kuat pun ada. mana tak nya, jeritan 10 orang, di dengari oleh satu pantai. ketawa. may be kerana kami semua panic kerana jatuh dalam laut. padahal bukan dalam pun.

perkara yang pelik.
kaki aku tidak dapat mencecah pasir-pasir pantai walaupun jaket keselamatan telah aku buang. akibatnya aku terkontang kanting disitu bersama Nad yang juga tidak bergerak walaupun telah puas kami berdua berdayung dengan menggunakan tangan. memang kami tidak mempunyai seni langsung untuk berenang.

akibatnya?
kami berdua ketawa. dan pasti nya ada yang datang menarik kami ke arah pantai. (diberi pertolongan. buat malu je). sayang sekali, gambar tidak di ambil. kalau tak, comfirm muka aku buruk tahap dewa dewi semasa ketakutan. ketawa.

setelah penat, bergegas ke tempat tadi. tempat yang aku tinggalkan barang-barang ku.

sesampai di sana.
mulut melopong. mata terjenggil. terkejut.
dalam hati, "aduh. apasal grand sangat ni?" tapi okla. tak boleh nak buat apa dah. ketawa. "ter".

hari yang sangat sekejap untuk dilalui.
berlalu seolah-olah sekelip mata. tapi hati aku, senyum. indah. mungkin juga masih ragu-ragu untuk berganjak, walaupun persiapan sudah mula di lakukan. pelik ngan diri sendiri.





nota hati :
"masih mencongak. masih banyak lagi perkara yang perlu aku selesaikan. pening-pening-pening. aku berharap agar Allah memudahkan segalanya dan memberikan aku rezeki yang murah. Amin."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

perancangan untuk meleraikan kekusutan.

Assalamualaikum.


baca dengan penuh keboringan yang melampau + gembira kerana akhirnya ada cuti.
ketawa bersungguh-sungguh.

agenda.
ada sesuatu agenda yang dirancangkan oleh kawan-kawan. aku hanya mengikut. kerana memandangkan aku sudah lama tidak berseronok dan melepaskan tension. berbaloi jugak kalau pergi bercuti dan menghabiskan masa seharian, berseronok dengan kawan-kawan. tanpa memikirkan apa-apa masalah yang ada disekeliling otak ini.
senyum.

di dalam kepala.
keseronokan sedang menari-nari. hati pula senyum tidak terperi. mudah-mudahan perancangan yang dibuat, di izinkan oleh Allah hendaknya. senyum.

semoga perjalanan yang akan ditempuhi akan diberkati oleh Allah. senyum.





nota hati :
"ingin ku buang segala kekusutan. tapi, masalah, jika kamu lari, dia makin akan mengejar."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

semakin hari semakin obses.

Assalamualaikum.


Hye... Hai... Hi... pada semua.
tamatkan hari dengan senyuman. sebab senyum itu akan menjadikan kamu lebih awet muda. ketawa.
betul ke?
kalau tak percaya, cuba amalkan. senyum. haa, kan nampak lebih muda 10 tahun gitu,..

semalam. semalam. semalam.
ada membincangkan sesuatu dengan bonda. perbincangan agak mengejutkan aku. dan membuatkan hati aku tertanya-tanya. 'eh, bonda ni demam ke?' tapi ayahnda juga begitu. pelik. dan bertambah pelik sehingga ke hari ini. dan aku masih berfikir-fikir, adakah ini waktunya? dan berkata pada diri, waktunya telah tiba. aku pasti.

mungkin doa aku sudah terkabul. Alhamdulillah. Allah mendengar doa-doa hambaNya. senyum.

apa perkara yang dibincangkan tu.
entah. aku tidak tahu bagaimana hendak memulakannya. mungkin menyimpannya di dalam hati adalah lebih baik daripada bercerita. kerana bila bercerita, kemungkinan cerita akan di tokok tambah adalah lebih besar berbanding dengan menyimpannya.
ketawa.
alasan semata-mata.

jika sampai saat nya pasti aku akan mewarwarkannya. masa itu akan tiba suatu hari nanti. percayalah.

penat.
terasa penat yang melampau.
kerja siang dan malam yang tidak berhenti-henti. apakah perkara yang aku kejarkan? entah. aku pun tak pasti. tapi yang aku tahu sekarang, hidup seharian perlu di isi dengan sesuatu yang berbaloi hasilnya. bukan dengan tidur yang berpanjangan.

menjadi seorang pelajar yang berkejaya adalah perkara yang sukar untuk dilakukan. tetapi aku memilih untuk melakukannya. penat sedikit adalah biasa. ia setimpal dengan apa yang aku lakukan. banyak kerja yang aku lakukan, banyak penat yang aku terima. aku cuma mencari rezeki sesuap nasi supaya hasilnya semua yang halal.

tapi aku kira sekarang, semakin hari, semakin aku obses dengan kerja ku. mungkin aku tidak mahu memikirkan perkara yang bukan-bukan jika masa ku tidak di isi dengan baik. otak ku ni, aku kira tak berapa betul sangat jika masa yang ada aku isi dengan termenung. data-datanya akan cepat terpusing.
ketawa.
ada ke otak macam aku? ada. aku lah. senyum.

senyum lagi. sebab mahu kelihatan muda belia.

sekarang adalah waktu untuk aku rehat. mata sudah semakin sempit dan mahu memejamkannya. tapi jika tidak bertemu dengan blog kesayangan satu hari, pasti tidur yang lena terganggu. rindu ku pada blog adalah luar biasa.
ish3. menggeleng-gelengkan kepala. kemudian senyum.





nota tangan :
"blog adalah tempat meluahkan segala yang terbuku. mana mungkin aku tidak merinduinya. pahit manis aku, semua aku lalui dengan nya. mungkin kerana itu, hubungan aku bertambah erat dengan nya. ketawa. ia seperti diari perjalanan hidup aku."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mimpi atau fantasi?

Assalamualamualaikum semua.

salam sejahtera dan selamat pagi Malaysia.
mulakan dengan senyuman. kan elok begitu. senyum lagi sekali.

mimpi.
semalam aku bermimpi. adakah itu tanda? atau alamat kepada sesuatu. ketawa.
ada juga orang percaya mimpi macam aku. bertanya itu ini tentang mimpi. tapi aku tahu, mimpi hanyalah mainan tidur. syaitan yang mengganggu tidur malam ku supaya lebih indah. agar subuh ku terbabas hingga jam lapan.
ketawa.

aku percaya satu perkara tentang mimpi.
entah kenapa kepercayaan ku makin lama makin kuat. senyum. mungkin kerana aku ni agak sewel semenjak kebelakangan ini. angkat kening tanda protes pada diri sendiri.

fakta atau auta?
bila kita mimpi kan sesuatu, orang kata, realitinya akan jadi terbalik. bertentangan dari mimpi yang kita alami. aku tidak tahu sejauh mana kebenarannya. tapi yang aku tahu, mimpi hanya berlegar di dunia fantasi yang penuh indah dan misteri. kita tidak akan dapat menafsir mimpi dengan sebetulnya jika kita tidak ada ilmu dalam bab itu.

kata orang juga, jika kita mimpi, usah di canang ke merata tempat. kelak mimpi itu tidak akan jadi kenyataan. kalau macam tu, aku nak canang kepada semua orang mimpi aku itu. aku sekali-kali tidak mahu ia menjadi realti.
boleh?
ketawa.

kata aku?
malas nak fikir. kalau mimpi tu aku ingat, aku simpan sorang-sorang. biarkan ia menjadi kenangan. biar aku dapat senyum seorang diri mengenangkannya yang sangat indah. hidup ku walaupun tak seindah mimpi tapi realiti itu pasti ade juga yang indah.
senyum.

mimpi dan realiti.
mimpi itu memang indah. tapi realiti itu pasti.
aku perlu tahu dan ingat dua perkara ini. agar tidak ada fantasi yang berlegar di dalam kehidupan realiti yang aku sedang jalani.
senyum.




tangan menari :
"adakah mimpi semalam akan buat kamu tersenyum? mungkin. jadi kan mimpi kamu sebuah realiti. kerana novel bila di adaptasi akan menjadi karya yang sangat agung. senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

"yang termanis dan terpahit"

salam penuh kepenatan.
salam blog walking kepada semua.
sudah lama tidak menjelajah ke seluruh pelusuk. sekarang baru aku ada sedikit masa.

blog Fyzal's Territory. ada sticky post.
terasa ingin menyahut cabaran ini.
mungkin kerana kebosanan di bilik seorang diri dan kepenatan tapi tidak dapat rehat dengan secukupnya kerana mata tidak mahu men'volunteer'kan diri untuk di tutup. jadi apa salahnya jika aku cuba contest "yang termanis dan terpahit" ini.

sekadar untuk menghilangkan boring dan memeriahkan suasana contest yang diadakan.
senyum.
salam perkenalan buat Fyzal.

apa yang perlu aku buat?


  1. Letakkan header/banner Fyzal's Territory.
  2. Tuliskan tajuk entri sebagai "Yang Termanis dan Terpahit" dan link kan.
  3. Buat satu entri berkenaan satu pengalaman anda yang anda rasakan paling manis dan satu pengalaman yang ada rasakan paling pahit sepanjang tahun 2010 dan ceritakan bagaimana kedua-dua pengalaman itu memberi kesan dalam kehidupan anda.
  4. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.
  5. ditetapkan tarikh tutup segmen ini pada pertengahan Januari 2011.

ok. aku faham.

STATUS : DONE.

***********************

pengalaman manis.

berhenti. berfikir sejenak.
menongkat dagu.
menggaru kepala.
ketawa.

kemungkinan hanya ada dua.
mungkin terlalu banyak kenangan manis yang perlu aku ingat/pilih untuk diceritakan.
atau...
mungkin kerana aku langsung tidak mempunyai kenangan manis di tahun 2010.
ketawa.

setiap wanita akan menunggu saat ini.
detik en. Hati bertanya adakah aku sudi melengkapkan separuh lagi hidupnya membuatkan aku tersenyum bahagia.
ia adalah detik paling manis dalam hidup aku.

en. Hati : "i ade benda nak cakap ngan u. tapi u jangan terkejut plak."
aku : "apa dia. cakaplah."
en. Hati : "i love u, sayang."
aku : "hah?"
en. Hati memandang. aku masih terpinga-pinga lagi.
'eh! mamat ni demam ke?' detik hati kecil, nakal.
en. Hati : "Yang, sudi tak u jadi sebahagian daripada hidup i. hidup i tak sempurna tanpa u. kosong. boring. tak tahu nak buat apa. "
aku : membuntangkan mata melihatnya. telan liur perlahan-lahan. mengangkat kening. terkejut. tak sangka secepat ini. senyum simpul.
en. Hati : "Yang, i sunyi tau tanpa u. bila balik keje, sorang-sorang je kat rumah."
aku : senyum kelat. menaham malu sebenarnya.
en. Hati : "kita kahwin." dia membuat keputusan sesuka hatinya.
aku : "u tanya lah mak i. i kan anak mak." aku masih senyum.
en. Hati : "boleh. nanti i bawak rombongan merisik u."
aku : melopong. terkejut. berani tahap gaban sudaaa mamat ni. ketawa aku simpan dalam hati.
sebenarnya aku mahu melonjak gembira. menari-nari bahagia. tapi ku tahan. aku malu sebenarnya. senyum gatal.

saat itu.
sangat bahagia. manis. suka. malu. tersipu-sipu. semua perasaan ada.
aku tak dapat nak describe macam mana.
tapi yang penting, ia sangat membahagiakan aku.
sehingga kini aku terus tersenyum bila mengingatinya.

STATUS : DONE.

***********************

pengalaman pahit.

paling pahit yang pernah aku alami semenjak dari sekolah menengah lagi.
sehingga ke zaman degree, aku masih mengalami nya. walaupun masa silih berganti. manusia silih bertukar. tapi kejadiannya tetap sama. berulang.

kata orang, sejarah mungkin berulang.
benar. ia berulang.

mungkin benar kata Ikram.
"aku adalah seorang wanita yang pelik. mempunyai penampilan yang pelbagai bentuk. mempunyai perangai yang sentiasa lain dari yang lain. berani. tidak gentar kepada sesiapa pun. setiap hari, orang mahu lihat apa yang aku buat."

aku tidak salahkan sesiapa dalam hal ini.
mungkin aku juga bersalah. kerana bersikap pelik.
ketawa.

tapi, aku mahu kamu tahu, kawan.
aku tidak pernah sekali pun bersangka buruk pada kamu. jadi, kamu boleh lah berhenti mengutuk, mengeji dan mencaci aku di belakang aku.
jika kamu gian juga ingin berbuat seperti itu. datang bersemuka dengan aku, nyatakan pada ku. agar aku boleh perbetulkan keadaan.
agar aku boleh memohon keampunan.

jangan kau menokok tambah kan cerita yang ada.
jangan kau menggunakan penambah perisa.
serta meletakan ajinomoto sesedap rasa.
sehingga kau tidak sedar bahawa ia akan merosakkan diri sendiri.
jika aku tidak menghalalkannya, bagaimana hidup mu di akhirat kelak.
musnah. merana.
hampa. kecewa.
sudah tentu kamu tidak menginginkannya.

berhentilah wahai kawan, mengkianati kawan mu.
hati ku sangat pedih. sedih.
terhiris. terluka. sampai terkesima.
mahu sahaja aku meraung hiba.
tapi aku kuatkan semangat jua.

usah kau ulangi memori luka.
kelak aku bimbang, terhiris diri mu akan terluka. merana.

aku terbaca 1 perkara di blog Rose Harissa.

"Benarlah… perbuatan orang yang suka memfitnah dan mengadu domba lebih berbahaya daripada syaitan kerana perbuatan syaitan hanya dengan khayalan dan bisikan sedangkan perbuatan orang yang suka memfitnah dan mengadu domba dilakukan secara terang-terangan dan berdepan."

dan kesannya, sangat sakit. tahu?

STATUS : DONE.

***********************

kesan terhadap diri.

pengalaman manis.
memberi kesan pada aku kerana aku bakal menamatkan senyuman bujang ini tidak lama lagi.
senyum bahagia.

pengalaman pahit.
menyebabkan aku tidak percaya pada kawan. dan segala masalah, aku simpan di dalam hati. tanpa menceritakannya kepada sesiapa.
ia juga menyebabkan aku sekarang tidak pandai meluahkannya. lebih senang menyimpan. lebih senang berdiam diri.
mungkin tidak lama lagi, aku akan menjadi seorang yang pendendam kepada sesiapa yang mengacau ketenteraman hidup aku.
kemungkinan itu ada.
ketawa. evil.

STATUS : DONE.

***********************

tarikh tutup.
hari ni, kan? ketawa.

sekadar coretan perkongsian. senyum. ikhlas ni.!





nota tangan :
"aku sedang belajar untuk tidak memarahi sesiapa pun. jadi manusia-manusia budiman sekalian, kamu tidak perlulah membuat perkara yang menyebabkan aku marah. senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mahu ingat atau melupakannya terus?


Assalamualaikum.

hari yang tenang. tidak kelam kabut. tapi rehat masih juga tidak mencukupi. masih mengantuk dan mamai-mamai ku kira. mata cantik ini, ku paksa celik. usah di layan kantuknya.
ketawa.

mengantuk yang amat.
semasa makan tadi, aku masih juga mengantuk. ingin sekali melelapkan mata dan tidak mahu berganjak dari tempat tidur kerana kehendak mata. tapi apa kan daya. ada tugas yang harus aku selesaikan sebelum rezeki itu hilang. dan disambar orang.
sekali lagi aku ketawa.

semasa bekerja. rakan sekerja bertanya tarikh pada hari ini. sudah lupakah dia akan tarikh semasa. mungkin kerana kerja kuat yang tidak berhenti-henti. aku senyum.

dia 1 : "hari ni berapa hari bulan?"
aku : "15 jan. kenapa?"
dia 1 : "oh. ingat kan dah 16 jan."
aku : "kenapa ngan 16 jan?"
dia 1 : "birhtday ex aku." ketawa.

kata seorang lagi kawan.

dia 2 : "wow. masih ingat lagi besday ex. hebat."
aku : "yela. aku dah lupa semua dah pasal ex aku." ketawa.
dia 2 : "kau memang. semua pun kau lupa."
aku : ketawa.
dia 1 : "alaa, aku ngan ex aku, macam kawan sekarang. tak de musuh-musuh la. perkara yang dah lepas, buat apa nak ungkit kan."
aku : "cool."
dia 1 : senyum.

jika aku berada di tempatnya.
dapat ke aku ingat? mungkin tidak. ingat siapa dia sudah memadai. memori lain, delete! ketawa. cinta yang tak kesampaian, memang perit. hanya orang yang tabah sahaja dapat menerima nya dengan penuh redha dan pasrah.

"cinta itu sakit andai kita tidak tahu menilainya.
cinta itu adalah untuk dinikmati. bukan untuk ditangisi."


dulu.
menangis juga aku. waktu itu, aku sangatlah bodoh, aku kira. menangis dan terus menangis. sehingga hampir tidak keruan.
ketawa.
kenapa perlu menangis pada orang yang tidak sudi. sehingga berat yang 53kg mencecah ke 43kg. 10 kg turun weyh. grand! ketawa.
putus cinta memang sesuatu yang menyakit kan.

aku pernah ditanya.
adakah aku sudah melupakan cinta pertama aku? jawapan aku, yes!
tapi aku tidak pernah lupa siapa dia. cuma apa yang berkenaan dirinya sudah hampir 103% aku delete. seperti tarikh lahirnya. tarikh declare. apa-apa tarikh yang bersangkut paut dengannya. memori-memori indah. semua di delete rapi. ketawa.

susah untuk men'delete' semua memori.
ia memerlukan satu semangat dan azam yang kuat. serta ketabahan yang benar-benar luar biasa. harus kamu cekal untuk menghadapi nya bila memori kamu, kamu pilih untuk remove. senyum. sabar itu adalah tunggak utama. dan memohon lah pada Allah.

mahu ingat atau melupakannya terus?
jawapan aku : lupakannya terus.
kerana jika makin kamu ingat. makin kamu rasa sakit. aku pernah merasainya. aku tahu, sakitnya cinta jika didustai.
senyum tawar.

tabahnya kamu walaupun sudah terputus hubungan cinta, masih lagi boleh berkawan.
aku tabik. mungkin orang seperti kamu ada seorang dalam seribu.
mungkin.




tangan menari :
"otak aku jarang memproses data-data sejarah yang lampau tentang diri ku. ia banyak memproses apa yang perlu aku buat untuk membaiki taraf hidup ku masa akan datang. jika aku diberi pilihan, mungkin aku bukan lah seorang guru sejarah yang baik. ketawa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sekuntum cinta buat suami.

sekadar coretan yang terlahir dari hati.
mungkin kerana diri mu yang sedang merajuk-rajuk manje.
comel!
aku suka. ketawa.

coretan hati aku untuk kamu, insan bergelar suami. senyum.


suamiku,

tadi aku marah.
marah ku, bukannya ingin kau jatuh.
tapi aku ingin sekali kau bangkit.
berdiri se'gah', KLCC.
semegah, Twin Tower.
sekuat, Penang Bridge.

tadi aku membebel.
kau pula diam kan diri, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
aku makin kuat membebel.
bertanya itu dan ini.
tapi kau seperti biasa. diam membatu.
bebel ku bukan bererti aku benci kamu.
tapi itu tandanya aku sangat sayangkan kamu.
seperti mana aku menyayangi diri ku sendiri.

hanya ini yang aku tahu. "i love u."


tadi aku menasihati kamu.
kamu pekak kan telinga.
lantas, kita bergaduh.
kau kata, aku tidak lagi memahami diri mu.
suamiku, siapa lagi yang sangat memahami mu selain aku, isteri mu?
saat kau susah, nasihat itu sangat berguna bagi mu.
percayalah, itu tidak bermakna aku tidak mahu menolongmu.
tapi aku ingin sekali, motivasi diri mu menjulang tinggi.
setinggi Gunung Himalaya.
sebesar Gunung Everest.

semalam aku sibuk.
ye. sangat sibuk. banyak urusan yang harus aku selesaikan.
kau merajuk.
kata mu, aku tidak lagi punya masa untuk diri mu.
sibuk ku itu bukan bermakna aku tidak punyai masa buat kamu.
tapi aku ingin sekali, tanggungjawab di bahu mu, kita kongsi bersama.
kerana aku mahu kamu rasa, aku adalah sebahagian dari hidup mu.
semua yang kita lalui, harus bersama.
kau tidak lagi keseorangan seperti dulu.

suami ku.
semua ini aku lakukan, demi kamu.
kerana aku ingin sekali kamu ingat satu perkara.
disebalik kejayaan seorang suami, di sisinya adalah seorang isteri cerdik yang solehah.

cinta ini, hanya akan ku abadikan buat mu suami ku.
tiada yang lain, selain kamu. senyum.


kata ibu, syurga itu di bawah tapak kaki suami. selepas aku bergelar seorang isteri.

kata aku yang tidak faham, eh! boleh plak syurga itu berubah-rubah. senyum seorang diri.

kata aku yang sedikit pandai, baik ibu. aku akan lakukan yang terbaik untuk ke syurga itu.
senyum.



akan ku genggam tangan mu suami ku, sehingga ke hujung nyawa.
senyum mekar cinta di hati.





nota tangan :
"tetiba aku terasa memahami bahawa tanggungjawab seorang isteri sangatlah berat. benarkah aku ingin memikul tanggungjawab itu? bersediakah aku? senyum. sambil memikirkannya. ketawa bersahaja. terasa otak ku blur seketika. ketawa lagi."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sebahagian nya berjalan dengan senyuman.

selamat malam bagi yang mahu tidur.
dan selamat pagi kepada sesiapa yang baru bangun.

mata sudah kuyu.
mengantuk. makna disebalik kekuyuan mata yang serba tidak cantik ini.

separuh kerja sudah disiapkan.
baru selesai menyiapkan senarai baki hutang untuk budak-budak SMPI. masih lagi bergelar budak ke? hmm, budak lah tu dari aku yang sedia dah jadi nenek ni. sesiapa yang ada berhutang, sila bayar secepat mungkin kepada aku. banyak program nak running ni.

terasa seperti aku memegang bahagia di dalam jiwa. ketawa.


sekarang, aku boleh menarik sedikit nafas lega.
masalah + kerja yang bertimbun-timbun, telah ku selesaikan satu persatu.
bonda cool juga sedang sibuk bertanya itu ini.
membuatkan 1 per 1 masalah aku terungkai dalam keadaan aku tidak menyedarinya.
setelah selesai, baru ku tahu. sebenarnya bonda sedang merungkai masalah ku yang sedia ada di dalam kepala otak.
berkuasanya seorang ibu membaca minda anak-anaknya.
kerana aku bukanlah seorang anak yang suka bercerita masalah ku.

aku : kak ikut bonda saje. mana yang bonda cakap elok, kak ikut saje semuanya.
bonda : janganlah malu-malu dengan bonda. cerita pada bonda bagaimana kamu mahu. bukan orang lain tahu pun. bonda je tahu. ayahnda pun tak tahu.
aku senyum.
mungkin bonda juga begitu.

setelah meluahkan serba sedikit apa yang terbuku walaupun tidak 103% yang terluah, tapi hati terasa sangat lega.
ketawa melihat diri sendiri.
manje!!

dia adalah bonda yang terbaik di abad ini.
tidak dapat aku bayangkan jika bonda tidak ade untuk menemani hari-hari yang gundah.


sekarang.
menjawab kepada persoalan Puan Farha.
sebenarnya bukan banyak sangat masalah pun. aku saje yang suka memberatkan otak. kalau hidup tak de masalah, means tak indah lah hidup kamu.
kalau ade masalah, maknanya kita akan belajar melalui liku-liku kehidupan dengan baik dan berusaha dengan jayanya.

memang benar masalah itu harus diluahkan.
tapi, kekadang membiarkan masa yang menentukan segalanya adalah jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya daripada meluahkan.
kekadang masa adalah penyelamat hidup kita.
percaya atau tidak, itu terserah.

thanks to Puan Farha.
atas dorongan semangat yang diberikan.
aku pasti kuat.
kamu mesti percaya.
wajib! kalau tak buat haram.
ketawa.

aku sangat tahu.
aku pasti tabah dan kuat semangat.
kerana kata bonda, jiwa ku kental. fizikal je lembik.
aku harap, kata-kata bonda termakbul.
senyum penuh pengharapan. memandang ke langit yang gelap.





nota tangan :
"sedang belajar bagaimana mahu handle semua masalah dalam satu masa tanpa melibatkan sedikit pun stress yang ada di dalam diri. boleh ke macam tu? confuse! ketawa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bulan Januari yang bertimpa-timpa msalahnya.

selamat pagi Malaysia untuk semua.

senyum di pagi hari adalah perkara yang baik.
maka, jom kita senyum beramai-ramai.
ketawa.

sekarang, sedang menyiapkan banyak kerja dalam satu masa yang sama.
eh, tak pening ke?
pening + blur + sakit kepala + sakit jiwa + serabut + tak tahu nak buat apa + 2011 macam rasa yang bersarang di kepala.
muka aku tak boleh menyembunyikan keserabutan yang ada di minda.
ketawa.

en. Hati : "bila u pening + serabut, dengan i sekali pening + serabut. cuba u cool down sikit."
aku : "nampak sangat ke i ni ngah serabut?"
en. Hati : "yela. i yang macho ni pun dah jadi serbut serabai dah bila tengok u serabut."
aku : "i yang serabut, u yang berjangkit. salah siapa?"
en. Hati : "salah u lah ni." ketawa.
aku : "i plak." ketawa bersama.
en Hati : "u tak pandai nak sembunyikan bila u serabut. seolah-olah u je yang banyak masalah kat dunia ni, orang lain tak de masalah. u cuba releks, cool. orang lain pun ada masalah jugak macam u. fikir satu persatu. jangan fikir semua dalam satu masa. tu yang serabut tu." senyum.
aku balas senyuman itu. tapi terasa tawar.

sikap aku tak pernah berubah.
dari dulu sampai sekarang begitu. mungkin aku perlukan seseorang untuk mengajar aku supaya menyusun semua masalah yang ada dan menyelesaikannya satu per satu, mengikut nasihat en. Hati.

minggu pertama dan kedua di bulan Januari.
minggu yang penuh dengan kerja dan masalah yang bertimpa-timpa.
sebagai seorang yang sudah meningkat usia, aku harap, aku dapat menyelesaikan masalah yang bertimpa-timpa itu dan melakukan yang terbaik untuk diri sendiri.
senyum dengan penuh semangat.




nota tangan :
"aku tahu, aku sangat tabah. tapi, setabah manakah aku untuk menghadapi semua yang berlaku ini? Allah sahaja yang mengetahui segalnya."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jadual yang padat.

salam mesra dan salam hebat-hebat semua.

senyum.

busy.
situasi aku : keadaan yang kelam kabut sekarang menyebabkan aku tidak tahu ingin mendahulukan yang mana terlebih dahulu.

sedang berkira-kira untuk menyusun jadual.
masih berkira-kira?
ish!
teruk betul.

susun jadual dan lakukan mengikut jadual.
mungkin aku perlukan seorang pembantu peribadi untuk menyusun dan mengingatkan aku tentang tugas-tugas yang aku patut lakukan.

sedang menyiapkan sesuatu.
aku harap dan berdoa, agar ia berjaya.
moga Allah memakbulkan doa dan harapan aku.
Allah itu kan Maha Adil.
senyum.

perlu ke kelas dengan awal, azam baru semester ini.
ketawa.
sebab semester lepas, aku asyik lewat sahaja.
perlu perbaiki hidup dan rutin.
aku kan sudah semakin tua.
ketawa besar.



nota penting :
"tetiba aku rasa, sangat banyak kerja yang perlu aku lakukan hari ini. aku perlukan seorang driver. selepas pembantu peribadi, aku mintak driver plak. apa? kamu ingat kamu anak dato' barangkali. ketawa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

harap dapat menyelesaikannya.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.


status terkini : hidup lebih teratur.
sedang mengemaskini hidup yang semakin tua.
ketawa.
orang tua, memang macam ni, hidup perlu dikemaskini selalu.
ketawa sekali lagi.

bonda yang cool bertanya.
aku tidak tahu bagaimana harus ku jawab soalannya.
antara 2 pilihan. mana satu harus ku dahulukan.
kedua-duanya aku mahu.
kedua-duanya aku perlu.

oh, sukarnya memilih.
semakin tua, semakin aku sukar untuk mengetahui yang mana harus aku dahulukan.
adakah otak ku sudah beku untuk memikirkannya?
atau memang tersekat langsung untuk menafsirkan data-data yang ada?

mengeluh. perlahan-lahan.
mahu sahaja aku melepaskan keluhan sekuat yang mungkin.
tapi apa kan daya.
mengeluh tidak elok.
redha dengan kehendak takdir adalah pilihan terakhir.
sebelum tu, harus lah berusaha sehabis daya yang mampu.

setuju?

mesti setuju walaupun hati mengatakan tidak.
ketawa besar.

sedang membincangkan sesuatu dengan bonda cool.
harap cepat-cepat selesai.
aku dah pening dan tak tahu nak buat apa dah.
senyum simpul.



nota penting :
"masalah ada sahaja yang timbul. tapi kalau tak de masalah, macam tak seronok plak dunia aku. ketawa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

apa yang perlu aku coretkan?

salam daripada Stadium Melawati.
kepada yang pergi ke sana, jangan lupa doakan aku murah rezeki selepas solat hajat dan ceramah perdana itu. lalala~.

salam kemeriahan juga daripada AJL 25 kepada semua.
ramai yang komen AJL 25 kali ni, ntah apa-apa. komen aku plak, ok je aku tengok. dengan tiada perasaan mengomen. ketawa.

happy weekends kepada siapa yang tengah bercuti.
selamat bekerja kepada yang sedang bekerja seperti aku.

status : masa tinggal sedikit.
aku masih memikirkan apa yang menarik harus ku coretkan.
manis dan pahit.
terasa yang pahit seperti kopi itu lebih banyak dari yang manis seperti gula.
mungkin manis, tidak ku sukai.
tapi pahit juga sama.
kopi atau gula, kedua-duanya bukan kegemaran ku.
bahkan, bukan sebahagian hidup ku.
senyum kelat.

kerja seharian.
memang memenatkan. lagi-lagi kerja yang memerlukan aku bercakap.
aku bukan jaguh dalam bercakap.
mungkin sebab itu, semua sendi rahang ku lenguh.
sakit ku rasa, barangkali.
ketawa, kesian.

pengalaman dan cerita-cerita menarik perlu ku putar kembali.
susah juga ingin mengembalikan apa yang suatu masa dulu yang berlaku ke dalam ingatan dalam sedar ku yang telah meningkat tua ini.
mungkin aku perlu bermimpi apa yang terjadi kepada diri ku pada waktu dulu.
ketawa.
ish3. boleh plak macam tu.
pelik tapi benar.

akan aku usahakan dengan lebih giat lagi.
niat di hati, harus aku teruskan juga.
tidak ada apa yang akan menyanggah.
dan aku harap, hati aku teguh.
seteguh mentari memberikan sinarnya kepada bumi.
senyum.

apa yang perlu aku coretkan.
akan ku ku fikirkannya nanti.
ketawa.



nota penting :
"tempoh untuk menyiapkan diri sudah bermula. persiapan apa yang harus aku mulakan terlebih dahulu. buntu. ketawa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ada kata yang tidak terluah.

selamat tengah hari.
siapa yang belum lunch, jom lunch sesama.
senyum.

mood : pagi-pagi mood dah berubah-rubah.
pelik betul dengan diri sendiri.
otak juga berpusing-pusing.
segala macam masuk dan keluar.
ish!

jantung.
sangat sakit. berdenyut-denyut. seolah-olah mahu pecah.
perasaan apa sebenarnya yang aku rasa ni?
tak tahu ingin digambarkan.
semakin lama, semakin rumit.
ketawa. hambar.

fuhhh...
tukar segala yang negatif menjadi positif.
mungkin ia akan menjadi lebih baik untuk diri.
jangan terlalu memikirkan perkara yang pelik-pelik.
air mata bergenang. ku seka.
sabarlah wahai jantung.
mungkin ini hanya sedikit rencah yang akan mewarnai pelangi kamu supaya semakin indah.

Allah itu Maha Adil.
Dia tidak akan menguji hambaNya jika dia tahu hambaNya tidak mampu menanggungnya.
berdoa dan memohon pertolonganNya dengan penuh pengharapan.
moga segala doa dikabulkan.

diri.
masih mencari-cari sebab musabab kenapa mood aku sangat senang berubah-rubah semenjak 2 minggu yang lalu.
dah puas aku bergolek, terlentang, kuak kupu-kupu, kuak rentang.
tapi jawapannya tetap tidak jugak timbul.
kening yang berkerut cepat-cepat ku betulkan.
tak elok selalu kerutkan kening.
ketawa.

ada apa dengan love? senyum.


mungkinkah aku sedang jatuh cinta pandang ke-100?
yang menyebabkan aku tidak keruan.
umpama makan tidak selera. tidur tidak cukup. mandi tidak sempurna.
atau mungkin aku sedang merindui seseorang yang tidak pernah merindui aku.
balik kampung adalah lebih baik.
senyum. payau.

cinta itu ubat. tapi ia juga racun.

ketawa.
mungkin kah aku masih frust dengan result aku?
sebab tu mood aku setiap hari berubah-rubah.
alah, usaha lagi sem ni dan sem depan. apa yang susah.
kan?
senyum ala-ala kadar.

tak elok banyak berfikir yang pelik-pelik.
ia akan menyebabkan kamu nampak tua dari usia mu.
haha. ketawa.
takut aku dengan statement aku sendiri.
ketawa kembali.




nota penting :
"ada kata yang tidak terluah. menyebabkan makin hari makin kusut. bagaimana ingin diluahkan, andai tiap kali itu, lidah menjadi kelu tak terkata. beratnya seperti membawa gunung di atas bahu sendiri. ketawa. (peribahasa apakah ini?)"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah. Allah tunjukkan jalan itu.

salam mega merah di ufuk timur kepada semua.

matahari terbenam. cantik.
senyum.

setelah berpeluh dan bertungkus lumus memikirkan sesuatu perkara.
apa yang patut dibuat.
apa yang perlu dilakukan.
apa yang harus disenaraikan.
hidup aku sedikit demi sedikit kembali tenang dan teratur.

selepas solat hajat, membaca al-Quran.
memohon apa yang patut dari Allah, pencipta alam. hati terasa sangat tenang.
setenang air di kali yang mengalir.
mampu bernafas lega.

sebenarnya, hidup ini perlu tahu batas-batas yang perlu kita lalui.
dan laluinya dengan penuh batasan syariat dari Allah.

alhamdulillah, syukur.
syukur ini aku panjatkan kepada Ilahi kerana menunjukkan aku jalan.
melegakan hati ku.

sebenarnya, kekadang masalah yang timbul memerlukan masa.
membiarkan masa berlalu, adalah sesuatu yang baik juga.
senyum.
kekadang masa adalah penyelesai segalanya.
ya. tak semua masalah dapat diselesaikan dengan masa.
tapi, dalam menghadapi masalah, kita tidak perlu melarikan diri.
hanya perlahan-lahan menyelesaikannya.

betul. aku setuju.
perlahan-lahan menyelesaikannya.
itu yang aku buat.
dan itu jugalah yang dipesan oleh en. Hati.
senyum.

hidup.
hidup ni tak perlu kelam kabut.
releks... releks...
bila kita dalam keadaan releks dan penuh dengan senyuman, otak akan bergerak dengan baik.
senyum.

status : emosi yang agak stabil berbanding sebelum ini.
ketawa.
mungkin terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan menyebabkan aku menjadi seorang yang cepat naik angin.
mungkin juga ketidakstabilan ekonomi menyebabkan aku bertambah serabut dengan hal yang bertimpa-timpa.
mungkin dengan urusan yang pelbagai, yang menyebabkan aku tidak dapat melunaskan segala kerja menyebabkan aku bertambah tertekan.
segalanya mungkin.
ketawa. dengan kuat. memenuhi segenap ruang bilik.

menarik nafas sedalam yang mungkin.
kerana semuanya bergerak mengikut apa yang dirancang.
cuma, jika satu atau dua perkara terlewat tarikhnya, aku maafkan.
kita merancang, Allah yang menentukan segalanya.
setuju?
senyum kepada semua.

aku harap, aku dapat merancang dengan baik.
senyum manis yang menawan.
semoga Allah tetap akan menunjukkan aku jalan mana yang harus aku pilih, kelak.
kerana bertanya Allah adalah lebih baik.





nota penting :
"perancangan-perancangan yang disusun perlu lebih sistematik dan teratur. kerana jika tidak disusun dengan baik, siapa yang susah. jawapan ada pada diri. tepuk dada, tanya selera. ketawa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kawan, hidup perlu diteruskan dengan tabah.

salam sayang.
dan selamat malam.

sewaktu sedang berserabut serabai melayan bilik ku yang tercinta di kolej yang tersayang, sambil blogwalking. seseorang menyapa.

(telah ku edit untuk mencantikkan ayatnya. kerana kami telah menggunakan loghat Terengganu di dalam percakapan.)


kawan : aku tak de mood hari ni.
aku : kenapa kawan?
kawan : aku banyak sangat masalah.
aku : setiap masalah boleh diselesaikan. selesaikan lah satu persatu.
kawan : aku sangat serabut dengan hidup aku kini. tidak tersusun. tidak terurus. dan aku langsung tidak tahu apa yang aku perlu lakukan.
aku : sudah senaraikan apa yang perlu kau lakukan?
kawan : aku tak tahu apa yang patut aku lakukan. bagaimana aku ingin menyenaraikannya?
aku : sebenarnya, kau tahu. cuma kau campur aduk kan semua nya menjadi seperti rojak.
kawan : aku confuse. hati ku berbelah bagi. aku tak tahu apa yang merasuk aku.
aku : buat apa yang kau rasa yakin dahulu. rasa confuse itu perlu kau abaikan.
kawan : aku ingin abaikannya. tapi tiap kali itu, pasti terlintas difikiran aku.
aku : aku pasti kau sudah diajar apa yang perlu kau buat apabila kau confuse dan serabut begini.
kawan : solat dan pohon pertolongan dari Nya.
aku : kau memang menggunakan deria ke enam dengan baik dan berkesan. haha.
sama-sama ketawa.


kawan.
keserabutan yang ada pada kau akan bertambah jika dilayan. ia akan menyebabkan keserabutan itu bertambah sedikit demi sedikit.
percaya dan dengar kata ku. jangan dilayan ia.

tapi!
aku pasti, kau lebih mengerti apa yang perlu dilakukan saat ini.
kita telah membesar bersama.
ditempat yang sama.
tempat yang terpilih.
di sana kita diajar bermacam-macam.
kau lebih pandai.
aku pasti kau tahu apa yang patut dilakukan saat genting begini.

esok pasti ada saat kebahagian buat kamu, kawan.
aku pasti. senyum memandang.


kawan.
aku faham, kau sekadar ingin meluahkan rasa.
tapi rasa yang terbuku itu tidak dapat kau luahkan semuanya.
kerana aku sangat tahu sikap mu, yang tidak pandai meluahkan apa-apa.

tabah lah!
kerana Allah itu tidak akan menguji hambaNya, jika hambaNya tidak mampu.
Dia lebih kenal kau berbanding diri kau sendiri.
jadi, laluilah semua perkara yang mendatang dengan penuh redha.
aku sangat tahu dan yakin.
kau sangat kuat untuk menghadapi situasi begini.

percaya pada diri.
yakin pada diri.
dan buat yang terbaik untuk diri.

aku akan selalu menyokong mu.
senyum.




nota penting :
"kawan, jika kau tahu, dalam otak aku punya berjuta-juta masalah yang harus aku fikirkan. kau pasti akan mengatakan bahawa masalah mu hanyalah sekadar picisan di dalam kehidupan ku. aku bekalkan hidup ku dengan senyuman. kerana aku tahu, dengan senyuman, hidup ku akan bertambah mudah. senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tahniah untuk diri.

salam sesegar embun pagi kepada semua.
walaupun sekarang sudah waktu maghrib.
ketawa.

semasa sedang seronok bermain bersama anak-anak Taska tadi, satu sms masuk.
"result dapat berapa?"

sebentar kemudian ada sms lain masuk.
"result dah keluar ke?"

mata aku terus terjenggil keluar.
ku telan air liur. perlahan-lahan.
jantung yang nak jatuh hampir-hampir, aku sambut dengan penuh gaya. stylo.
hati dah start meronta-ronta untuk tahu result aku.
nafas dah tak tentu hala dihembuskan.
takut. excited. seram. rasa nak tahu. semua ada dalam hati.
ish, memang tak selesa la kalau hati asyik berdetik, tak nak berdiam diri.

aku sabarkan diri.
sabar itu kan indah. senyum.

masih menunggu peluang yang sesuai untuk melihat result exam dengan penuh suspen.
terima kasih kepada Suhaidah kerana meminjamkan hp nya untuk aku melihat result ku.
walaupun ketika itu, semua orang dah busy berkongsi result masing-masing.
aku?
masih cool tanpa mahu membukanya lagi.

dalam hati, Allah sahaja yang tahu betapa aku tidak tahu apa yang aku rasa saat itu.


fuhhh..bila dah selesai tengok, aku agak sedikit terkilan.
mungkin ia tidak melepasi target yang aku mahu.
asyik missed target yang aku buat je ni. ish!
adeh!
tak pernah tepat.
senyum. sedikit kelat.

walaupun macam tu, result tetap meningkat dari sem-sem sebelumnya.
alhamdulillah. syukur pada Ilahi.
ketawa. hati sedih.
tapi bercampur dengan kegembiraan.

mungkin ini hanya rezeki yang ada.
aku pasrah. senyum meleret.
sem ni, akan aku usaha lagi sehingga mencapai sasaran yang aku mahu.
pasti boleh!
menggenggam impian di dalam hati.




nota penting :
"bersyukur atas rezeki yang diberikan. itu adalah yang terbaik. senyum. akan aku usaha kan yang lebih baik untuk sem ini dan akan datang. menggenggamkan tangan seerat mungkin. ketawa. confuse. betul ke aku ni? haha."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

apa kata hati?

salam waktu malam. gelap.
tapi itu kat kampung.

Kuala Lumpur, terang.
sesekali, naluri nakal masuk ke dalam otak ku.
apa kata kalau aku cabut satu batang lampu, membawa pulang ke kampung yang tidak ade lampu.
kalau ada pun, 3km baru ada 1 lampu jalan.
ketawa.
boleh ke macam tu?
entah. menjengketkan bahu.

hati resah.
selaras dengan pergerakan otak yang semakin beku.

semakin dekat ia mendekati, semakin jauh aku menjauhinya.
semakin aku ingin menanamkan rasa sayang, semakin rasa benci ini timbul.
aduh! sakitnya jantungku tatkala berdetak kencang.
kekadang. aku tidak faham dengan hati yang merasa.
tidak faham kenapa perlu merasa begini tiap kali aku memikirkannya.

sayang.
aku tahu, kamu serius. tidak bermain kata.
aku juga tahu, kamu sangat memaksudkannya.
tapi aku yang sedia kamu tahu, sangat pelik ini merasakan bertambah pelik tiap kali kita membicarakan kisah ini.
mungkinkah aku sangat takut untuk menggenggam tangan mu seerat mungkin.
mungkin juga, aku masih ingin terbang seorang diri.
kebarangkalian itu ada.

tanya sama hati.
adakah aku sudah bersedia melangkah?
bonda yang cool pun sudah bertanya, adakah aku sudah bersedia untuk melangkah ke tahap ini?
aku? tiada jawapan yang pasti.

sama ada jawapan itu YA atau TIDAK. aku tetap akan melangkah jua akhirnya.
jika ketetapan itu sudah sampai. senyum.


hati yang resah.
semua perkara aku buat, tak kena dek mata ku yang empat.
semua benda aku lakukan, terasa seolah-olah tidak sesuai dengan keadaan.
segala apa yang aku ingin langsaikan, terasa semakin sukar untuk dijangka.
aku tidak tahu. tidak tahu mana yang baik. mana yang buruk.

oh!
sungguh aku tidak dapat membezakannya sekarang.
sungguh aku tidak berjaya membaca segala isi hati ku saat ini.
sungguh! aku serius. i mean it!

senyum.
menarik nafas dengan kadar perlahan.
menahannya selama 5 saat.
menghembusnya perlahan-lahan menggunakan mulut.
supaya hilang segala resah di dalam dada.
supaya hilang segala gelisah di dalam hati.

inikah rasa yang selalu diperkatakan?
inikah naluri yang selalu diceritakan?

aku tak tahu.
aku tiada jawapan.
dan aku ingin tahu kesemua jawapannya.
kusut betul macam ni.

komen en. Hati tentang sikap aku.
kalau aku tak de kerja, aku akan banyak berfikir.
bila aku banyak berfikir, aku akan serabut.
bila aku serabut, semua kerja tak jadi dan aku akan katakan tak nak.
syaitan pun datang, menyerabutkan lagi keadaan yang ada.
sebagai seorang bakal ustazah, aku perlu tahu apa yang akan aku buat time memuncak begini.
jadi, solat dan membaca al-Quran adalah pilihan terdekat.

terima kasih kepada en. Hati atas nasihat yang diberikan.

tambahnya lagi, dia juga naik haru jika aku terus serabutkan minda.
aku ketawa.

harapan aku.
aku harap, keserabutan ini akan dapat aku atasi dengan baik dan berkesan.
menyenaraikan apa yang perlu aku lakukan terlebih dahulu adalah yang terbaik.
mungkin.
mengulum senyum.





nota penting :
"hidup lebih terurus barangkali kalau ada peneman di sisi. ketawa. betul ke? sedang berangan. berdua adalah lebih baik. mungkin. menongkat dagu memandang ke atas. senyum simpul."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kenapa gian sangat nak tahu result ni?

assalamualaikum dan selamat pagi.

senyum-senyum sokmo. moga dengan senyuman kamu akan nampak lebih awet muda.
ketawa.

rutin selepas bangun tidur setiap hari.
menghadap anak, Didi. bukak Umisisweb. check result.
macam biasa, tak keluar-keluar jugak.
hampa. kecewa. geram. marah. semua ada.
pada siapa?
entah. tak tahu nak lepaskan pada siapa.
mengomel sendiri.

mengapa aku gian sangat nak tengok result ni?
macam lah result gempak.
ketawa.
kalau result aku gempak dan hot macam milo panas, tak pe jugak.

terasa tension.
mengerutkan dahi. ingin marah.
tapi cepat-cepat tersenyum.
senyum itu membuatkan aku nampak lebih cantik.
teringat pesanan seseorang, "marah itu adalah hak kita. kalau kita setting dalam kepala mahu marah, marah lah jadinya. cuba set dalam kepala, aku tak nak marah. tak marah lah jadinya."
sekarang, aku berjaya.
senyum penuh bangga.

terima kasih kepada pemberi nasihat yang agung itu.
tidak jemu-jemu memberi nasihat kepada ku sewaktu dulu.
sekarang?
entah. hilang.
ketawa.

kawan-kawan.
ramai yang dah give up tunggu result keluar.
dulu, kata diorang excited jugak.
tapi tunggu-tunggu tak jugak keluar, so malas dah nak tunggu.
tinggal lah aku yang masih setia menunggu dengan penuh debaran.
haha. ketawa.

perangai aku pelik. tapi benar.

tapi UM lagi pelik. tak pernah di buat U lain lagi.
belajar hampir seminggu. result masih tidak keluar.
hm, kata pejabat semalam, dibuat pengiraan semula.
salah kira katanya.

entah apa yang salah pun aku tak tahu.
itu membuatkan aku semakin takut.
takut jika result yang sudah diketahui sedia ada berubah.
oh Tuhan, Ya Allah..murahkan rezeki aku.
senyum.

adik-adik semua dah tahu result.
tinggal aku sorang yang tak tahu.
menambahkan ketensionan aku. ketawa.
releks... releks...
esok lusa dia keluar lah tu.
en. Hati dah sibuk tanya pasal result yang tak keluar-keluar lagi.
Farha plak, suruh report result kat dia kalau dah keluar.
Mak tetap cool tidak bertanya apa-apa.
aku becok membebel pada diri sendiri.

sebentar.
kenapa aku sangat gian nak tengok result ni?
ketawa.

adakah salah satu wayar di otak aku telah rosak?
aku patut mengemas kininya dengan baik. kelak.
ketawa sekali lagi.




nota penting :
"result exam adalah perkara yang paling penting dalam hidup aku. aku akan kecewa tahap dewa jika setiap usaha yang aku limpahkan tidak berhasil. may be sebab itu aku sangat-sangat mahu mengetahuinya. sakit hati tahap max pada pengurusan UM yang agak steady. ketawa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kerana ketiadaan kerja.

salam mahabbah dan selamat hari senyum sedunia.
tiap-tiap hari kena senyum. wajib!

minggu pertama bergelar pelajar semester last.
senyum. mata memandang ke atas. tangan menongkat dagu.

disebabkan ini minggu pertama, hidup aku agak tersusun. walau baju aku berterabur dan belum sempat ku susun sepenuhnya lagi.
belum sempat?
kamu buat apa sampai belum sempat nak susun?
entah! aku pun tak tahu aku buat apa. sedar-sedar masa dah berlalu.
confuse betul.
ketawa.

mencuba nasib.
tengah hari. aku pergi ke bilik lecturer kecerdasan fizikal.
niat di hati nak pohon masuk. sebab aku sekarang dah sem last.
tapi aleh-aleh aku plak yang kena marah sebab tak daftar on9.
ketawa.
kekosongan hanya dibuka pada 2 orang sahaja. kerana kesian.
aik? kesian?
orang lain dia tak kesian plak. ish3.
menggaru kepala yang tak gatal+confuse dengan perangai lecturer yang macam-macam ragam.

tak kesah.
aku dah cuba yang terbaik untuk diri sendiri.
dan sem ni akan aku laluinya dengan tabah sekali.
senyum dengan semangat yang berkobar-kobar.
disusuli dengan ketawa yang sopan.

boring tahap dewa dewi dah ni. adeh!
asyik termenung sana. termenung sini je kejenya. lalala~


memandangkan ini minggu pertama, aku masih lagi free. tidak ada kerja yang harus aku settlekan.
hidup kosong. buntu.
kalau dulu, jadual asyik penuh.
hati asyik tanya, bila nak cuti ni. keje. belajar. keje. belajar.
bila dah cuti dan belajar, aku rasa sangat bosan.
ketawa, mengejek diri sendiri yang tak pernah puas hati. haha.

aku tak suka berdiam diri.
berdiam diri macam ni membuatkan aku nak fikir semua perkara.
mulalah fikiran jahat menular dalam diri.
ish!
strategi jahat jugak akan masuk ke dalam hati dengan cerianya.
hati akan menyusun strategi durjana itu dengan penuh emosi marah.
tanpa mahu mendengar kehendak otak yang berfungsi secara normal.

aku sangat tidak suka, bila fikiran negatif merasuk minda.
semua benda akan ku fikir nagetif!
arrrgghh... hati menjerit. geram.

inilah padahnya kalau hanya belajar sahaja yang menjadi rutin.
mahu sahaja ku ketuk kepala yang mengalirkan haba-haba negatif ini.
biar dia berbalik kepada positif.
boleh ke?
entah.
ketawa. sepuas-puasnya. haha.




nota penting :
"sepatutnya minda harus boleh mengawal haba-haba negatif di dalam diri. dan menukarkan kepada sesuatu yang positif. tapi, kali ini lain jadinya. seharusnya aku perlu cepat disatukan. supaya haba itu dialirkan dengan baik ke tempat yang betul. ketawa gatal. haha."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

keranah aku. haha.

salam manis dan salam kasih sayang.

sesi mengemas meja yang sangat bersepah-sepah sudah siap.
menghembuskan nafas lega.
sakit pinggang tetiba datang menyerang.
mungkin aku memerlukan tukang urut profesional dari bilik depan sana untuk mengurut pinggang ku yang sakit tahap 4 ini.
ketawa, gatal menguasai ruang.
menjeling ke bilik sebelah. haha.

fuhhhh..
sedang mengeluh kah aku? mungkin.
ketiadaan air di blok yang aku diami sangat menyulitkan.
jika aku tidak abc mungkin aku boleh terima.
tapi, bila abc macam ni, mahu berat jugak berulang alik ke blok sebelah untuk mandi dan segala bagai.
sangat merumitkan.

setelah seharian melihat itu ini. diskus itu ini. setting timetable dengan seriusnya.
aku telah menyelesaikan dan memutuskannya.
malas mahu beralih ke subjek lain.
sekali buat keputusan, usah pandang ke belakang lagi.
betul ke? ntah.
ikut suka hati aku lah.
ketawa.

subjek untuk sem last.

  1. Pengajaran Mikro (Bahasa Arab).
  2. Pendidikan Islam di Malaysia.
  3. Multimedia dalam Pendidikan Islam.
  4. Pendidikan Global.

Mungkin kah aku dapat melalui sem last pengajian ini dengan jayanya?

Jawapanya masih tiada pada aku.
tapi aku akan cuba yang terbaik seperti kehendak emak & ayah.
juga kemahuan en.Hati.
aku sayangkan kamu semua.
mana mungkin aku tidak menghadiahkan kamu dengan sebuah kejayaan yang kamu mahukan.
senyum penuh harapan.

alamak. make up belum di cuci sepenuhnya lagi sebenarnya.
setelah aku pulang, ku kemas apa yang patut dan berhenti.

penat.

terasa mahu melukis seperti kanak-kanak ribena. haha.
cantik tak? lalala~


oleh kerana esok adalah hati yang tidak ade kelas.
aku patut melangsaikan apa yang patut.
sakit mata aku melihat bilik, umpama kapal pecah.
katil dan meja sudah selesai.
tinggal almari dan rak pakaian yang belum dikemaskan lagi.

mata layu.
mengantuk. minta didodoikan.
siapa mahu mendodoikan aku?
please angkat ibu jari tangan. haha.
senyum.
tiada orang!
tak pelah. akan ku dodoi diri sendiri.



nota penting :
"bak kata Farha, syoknya kawin sebab bila bangun tidur, ade morning kiss. huh! naik gila aku dengan pujuk rayu si Farha mengenakan aku. tapi sempat juga aku berangan. aku mahu tidur, di dodoikan oleh en. Hubby. boleh? haha. ketawa. gatal!!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS