semalam 6hb dec.. tamatlah segala cuti aku. so aku kena naik bas and balik ke kL dengan kadar segera. banyak lagi kerja yang perlu aku siapkan. terutamanya kerja-kerja yang aku sememangnya tempah itu. (eh, bila ingat je kerja, perut aku terus lapar. adoii..)
so aku hanya bercuti selama 2 minggu. tak kesahla.. janji aku cuti dengan seronok.
semasa dalam bas semalam, aku terfikir sesuatu yang buat kan hatiku berdetik hiba.. entah kenapa. aku termenung. macam mana kita nak tahu pilihan kita adalah betul untuk kita? tapi jawapannya tak timbul-timbul... mungkin aku masih mencari-cari apa yang perlu dalam hidup aku. aku masih tercari-cari apa yang patut dalam hidup aku..
kata orang, kita may be akan jumpa orang yang salah terlebih dahulu, supaya apabila kita jumpa orang yang betul, kita akan lebih menghargainya.. betul ke tidak? jangan tanya aku. sebab aku sendiri pun kekadang tersalah dalam memilih. tersasar dalam membuat pilihan. kekadang aku sendiri pun buntu. tak tahu mana intan mana kaca.
perlukah aku memilih? itu adalah satu soalan yang cukup aku tak suka. aku tak suka memilih antara 2, bahkan kalau diberi lebih dari 3, 4, 5, 6, 7 atau lebih, aku tak mampu untuk memilih. aku memang tak mampu.
aku terfikir.. kadang-kadang antara 2 jalan, kita terpaksa memilih jalan yang salah untuk kita tahu bahawa ade jalan yang benar yang sepatutnya kita pilih. tapi kadang-kadang jalan yang benar itu, kita tak nampak. dan kita terpaksa memilih jalan yang salah disebabkan kita buta dalam membuat penilaian yang mana satu benar yang mana satu salah.
aku juga merasakan bahawa hidup ini bukan untuk disia-siakan dengan pilihan yang salah. betul ke tidak.. entahlaa.. aku pun tak tahu.. =)
tapi kalau kita boleh mencipta bahagia, kenapa derita yang kita pilih? kan.. sebab aku berpegang ada kata-kata Dr.Tuah.. "bahagia itu umpama langit yang tak berawan.." maknanya.. bahagia tu ade di mana-mana.. tak memilih sesiapa.. cuma jalan yang kita pilih dan macam mana kita lalui je menjadi faktor lain yang membantu..
pernah aku cakap pada asma.. "kalau lah aku dapat pusing semula masa itu...." dan aku di marahinya.. kata asma, hidup ini bukan untuk disesali.. tapi untuk dibaiki mana yang salah supaya keadaan menjadi sesempurna yang kita impikan.. asma betul..
tapi, mampu kah aku membaiki semua keadaan supaya menjadi keadaan yang aku inginkan.. supaya menjadi sempurna seperti di dalam kaca mata ku ini?
kuatkah aku untuk melawan badai yang melanda.. kerana kekadang aku merasakan tidak ada langsung semangat dan kekuatan yang bertunjang dalam diri ni..
mampukah aku??
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
13 comments:
badai 2012 ker ni? haha
mampu tak mampu tu adalah kehidupan realiti setiap insan...nak tak ke taknak, sakit ke, marah ke, kite tetap akan laluinye..
betul kate asma...ha setuju...apa yg ada kite teruskan..yg dah berlalu jadikan pengajaran yg berguna...
"pengalaman adalah GURU yg terbaik"
so fikir2kanlah...
isnya-allh kite mesti kuat... =)
ahfatt..
aaa.. badai.. tapi awal sikit laa.. bdai 2011.. haha
"pengalaman adalah GURU yg terbaik"
i like this statement.. hehe
insyAllah. kita sama2 kuat eh.. =)
mampu2..
imsosupernotcool..
thnks.. hope mcm tu laa.. hehehe
u ikut jln shortcut jer...hahaha
mampu..
erkkk mcm skema lok ayat ha tuh hahha...
bro syam..
nak ikut jalan shotcut yg buat kan aku pening.. sebab mesti yang banyak ketinggalan.. lalaa~
afzan..
=) mampu? insyAllah..
tQ
farha.
hahaha.. yeke skemma? ura dok pasan pung.. ley jadi cikgu bm ni.. lalala~
Post a Comment