RSS

hujan+demam

hujan sekarang tak tentu.. kadang-kadang tiap-tiap petang hujan. kadang-kadang nampak panas, ade matahari, tapi tetibe hujan. tak boleh nak jangka cuaca sekarang ni.. biasalah, musim tengkujuh memang macam ni.. hehe.

tapi kesian kat aku lah. aku bukan boleh kena hujan. kalau kena hujan je, mesti aku selsema, batuk, haa.. tanda-tanda nak demam laa tu. aku sensitif pada hujan. panas sangat pun tak boleh jugak. kalau panas sangat, comfirm balik bilik, terus selsema. adeh laa.. memang antibody aku kurang untuk melawan penyakit yang datang. macam mana nak buat eh? hehe

mak aku kata, makan buah banyak-banyak. ayah kata, makan ulam. mak azhar kata, makan bawang. aku kata? aku tak kata apa-apa.. sebab aku kan muda sikit dari mak dan ayah.. hehe.. so ikut saje laa nasihat yang diberi. huhu

buah makan. ulam makan. bawang je aku tak makan. sekarang aku ngah belajar makan bawang. huhu. memang aku tak suka bau dan rasa bawang. sangat meloyakan. tapi disebabkan aku tak nak laa demam selalu macam dulu-dulu, terpaksalah aku belajar makan bawang. huhu.

aku dah nak masuk 26tahun. tak kan laa aku nak tunggu aku ada anak baru aku nak belajar. so kena belajar dari sekarang. untuk menjaga kesihatan dan kekal langsing dan slim. hahaha. demam-demam pun masih sempat aku nak perasan! (diam kau pinky! perasan!) hahaha

semalam aku balik dari pasar malam ngan nad, ingat nak makan mempelam. hehe. (mengidam ke? lalala) tapi tak terbeli. huhu. lain kali laaa.. masa singgah kat pasar malam, ok je lagi. bila on the way nak balik tu, hujan lebat weyyy.. adehlaa.. demam aku esok ni.. hehe. alih-alih basah kuyup laa aku. nasib fail dan semua pekakas ade dalam bag yang kalis air. kalau tak, habis basah lencun semua. huhu.

so hari ni, biasalaa lepas kena hujan, aku memang sedikit lembek. tapi nad dah kasik ubat semalam. tapi badan aku masih tak sedap lagi ni. kepala pening. tapi aku bangun jugak. sebab tak boleh layan sangat demam ni. nanti makin melarat plak. lagipun aku nak baiki treatment aku. hehehe. sekarang treatment dah siap baiki. so nak kena sambung kerja layout buku plak.

eh, banyak betul kerja aku. biasalaa.. aku bukan nak mintak duit dengan mak kalau aku tak de duit. aku malu wey.. dah besar panjang masih nak mintak duit. kalau boleh usaha sendiri, usaha laa dulu. kalau tak dapat sangat, baru laa mintak. hehe. tu pun, tak pernah. hahahaha.

kerja banyak ni. aku chow. nak berendam dalam air panas jap lagi. untuk hilangkan haba yang panas dalam badan. betul ke teori aku tu? lalalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

16 comments:

Farhana said...

Lor.. Antibody kureng ni.. Meh ku bagi boost.. Injection.. Hahaha.. ;p

Mgkin kene maen hujan dgn lebey kerap untuk bina imuniti dn resistance yg banyak.. ;)

~C.h.E.n.T.a..L.y.a.A~ said...

eh babe..
u nk msuk 26??
bia betik

sI tEDI said...

jaga kesihatan diri!!! :)

i'msosupernotcool said...

same goes wif me.. senstif klo kene ujan..
ni da rase sore throat n cough..
hopefully jgn la..

lanz_evo7 said...

aslm..
xpe la sekala kali kena demam kn.
tpi better g clinic la takut melarat.huhu...
antibiotik kaci minum.

hans said...

haih
antibodi xkuat
banyakkan makan sayur dan kerap mandi

piNky LuCiA said...

farhana..
nak booster.. tak nak laa enjection.. lalala~.. nangis kang..

teori yang baik untuk yang suka main hujan.. hehehe

piNky LuCiA said...

lya..
a'ah laa.. tahun depan dah masuk 26tahun dah daku cik lya..

huhu.. kenapa plak? tak caya ke? hehe

piNky LuCiA said...

si tedi..
akn ku jg diri ku sebaik mungkin.. TQ..

piNky LuCiA said...

sosupernotcool..
huh.. sama laa ye kita ni? hehehe.. i dah makan ubat dah..

piNky LuCiA said...

lan..
ni bukan sekali sekala ni.. demam ni selalu je kena.. huhu..

Allah sayang aku kot..

piNky LuCiA said...

hans..
dah makan sayur n ulam banyak2.. mandi 3x sehari.. lepas ni kena mandi 5x sehari laa ye?hehe

Aujinz said...

huhuhu..
siang ke mung...

minum air 100 plus campur air masak, dalam satu nisbah satu...

minum..jangan makan panadol,,x elok..

piNky LuCiA said...

aujinz..
100+ tu campur air masak eh? ke macam mana? hehehe..

nnt aku try eh.. ni tak larat ag ni.. lalalala.. berlagak larat..

{lumut} said...

"aku dah nak masuk 26 tahun"

sambung....

"tahun depan aku nak kawen.jemputlah dtg..terutama lumut."

hahahaha....jgn mrh ye syg..ewah~

piNky LuCiA said...

amboi3.. pandai2 je ko kaata aku nak kawin tahun depan.. ko ni mak nujum eh? pandai ko ramal2..

waaaa.. syg? nak gugur jantung aku tau.. auuwww.. aku syg ko jugak.. scandal3.. haha