hidup ni sebenarnya ialah suatu yang kita tak kan jangka ia terjadi. ia seperti angin yang berlalu pergi. tanpa pesan. tanpa nota. tanpa noktah.
kita kekadang merancang. tapi yang Maha Perancang masih ada di sana. Dia mengetahui segalanya yang berlaku dan yang tidak patut berlaku.
kekadang aku fikir, hidup ini tak adil. tapi aku tahu, di sebalik semua yang berlaku, pasti terselit hikmah yang tersembunyi.. kerana semua perkara yang terjadi, pasti ada kebaikannya.
cuma kita perlu kuat untuk menempuhi sesuatu cabaran dan dugaan yang selalu datang.
aku tak pernah menyangka, aku akan jadi sekuat ini. setabah ini. semangat demi semangat muncul dalam diri. tapi aku tahu, untuk menempuhi hidup, semangat dan azam mesti kuat. kerana aku hidup untuk meneruskan visi dan misi.
dan aku dengan penuh harapan berharap aku akan setabah dan sekuat sekarang. walaupun kekadang ku rasa bahu ku begitu berat memikul nya.
kerana realiti itu pasti...
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment