ingin menjadi seorang guru, bukanlah semudah yang di sangka.. tapi tidak sepayah yang dijangka.. setiap guru mesti pandai dalam semua bab. walaupun dia seorang guru bahasa melayu, tapi tidak dapat tidak, mesti pandai subjek lain. kenapa aku kata macam tu? kamu boleh fikir sendiri..
guru adalah seorang pendidik, pendakwah, parents, kakak, abang.. means, guru boleh jadi semua orang. kerana setiap seorang guru, mempunyai beribu2 orang pelajar. dan setiap pelajar ade ragamnya. almaklumlah, nama pun lagi pelajar, mesti lah banyak kerenahnya..
bila kita di situasi untuk mendidik, kita mesti menjadi seorang guru atau pun parents kepada pelajar.. bila situasi nya berlainan, lainlah pulak peranannya. umpama seorang pelakon. ade pentasnya. ade penontonnya. pelbagai situasi nya..
seperti biasa, setiap subjek ade tugasan yang di berikan. hari ni, salah 1 group telah ditugaskan untuk membentangkan hasil kerja diorang dalam subjek prinsip teknologi dalam pendidikan.
apa kah tugasan kami? tugasannya aku definisikan amat rumit. kerana di dalam masa yang ditetapkan, kami disuruh menghandle kelas. seolah2 kami menghandle pelajar di dalam kelas. bezanya di kelas ni, kami handle class by group. bukan individual. hehehe.
di sini, aku diajar untuk menggunakan pelbagai teknik pembelajaran untuk pelajar. bahkan ahli group aku mesti mencipta 1 syair yang berkaitan dengan teknik dan kaedah pengajaran.
syair yang telah dicipta, mesti di persembahkan di hadapan class. di sini timbul 1 pengajaran yang tidak formal bagi aku. kenapa? sebab disini, aku telah di ajar untuk menjadi seorang guru yang berani ke depan mempersembahkan sesuatu kepada pelajar dan berjaya mencipta serangkap syair dalam masa hanya 3 minit di berikan. hehe
pelbagai cara dan jua teknik,
guru kreatif pembelajaran berkesan,
agar pelajar tak cepat bosan,
syarahan pidato boleh di gunakan,
andai pelajar rasa mengantuk,
teknik soal jawab menjadi pilihan,
untuk membentuk pelajar cemerlang.
walaupun rangkap syair nya tak sehebat rangkap syair A. Samad Said. tapi bagi aku, itu sudah pun menjadi 1 kepuasan. kerana inilah hasil seorang bakal guru yang kreatif. haha. guru kan kena kreatif.. (kreatif laa sangat aku ni ye..)
kini, aku tahu, menjadi seorang guru adalah perkara yang paling bermakna bagi ku. kerana aku dapat mengajar dan mendidik anak bangsa mengenal sesuatu.. :)
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
3 comments:
biasalah guru.. :)
yup...setuju sangat2..memang itu tugas guru...dan sekrg ha memang mengalaminye ura..
org selalu kata jadi cikgu senang keje separuh hari...sebenarnye jadi guru tak semudah yg kita fikirkan...cume bile kita seorg guru...seberat mana beban yg ditanggung ianya satu rahmat buat kami..sbb setitik ilmu yg kita curhkan itu kekal selamanye...
ustazah rock.. hehehe
Post a Comment